Saya Bangga Jadi Kidal Ini Kelebihan Dan Fakta Orang Kidal
Ok terlebih dahulu saya nak mengaku, saya memang kidal hehehe.. Ini fakta orang kidal!
Anda kidal? atau ada antara dalam keluarga & kawan terdekat anda kidal?.. Pasti ada kelebihan & keistimewaan orang kidal ni
Sumber gambar : fb kreatif kad kahwin
Kidal, atau bahasa saintifiknya 'sinistrality' bermaksud seseorang individu yang lebih suka menggunakan tangan kiri daripada tangan kanan
Melakukan rutin harian terutamanya menulis menggunakan tangan kiri menjelaskan perlakuan itu berbeza daripada biasa yang menggunakan tangan kanan. Ada beberapa fakta keistimewaan orang tangan kiri (kidal) yang bakal membuatkan orang tangan kanan 'benci' orang tangan kidal. Huhuuu
Anda kena tahu orang kidal ini lebih cepat emosi tapi dalam masa sama orang Kidal lebih mudah mengawal emosi dibandingkan dengan bukan kidal (National Geographic)
Kajian dari Universiti Abertay Scotland menjelaskan orang kidal cenderung lebih bersetuju dengan penyataan seperti, "Saya khuatir membuat kesalahan" ataupun "Kritikan anda membuatkan saya sakit hati". Penyelidik, Dr Lynn Wright yang menjalani kajian itu di Dundee, Scotland percaya fenomena ini disebabkan adanya perbezaan bahagian otak antara orang kidal dan orang tangan kanan
"Orang kidal lebih cepat bimbang berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan iaitu lebih cepat bergerak.Sebab itu orang kidal lebih cenderung menjadi ahli sukan, memiliki kesedaran yang lebih istimewa dan berfikir lebih pantas
Orang kidal juga dua kali lebih berjaya dalam penyelesaian masalah dan memiliki IQ lebih tinggi dari orang yang aktif dengan tangan kanan
Bagi individu istimewa ini, otak kanan mereka lebih dominan dan bahagian inilah yang mengendalikan aspek negatif dan emosi
KEISTIMEWAAN ORANG KIDAL
Pertama : Pandai matematik dan kreatif
Ramai orang kata ,orang kidal ini pandai matematik dan seseorang yang kreatif. Tetapi mungkin juga ianya bergantung pada individu tersebut. Macam sesetengah orang kidal, matematik itu subjek yang tak suka.. Tapi kreatif itu adalah subjektif dalam bidang yang mereka ceburi. Ikut kepada minat individu tersebut. Dan ia lebih ke arah berkaitan seni
Orang kidal suka melukis, macam saya masa kecil dulu. Ini pula lukisan anak saya, kidal jugak..
Kedua : Ingatan memori yang baik
Hal ini tak dapat di nafikan orang bahawa memori yang dimiliki orang bertangan kidal mempengaruhi kemampuan ingatan yang lebih baik daripada orang kanan. Terutamanya untuk ingat kembali (recall memory). Selalu terjadi pada seseorang, yang kita dapat kenal seseorang tersebut walaupun dah beberapa tahun tak jumpa. Tapi orang itu tak ingat kita pun.
Ketiga : Multitasking
Mereka memiliki kemampuan otak yang lebih cepat dari orang normal kanan. Dan ini mempengaruhi adanya kebiasaan multitasking yang dimiliki orang kidal. Jadi otak laju merancang untuk lakukan kerja-kerja yang akan di buat.. Orang yang bertangan kiri lebih baik dalam melakukan multi tasking.. Dan orang dengan tangan kidal relatif lebih cerdas daripada bukan kidal (Guardian UK)
Keempat : Fokus terhadap kerja yang dia lakukan
Bila bersantai, dia pun bersantai. Tapi bila di buat kerja, dia akan diam dan fokus dengan kerja apa yang di lakukan. Jenis orangnya teliti dan tetapi masa
Kidal ini bukanlah suatu kecacatan, tetapi seseorang yang lebih terarah melakukan sesuatu kerja dengan tangan kiri berbanding kebiasaan manusia menggunakan tangan kanan..Jangan rasa diri berbeza, tahukah anda terdapat beberapa tokoh terkenal juga bersifat kidal? Antaranya tokoh keagamaan, Mahatma Ghandi, saintis terkenal Albert Einstein, ahli falsafah Aristotle dan presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama
Ya memang saya kidal, kenapa
Malah, The Left Handers Club, sebuah organisasi orang-orang kidal tidak pernah menganggap bahawa kidal itu adalah sebuah kelainan, tapi sebaliknya menganggap kidal adalah satu keunikan
Sumber artikel : cnp
Ini keterangan bergambar mengenai orang kidal. Kredit gambar : fb sweetbondastories
Otak kanan orang kidalnlebih dominan
Kreatif dan rajin. Ye kot macam saya hehe suka mencuba tapi selalu tak jadi juga
Kadang tulis terbalik.
Kidal bukan penyakit. Ia keistimewaan bagi saya sebab saya kidal hehe
Wah bangga juga ni ramai orang hebat dalam sukan, contoh atlet lain, Lin Dan pun kidal dan hebat dalam badminton
Aha yang ni memang tak dinafikan. Saya kalau makan pakai sudu lebih suka guna tangan kiri
Aktiviti guna tangan kiri
Setuju sangat, ini tak adil hehe
Yahhhh tepat sekali
Masa belajar kat Uia dulu memang kerusi macam ni. Habis comot tangan dan susah menulis
Ramai orang terkenal bertangan kidal. Cuba try google hehe
Komen cikguzim : Saya pun pelik kalau menulis guna tangan kiri orang akan cakap oooo kidal ek. Macam pelik sangat
Kalau menulis pada papan putih di sekolah waktu mengajar murid2 akan cakap eee peliknya cikgu tulis pakai kiri ( tangan kiri ) .
Walaubagaimana pun saya bangga menjadi kidal. Anak saya pun kidal, ada geng hehe
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikguzim.blogspot.com/2019/12/saya-bangga-jadi-kidal-ini-kelebihan.html