Saya Budak Kampung Agong


Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah pengalaman membesar di kampung membuatkan baginda mudah selesa dan spontan untuk berinteraksi dengan rakyat khususnya masyarakat kampung

Sultan Abdullah yang baru ditabal sebagai Ketua Utama Negara hari ini mengakui sebagai anak remaja yang membesar di kampung, kehidupan Seri Paduka agak bebas daripada belenggu protokol

"Sebab kita duduk dalam suasana kampung, tidak ada protokol langsung, tidak ada bodyguard pun, masa sekolah dulu tidak ada bodyguard pun. Pergi sendiri saja… kadang saya berbasikal

"Seperti anak-anak biasa. Itu yang mungkin membuatkan saya secara spontan boleh berinteraksi dengan orang-orang kampung

“Saya dilahirkan di Pahang, saya dilahirkan di kampung, saya adalah budak kampung,” titah Seri Paduka dalam dokumentari khas terbitan Astro Awani yang disiarkan hari ini sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16

Menyentuh sifat yang diwarisi daripada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Sultan Abdullah bertitah sifat suka membantu rakyat antara kualiti Almarhum yang turut sebati dalam diri Seri Paduka

"Ayahanda sentiasa terpanggil untuk membantu rakyat. Sebab itu, saya sendiri pun rasa terpanggil untuk membantu dalam apa segi sekalipun… kadangkala bila Ayahanda saya tidak ada, saya pun terpanggil juga untuk pergi jumpa rakyat, mesti bantu mereka. Jadi secara automatik, kalau saya tak pergi saya rasa bersalah… rasa resah… rasa tak sedap hati,” titah Seri Paduka

Dalam melaksanakan tanggungjawab yang baru digalas, Seri Paduka mengakui sering menekankan harapan untuk menjadi raja yang baik dan memenuhi harapan seluruh rakyat

“Apakah ciri yang diperlukan untuk menjadi raja yang baik, ia sangat subjektif. Namun, kalau ikut perkiraan saya, formula untuk menjadi raja yang baik adalah dengan mendekati rakyat, memenangi hati mereka, untuk mempelajari apa sahaja, atau memahami masalah yang dihadapi dan cuba menyelesaikan masalah mereka

"Namun, mungkin kita tidak boleh memuaskan hati semua rakyat, tetapi sekadar mana yang saya boleh bantu dan mampu menolong, saya tetap akan menolong,” titah Seri Paduka

Berkongsi pandangan mengenai perkembangan dunia teknologi, terutamanya media sosial, Sultan Abdullah yang genap 60 tahun hari ini mengakui tidak terikut dengan kemajuan teknologi masa kini, namun berpendapat ruang media sosial harus digunakan sebaik mungkin

Mengenai harapan Seri Paduka sempena Hari Kebangsaan yang akan diraikan bulan hadapan, Sultan Abdullah bertitah seluruh rakyat harus memahami kepentingan hari bersejarah itu dan bukan hanya sekadar meraikan hari tersebut. - bernama



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/



Iklan














Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.addindeen.com/2019/07/saya-budak-kampung-agong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menu Kampung Pilihan Agong Raja Permaisuri

Menu Kampung Pilihan Agong Raja Permaisuri

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 346 hits
Tunku Azizah pula gemar bersantap masak kicap asam pedas atau stew daging Untuk sayur kegemaran baginda berdua adalah petola tumis air sayur campur goreng sawi masak sos tiram dan kobis masak lemak Ramai yang sukar untuk percaya bila saya k...
Kufi Wednesday Khas 85 Yang Di Pertuan Agong

Kufi Wednesday Khas 85 Yang Di Pertuan Agong

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 390 hits
Yang di Pertuan AgongMerafak sembah setinggi tinggi tahniah ke sisi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Amin...
Sebelum Dilamar Permaisuri Agong Pernah Mimpi Dipatuk Ular

Sebelum Dilamar Permaisuri Agong Pernah Mimpi Dipatuk Ular

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 550 hits
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi kenangan lampau bagaimana baginda mendapat alamat sebelum menerima kunjungan rombongan diraja untuk meminangnya 33 tahun lalu Sebelum dilamar Permaisuri Agong pernah m...
Potret Keluarga Diraja Yang Dipertuan Agong Ke 16

Potret Keluarga Diraja Yang Dipertuan Agong Ke 16

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 2426 hits
Assalamualaikum TAK puas memandang dan memuji kekacakan Raja dan kecantikan Permaisuri Agong serta seluruh keluarga baginda
Rakyat Bersemut Bila Melihat Agong Dan Permaisuri R0mantis Berpegangan Tangan

Rakyat Bersemut Bila Melihat Agong Dan Permaisuri R0mantis Berpegangan Tangan

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 509 hits
Sungguh r0mantis berpegangan tangan sambil menghayun tangan diikuti ketawa ceria Rakyat Bersemut Bila Melihat Agong Dan Permaisuri R0mantis Berpegangan Tangan
Agong Keluarga Santai Nikmati Sajian Di Kafetaria Istana Negara

Agong Keluarga Santai Nikmati Sajian Di Kafetaria Istana Negara

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 649 hits
Sehari selepas pertabalan Yang di Pertuan Agong Ke 16 Instagram Istana Negara telah berkongsi gambar Agong dan keluarga baginda menikmati santapan tengah hari Paling menarik perhatian santapan tengah hari tersebut adalah di kafetaria Istana...
Masak Taucu Jadi Popular Netizen Nak Merasa Lauk Kegemaran Yang Di Pertuan Agong

Masak Taucu Jadi Popular Netizen Nak Merasa Lauk Kegemaran Yang Di Pertuan Agong

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 421 hits
Seperti yang disiarkan dalam Astro Awani malam semalam DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Hj Ahmad Shah Al Musta in Billah ada bertitah mengenai lauk kegemaran b...
Aksi Sweet Yang Di Pertuan Agong Dengan Isteri Semasa Hari Pertabalan Ydpa

Aksi Sweet Yang Di Pertuan Agong Dengan Isteri Semasa Hari Pertabalan Ydpa

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 1498 hits
Hari pertabalan Agong antara sejarah yang tak kan dilupakan Dari hari Isnin MF tengok Majalah 3 Khas tentang hari pertabalan Dan sambung ke hari yang sebenar kejadian Tak lepaskan peluang untuk lihat moment ni Sejarah negara kita Yang bukan...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Importance Of Domain Valuation

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan