2 Tahun Tertangguh Aktiviti Baraan Kembali Meriahkan Sambutan Aidilfitri


 
Baraan disertai penduduk kampung daripada pelbagai peringkat umur. Biasanya anak muda akan memeriahkan aktiviti baraan dengan membawa motosikal beramai-ramai.PETALING JAYA: Buat pertama kali dalam tempoh dua tahun sambutan Aidilfitri menjadi suram susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) kerana penularan wabak Covid-19, sekaligus membataskan pergerakan serta apa jua acara yang biasa diadakan sebelum ini.
Tiada apa yang dilakukan ketika itu namun tahun ini, semuanya seakan-akan kembali kepada sedia kala.
Menjadi amalan bagi umat Islam sepanjang Aidilfitri, tradisi baraan atau mengunjungi rumah saudara, kenalan, dan jiran sekampung wajib dilakukan.
Baraan adalah istilah Jawa yang membawa maksud berjalan-jalan atau ziarah beramai-ramai dalam kumpulan sepanjang Aidilfitri yang menjadi tradisi masyarakat itu.
Selepas negara memasuki fasa peralihan endemik bermula 1 April lalu, baraan tahun ini kembali meriah walaupun dilakukan dengan SOP yang ketat.
Ketua Baraan Kampung Seri Aman, Kamsani Kamarudin mengetuai ziarah beramai-ramai di kampungnya sempena Aidilfitri.Ketua Baraan Kampung Seri Aman, Puchong, Kamsani Kamarudin berkata, sambutan Aidilfitri tidak lengkap jika aktiviti yang telah menjadi tradisi di kampung ini tidak dibuat bagi memeriahkan lagi suasana hari raya.
Setakat ini, banyak permintaan diterima daripada semua lapisan daripada kanak-kanak hingga dewasa yang mahukan baraan dibuat pada tahun ini.
“Saya rasa meriah seperti dulu walaupun selepas dua tahun baraan tidak dapat dibuat akibat PKP.
“Kebanyakan mereka sudah membuat persiapan terutama geng bermotosikal. Ada juga permintaan daripada penduduk taman perumahan yang berdekatan dengan kampung ini untuk menyertai baraan tahun ini,” katanya kepada FMT.
Kebiasaannya kumpulan baraan akan mengunjungi kira-kira 50 hingga 55 buah rumah di Kampung Seri Aman, bermula selepas solat sunat Aidilfitri dan biasanya hingga 6 petang.
Baraan biasanya dilakukan dalam tempoh sehari bagi memberi peluang penduduk berhari raya bersama keluarga masing-masing pada hari berikutnya.
Tuan rumah biasanya akan menyedihkan pelbagai juadah kepada peserta baraan.Aktiviti baraan bermula sejak 1970-an dan ketika itu, penduduk menunggang basikal atau berjalan kaki berbanding hari ini dengan menggunakan motosikal dan kereta.
Kamsani adalah generasi kedua yang mengambil tanggungjawab untuk meneruskan tradisi baraan.
Jelasnya, disebabkan negara masih berhadapan Covid-19, SOP yang ketat mungkin akan dikenakan.
“Mungkin kita akan buat SOP sendiri ke atas setiap peserta seperti wajib memakai pelitup muka mengikut peraturan ditetapkan oleh kerajaan.
“Selain itu, kehadiran peserta baraan mungkin akan dikurangkan atau dipecahkan kepada dua kumpulan. Maknanya setiap satu rumah kita masuk tidak terlalu ramai,” katanya.
Biasanya selepas selesai baraan, mereka akan menyudahkannya dengan ziarah kubur.
Beliau berkata, baraan penting dilakukan disebabkan keadaan zaman moden hari ini dengan kebanyakan anak muda lebih gemar bermain peranti.
“Kita nak kenalkan budaya ziarah-menziarahi ini kepada anak muda agar tradisi ini diteruskan setiap tahun,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/05/2-tahun-tertangguh-aktiviti-baraan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Garis Panduan Aktiviti Pertandingan Adab Dan Nilai Sekolah Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 222

Garis Panduan Aktiviti Pertandingan Adab Dan Nilai Sekolah Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 222

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 1140 hits
MUAT TURUN SEGALA BAHAN RUJUKAN DAN GARIS PANDUAN ADNI KPM TAHUN 2022 Surat Makluman Garis Panduan MQSS Garis Panduan FKISS Garis Panduan IHTIFAL LUGHAWI Garis Panduan KAFOA
Selepas 3 Tahun Rakyat Malaysia Di New Delhi Sambut Aidilfitri Secara Normal

Selepas 3 Tahun Rakyat Malaysia Di New Delhi Sambut Aidilfitri Secara Normal

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 256 hits
Selepas 3 tahun rakyat Malaysia di New Delhi sambut Aidilfitri secara normal Dikemas kini 8 jam yang lalu Diterbitkan pada 3
Permohonan Bantuan Aidilfitri Selangor Rm1 000 Tahun 2022

Permohonan Bantuan Aidilfitri Selangor Rm1 000 Tahun 2022

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 415 hits
SHAH ALAM Kerajaan Selangor mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1 000 sempena Hari Raya Aidilfitri kepada semua penjawat awam negeri Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata BKK itu tur...
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1443 H Tahun 2022

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1443 H Tahun 2022

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 499 hits
Assalamualaikum Hai Pembaca semua Salam Aidilfitri Sudah tujuh hari kita semua menyambut This is a content summary only Visit my website for full links other content and more
Suria Klcc Membuka Tirai Sambutan Aidilfitri

Suria Klcc Membuka Tirai Sambutan Aidilfitri

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 235 hits
Hi Korang Kumpulan Syarikat Suria KLCC mengalu alukan ketibaan Syawal yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi dengan kepelbagaian dekorasi yang bertemakan kampung halaman Pada 15 April 2022 Suria KLCC telah melancarkan kempen Hari Raya Aidi...
Sambutan Hari Jadi Bertukar P1lu Ibu Tergamam Permintaan Anak Usia 11 Tahun Hanya Berserah Kepada Allah

Sambutan Hari Jadi Bertukar P1lu Ibu Tergamam Permintaan Anak Usia 11 Tahun Hanya Berserah Kepada Allah

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 296 hits
PERMINTAAN seorang kanak kanak berusia 11 tahun ketika sambutan hari lahirnya pada 26 April lalu membuatkan seisi keluarganya menitiskan air mata Video berdurasi 1 minit 26 saat yang dikongsikan di laman sosial itu turut mengundang seb4k wa...
Sambutan Syawal Kembali Berseri Selera Suami Sama Dengan Arwah Johan Nora

Sambutan Syawal Kembali Berseri Selera Suami Sama Dengan Arwah Johan Nora

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 222 hits
Sambutan Syawal Kembali Berseri Selera Suami Sama Dengan Arwah Johan Nora SAMBUTAN Syawal bagi penyanyi Datuk Nora Ariffin pada tahun ini kembali berseri selepas empat tahun meraikan lebaran sebagai seorang ibu tunggal Kekosongan posisi yan...
Konsep Musim Bunga Melomance Kembali Dengan Hint Untuk Album Terbaru Mei Ini

Konsep Musim Bunga Melomance Kembali Dengan Hint Untuk Album Terbaru Mei Ini

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 289 hits
Peminat peminat K drama pastinya masih dalam kegembiraan akibat drama yang baru sahaja melabuhkan tirai Business Proposal kan Masih ingat tak duo hebat yang membuat penampilan dalam drama tersebut iaitu MELOMANCE Khabarnya MELOMANCE itu bak...
Program Pemerkasaan Usahawan Wira Ltat Catat Peningkatan Pendapatan 216 Dalam Kalangan Veteren Atm

Salah Siapa Kerana Semakin Menakutkan

Resepi Sup Ayam Simple Sedap Tak Sampai 30 Minit Dah Siap

Vietjet Dinobatkan Sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik Asia Untuk Pengalaman Pelanggan

The Need For Economic Literacy

Kenaikan Kes Influenza Di Kedah Tinjauan Isu Data

29 Contoh Kata Kata Buat Orang Yang Suka Ngurusin Hidup Orang Lain Yang Ngena Tapi Tetap Elegan

6 Resipi Roti Sandwic Sedap Untuk Guna Roti Hampir Tamat Tempoh


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mihun Sup

Hiburan Makcik Blower Dengan Makcik Gayong Bergaduh Polis Sahkan Terima Laporan

Anggota Polis Antara Didakwa Terlibat Pemerdagangan Orang

Polis Siasat 5 Wanita Bergaduh Akibat Selisih Faham

Rasa Taiwan Kembali Ke Kuala Lumpur Bersama 6 Jenama Hadiah Terkenal Taiwan Dalam Satu Pameran Unik

Byd Panggil Semula Lebih 115 000 Unit Kereta Akibat Masalah Reka Bentuk Bateri