Saya Bukan Pengkhianat Tapi Ph Itulah Pengkhianat Zuraida



ZURAIDA Kamaruddin berkata beliau tidak sepatutnya dilabel sebagai pengkhianat kerana menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Februari 2020, sebaliknya menuding jari ke arah pakatan itu sendiri.
Beliau berkata PH menggali kuburnya sendiri dengan tidak menyokong perdana menterinya ketika itu Dr Mahathir Mohamad, yang membawa kepada keruntuhan pentadbiran mereka selepas hanya 22 bulan memerintah.
Calon kerusi Parlimen Ampang itu juga berkata dia dipecat daripada PKR sebelum berpindah ke Bersatu semasa Langkah Sheraton, sambil menambah adalah tidak adil untuk dia dilabel sebagai pengkhianat.
“Sebenarnya saya dipecat,” katanya.
“Saya rasa mereka mudah mahu melabel seseorang sebagai pengkhianat. Adakah kita mengkhianati negara atau pengundi? Mereka perlu ingat, sebagai ahli Parlimen, saya setia kepada pengundi saya.
“Kesetiaan saya adalah kepada pengundi saya, bukan parti. Dalam tiga penggal sebagai ahli Parlimen (Ampang), saya telah melakukan kerja yang baik untuk kawasan saya dan untuk rakyat di sini,” katanya sambil bersedia untuk mempertahankan kerusinya dalam pertandingan sembilan penjuru pada 19 November.
Bekas partinya PKR bekerja keras untuk memenangi kerusi ini, mengatakan bahawa ia telah diambil secara tidak adil daripada parti dengan pembelotan Zuraida bersama 11 wakil parti lain pada 2020.
Bekas naib presiden PKR itu bagaimanapun berkata, beliau menyerahkan kepada Tuhan untuk menghakiminya.
Sebelum ini Zuraida dilaporkan dipecat oleh PKR, bersama timbalan presiden parti Mohamed Azmin Ali, sehari selepas mereka menghadiri majlis makan malam bersama pemimpin parti lawan di Hotel Sheraton, Petaling Jaya hanya beberapa hari sebelum kejatuhan kerajaan PH.
Sembilan ahli Parlimen PKR yang lain, bersama Zuraida dan kemudian timbalan presiden PKR Azmin Ali, kemudian menyokong kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Bersatu yang turut mempunyai Umno dan PAS di dalamnya.
Beberapa bulan kemudian mereka semua menyertai Bersatu, kecuali Baru Bian yang memutuskan untuk menjadi wakil rakyat bebas.
Zuraida juga merupakan menteri dalam dua kerajaan selepas pentadbiran PH.
Pada September tahun ini, Zuraida menyertai parti baharu, Parti Bangsa Malaysia (PBM).
KEJATUHAN DR. MAHATHIR
Menjelaskan kejatuhan kerajaan PH, Zuraida melabel PH sebagai pengkhianat sebenar kerana tidak menyokong Dr Mahathir sebaliknya melemparkan sokongan mereka kepada Anwar Ibrahim.
“Dr Mahathir mengharapkan mandat yang lebih besar untuk merombak kabinet tetapi malangnya apabila menghadap (Yang di-Pertuan) Agong, beliau meletakkan jawatan dan secara automatik kerajaan tumbang. Kalau perdana menteri letak jawatan, seluruh kabinet tumbang.
“Apabila Dr Mahathir meletakkan jawatan, kami semua menyokong beliau (menjadi perdana menteri semula). Beliau gembira kerana mendapat hampir 100% sokongan dan beliau berkata beliau mahu membentuk kerajaan perpaduan.
“Beliau juga menyatakan hasrat untuk melantik menteri berdasarkan merit dan bukan atas jawatan politik, malah menggariskan hasrat melantik golongan profesional.
“Apabila mendengar ini, ahli Parlimen PH tidak menyokong Dr Mahathir. Mereka terus menyokong Anwar. Jadi, bekas perdana menteri itu tidak boleh menjadi perdana menteri lagi kerana beliau hanya menerima 65 undi berbanding Anwar 90 undi.
“Jadi siapa pengkhianat di sini? PH,” katanya.
Zuraida, yang dilantik sebagai presiden untuk PBM, berkata beliau telah menyokong Dr Mahathir hanya untuk Dr Mahathir menarik diri, membenarkan mereka mengundi penggantinya Muhyiddin Yassin.
“Apabila tiba untuk pengundian kedua, Dr Mahathir sudah memberi laluan kepada Muhyiddin. Jadi, kami bersetuju untuk menyokong Muhyiddin.
“Namun, pada awal pagi (sebelum Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri), saya menerima panggilan mengatakan Dr Mahathir telah muncul sebagai calon perdana menteri PH.
“Apa yang perlu kita lakukan kemudian? Kita telah pun memberikan akuan berkanun kita menyokong Muhyiddin,” katanya.
TANDA-TANDA KETIDAKSTABILAN DALAM KERAJAAN PH 
Zuraida juga mendakwa PH sudah menunjukkan tanda-tanda ketidakstabilan dengan pentadbiran mereka, malah tewas beberapa pilihan raya kecil walaupun menjadi kerajaan ketika itu.
Beliau menggariskan beberapa sebab, termasuk “rungutan” berterusan presiden partinya ketika itu untuk menjadi perdana menteri.
“Kenapa kerajaan (PH) gagal? Kerana mereka tidak ada perpaduan, tidak sehaluan, mereka masih mempunyai pemikiran pembangkang. Mereka tidak tahu bagaimana menjadi kerajaan.
“Ketika itu mereka kalah dalam beberapa PRK. Malah rakyat sendiri yang memilih mereka menjadi kerajaan (pada 2018) tetapi kita terus kalah. Maknanya orang Melayu, Cina, India (sudah) tidak suka. kita pada masa itu.
“Selain itu kita mempunyai seorang lagi manusia yang sentiasa mahu menjadi perdana menteri.
“Itu mengganggu tumpuan (sesetengah) kami yang pertama kali berada dalam kerajaan. Kami tidak pernah menjadi menteri sebelum ini dan kami mahu belajar tetapi (rungutan berterusan) menyukarkan kami,” katanya merujuk kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Zuraida, yang memenangi tiga pilihan raya sebelum ini di bawah tiket PKR, akan bertanding di bawah kain rentang PBM pada pilihan raya umum (PRU15) akan datang.
Beliau akan berdepan lapan calon lain. Mereka ialah Rodziah Ismail (Pakatan Harapan), Ivone Low Yi Wen (Barisan Nasional), Sasha Lyna Abdul Latif (PN), Dr Nurul Ashikin Mabahwi (Pejuang), Lai Wai Chong (Warisan) dan tiga calon Bebas – M, Raveendran, Muhammad Shafiq Izwan Mohd Yunos dan Tan Hua Meng.
Parlimen Ampang merupakan kerusi kedua paling ramai calon pada PRU15, dengan sembilan calon, dengan yang pertama ialah Parlimen Batu (pertandingan 10 penjuru).
Zuraida yakin label pengkhianat itu tidak akan menjejaskannya dalam kempen untuk mengekalkan kerusi Ampang buat kali keempat.
“Pengundi melihat itu sebagai sesuatu yang peribadi. Apa yang sebenarnya dilihat oleh pengundi ialah prestasi saya kepada kawasan pilihan raya dan khidmat yang saya lakukan untuk mereka,” katanya.
Zuraida juga berkata bahawa “penjenamaan"nya yang kukuh di Ampang akan melonjakkannya kepada kemenangan pada PRU15 - The Malaysian Insight

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/11/aku-bukan-pengkhianat-tapi-ph-itulah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dulu Belajar Di London Tapi Tak Mampu Hadir Majlis Konvo Permintaan Bapa Sarung Jubah Konvo Anak Und4ng Seb4k Netizen

Dulu Belajar Di London Tapi Tak Mampu Hadir Majlis Konvo Permintaan Bapa Sarung Jubah Konvo Anak Und4ng Seb4k Netizen

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 115 hits
Ibu bapa mana yang tak gembira dan bangga bila mana anak yang dididik dan dibesarkan kini sudah mencapai kejayaan Terasa berbaloi segala pengorbanan yang dicurahkan selama ini baik tenaga masa mahupun wang ringgit Manakala si anak pula baha...
Muhyiddin Dedah Tun M Yang Mulakan Gerakan Keluar Ph Tapi Buat U Turn

Muhyiddin Dedah Tun M Yang Mulakan Gerakan Keluar Ph Tapi Buat U Turn

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 174 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa yang memulakan gerakan untuk membawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia keluar daripada Pakatan Harapan Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mendedahkan Mahathir kemud...
Memang Nak Tukar Pengasuh Tapi Dah Terlambat 4 Tahun Menanti Allah Bagi Pinjam Setahun Ibu Reda

Memang Nak Tukar Pengasuh Tapi Dah Terlambat 4 Tahun Menanti Allah Bagi Pinjam Setahun Ibu Reda

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 303 hits
Terasa dunia gelap apabila tiba tiba dihubungi oleh pihak hospital dan dimaklumkan anak berada di bahagian kecemasan dan tidak sedarkan diri Baru sahaja waktu pagi dihantar dalam keadaan baik namun semuanya berubah sekelip mata Tiada ungkap...
Ibu Ini Kongsi 7 Ilmu Tidur Anak Yang Ramai Ibu Bapa Tak Tahu Tapi Berkesan

Ibu Ini Kongsi 7 Ilmu Tidur Anak Yang Ramai Ibu Bapa Tak Tahu Tapi Berkesan

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 184 hits
Tidur sangat penting untuk kanak kanak kerana tidur yang cukup memastikan otak dan tubuh kanak kanak dapat membesar dan berkembang dengan baik Kajian juga telah menunjukkan bahawa tidur adalah penting untuk kecergasan serta pelbagai fungsi ...
Yoo Seungho Dilihat Jalani Penggambaran Di Sarawak Tapi Untuk Apa

Yoo Seungho Dilihat Jalani Penggambaran Di Sarawak Tapi Untuk Apa

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 70 hits
Tiada apa apa khabar berita pelakon Yoo Seung ho dilihat berada di Sarawak Malaysia kini ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini foto dan video Yoo Seung ho yang dilihat menjalani penggambaran di Kuching Sarawak telah menarik perhatian peminat Khus...
Resepi Enoki Butter Viral Anak Anak Confirm Suka Simple Tapi Padu

Resepi Enoki Butter Viral Anak Anak Confirm Suka Simple Tapi Padu

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 153 hits
Mudah sangat nak masak enoki butter yang viral di media sosial ini Mungkin anda boleh olahkan mengikut citarasa masing masing Bagi yang nak mencuba boleh ikuti perkongsian resepi campak campak ini Anak anak pun suka makan macam ni Bahan bah...
Scan Bayi Bukan Sebab Nak Tengok Wajah Bayi Sahaja Tapi Wajib Untuk Ukur Tahap Kesihatan Janin

Scan Bayi Bukan Sebab Nak Tengok Wajah Bayi Sahaja Tapi Wajib Untuk Ukur Tahap Kesihatan Janin

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 104 hits
Berkenaan ujian imbasan apakah ada ujian imbasan khas yang perlu dilalui selain daripada ujian imbasan yang biasa dilakukan setiap kali melakukan pemeriksaan antenatal Semua wanita hamil perlu menjalani ujian imbasan nucheal transluscency p...
Kos Sara Hidup Makin Melambung Tapi Masih Buang Duit Ini Senarai Membazir Yang Tetap Ramai Lakukan

Kos Sara Hidup Makin Melambung Tapi Masih Buang Duit Ini Senarai Membazir Yang Tetap Ramai Lakukan

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 143 hits
Kos sara hidup yang makin melambung menuntut rakyat Malaysia terutama golongan B40 dan M40 untuk tidak lagi buang duit atau membazir Impak krisis ekonomi akibat pandemik Covid 19 memburukkan lagi keadaan apabila anggaran pendapatan terkini ...
Isu Isteri Cikgu Buang Hadiah Rm2 Pemberian Murid

Syafiq Kyle Transisi Dari Ustaz Adam Ke Meth Killer

Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha Azrel Ismail

Tahniah Izzat Upkk

Apa Itu Kwsp Akaun 3

15 Breathtaking Mediterranean Powder Room Ideas From Classic To Modern

Lirik Lagu Satu Selamanya Twins



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia


Rahsia Solat 5 Waktu Sehari Semalam Yang Ramai Tak Tahu

Skandal Kawan Sekerja

Student Black Shirt Campaign Not Protest Shows Uitm Identity Vc

Menyamar Polis Samun Warga Asing Penjawat Awam Antara 4 Ditahan

Iranian President Raisi Feared Dead As Helicopter Wreckage Found

Man City Lakar Sejarah Raih Gelaran Epl Keempat Berturut Turut