Salahkah Anwar Lantik Nurul Izzah Sebagai Penasihat



PELANTIKAN anak sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan Perdana Menteri mencetuskan pelbagai perdebatan dan polemik dalam kalangan penganalisis ekonomi, ahli politik mahu pun orang awam.
Dari satu sudut, pelantikan Nurul Izzah tidak menyalahi undang-undang kerana Anwar boleh melantik sesiapa sahaja terutamanya seseorang yang rapat dan paling dipercayainya untuk memantau penggubalan serta pelaksanaan dasar berkaitan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri, seterusnya melaporkan secara terus kepadanya untuk tindakan lanjut.
Tambahan pula pelantikan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak membabitkan sebarang implikasi kewangan kerajaan atau pengguna dana awam kerana beliau tidak dibayar gaji atau elaun bulanan.
Namun di satu sudut lain, ramai pemerhati melihat tindakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Presiden PKR itu melanggar prinsip moral kerana sebelum bergelar Perdana Menteri, beliau kerap menempelak dan mengkritik pentadbiran terdahulu kerana mengamalkan kronisme dan nepotisme.
Antara kegiatan kronisme yang sering menjadi kecaman PH sebelum ini adalah pelantikan pemimpin politik sebagai pengerusi atau pengarah di syarikat berkaitan kerajaan (GLC), penasihat khas kerajaan mahu pun Duta Khas kepada Perdana Menteri ke luar negara.
Jadi apabila Anwar berbuat demikian, ia seolah-olah seperti ‘memberikan peluru hidup kepada musuh’ dan membuka ruang kepada pengkritik serta pembangkang untuk ‘memulangkan paku buah keras’, menyerang peribadinya dan kerajaan campuran pimpinan PH sekarang.
Bagaimanapun Anwar sendiri telah menjelaskan bahawa lantikan itu adalah berdasarkan kelayakan kerana Nurul Izzah mempunyai ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan dan ijazah kedua dalam dasar awam dan sosial dari Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat.
Melihat kepada situasi ini, Pakar Kewangan Islam merangkap Pengasas Elzar Group & elzarshariah.com, Dr Zaharuddin Abd Rahman menegaskan, lantikan berkenaan tidak tergolong dalam kronisme sekiranya Nurul Izzah mempunyai merit yang tinggi dalam menanggung tugasan terbabit iaitu sama ada dalam bidang ekonomi atau pecahannya.
Nurul Izzah dalam temu bual bersama The Star menjelaskan, beliau berharap agar pengalamannya sebagai ahli Parlimen sebelum ini menumpukan dalam isu kemiskinan, pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional (TVET) selain perkhidmatan dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara akan memberi manfaat kepadanya.
Bahkan salah satu matlamatnya adalah bagi memanfaatkan bakat-bakat terbaik Malaysia dalam dan luar kerajaan selain mahu memperbaiki keadaan ekonomi rakyat.
“Saya percaya antara kewajarannya Perdana Menteri melantik Nurul Izzah ialah kerana beliau memerlukan seseorang boleh dipercayainya untuk menyelia, menapis serta mencerakinkan maklumat yang disediakan pakar dan pegawai kerajaan berpengalaman dari pelbagai agensi secara telus, integriti dan kritikal.
“Justeru, jawatan tersebut hanya akan berfungsi bagi membentuk draf penggubalan sebarang polisi yang akan dibawa sebagai cadangan kepada Perdana Menteri.
“Jika itu tugasannya, saya boleh memahami Perdana Menteri memerlukan seseorang yang secara politiknya 100 peratus memahami hasrat reformasi dan tinggi integritinya, kritikal seperti Nurul Izzah,” kata Zaharuddin kepada Sinar Premium.
Zaharuddin tiada masalah untuk menerima justifikasi diberi Anwar mengenai pelantikan Nurul Izzah kerana ia lebih bersifat lantikan politik hampir sama seperti pelantikan setiausaha politik dan setiausaha sulit.
“Pelantikan berasaskan politik memang tidak begitu menitikberatkan kelulusan akademik seperti pemilihan menteri kabinet yang majoritinya dilantik bukan berdasar kelayakan mereka tetapi berasaskan politik dan parti menerajui kerajaan.
“Namun, jika seseorang menteri kabinet mempunyai kelulusan dalam bidang berkaitan dengan portfolio beliau dalam kabinet, maka ia adalah satu kelebihan tetapi jika tiada, ia bukan masalah besar,” jelas beliau.
KELAYAKAN
Sementara itu, penganalisis ekonomi merangkap Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, pelantikan seseorang individu sebagai penasihat Perdana Menteri atau kerajaan mestilah dibuat berdasarkan kelayakan, ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang berkaitan.
Namun, Madeline percaya Anwar, mempunyai alasan tersendiri dan sebab kukuh Nurul Izzah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan Perdana Menteri.
“Apabila Perdana Menteri melantik Nurul Izzah sebagai penasihatnya, sudah pasti beliau mempunyai sebab tersendiri dan alasan kukuh untuk berbuat demikian.
“Oleh itu, saya berharap Nurul Izzah boleh memberikan nasihat kepada Perdana Menteri untuk menambah baik keadaan ekonomi dan kehidupan rakyat di Malaysia pada masa depan,” katanya.
BERCANGAH PRINSIP
Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar pula menegaskan, Anwar tidak patut melantik Nurul Izzah kerana perbuatan itu bercanggah dengan kempen anti-nepotisme dan kronisme serta reformasi institusi dilaungkannya ketika menjadi Ketua Pembangkang sebelum ini.
Tindakan tersebut menimbulkan pelbagai persepsi negatif kepada kepimpinan Anwar biarpun ia sebenarnya satu kontroversi yang tidak diperlukan dan boleh dielakkan oleh kerajaan pimpinan Ahli Parlimen Tambun berkenaan.
Hisommudin berkata, biarpun Nurul Izzah tidak menerima sebarang gaji atau elaun, namun persoalan utamanya ialah mengapa Anwar perlu melantik anaknya sendiri sebagai penasihat ekonomi sedangkan ia bercanggah dengan apa dilaungkan Presiden PKR itu sendiri dan PH sebelum ini.
Malah katanya, Anwar sebelum ini telah membuktikan ketegasannya apabila menangguhkan pelantikan semula bekas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sebagai Pengerusi Felcra yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Jadi saya percaya jika mereka pakar seperti tokoh akademik dan pakar ekonomi termasuk Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram dilantik sebagai penasihat Anwar maka ia tidak menimbulkan sebarang polemik atau kritikan orang ramai seperti yang terjadi hari ini,” ujar beliau - SH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/01/salahkah-anwar-lantik-nurul-izzah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Langgar Prinsip Tadbir Urus Baik Bila Lantik Anak Sebagai Penasihat

Anwar Langgar Prinsip Tadbir Urus Baik Bila Lantik Anak Sebagai Penasihat

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 103 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 30 2023 8 34 AMSeorang pemimpin Pemuda Bersatu mempersoalkan sama ada Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebenarnya komited dengan prinsip tadbir urus yang baik Ketua penerangan sayap itu Mohd Ashraf Mustaqim Badr...
Pm Pertahan Kelayakan Nurul Izzah Sebagai Penasihat Kewangan Ekonomi

Pm Pertahan Kelayakan Nurul Izzah Sebagai Penasihat Kewangan Ekonomi

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 159 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 29 2023 7 05 PMPerdana Menteri Anwar Ibrahim mempertahankan kelayakan Nurul Izzah untuk menjadi penasihatnya dalam soal ekonomi dan kewangan Ia selepas dia ditanya sama ada anaknya itu yang memegang ijazah sa...
Menjadikan Pas Sebagai Persamaan Dalam Lantikan Nurul Izzah Bererti Menyamakan Anwar Dengan Pas

Menjadikan Pas Sebagai Persamaan Dalam Lantikan Nurul Izzah Bererti Menyamakan Anwar Dengan Pas

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 245 hits
Dalam cubaan untuk mempertahankan lantikan Nurul Izzah sebagai penasihat kanan bagi ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim terdapat segelintir pihak yang menyokong kerajaan perpaduan nampaknya cenderung menjadikan Pas seb...
Nurul Izzah Dilantik Penasihat Kanan Ekonomi Dan Kewangan Pm

Nurul Izzah Dilantik Penasihat Kanan Ekonomi Dan Kewangan Pm

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 93 hits
nbsp Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar mendedahkan beliau telah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Menerusi wawancaranya bersama The Star bekas Ahli Parl...
Nurul Izzah Kini Jadi Penasihat Pm Tanpa Gaji

Nurul Izzah Kini Jadi Penasihat Pm Tanpa Gaji

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 241 hits
malaysiakini comPerdana Menteri Anwar Ibrahim telah melantik anaknya Nurul Izzah sebagai penasihat kanan kewangan dan ekonomi Namun sumber dalam kerajaan yang tahu berkenaan perkara itu memberitahu Malaysiakini bahawa jawatan itu tidak diba...
Nurul Izzah Tidak Dibayar Elaun Kata Anwar Ibrahim

Nurul Izzah Tidak Dibayar Elaun Kata Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 107 hits
nbsp Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa anaknya Nurul Izzah tidak akan menerima sebarang elaun untuk menjawat jawatan Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan Menurut beliau dia sendiri mengajak bekas Ahli Parlimen Permatan...
Nurul Izzah Will Never Abuse Her Post As My Adviser Says Anwar

Nurul Izzah Will Never Abuse Her Post As My Adviser Says Anwar

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 210 hits
Anwar Ibrahim said there was no possibility of Nurul Izzah using her position to amass wealth and influence decisions on tenders contracts or projects PETALING JAYA Prime Minister Anwar Ibrahim says his daughter Nurul Izzah would never abus...
1 Ringgit Berapa Rupiah Faktor Yang Mempengaruhi Implikasinya

Bagaimana Ketidakpastian Mega Cap Mempengaruhi Penurunan S P Dan Nasdaq

Wanda Hara Hadiri Kajian Hanan Attaki Pakai Cadar Berbuntut Panjang Kasusnya Dibawa Ke Jalur Hukum

Mengopi Tepi Pantai Di Kopi Penunjuk Kijal Terengganu

Melaka Ke Muzium Kapal Selam Sekali Lagi

Peniaga Pisang Goreng Mengaku Culik Dua Kanak Kanak Sebab Teringin Nak Ada Anak Perempuan

Transform Your Home With Art Placement That Speaks Volumes

Kronologi Kes Zulfarhan Osman Zulkarnain



Kenapa Kita Gelarkan Masa Guna Istilah Second Minute Hour Day Week and Year

Biodata Ikhmal Nour Personaliti TikTok Terkenal

Apakah Fatwa Berkenaan Menanam Jambang dan Rambut Bagi Lelaki

Info Dan Sinopsis Drama Tonton Berepisod SeOfis Slot Samarinda TV3

Biodata Mek Yun Mek Kelate Personaliti TikTok Terkenal


Graduan Kejuruteraan Usahawan Sambal Acar Ikan Masin

Aktiviti Dengan Anak 003

Rasa Risau Dan Takut Terhadap Perkara Yang Masih Belum Berlaku Selalunya Adalah Berlebihan

Memahami Inflasi Dan Indikator Tren Dalam Pasar Keuangan

Lagu Tiktok Yang Viral Pada Bulan Julai 2024

Resepi Sotong Sumbat Telur