Muhyiddin Dedah Tun M Yang Mulakan Gerakan Keluar Ph Tapi Buat U Turn


 

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad didakwa yang memulakan gerakan untuk membawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) keluar daripada Pakatan Harapan (PH).
Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin mendedahkan Mahathir kemudian menarik balik keputusan itu pada saat-sat akhir selepas Majlis Presiden PH membuat keputusan untuk terus menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.
“Sebenarnya, Tun Mahathir telah memulakan gerakan untuk BERSATU keluar dari PH. Tetapi beliau membuat pusingan U di saat akhir apabila Majlis Presiden PH dalam mesyuaratnya pada 21 Februari 2020 membuat keputusan untuk terus menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.
“Sebelum itu, kalau kita masih ingat, beliau telah didesak oleh beberapa pihak di dalam PH supaya berundur untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri kr-8.
“Setelah Majlis Presiden PH membuat keputusan untuk terus menyokong beliau sebagai Perdana Menteri, beliau cuba meyakinkan MPT BERSATU supaya kekal berada di dalam PH. Tetapi MPT BERSATU hampir sebulat suara membuat keputusan sebaliknya,” kata Muhyiddin.
Pengerusi Perikatan Nasional mendedahkan perkara tersebut selepas beberapa pihak menuduhnya sebagai pengkhianat Mahathir.
Menurut Muhyiddin, beliau terpaksa memperjelaskan perkara itu supaya masyarakat tidak memandang serong terhadapnya.
Tambah Muhyiddin, Mahathir tidak memberitahu niatnya untuk meletakkan jawatan walaupun mereka berdua berjumpa pada hari kejadian.
“Setelah saya pulang ke rumah, saya menerima sepucuk surat daripada Tun Mahathir memaklumkan kepada saya bahawa beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi BERSATU, Perdana Menteri dan semua jawatan dalam kerajaan.
“Pada masa yang sama, sepucuk surat peletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri dihantar ke Istana Negara.
“Saya amat terkejut dengan tindakan Tun Mahathir meletak jawatan. Saya bergegas semula ke rumahnya untuk memujuk beliau supaya menarik balik peletakan jawatannya. Namun beliau berkeras untuk meneruskan niatnya,” kata Muhyiddin.
Menurutnya, Mahathir tetap dengan keputusannya walaupun pemimpin BERSATU, PAS, UMNO, GPS dan WARISAN berkumpul di rumah beliau untuk memujuknya supaya tidak meletakkan jawatan.
Muhyiddin berkata, Mahathir memberikan alasan bahawa peletakan jawatan itu disebabkan beliau tidak lagi mendapat sokongan Majlis Tertinggi BERSATU.
Mahathir juga meletakkan jawatan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan MPT BERSATU untuk keluar PH.
“Setelah Majlis Presiden PH membuat keputusan untuk terus menyokong beliau sebagai Perdana Menteri, beliau cuba meyakinkan MPT BERSATU supaya kekal berada di dalam PH.
“Tetapi MPT Bersatu hampir sebulat suara membuat keputusan sebaliknya. Keputusan ini dibuat kerana memikirkan BERSATU semakin kehilangan sokongan orang Melayu akibat tindak-tanduk beberapa pihak di dalam PH terutamanya parti DAP yang dilihat gagal menjaga sensitiviti orang Islam dan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
“Dalam dua pilihan raya kecil di Semenyih dan Tanjung Piai, calon Bersatu yang bertanding atas tiket PH kalah. Sokongan pengundi Melayu kepada BERSATU ketika itu merosot walaupun kedua-kedua kerusi ini dimenangi oleh BERSATU dalam PRU-14,” kata Muhyiddin.
Muhyiddin berkata, Mahathir tidak sepatutnya meletakkan jawatan.
Ini kerana pada masa itu telah ada 138 Akuan Bersumpah Ahli-Ahli Parlimen dari BERSATU, PKR, PAS, BN, GPS, PBS dan WARISAN yang menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.
“Saya adalah salah seorang Ahli Parlimen yang telah menandatangani Akuan Bersumpah untuk terus menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.
“Maksudnya, walaupun BERSATU keluar PH, kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri tidak terjejas. Malangnya, Tun Mahathir meletak jawatan juga atas kerelaannya sendiri,” jelas Muhyiddin.
Muhyiddin juga berkata, pada awalnya dia menolak cadangan PAS dan UMNO menjadi calon Perdana Menteri kerana BERSATU mahu Mahathir terus menjawat jawatan tersebut.
Malangnya, Mahathir gagal mendapat sokongan majoriti selepas ahli Parlimen diarahkan menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Ketika itu Muhyiddin berkata, beliau sekali lagi didatangi pemimpin PAS dan UMNO yang menyatakan sokongan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.
“Sebagai tanda hormat saya kepada Tun Mahathir, saya telah menemui beliau untuk meminta sokongannya.
“Beliau beritahu saya beliau sedia memberi sokongan kepada saya sebagai Perdana Menteri jika saya berjaya mendapatkan sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen. Saya beritahu Tun Mahathir, Insya-Allah saya akan mendapat sokongan majoriti.
“Namun, Tun Mahathir membuat pusingan u sekali lagi apabila beliau mencalonkan dirinya sebagai Perdana Menteri untuk berlawan dengan saya. Allahuakbar,” kata Muhyiddin. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/10/muhyiddin-dedah-tun-m-yang-mulakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerjasama Ditolak Tun M Kata Muhyiddin Sombong Konon Dia Boleh Menang

Kerjasama Ditolak Tun M Kata Muhyiddin Sombong Konon Dia Boleh Menang

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 103 hits
Usaha Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 sekali lagi gagal apabila ditolak Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin Menurut laporan BH Online Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air itu me
Dr Mahathir Brands Muhyiddin Arrogant For Rejecting Alliance With Gerakan Tanah Air

Dr Mahathir Brands Muhyiddin Arrogant For Rejecting Alliance With Gerakan Tanah Air

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 163 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad ALOR SETAR Gerakan Tanah Air pro tem chairman Tun Dr Mahathir Mohamad said he was willing to forget Tan Sri Muhyiddin Yassin 8217 s 8216 betrayal 8217 so that GTA and Perikatan Nasional can work together t
Muhyiddin Tikam Saya Dari Belakang Tun M

Muhyiddin Tikam Saya Dari Belakang Tun M

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 104 hits
Pengerusi Penaja GTA Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau dalam proses memperbaiki kedudukan ekonomi orang Melayu namun ditikam Muhyiddin dari belakang MalaysiaMemilih AWANInews SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani...
Akhirnya Keluar Juga Baby Urhan Tampannya Selepas 49 Hari Uyaina Arshad Dedah Wajah Anak

Akhirnya Keluar Juga Baby Urhan Tampannya Selepas 49 Hari Uyaina Arshad Dedah Wajah Anak

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 159 hits
MasyaAllah itulah kata kata spontan apabila melihat kecomelan anak sulung Uyaina Arshad iaitu Raja Urhan bin Raja Syahiran selepas hari ke 49 kelahiranya Uyaina yang juga pengacara dan juga pelakon akhrinya berkongsi wajah cahaya matanya it...
Saya Ingat Muhyiddin Dah Taubat Tapi

Saya Ingat Muhyiddin Dah Taubat Tapi

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 124 hits
MalaysiakiniDr Mahathir Mohamad berkata Gerakan Tanah Air pimpinannya sedia bekerjasama dengan Muhyiddin Yassin sebelum ini atas anggapan pemimpin Bersatu itu sudah bertaubat Saya cuba bersangka baik bahawa setelah dijatuh dan dihina oleh U...
Tun M Kata Wujud Rundingan Kerjasama Antara Gta Pn Muhyiddin Pula Nafi Ada Perbincangan

Tun M Kata Wujud Rundingan Kerjasama Antara Gta Pn Muhyiddin Pula Nafi Ada Perbincangan

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 81 hits
Nampaknya impian Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjalinkan kerjasama dengan Perikatan Nasional seakan tidak tercapai apabila pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tiada sebarang perbincangan ras...
Ini Ahli Dap Kah Yang Keluar Kenyataan Ini Gerakan Kawan Kite

Ini Ahli Dap Kah Yang Keluar Kenyataan Ini Gerakan Kawan Kite

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 134 hits
ZACK ROCKSTARMungkin selepas ini pantunnya berbunyi begini Tanjung Piai pergi ke Dumai Sampai di sana naik kereta Mari gelak beramai ramai Undi GERAKAN kawan kita
Muhyiddin Yassin Bukan Penderhaka Sebabnya Muhyiddin Yassin Dan Tun Dr Mahathir Mohamad Berpisah Pada Februari 2020

Muhyiddin Yassin Bukan Penderhaka Sebabnya Muhyiddin Yassin Dan Tun Dr Mahathir Mohamad Berpisah Pada Februari 2020

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 150 hits
Muhyiddin Yassin bukan penderhaka sebabnya Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad berpisah pada Februari 2020
Saya Dah Nampak Pintu Keluar Latiff Sedia Beri Laluan Di Mersing

Saya Dah Nampak Pintu Keluar Latiff Sedia Beri Laluan Di Mersing

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 130 hits
Pada PRU 2018 Abd Latiff Ahmad yang bertanding atas tiket BN memenangi kerusi Parlimen Mersing dengan 19 806 undi menewaskan dua pencabarnya daripada PAS dan PKR PETALING JAYA Penyandang Parlimen Mersing Abd Latiff Ahmad sedia berundur untu...
Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Lanwuu Imagine By Aurora Design In Yunnan China

Raffa Affar Pelita Dalam Doa Chord

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Ringgit Closes Higher As Investors Shift From Safe Haven Currencies

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

Traditional Seats No More A Factor In Pn Says Gerakan