Menjadikan Pas Sebagai Persamaan Dalam Lantikan Nurul Izzah Bererti Menyamakan Anwar Dengan Pas






Dalam cubaan untuk mempertahankan lantikan Nurul Izzah sebagai penasihat kanan bagi ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, terdapat segelintir pihak yang menyokong kerajaan perpaduan nampaknya cenderung menjadikan Pas sebagai rujukan serta persamaan dalam amalan tersebut.


Mereka memetik pelbagai laporan berita yang mengaitkan tindakan pemimpin-pemimpin Pas sendiri pernah melantik anak masing-masing dalam jawatan kerajaan.


Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan telah membenarkan anak mereka sendiri bekerja dalam agensi penting negeri Kelantan iaitu di bawah Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sebagai pegawai kanan.


Anak Menteri Besar, Nor Azma Hilmah Ahmad dikatakan bertugas sebagai Penolong Pengurus Bahagian Perundangan dan Intergriti di PKINK.


Dalam kes ini, Ahmad adalah Pengerusi PKINK.


Anak Timbalan Menteri Besar Kelantan pula, Ahmad Mujahid Mohd Amar dilaporkan bertugas sebagai Penolong Pengurus Bahagian Perancangan Korporat PKINK.


Mohd Amar dalam kes ini adalah Ahli Lembaga Pengarah PKINK.


Selain anak dua pemimpin Pas itu, anak Speaker DUN Kelantan, Ustaz Abdullah Yaakub juga diberitakan bekerja di bawah sebuah anak syarikat kerajaan negeri Kelantan.


Anak beliau, Muhammad Riyadhul Hanif Abdullah dilaporkan tersenarai dalam Pengurusan Tertinggi PTG Kelantan dengan jawatan sebagai Penolong Pengarah Hasil.


Dengan tiga anak pemimpin Pas itu turut bekerja di syarikat kerajaan negeri di mana bapa mereka adalah pemimpin dalam pentadbiran negeri Kelantan, lalu dihujahkan bahawa di mana salahnya anak Anwar bekerja di Pejabat Perdana Menteri?


Tambahan lagi, kata mereka, jawatan Nurul Izzah adalah pro bono iaitu tanpa gaji, sedangkan ketiga-tiga anak pemimpin Pas itu adalah bergaji.


Bukan bermaksud untuk membela Pas, tetapi sekadar untuk membetulkan fakta – membuat persamaan sebegitu sebenarnya adalah tindakan yang salah.


Pertama, ketiga-tiga anak pemimpin Pas berkenaan hanya bekerja di agensi kerajaan negeri dan bukan sebagai penasihat kepada bapa mereka.


Di sini saja, tindakan menyamakan itu adalah tersasar jauh dan suatu tembakan yang tak kena.


Kedua, kalau tindakan pemimpin Pas itu ingin dijadikan rujukan dan persamaan, bermakna kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Anwar ini adalah sama perangainya seperti Pas.


Banggakah kita kerana dilihat sama seperti Pas dan sejak bila Pas menjadi kitab rujukan kita? – ShahbudinHusin 31/01/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/01/31/menjadikan-pas-sebagai-persamaan-dalam-lantikan-nurul-izzah-bererti-menyamakan-anwar-seperti-pas.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/01/menjadikan-pas-sebagai-persamaan-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salahkah Anwar Lantik Nurul Izzah Sebagai Penasihat

Salahkah Anwar Lantik Nurul Izzah Sebagai Penasihat

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 374 hits
PELANTIKAN anak sulung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan Perdana Menteri mencetuskan pelbagai perdebatan dan polemik dalam kalangan penganalisis ekonomi ahli politik mahu pun o...
Tak Mungkin Nurul Izzah Guna Kedudukan Untuk Mengumpul Kekayaan Pm Anwar Ibrahim

Tak Mungkin Nurul Izzah Guna Kedudukan Untuk Mengumpul Kekayaan Pm Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 245 hits
Media sosial masih lagi hangat membincangkan pelantikan Nurul Izzah sebagai penasihat kanan dalam bidang ekonomi dan kewangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun menegaskan bahawa tidak mungkin anak sulungnya itu akan meny...
Pmx Lantikan Nurul Izzah Bukan Nepotisme

Pmx Lantikan Nurul Izzah Bukan Nepotisme

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 309 hits
Ainin Wan SallehKUALA LUMPUR Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempertahankan pelantikan anaknya Nurul Izzah sebagai penasihat kanannya dengan mengatakan ia tidak melibatkan nepotisme Nepotisme adalah di mana diberi kedudukan untuk menyalahguna...
Nurul Izzah Will Never Abuse Her Post As My Adviser Says Anwar

Nurul Izzah Will Never Abuse Her Post As My Adviser Says Anwar

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 450 hits
Anwar Ibrahim said there was no possibility of Nurul Izzah using her position to amass wealth and influence decisions on tenders contracts or projects PETALING JAYA Prime Minister Anwar Ibrahim says his daughter Nurul Izzah would never abus...
Ex Pas Mp Backs Nurul Izzah S Advisory Role

Ex Pas Mp Backs Nurul Izzah S Advisory Role

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 324 hits
Former PAS syura council member Khairuddin Aman Razali believed that Nurul Izzah Anwar was qualified to serve as the prime minister s senior adviser because of her experience as a three term MP In a statement Khairuddin also noted that Nuru...
Why Did Anti Nepotism Anwar Appoint Nurul Izzah As Adviser Ti M Asks

Why Did Anti Nepotism Anwar Appoint Nurul Izzah As Adviser Ti M Asks

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 360 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim s decision to appoint his daughter Nurul Izzah as economics and finance adviser may signal that cronyism and nepotism are back said Transparency International Malaysia president Muhammad Mohan Muhammad said Anwa...
Lantikan Nurul Izzah Dari Lihat Segi Matlamat Bukan Jadi Polemik Mufti Pulau Pinang

Lantikan Nurul Izzah Dari Lihat Segi Matlamat Bukan Jadi Polemik Mufti Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 275 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada perdana menteri harus dilihat menerusi matlamat yang ingin dicapai bukan untuk dipolemikkan kata Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mo...
Pm Pertahan Kelayakan Nurul Izzah Sebagai Penasihat Kewangan Ekonomi

Pm Pertahan Kelayakan Nurul Izzah Sebagai Penasihat Kewangan Ekonomi

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 260 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 29 2023 7 05 PMPerdana Menteri Anwar Ibrahim mempertahankan kelayakan Nurul Izzah untuk menjadi penasihatnya dalam soal ekonomi dan kewangan Ia selepas dia ditanya sama ada anaknya itu yang memegang ijazah sa...
Ceo Petronas Mandi Champagne

From Building Malaysia To Powering It Unitrade S Next Chapter In Solar Energy

Masuk Raudah Bagi Jemaah Lelaki Pada Pukul 3 Pagi Waktu Arab Saudi

Pagi Yang Tak Disangka

1688vegas 21 May 1688vegas Top 54 By Klaudia

Polis Melaka Siasat Pacuan Empat Roda Tampal Pelekat Tulisan Hebrew

M Nasir Gemakan Axiata Arena Dengan Puisi Keinsafan Palestin

Tng Ewallet Explains How To Use Budi95 With One App At All Stations


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masakan Simple Daging Masak Kicap

Mengidam Terung Pipit

Dim Sum Discovery By Canning Pengalaman Makan Belajar Dalam Satu Tempat

Lirik Lagu Teristimewa Pu Fendi Ustaz Fadhil Abdul Rahman Ustaz Huri

Beli Handbag Baru Bonia Paloma Tote Bag Warna Beige

British Iron Our Favorite Norton Customs