Saya Dah Berdoa Tapi Allah Belum Makbulkan



“Saya dah banyak kali berdoa tapi sampai sekarang Allah masih tak makbulkan”
“Betul ke hati yakin masa berdoa, atau masih ada sekelumit ragu?”
Dia terdiam setelah saya mengajukan pertanyaan tersebut. Kita tahu bahawa Allah menurut sangkaan hambanya. Kita tahu bahawa Allah berkuasa memakbulkan walau hal tersebut seakan mustahil. Namun dalam banyak keadaan, untuk benar-benar yakin terasa begitu sukar.
Saya akui bahawa saya juga bukan setiap masa berasa yakin dengan apa yang saya doakan. Namun kerana saya lebih yakin bahawa Allah LEBIH MAMPU untuk memakbulkan berbanding keraguan yang dirasa, maka saya tetap berdoa.
“Ya Allah, campakkanlah rasa yakin dalam hati sewaktu meminta padaMu”, begitu saya bisikkan pada hati tidak kira di mana-mana atau pada bila-bila masa. Sebutkan sahaja ketika teringat.
Bersyukur Dengan Apa Yang Sudah Diberi
Cuba lihat semula sepanjang kita hidup, apa yang pernah kita niatkan yang telah Allah kabulkan. Kadang-kadang, kata-kata yang sekadar terlucut daripada mulut atau apa yang terlintas di hati pun Allah makbulkan.
“Nak makan ni lah malam ni” , tiba-tiba ada yang belikan.
“Duit tak cukup, macam mana nak bagi parents”, lalu Allah bagi rezeki dari sumber yang tak kita jangka. Tiba-tiba dapat bonus. Tiba-tiba duit rasa cukup.
Itulah keberkatan yang Allah hadirkan dalam rezeki dan urusan. Dan kerana adanya keberkatan, setiap perkara terasa mudah dan menyenangkan. Ingat apa yang telah Allah beri, dan yakin dengan apa yang bakal diberi.
Jadilah ‘Tamak’ Dalam Berdoa
Allah sangat menyukai orang yang meminta semua benda daripadaNya. Ya, semuanya. Hatta hanya sekadar tali kasut.
Aisyah radhiallahu ta’ala ‘anha juga mengatakan:
سَلُوا اللَّهَ كُلَّ شَيءٍ حَتَّى الشِّسعَ
“Mintalah kepada Allah bahkan meminta tali sandal sekalipun” (HR. Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman 2/42, Al Albani berkata: “mauquf jayyid” dalam Silsilah Adh Dha’ifah no. 1363).
Nabi SAW bersabda:
إِذَا تَمَنَّى أَحَدُكُم فَلْيُكثِر ، فَإِنَّمَا يَسأَلُ رَبَّهُ عَزَّ وَجَلَّ
“Barangsiapa yang mengangankan sesuatu (kepada Allah), maka perbanyaklah angan-angan tersebut. Kerana ia sedang meminta kepada Allah Azza wa Jalla” (HR. Ibnu Hibban no. 889, disahihkan Al Albani dalam Shahih Al Jami’ no. 437).
Rasulullah SAW pernah mengajarkan tentang satu doa yang merangkumi banyak perkara:
:عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَّمَهَا هَذَا الدُّعَاءَ
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذَ بِهِ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ وَأَسْأَلُكَ أَنْ تَجْعَلَ كُلَّ قَضَاءٍ قَضَيْتَهُ لِي خَيْرًا
Daripada Aisyah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW telah mengajarkan suatu doa kepadanya:
“Ya Allah, aku bermohon dikurniakan segala kebaikan yang hampir dan yang masih jauh, yang aku tahu dan yang aku tidak tahu.
Dan lindunglah aku daripada kejahatan dan keburukan yang hampir dan yang masih jauh sama ada yang aku tahu dan yang aku tidak tahu.
Sesungguhnya aku meminta kepadaMu semua doa kebaikan yang diminta oleh hamba dan NabiMu. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan yang hamba dan NabiMu meminta perlindungan dari keburukan itu.
Ya Allah, aku meminta kepadaMu syurga dan segala yang mendekatkan menuju syurga, sama ada perkataan mahupun perbuatan.
Aku berlindung kepadaMu dari neraka dan segala yang mendekatkan menuju neraka, sama ada perkataan mahupun perbuatan.
Dan aku meminta kepadaMu agar menjadikan semua takdir yang Engkau takdirkan untukku adalah kebaikan.”
(HR. Ahmad no. 25019, Ibnu Majah no. 3846 dan Ibnu Hibban no. 869. Dinilai sahih oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah no. 1542.)
Sungguh indah dan menyeluruh maksud yang terkandung dalam doa ini. Seluruh pengharapan tentang nasib kita di dunia dan juga di akhirat disandarkan sepenuhnya kepada Allah SWT.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذَ بِهِ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ وَأَسْأَلُكَ أَنْ تَجْعَلَ كُلَّ قَضَاءٍ قَضَيْتَهُ لِي خَيْرًا
Sama-sama kita cuba untuk menghafal dan membaca doa ini. InsyaAllah. Akhirnya, yakinlah bahawa apa yang diberi atau yang tidak diberi di akhirnya, kesemuanya baik untuk diri kita.
 
Sumber: tzkrh.com
The post Saya Dah Berdoa, Tapi Allah Belum Makbulkan appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/saya-dah-berdoa-tapi-allah-belum-makbulkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Beribu Habis Untuk Rawat Kakak Tapi Allah Belum Izinkan Pendedahan Kisah Kahwin Lari Dengan Suami Orang

Dah Beribu Habis Untuk Rawat Kakak Tapi Allah Belum Izinkan Pendedahan Kisah Kahwin Lari Dengan Suami Orang

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 575 hits
Ramai rakyat Malaysia yang ambik keputusan menikah di Tahiland Tak tahu la apa alasan mereka Tapi ada satu kisah yang dikongsikan oleh pengguna Twitter Diyana Zahari tentang pengalaman keluarganya yang berdepan dengan masalah ahli keluarga ...
7 Golongan Manusia Yang Diselamatkan Allah Ketika Di Padang Mahsyar No 3 Senang Nak Amalkan Tapi Susah Kita Nak Buat

7 Golongan Manusia Yang Diselamatkan Allah Ketika Di Padang Mahsyar No 3 Senang Nak Amalkan Tapi Susah Kita Nak Buat

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 426 hits
Rasulullah s a w pernah bersabda Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu 1 Imam yang adil 2 pemuda yang sentiasa beribadat ke...
Dua Kalimat Ringan Tapi Sangat Dicintai Allah Dan Berat Pada Timbangan Rileks Media

Dua Kalimat Ringan Tapi Sangat Dicintai Allah Dan Berat Pada Timbangan Rileks Media

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 797 hits
Subhaanallaahi Wa Bihamdihi Subhaanallaahil Adzim Maha Suci Allah dan segala puji untuk Nya Maha Suci Allah Yang Maha Agung Dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu ia berkata Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda Dua kalimat yang ring...
Kini Bebas Ahok Penghina Islam Ingin Kahwin Muslimah Tapi Belum Masuk Islam Apa Strategi

Kini Bebas Ahok Penghina Islam Ingin Kahwin Muslimah Tapi Belum Masuk Islam Apa Strategi

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 504 hits
Ahok kini mahu dikenali sebagai BTP ReutersJAKARTA Selepas hampir dua tahun dipenjara akibat menghina Islam bekas Gabenor Jakarta Basuki Ahok Tjahaja Purnama melangkah bebas pada Khamis menuju perjalanan baharu dalam kehidupannya iaitu menj...
Djarot Sebut Ahok Belum Akan Berpolitik Setelah Bebas Tapi Pasti Gabung Pdip

Djarot Sebut Ahok Belum Akan Berpolitik Setelah Bebas Tapi Pasti Gabung Pdip

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 234 hits
Ketua DPP PDIP Djarot Saiful Hidayat mengatakan Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok setelah bebas dari penjara belum akan langsung terjun ke dunia politik Namun Djarot mengklaim jika Ahok kembali berpolitik mantan Gubernur DKI Jakarta itu akan...
Punya Susah Nak Bangun Solat Malam Tapi Lepas Amal 4 Cara Ni Allah Berikan Kenikmatan Bersolat Tahajjud

Punya Susah Nak Bangun Solat Malam Tapi Lepas Amal 4 Cara Ni Allah Berikan Kenikmatan Bersolat Tahajjud

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 797 hits
Punya Susah Nak Bangun Solat Malam TAPI Lepas Amal 4 Cara Ni Allah Berikan Kenikmatan Bersolat TAHAJJUD Ramadhan ini sebenarnya masa terbaik untuk anda membentuk habit atau sikap Tentulah kita nak bentuk sikap yang baik ya tak Nak dapatkan ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi