Baru Berusia 14 Tahun Anak Kelahiran Selangor Berjaya Tawan Abc Ada Misi Lebih Besar


PADA usia 14 tahun, Kalirra Isis Athelage Don berjaya mencapai impian yang dicemburui oleh ramai pendaki.
Bulan lalu, Kalirra berjaya menakluk Kem Pangkalan Annapurna (ABC) di Nepal, salah satu destinasi paling popular di Himalaya.
Anak kelahiran Puchong, Selangor, ini hanya mengambil masa lima hari untuk sampai ke tapak perkhemahan berketinggian 4,130 meter dengan melalui pelbagai landskap hutan, batu, air terjun, kawasan salji dan sebagainya.
“Pengalaman itu membuatkan saya berasa bebas dan kagum dengan pemandangan indah di depan mata sepanjang pendakian.
“Saya berasa tenang dapat berhubung dengan alam semula jadi dan paling penting saya berjaya menempuh pelbagai rintangan untuk sampai ke ABC. Ia pengalaman indah,” katanya.
Ibu bapanya, Thanuja Darshini Jayagoda, 43 dan Athelage Don Lincoln, 48, dan enam sahabat mereka turut menyertai ekspedisi tersebut. Kumpulan itu berjaya tiba di ABC pada 17 Mac lalu.

Kalirra menyifatkan kejayaannya sebagai impian menjadi realiti.
Mahu jejak ke Everest Base Camp (EBC)
Pada pendakian itu, kumpulan tersebut memulakan ekspedisi dari Kande dan pada hari keempat, semua pendaki berjaya tiba di Machapuchare Base Camp yang berketinggian 3,700 meter.
Hari berikutnya, kumpulan itu meneruskan pendakian dan selamat tiba di ABC ketika suhu mencecah -9 darjah celcius namun segala penat pelah hilang sekelip mata apabila melihat gunung-ganang diliputi salji dihadapan mata.
Mereka kemudian mengambil masa tambahan tiga hari untuk turun ke Ghandruk, salah satu daripada laluan keluar dan secara keseluruhan, mereka berjalan dan mendaki sejauh 86 kilometer.
“ABC adalah pendakian pertama saya di luar Malaysia dan bersyukur kerana semuanya berjalan lancar seperti saya harapkan.
“Tahun depan, saya mahu menakluki Everest Base Camp (EBC) yang berketinggian 5,364 meter bersama ibu bapa. Ia lebih tinggi dan saya perlu bersedia dari sekarang,” katanya.

Kalirra sempat menyelami budaya di Nepal.
Suka aktiviti lasak sejak kecil
Sudah meletakkan matlamat, Kalirra memberitahu dia bersama keluarga cukup aktif membuat persiapan dengan melakukan aktiviti pendakian, memperbaiki kecepatan pendakian selain mengamalkan latihan kecergasan.
Pelajar di sebuah sekolah swasta di Petaling Jaya ini turut memberitahu, dia melakukan gerakan yoga yang disifatkan membantu memberi keseimbangan dan kekuatan minda dan tubvh.
Kalirra juga percaya bahawa meskipun dalam suasana pandemik, dia perlu kekal aktif dan lebih suka menghabiskan waktu lapang dengan melakukan aktiviti luar seperti berbasikal, mendaki dan berjoging.
“Saya suka aktiviti luar dan bersyukur kerana ibu bapa selalu menggalakkan saya untuk memanjat pokok, berlari di taman permainan sejak kecil.
“Ia merupakan antara faktor yang mendorong cinta saya terhadap alam semula jadi dan pelbagai aktiviti luar dan lasak,” ujarnya yang pernah ‘menawan’ puncak Gunung Kinabalu pada 2019.
Kongsinya lagi, dia mula diperkenalkan dengan aktiviti mendaki seawal usia lapan tahun dan antara lokasi pendakian kegemarannya adalah Bukit Gasing, Petaling Jaya; Bukit Wawasan Puchong; Bukit Broga di Semenyih dan Gunung Angsi, Kuala Pilah.

Bersama kedua ibu bapanya yang turut menyertai pendakian ke ABC.
Kejayaan datang dengan cabaran
Bapanya yang merupakan pemilik restoran memberitahu cukup bangga dengan pencapaian dan kesungguhan anak perempuannya menakluk ABC selepas berjaya menawan Gunung Kinabalu.
“Dia berjaya mendaki tanpa sebarang masalah dan berjaya mengawal dirinya sepanjang pendakian. Ia bukan sahaja tentang mendaki tetapi cara membawa diri dan bergaul dengan pendaki-pendaki dari seluruh dunia seperti Indonesia, Belgium dan Amerika Syarikat.
“Kilarra akan bangun pada pukul 4 pagi dan mampu bertahan sepanjang perjalanan dengan hanya makan nasi dan kari sayuran setiap hari. Ia pengalaman menakjubkan buatnya,” kata bapa kepada dua cahaya mata itu.
Tetapi Lincoln mengakui, pendakian selama lapan hari itu turut datang dengan pelbagai cabaran.
“Kami terpaksa bergerak melalui laluan berbeza, berlawan dengan cuaca dan tanah runtuh… menyesuaikan diri dengan ketinggian juga cabaran cukup besar.
“Syukur, tiada seorang pun daripada kami mengalami masalah ketinggian akut. Paling penting adalah mempunyai minda yang kuat, stamina yang baik dan berpegang kepada matlamat,” jelasnya.
Lincoln memberitahu, dia gemar mendaki bersama isteri dan anak-anak, yang dilihat sesuatu yang boleh menguatkan ikatan kekeluargaan.
Dalam pada itu, dia merancang untuk membuat satu lagi ekspedisi ke Gunung Kinabalu bersama Thanuja, Kalirra dan anak lelakinya, Varhan yang kini berusia sembilan tahun.
 
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : mStar


Sumber: Sinar Viral

Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2022/05/baru-berusia-14-tahun-anak-kelahiran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 20 Tahun Berlalu Anak Shah Rukh Khan Kajol Kini Antara Personaliti Terkacak Bollywood

Lebih 20 Tahun Berlalu Anak Shah Rukh Khan Kajol Kini Antara Personaliti Terkacak Bollywood

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 158 hits
Filem Khabi Khushi Kabhi Gham antara filem Bollywood yang malar segar meski sudah 20 tahun berlalu Ia kerap dimainkan di kaca televisyen di Malaysia dan setiap kali menonton filem tersebut pasti air mata jatuh bercucuran kerana tersentuh de...
Ganjar Bantuan Anak Berusia 12 Tahun Yang Jadi Tulang Punggung Keluarga

Ganjar Bantuan Anak Berusia 12 Tahun Yang Jadi Tulang Punggung Keluarga

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 183 hits
Kedatangan Ganjar untuk memberikan sejumlah bantuan kepada Aisyah dan adik kembarnya Dia menilai Aisyah menjadi inspirasi bagi banyak orang atas kesabaran dan kerja kerasnya dalam menjalani kehidupan
Semalam Dengan Harini 9 Jen4zah Dia Mandikan Anak Sulung 12 Tahun Mampu Urus Jen4zah Ajak Bersyukur

Semalam Dengan Harini 9 Jen4zah Dia Mandikan Anak Sulung 12 Tahun Mampu Urus Jen4zah Ajak Bersyukur

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 217 hits
Selebriti Ajak Shiro bersyukur seterusnya mendoakan yang baik baik buat anak sulungnya Jad Thaqif yang kini sudah mampu menguruskan jen4zah Menerusi perkongsian Instagram pelakon dan pelawak itu memaklumkan setakat ini anaknya itu sudah mem...
14 Tahun Kahwin Lelaki Muda Rosnah Mat Aris Akui Suami Berjaya Ubah Karakter Dirinya Dari Kasar Jadi Manja

14 Tahun Kahwin Lelaki Muda Rosnah Mat Aris Akui Suami Berjaya Ubah Karakter Dirinya Dari Kasar Jadi Manja

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 212 hits
Pelakon veteran tersohor Rosnah Mat Aris yang sebelum ini telah mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki yang lebih muda pernah menjadi bahan umpatan dan jenaka malah ada yang bermulut lancang mengatakan bahawa mahligai yang dibina it...
Nak Balik Raya Bawa Anak Kecil Kena Ikut Tip Ini Baru Mak Ayah Tak Pening Kepala

Nak Balik Raya Bawa Anak Kecil Kena Ikut Tip Ini Baru Mak Ayah Tak Pening Kepala

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 236 hits
Ibu adik pening duduk dalam kereta lama lama rasa macam kepala berpusing Ayat seperti ini mungkin akan keluar dari mulut si manja anda setiap kali bawa anak naik kereta untuk perjalanan yang jauh bukan Ya ia memang kedengaran menyusahkan Te...
Lebih Tr4gis Ada Komen Kata Saya Masih Nak Kan Norman Dah 14 Tahun Berlalu Abby Abadi Minta Bersihkan Hati

Lebih Tr4gis Ada Komen Kata Saya Masih Nak Kan Norman Dah 14 Tahun Berlalu Abby Abadi Minta Bersihkan Hati

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 195 hits
Pelakon Abby Abadi bersyukur ke hadrat Illahi apabila sambutan raya kali ini masih lagi berpeluang menyambut lebaran bersama keluarga tersayang Bagaimanapun Abby menerusi Instagram mencoretkan luahan kata susulan keakrabannya bersama keluar...
Lee Junghyun Rai Kelahiran Anak Pertama

Lee Junghyun Rai Kelahiran Anak Pertama

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 255 hits
Pelakon dan juga penyanyi terkenal Lee Jung hyun pastinya mempunyai peminat tersendiri dek kerana bakatnya dalam kedua dua bidang sangat mengagumkan Setelah mendirikan rumah tangga tidak lama dahulu Lee Jung hyun kini meraikan kelahiran ana...
Ibu Bapa Leka Main Phone Tak Perasan Anak Hampir Lemas Kanak Kanak 11 Tahun Tolong Selamatkan

Ibu Bapa Leka Main Phone Tak Perasan Anak Hampir Lemas Kanak Kanak 11 Tahun Tolong Selamatkan

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 202 hits
Tular di aplikasi Twitter satu ciapan oleh seorang pengguna dikenali sebagai Dr Muiz Murad yang menceritakan pengalaman anaknya Ali yang telah menyelamatkan seorang kanak kanak yang hampir lemas Menerusi bebenang ciapan tersebut Dr Muiz tel...
Ramai Puji Budak Umur 7 Tahun Tak Guna Kelebihan Anak Bongsu Gigih Menabung Demi Sebuah Basikal Walau Kakak Mampu Beli

Ramai Puji Budak Umur 7 Tahun Tak Guna Kelebihan Anak Bongsu Gigih Menabung Demi Sebuah Basikal Walau Kakak Mampu Beli

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 253 hits
SIAPA sahaja yang tidak mencembvrui kelebihan yang sering diperolehi anak bongsu Setiap yang diminta pasti akan dapat sama ada diberikan ibu bapa mahupun ditunaikan adik beradik yang lain Begitulah yang dialami Mohammad Azraei Iddzzulzafran...
Ais Krim Paling Mahal Aku Pernah Beli

Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek

The Impact Of Domain Name

Emotionally Drained

Pernahkah Anda Melihat Rama Rama Hinggap Pada Bangkai Haiwan

Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis

Huawei S Most Durable Foldable Smartphone Now Available Nationwide


echo '';
Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ideal Gifts For Chinese New Year

Tikam Rakan Sebab Perlawanan Kriket Lelaki Nepal Ditahan

Pegawai Azalina Lapor Polis Terhadap Kj

Los Angeles Kini Sudah Seperti Gaza

Abu Lubabah Sahabat Teladan Tobat

Butterworth Folk Push For Cross Channel Lrt Link To Start First