Saya Bersalah Maaf Dengan Apa Yang Berlaku Oktovia Manrose
SELEPAS kes kontr0versi bersama aktres Afifah Nasir, pelakon Aliff Aziz sekali lagi didakwa berlaku cur4ng dengan seorang pelakon wanita baharu.
Isterinya Bella Astillah menerusi Instagram mendedahkan, penyanyi lagu Sayang Sayangitu mempunyai hubungan dengan pelakon dalam sebuah telefilem baru-baru ini.
“Sejak kes yang dulu, saya berikan peluang pada dia sebab setiap manusia buat kesilapan dan sebab saya pandang anak saya.
“Tapi apa yang kami lalui korang (kau orang) takkan boleh bayangkan. Selepas Aliff habis penggambaran telefilem baru-baru ni dia buat hal lagi dengan pelskkn wanita yang bekerja dengan dia dalam telefilem itu,” tulisnya.
Malah, Aliff juga bertindak memadam perbualannya di aplikasi WhatsApp dengan pelakon wanita itu.
“Dua hari sebelum habis shoot, dia dah start berkelakuan lain di mana dia dah tukar kata laluan telefon dan bila saya paksa buka phone,dia buka tapi dia pandai… dia dah padam whatsApp dia dengan heroin tu.
“Saya cakap dengan dia saya bukan budak kecil. Kalau tiada apa kenapa perlu padam? So saya nakkan kepastian saya call wanita tersebut jawapan dia kepada saya “Ya Allah Bella takde apa-apa pun, kenapa Aliff buat hal lagi ke? Boleh tak bagi Via (pelakon berkenaan) jumpa dia Via nak cakap dengan dia ‘back to Allah’.
“Rupa-rupanya orang yang nasihat saya ni orang yang sama-sama pergi kelab dengan Aliff,” ujarnya.
Tambah Bella, dia turut menyedari kelakuan suaminya selepas berdoa diberikan petunjuk tentang rumah tangganya.
“Bila solat saya minta Allah beri petunjuk tentang rumahtangga saya, tak sangka doa saya dijawab dengan begitu cepat.
“Sangat cepat. Saya terkejut. Terima kasih kepada Insan yang beri info kepada saya kalau tak, saya ni takkan tahu apa-apa.
Dia turut memberi teguran kepada suaminya agar terusnya hubungan dengan wanita itu jika dirasakan sesuai dengan kehidupan yang dilaluinya sekarang.
“Kepada Aliff, kalau awak rasa bahagia dgn kehidupan mcm tu dan dah jumpa pasangan terbaik yang awak rasa serasi boleh pergi club sama-sama yang boleh jaga makan minum pakai awak, teruskan,” ujarnya.
“KEPADA Bella Astillah, saya tidak mahu menegakkan benang basah. Saya mahu minta maaf dengan apa yang berlaku,” tulis pelakon Oktovia Manrose di IG Story mengenai dakwaan yang mengaitkan dirinya terhadap kecurangan Aliff Aziz, suami Bella.
Menerusi entri itu, Oktovia mengakui dia tidak sepatutnya keluar dengan suami orang dan memberikan apa-apa kenyataan mengenai kerana jelas dia yang bersalah.
“Apa yang berlaku memang sangat-sangat salah. Saya akui itu. Saya tidak patut keluar dengan suami orang.
“Saya tidak patut keluarkan apa-apa kenyataan kerana sudah terang saya yang salah.
“Saya tidak patut campur urusan awak dan suami. Saya tidak patut ceritakan hal rumah tangga awak. Saya harap awak dan Aliff boleh selesaikan dengan cara baik.
“Baik-baik bincang. Saya doakan yang terbaik untuk awak dan keluarga. Amin, InsyaAllah,” katanya.
Anak kepada bekas penyanyi dangdut, Iwan itu menjelaskan dia berkelakuan sebegitu adalah disebabkan terkejut dengan kata-kata kasar daripada netizen.
“Tadi saya jawab begitu kerana terkejut dengan kecaman netizen sampai buat saya melantun. Ia sangat menyakitkan, tetapi memang patut pun saya dapat semua itu.
“Hari ini adalah hari paling besar dalam hidup saya. Hidup paling bersejarah. Tidak terfikir dan rancang semua ini berlaku.
“Tapi, ia sudah terjadi. Saya sedar ini kekhilafan dari saya. Saya manusia biasa yang takkan lari dari buat silap,” katanya.
Tunggu keluarga, baru komen – Aliff Aziz
Aliff Aziz memohon diberi ruang mengenai berita kecurangannya dengan seorang pelakon wanita, Oktovia Manrose seperti yang dikongsi isterinya, Bella Astillah di Instagram.
“Buat masa sekarang, saya tak boleh komen apa-apa. Saya sedang berbincang dengan keluarga mengenai hal ini,” katanya ringkas kepada Harian Metro.
Sementara itu, Oktovia mengakui dia keluar bersama Aliff sebagai rakan.
“Kami bukan cuma berdua. Ada teman untuk mengelakkan fitn4h. Saya tak suka orang buat tambah-tambah cerita macam ni. Jaga sikit muka.
“Aliff dengan saya keluar sebagai kawan dan tidak ada apa yang serius antara kami.
“Kepada Bella Astillah, saya tak suka awak kecoh dan tunjukkan yang saya mabuk teruk tanpa bukti. Tolong jaga air muka ayah saya,” tulisnya.
Oktovia yang juga sepupu kepada pelakon Uqasha dan Nelydia Senrose menafikan dakwaan dia dalam keadaan m4buk seperti yang dikongsikan Bella di Instagramnya.
“Apa bukti yang mengatakan saya m4buk? Mulut manusia memang busuk dan tak pernah nak kalah. Satu cawan air langsung tak pegang.
“Padahal, orang yang sibuk jaga tepi kain orang inilah yang dah mabok, tapi sibuk mengata pasal orang,” tulisnya.
Terdahulu, Bella menerusi akaun Instagramnya mendakwa bahawa Aliff berlaku cur4ng dengan Oktovia serta turut memuatnaik perbualan daripada seseorang yang mengatakan dia melihat suaminya dan pelakon itu di sebuah kelab malam sebagai bukti.
Sebelum ini, Aliff pernah mencetuskan kontroversi apabila didakwa berlaku curang dengan seorang pelakon ketika menjalani penggambaran sebuah bersama.
Aliff berkahwin dengan Bella pada 9 September 2016 dan dikurniakan cahaya mata Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia 2 tahun.
Aliff sebelum ini pernah terpalit dengan kontroversi apabila dia ‘kantoi’ bersama aktres Afifah Nasir di sebuah pusat karaoke.
Kejadian itu berlaku ketika isterinya itu masih dalam pantang selepas melahirkan anak pertama mereka pada 2017
Sumber dari HarianMetro
The post “Saya bersalah. Maaf dengan apa yang berlaku,” – Oktovia Manrose appeared first on MFADHLY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mfadhly.net/2019/02/28/saya-bersalah-maaf-dengan-apa-yang-berlaku-oktovia-manrose/