Saya Dah Lama Kata Lebih Elok Jika Nurul Izzah Sendiri Berundur Diri


 
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akhirnya mengalah juga terhadap pelbagai kritikan atas perlantikan dirinya sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri.
Katanya, bermula hari ini beliau tidak lagi berkhidmat sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada bapanya, Anwar Ibrahim.
Nurul Izzah dalam satu kenyataan berkata, ini berikutan beliau menerima pelawaan untuk menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan bagi membantu usaha memperkukuh ekonomi negara yang dipengerusikan Mohd Hassan Merican.
“Pengerusi Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan, Mohd Hassan Marican, telah mengundang saya menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat bagi membantu usaha mereka dalam memperkukuh ekonomi negara dan rakyat.
“Saya dengan rendah diri menerima pelawaan dan tanggungjawab tersebut.
“Dengan peranan baru itu, saya tidak lagi berkhidmat sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri.
“Saya amat menghargai setiap peluang untuk menyumbang kepada negara demi melakar masa depan yang lebih baik untuk Malaysia,” katanya lagi.
Nurul Izzah turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas setiap sokongan yang diberikan, baik daripada orang ramai mahupun seluruh pasukan perkhidmatan awam dan komuniti kerajaan sepanjang keberadaannya memegang jawatan sebagai penasihat kanan kepada Perdana Menteri itu.
Hmmmmm…..
Menerima pelawaan Mohd Hassan menyertai Seketariat Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan barangkali hanya sebagai alasan atas pengunduran Nurul Izzah sebagai penasihat kanan kepada bapanya yang mengundang kritikan ramai sebaik ia diketahui ramai sebelum ini.
Rata-rata orangramai, kecuali pembodek dan pengampu, tidak dapat menerima perlantikan itu kerana ia merupakan suatu amalan nepotisme yang terang lagi nyata, walaupun Anwar cuba mempertahankan perlantikan itu dengan alasan anaknya tidak menerima sebarang gaji dan elaun atas jawatan tersebut.
Meskipun dipertahankan dengan alasan tersebut, secara umumnya rakyat tidak dapat menerima perlantikan itu kerana konflik kepentingan tetap berlaku walau tidak dibayar gaji, selain membuka pintu fitnah dengan sengaja.
Blog ini sendiri beberapa kali menulis tentang perkara itu, malah pernah menyarankan agak Nurul Izzah mengundur diri sebagai langkah menyelamatkan keadaan serta nama baik bapanya.
Artikel berkaitan di sini – https://shahbudindotcom.net/2023/01/30/apa-kata-jika-nurul-izzah-sukarela-mengundurkan-diri.html
Agaknya, setelah berfikir panjang dan demi menjaga nama baik bapanya, Nurul Izzah sedar juga akhirnya kesan buruk daripada perlantikan dirinya itu.
Jika tiada perlantikan anaknya itu, Anwar tentu saja tidak menerima kritikan dan kecaman yang terbuka daripada orang ramai.
Ia adalah kesilapan yang tidak seharusnya Anwar lakukan dalam tempoh belum sampai 100 hari menduduki jawatan Perdana Menteri.
Walaupun pengunduran itu agak terlambat, ia bagaimanapun tetap lebih baik daripada tidak berusaha langsung memperbaiki keadaan.
Semoga kesilapan tersebut yang kini telah diperbetulkan dengan Nurul Izzah sendiri mengundur diri adalah suatu yang berguna untuk Anwar pelajari dalam menempuh hari-hari mendatangnya yang masih panjang serta banyak lagi cabaran sebagai Perdana Menteri.
Menjadi pemimpin, terutama Perdana Menteri, selain menunaikan janji, sama pentingnya ialah tidak lupa dengan apa yang pernah diperjuangkan dan kita sendiri mengecamnya selama ini.
Rakyat sentiasa memerhati, walaupun kadangkala dengan kuasa yang dimiliki, pemimpin selalu sangat terbuai dan lupa diri. – ShahbudinHusin 12/02/2023.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/02/saya-dah-lama-kata-lebih-elok-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Sahaja Parti Sendiri Tolak Diri Sendiri Tetapi Rakyat Pun Dah Meluat Dan Ikut Tolak Jadi Elok Sedar Diri

Bukan Sahaja Parti Sendiri Tolak Diri Sendiri Tetapi Rakyat Pun Dah Meluat Dan Ikut Tolak Jadi Elok Sedar Diri

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 264 hits
Keluar GTA bermakna Pejuang tolak saya kata Dr M February 11 2023 Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan Pejuang keluar daripada Gerakan Tanah Air seolah olah menolak dirinya yang juga pengerusi penaja gabungan itu PETALING JAYA Asas perjuang...
Menjadikan Pas Sebagai Persamaan Dalam Lantikan Nurul Izzah Bererti Menyamakan Anwar Dengan Pas

Menjadikan Pas Sebagai Persamaan Dalam Lantikan Nurul Izzah Bererti Menyamakan Anwar Dengan Pas

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 439 hits
Dalam cubaan untuk mempertahankan lantikan Nurul Izzah sebagai penasihat kanan bagi ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim terdapat segelintir pihak yang menyokong kerajaan perpaduan nampaknya cenderung menjadikan Pas seb...
Why Did Anti Nepotism Anwar Appoint Nurul Izzah As Adviser Ti M Asks

Why Did Anti Nepotism Anwar Appoint Nurul Izzah As Adviser Ti M Asks

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 378 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim s decision to appoint his daughter Nurul Izzah as economics and finance adviser may signal that cronyism and nepotism are back said Transparency International Malaysia president Muhammad Mohan Muhammad said Anwa...
Kj Pertimbang Gandingan Khairy Rafizi Nurul Izzah

Kj Pertimbang Gandingan Khairy Rafizi Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 454 hits
Ahmad Suhael Adnanahmad suhael bh com myKUALA LUMPUR Khairy Jamaluddin mengaku sudah dihubungi Perikatan Nasional serta Pakatan Harapan berhubung kemungkinan untuk beliau menyertai parti berkenaan selepas dipecat daripada UMNO pada Jumaat l...
Pm Berada Dalam Bahaya Dengan Pelantikan Nurul Izzah C4

Pm Berada Dalam Bahaya Dengan Pelantikan Nurul Izzah C4

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 279 hits
malaysiakini comKeputusan Anwar Ibrahim melantik anak perempuannya Nurul Izzah sebagai penasihat ekonomi dan kewangan meletakkan perdana menteri itu dalam kedudukan bahaya menurut Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme Timbalan ketua pegawai e...
Economist Nurul Izzah Capable Of Her New Adviser Role

Economist Nurul Izzah Capable Of Her New Adviser Role

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 471 hits
The appointment of Nurul Izzah as the pro bono adviser on economics and finance to her father Anwar Ibrahim is not a liability as she has demonstrated sound political and policy independence throughout her political career a prominent econo...
Yoursay Arguments Aside Can Nurul Izzah Do The Job

Yoursay Arguments Aside Can Nurul Izzah Do The Job

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 412 hits
YOURSAY Compared to other appointees in the past she is more competent E Kumar On the contrary one cannot categorise this particular appointment of Prime Minister Anwar Ibrahim s eldest daughter Nurul Izzah as his senior adviser on economic...
This Is About Principles Not Nurul Izzah

This Is About Principles Not Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 358 hits
Charles CJ Chow Free Malaysia Today I like Nurul Izzah Anwar But this is not about her It is about civil society Her appointment as finance and economic adviser to her daddy the prime minister is something that we should not have to write a...
Salahkah Anwar Lantik Nurul Izzah Sebagai Penasihat

Salahkah Anwar Lantik Nurul Izzah Sebagai Penasihat

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 384 hits
PELANTIKAN anak sulung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan Perdana Menteri mencetuskan pelbagai perdebatan dan polemik dalam kalangan penganalisis ekonomi ahli politik mahu pun o...
Tale Of Two Presidents Parallels From Lbj S Vietnam War Visit

Call To Boycott Sue Rhb Bank For Illegal Dismissal Of Siti Nurziswanis Erupts Among Opposition Faction

Plot Twist As Legal Eagle Casts Doubt If Rhb Bank Has Pursued Right Procedures In Axing Hardcore Pas Staff

Behind The Scenes Our Honda Cb550 Tracker Project From Start To Finish

Saifuddin Mungkin Lebih 19 Mp Tak Setuju Tindakan Lembaga Disiplin Bersatu

Di Tembak Lapan Kali Oleh Individu Yang Di Kenali Rakyat Malaysia Yang Parah Di Golok Thailand Meninggal Dunia

Nga Kor Ming Minta Maaf Kepada Pengamal Media

Cara Terminate Unifi Online Je


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Beli Powerbank Kapasiti Jenama Ciri Keselamatan Yang Perlu Tahu

T19f23 Balik Ke Kuala Lumpur Dari Kota Bharu Menaiki Bas Ekspres Musafir

Raikan Petang Panas Dengan Man Cendol

Sabah Fc Mahu Sambar Kim Pan Gon

Lirik Alpha Monalisa

Angkara Dendam Pekebun Cedera Di Perut Ditikam Kenalan