Saya Beraya Sebagai Galendangan Tahun Ini




“Saya beraya sebagai galendangan tahun ini..” Aidilfitri tahun ini bagi Mohd Farid Razali, 34, meninggalkan kesan tersendiri apabila buat pertama kalinya beliau menyambutnya sebagai gelandangan.
Mohd Farid yang berasal dari Muar, Johor, tiba ke Kuala Lumpur sekitar November tahun lalu dengan harapan mencari pekerjaan tetap selepas setahun berkahwin.
Ketika tiba di ibu negara, Mohd Farid bekerja di kedai mencuci kenderaan, sebelum wabak COVID-19 menyerang negara dan memaksa kerajaan mengisytihar pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Beliau yang ketika itu menetap di Cheras, hilang pekerjaan dan tidak lagi mampu membayar sewa rumah hingga akhirnya ditendang keluar daripada rumah itu, dan terpaksa menjadi gelandangan sejak April lalu.
“Waktu itu saya sudah tidak tahu apa nak buat kerana saya tiada kenalan atau keluarga di Kuala Lumpur, hingga terpaksa tidur di tepi jalan di Kota Raya.
“Selepas dua hari menjadi gelandangan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) datang dan membawa saya ke Pusat Komuniti Sentul Perdana untuk menjalani ujian saringan COVID-19 dan ditempatkan secara sementara di sini,” katanya ketika ditemui BH di Pusat Komuniti Sentul Perdana.

Mohd Anwar Shah Abdullah ketika mengemas pakaian ketika tinjauan gelandangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Pusat Komuniti Sentul Perdana.
Mohd Farid mengakui rindu isteri dan keluarganya dan tidak menyangka akan menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur sebagai gelandangan, namun menganggapnya sebagai satu pengalaman dan pengajaran yang berguna dalam hidupnya.
“Sudah tentu saya sedih dan rindu untuk bersalaman dan memohon maaf pada keluarga pada Aidilfitri seperti sebelum ini, namun hakikatnya orang lain, sama ada gelandangan atau tidak, juga tidak dapat pulang beraya ketika ini,” katanya.
Tuah kini menyebelahi Mohd Farid yang mendapat pekerjaan baharu di Tanjung Malim, Perak selepas menghadiri temu duga pekerjaan yang diatur Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) minggu lalu, dan akan mula bekerja Selasa ini.
“Saya tidak sabar untuk memulakan hidup baharu di Tanjung Malim dan selepas PKP berakhir, saya mahu membawa isteri tinggal bersama saya di sana,” katanya.

Sementara itu, Mohd Anwar Shah Abdullah, 50, bakal menyambut Aidilfitri sebagai gelandangan di ibu negara untuk tahun kelima berturut-turut.
Beliau mengaku kurang merasai kemeriahan Aidilfitiri tahun ini kerana tidak dapat menyambutnya bersama rakan-rakan rapatnya, namun tetap teruja untuk meraikan hari mulia itu bersama kira-kira lebih 100 gelandangan lain yang masih berada di Pusat Komuniti Sentul Perdana.
“Kebiasaannya, saya dan rakan-rakan akan beraya di sekitar Chow Kit atau di mana-mana kawasan lain dan NGO akan bersama memberi makan. Tahun ini kurang meriah tapi saya tidak kisah, asalkan gembira,” katanya yang tidak memiliki ahli keluarga.
Mohd Anwar Shah juga mendapat tuah di sebalik PKP apabila turut mendapat pekerjaan baharu sebagai operator kilang dengan gaji RM1,400 sebulan bermula Selasa ini, selepas menghadiri temuduga yang diatur KWP.
Seorang lagi gelandangan, Rozy Mat Akhir, 43, pula mengakui tidak janggal untuk meraikan Aidilfitri di Pusat Komuniti Sentul Perdana tahun ini kerana sudah tiga kali menyambut Hari Raya sebagai gelandangan.
“Saya mula menjadi gelandangan pada 2016, namun dalam tempoh empat tahun ini, ada masanya saya tidak bergelandangan, terutama jika saya bekerja dan majikan menyediakan asrama.
“Namun, apabila rasa tidak selesa dan rakan tidak sekepala, saya ambil keputusan untuk berpindah tempat kerja dan dalam tempoh itu, ada kalanya saya terpaksa bergelandangan beberapa kali.
“Baru-baru ini, saya ada juga mencari bilik sewa namun harganya terlalu mahal, jadi saya memutuskan untuk tidur di bawah jambatan atau di masjid sekitar ibu negara,” katanya yang mengambil upah mengangkat barang sebelum pelaksanaan PKP.
Rozy kini berazam untuk mendapat pekerjaan tetap dan berharap temuduganya bersama agensi pekerjaan baru-baru ini, akan membuahkan hasil.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2022/05/saya-beraya-sebagai-galendangan-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kami Beraya Tanpa Kehadiran 2 12 Tahun Achik Spin Pergi Tajul Rindu Arw4h Abang

Kami Beraya Tanpa Kehadiran 2 12 Tahun Achik Spin Pergi Tajul Rindu Arw4h Abang

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 261 hits
Tiada apa yang lebih dirindukan saat tibanya lebaran selain ingatan penyanyi Tajul terhadap arw4h abangnya Allahy4rham Abdillah Murad Md Shari atau lebih popular dengan panggilan Achik Spin Tajul berkata dia benar benar merasai pemergian ar...
Koleksi Design Untuk Anda Gunakan Sebagai Kad Raya Tahun 2022

Koleksi Design Untuk Anda Gunakan Sebagai Kad Raya Tahun 2022

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 588 hits
Hari Raya mestilah kita nak buat ucapan yang bermakna kepada sanak saudara dan kenalan lagi lagi untuk kenalan di media sosial Jadi boleh ucapkan dalam bentuk Kad Raya Digital Dengan adanya pelbagai design yang dikongsikan anda boleh letak ...
Beraya Sebagai Ibu Tunggal Shila Amzah Lega Saya Syukur Benda Ni Jadi Sekarang

Beraya Sebagai Ibu Tunggal Shila Amzah Lega Saya Syukur Benda Ni Jadi Sekarang

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 288 hits
Penyanyi Shila Amzah mengakui berasa lega dan suka menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal kepada seorang anak lelaki Seth Uwais yang kini berusia setahun Menurut Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah 32 dia memilih menyambut le...
Selepas 3 Tahun Rakyat Malaysia Di New Delhi Sambut Aidilfitri Secara Normal

Selepas 3 Tahun Rakyat Malaysia Di New Delhi Sambut Aidilfitri Secara Normal

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 177 hits
Selepas 3 tahun rakyat Malaysia di New Delhi sambut Aidilfitri secara normal Dikemas kini 8 jam yang lalu Diterbitkan pada 3
2 Tahun Tertangguh Aktiviti Baraan Kembali Meriahkan Sambutan Aidilfitri

2 Tahun Tertangguh Aktiviti Baraan Kembali Meriahkan Sambutan Aidilfitri

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 248 hits
Baraan disertai penduduk kampung daripada pelbagai peringkat umur Biasanya anak muda akan memeriahkan aktiviti baraan dengan membawa motosikal beramai ramai PETALING JAYA Buat pertama kali dalam tempoh dua tahun sambutan Aidilfitri menjadi ...
1 503 Kes Baharu Covid Paling Rendah Sejak April Tahun Lepas

1 503 Kes Baharu Covid Paling Rendah Sejak April Tahun Lepas

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 187 hits
1 503 kes baharu Covid paling rendah sejak April tahun lepas Dikemas kini 41 minit yang lalu Diterbitkan pada 2 May 2022 11
Kanak Kanak 8 Tahun Tumbuk Dan Tendang Jerung Ketika Diserang

Kanak Kanak 8 Tahun Tumbuk Dan Tendang Jerung Ketika Diserang

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 161 hits
Kanak Kanak 8 Tahun Tumbuk Dan Tendang Jerung Ketika Diserang BANGKOK Seorang kanak kanak lelaki berusia lapan tahun di Thailand terselamat daripada serangan jerung selepas menumbuk pemangsa itu lapor akhbar Metro UK Napat Chaiyarak Christe...
Sebelum Ni Gambar Raya Dengan Kucing Berkat Doa Berakhir Penantian 8 Tahun

Sebelum Ni Gambar Raya Dengan Kucing Berkat Doa Berakhir Penantian 8 Tahun

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 131 hits
Bagi pasangan suami isteri pasti mengimpikan cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga Namun tidak semuanya diberi rezeki awal Ada yang menunggu beberapa tahun sebelum hadirnya zuriat Seperti perkongsian suami isteri ini yang juga dianggap...
Baru Berusia 14 Tahun Anak Kelahiran Selangor Berjaya Tawan Abc Ada Misi Lebih Besar

Baru Berusia 14 Tahun Anak Kelahiran Selangor Berjaya Tawan Abc Ada Misi Lebih Besar

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 197 hits
PADA usia 14 tahun Kalirra Isis Athelage Don berjaya mencapai impian yang dicemburui oleh ramai pendaki Bulan lalu Kalirra berjaya menakluk Kem Pangkalan Annapurna di Nepal salah satu destinasi paling popular di Himalaya Anak kelahiran Puch...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri