Saya Dah Bertunang Tapi Putus Doktor Kongsi Kisah Sayu Pesakit Kanser Tahap 4


‘Saya Dah Bertunang Tapi Putus..’ – Doktor Kongsi Kisah Sayu Pesakit Kanser Tahap 4. Kerjaya seorang doktor bukannya mudah seperti mana yang kita fikirkan kerana tugas mereka tidak hanya tertumpu pada menyelamatkan nyawa seseorang, tapi lebih dari itu.
Baru-baru ini seorang doktor telah berkongsi kisah di laman Facebook tentang seorang pesakitnya yang mengayat hati.
Dah kahwin atau masih bujang?
Saya dipanggil oleh wad onkologi untuk bantu pemulihan seorang penghidap kanser prostat tahap 4.
Dimaklumkan bahawa kedua-dua belah buah pinggang pesakit telah membengkak, terpaksa dipasang PCN(tiub berwarna biru). Baru-baru ini pula beliau menjadi lumpuh kerana metastasis mula merebak ke tulang belakang dan saraf tunjang.
“Dah kahwin atau masih bujang?” soalku.
“Bujang” jawabnya pendek lalu tersenyum sambil menghela nafas dan dihembus laju melalui hidung. Saya dapat rasakan dia sedang menahan diri daripada meluahkan sesuatu.
“Ada apa-apa saya perlu tahu?” tanyaku lagi.
Saya dah bertunang, tapi putus
Bukan niat nak jaga tepi kain orang, cuma sebagai pegawai perubatan rehabilitasi, kami perlu ambil tahu hal ehwal sosioekonomi pesakit. Tandas jenis apa pun kami akan tanya. Ia membantu kami merancang rawatan pemulihan jangka masa panjang.
“Saya dah bertunang, tapi putus.”
“OK. Err… Sekarang tinggal dengan siapa?” saya tukar topik.
Seorang doktor perlu tahu di mana sempadan antara ambil tahu dan menyibuk.
“Dua orang kakak.”
“Di rumah, merekalah yang jaga awak?”
Saya sudisiasat lebih lanjut. Beliau ada 2 orang kakak, seorang daripadanya lemah separuh badan setelah menghidapi strok, manakala seorang lagi pula bekerja menyara mereka. Namun begitu setelah pesakit lumpuh, kakak yang bekerja itu terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaganya. Sekarang mereka hidup dengan wang simpanan yang ada.
“Rumah jenis macam mana? Teres, flat, atau sebuah-sebuah?” tanyaku lagi.
“Kami sewa rumah teres 2 bilik. Saya tidur di ruang tamu.”
“Katil awak di ruang tamu?”
Beliau tiada katil. Hanya tidur di atas tilam. Tandas jauh sedikit daripada ruang tamu, jadi beliau terpaksa pakai lampin pakai buang. Rumah ini juga hanya ada satu pintu masuk, iaitu di ruang tamu. Masuk rumah terus akan nampak pesakit terlantar di tilam.
“Ada kemungkinan untuk pindah rumah lain, tak?”
“Kami ada rumah pusaka, abang kami duduk sana.”
“kenapa tak duduk dengan abang?”
“Rumah tu dah nak roboh, doktor.”
“Nak roboh? Tadi awak kata abang awak tinggal di sana.”
“Oh, dia ada masalah suka memencilkan diri. Dia tak nak pindah keluar walaupun nak roboh.”
Ada rumah pusaka, sudah usang. Abang bermasalah kesihatan mental. Salah seorang kakak, angin ahmar. Pesakit pula mengidapi kanser dan lumpuh. Yang tinggal hanyalah seorang kakak yang terpaksa tanggung keluarga ini. Berat betul dugaan.
Kalau memang jodoh kami, saya jemput dia di pintu syurga
Perkara-perkara seperti ini kadangkala doktor di wad terlepas pandang. Pesakit dirawat dan apabila stabil, dibenarkan pulang. Jadi tidak hairanlah, beberapa bulan kemudian, pesakit masuk kembali ke hospital dengan keadaan yang lebih teruk.
Di sinilah fungsi kewujudan kami, Jabatan Rehabilitasi, memastikan kelangsungan hidup pesakit. Rawatan tidak berhenti sekadar hanya di wad, ia diteruskan di rumah. Maka kami akan kenal pasti waris atau penjaga untuk dilatih meneruskan perawatan dirumah.
Kami juga akan pastikan pesakit ada rumah untuk pulang, malah kami akan pastikan rumah itu kondusif untuk pemulihan pesakit. Jika mereka perlukan bantuan kewangan atau peralatan, kami akan rujuk ke Jabatan Kerja Sosial untuk tindakan lanjut.
Setelah aku dapatkan semua maklumat yang perlu, lakukan pemeriksaan dan menerangkan perancangan rawatan pemulihan, saya beransur meminta diri.
“Doktor! Pertunangan saya tu, saya yang minta putus. Doktor jangan fikir bekas tunang saya yang putuskan pula. Kami putus secara baik, tiada gaduh-gaduh” ujarnya sebelum saya mengorak langkah.
“Jangan risau. Saya tak taruh syak wasangka.”
“Bukan apa, saya tak mahu dia kongsi keperitan dan derita saya. Biarlah saya dan keluarga saya sahaja tanggung. Tak apa, kalau memang jodoh kami, saya jemput dia di pintu syurga. Jika tidak, saya tumpang bahagia sebab dia jumpa pengganti saya.” ceritanya tenang.
Pilu pula rasa hati.
Tiada cinta lebih agung daripada cinta Ilahi
Ini bukan skrip drama. Ini realiti kehidupan seorang manusia, yang terpaksa melepaskan cinta kerana cinta. Namun begitu, tiada cinta lebih agung daripada cinta Illahi. Penderitaan pesakit ini telah berakhir, beliau telah pulang dijemput Tuhannya.
Al-fatihah.
Sekarang lihat hidup kita. Mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan, yang kita hendak dustakan?
Nota: Ini kisah 3 tahun lepas, semasa saya masih lagi di jabatan rehabilitasi hospital kerajaan. Sekarang saya dah buka pusat rehabilitasi sendiri.
Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan Via Oh Bulan
The post ‘Saya Dah Bertunang Tapi Putus..’ – Doktor Kongsi Kisah Sayu Pesakit Kanser Tahap 4 appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/saya-dah-bertunang-tapi-putus-doktor-kongsi-kisah-sayu-pesakit-kanser-tahap-4/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Jaga Makan Punca Ekzema Menyerang Kembali Doktor Kongsi 5 Perkara Perlu Elak

Tak Jaga Makan Punca Ekzema Menyerang Kembali Doktor Kongsi 5 Perkara Perlu Elak

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 363 hits
Mengalami ekzema memang cukup menyebabkan kerengsaan lebih lebih lagi bila ada serangan semula Lebih lebih lagi sekiranya mereka ialah bayi dan kanak kanak Ikuti penerangan doktor untuk mengelakkan serangan semula ekzema termasuk 5 perkara ...
Bagaimana Awak Boleh Jadi Gila Jawapan Pesakit Ini Buatkan Doktor Pun Boleh Jadi Gila

Bagaimana Awak Boleh Jadi Gila Jawapan Pesakit Ini Buatkan Doktor Pun Boleh Jadi Gila

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 310 hits
Walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan sehahihan cerita ini Baru baru ini satu perkongsian oleh pengguna Twitter telah membuatkan para netizen lain bukan sahaja terhibur bahkan ada yang naik gilaPerkongsian yang mendapat lebih 8 ribu ret...
Mahu Anak Kembar Doktor Pakar Sakit Puan Ini Kongsi Beberapa Tips Untuk Suami Isteri Supaya Boleh Dapatkan Anak Kembar

Mahu Anak Kembar Doktor Pakar Sakit Puan Ini Kongsi Beberapa Tips Untuk Suami Isteri Supaya Boleh Dapatkan Anak Kembar

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 555 hits
Mahu anak kembar Doktor pakar sakit puan ini kongsi beberapa tips untuk suami isteri supaya boleh dapatkan anak kembar Melihat telatah comel pasangan kembar pasti akan mencairkan hati siapa pun sehingga membuatkan ramai pasangan suami ister...
Bahaya Kalau Anak Pandai Baca Mengira Tapi Tak Pandai Kawal Emosi Pakar Early Childhood Kongsi Tips

Bahaya Kalau Anak Pandai Baca Mengira Tapi Tak Pandai Kawal Emosi Pakar Early Childhood Kongsi Tips

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 543 hits
Mungkin ramai ibu bapa yang memfokuskan kepada kepandaian anak semata mata tetapi tidak mengambil tahu tentang perkembangan emosi mereka Ini adalah perkara penting yang perlu didahulukan sebelum pengisian akademik Menurut Pengamal Pendidika...
Telinga Anak Masuk Lipas Mama Jangan Cuba Keluarkan Tapi Ikut Tip Dari Doktor Ni

Telinga Anak Masuk Lipas Mama Jangan Cuba Keluarkan Tapi Ikut Tip Dari Doktor Ni

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 345 hits
Ibu mana yang tak panik bila serangga kecil seperti lipas memasuki telinga anak kecil kita Panik dibuatnya dan usaha nak keluarkannya juga pastinya mencabar Maklumlah tangisan anak pastinya kuat ditambah lagi dengan rasa takut Sebenarnya bi...
Doktor Dah Banyak Kali Pesan Jangan Pergi Tapi Nak Jugak Akibatnya

Doktor Dah Banyak Kali Pesan Jangan Pergi Tapi Nak Jugak Akibatnya

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 356 hits
Puteri Sarah Liyana pelakon yang juga isteri kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof kini sedang hamil Pelakon ini ada mendedahkan keadaannya yang sedang hamil menyebabkan dia selalu diingatkan oleh para doktor supaya lebih berhati hati apat...
Doktor Sahkan Hayat Anak Dikandung Tidak Akan Lama Ibu Ni Kongsi Pengalamannya

Doktor Sahkan Hayat Anak Dikandung Tidak Akan Lama Ibu Ni Kongsi Pengalamannya

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 484 hits
Doktor Sahkan Hayat Anak Dikandung Tidak Akan Lama Ibu Ni Kongsi Pengalamannya Sungguh pilu membaca perkongsian dari seorang ibu ini Hanya diberi peluang 24 jam untuk dapat bersama anak sulongnya sebelum kembali ke negeri abadi Ayuh kita se...
Scha Kongsi Tipnya Bawa Lara Jumpa Doktor Gigi Biasakan Dari Awal Jangan Paksa Anak

Scha Kongsi Tipnya Bawa Lara Jumpa Doktor Gigi Biasakan Dari Awal Jangan Paksa Anak

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 429 hits
Anak anak antara pengalaman yang paling menakutkan buat mereka adalah masa makan ubat atau jumpa doktor Namun sebagai ibu bapa kena pandai ambil hati dan sentiasa berikan kata kata positif supaya anak tak fobia hadapi situasi tersebut Tinda...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash