Saya Ambil Masa 10 Tahun Buka Rantai Jam Emas Rolex
Baru-baru ini kecoh mengenai penyanyi rap ahli kumpulan K-Clique iaitu MK yang memakai barangan kemas. MK berkata dia tahu bahawa tindakannya itu salah di sisi Islam namun ianya tidak menjadi penghalang untuk meminati perhiasan berkenaan.
Perkara itu turut mendapat perhatian penyanyi rap, Caprice yang tampil berkongsikan pengalamannya dan barangan kemas merupakan elemen dalam budaya hip hop. Malah, dia hanya sedar mengenai hukum lelaki memakai barang kemas selepas pulang dari Umrah.
View this post on Instagram
Minta maaf kalau abg lambat... he is deeply sorry for his words. Kita tak boleh langgar hukum2 dalam Islam. Caprice sangat faham MK dgn dunia hip hop ni sebab caprice pernah melalui jalan yang sama.. cuma abg baru2 je cuci tangan tapi it took me 10 years baru caprice sendiri bukak rantai dan jam emas. Kami minta maaf dgn kekurangan, sebagai abg i will always be there for my brothers and will always do my best to advise and be there for them. God bless! K-Clique forever 🔥 P.S- so sorry for the late post. MK have been busy and it took awhile before i could have this conversation with him.
A post shared by Caprice (@capriceofficial) on Jan 23, 2020 at 7:38am PST
“Caprice sangat faham dengan dunia hip hop ni sebab pernah melalui jalan yang sama. Abang baru saja ‘cuci tangan’ saya terpaksa ambil masa 10 tahun untuk buka rantai dan jam emas Rolex.
“Selepas Umrah baru saya buka rantai, saya tahu ia haram, semua orang cakap ia haram tapi saya tak pernah dengar,” katanya.
Dalam pada itu, Caprice berkata meskipun dia sudah sedar di atas kesilapannya itu tidak bermakna dia boleh memaksa anggota kumpulan K-Clique itu untuk berubah serta merta. Malah, Caprie berkata dia turut memberi masa kepada MK untuk menjadi lebih baik.
“Sebagai abang saya selalu bersama dan akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk menasihati mereka. Sebagai seorang yang dah ‘cuci tangan’ tak bermakna saya kena paksa adik. Kita tak boleh langgar hukum dalam Islam.
“Saya tahu tanggungjawab untuk beri nasihat, sekurang-kurangnya saya perlu beri dia tempoh lima tahun untuk dia jadi lebih baik,” ujarnya lagi.
The post “Saya Ambil Masa 10 Tahun Buka Rantai, Jam Emas Rolex” appeared first on Suara Viral Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://suaraviral.org/saya-ambil-masa-10-tahun-buka-rantai-jam-emas-rolex/