Saya Akan Jaga Adik Adik Akan Ingat Pesan Arwah Ayah Ibu


AGENDA DAILY
Nazurah Nabilah Benyajeed bersama tujuh adiknya kini tinggal bersama ibu saudara di Rawang, Selangor, setelah kematian kedua ibu bapa akibat Covid-19.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Itu yang dialami Nazurah Nabilah Benyajeed, 19, penuntut jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Politeknik Mersing, Johor, setelah kematian ibu bapanya akibat Covid-19.
Jika seorang diri mungkin tidak berat bahu memikul, namun dia ditinggalkan dengan tanggungjawab menjaga adik-adiknya seramai tujuh orang. Kekal dalam ingatannya kata-kata kedua orang tua tersayang supaya tetap menjaga adik-adik dan jangan berpisah sebelum mereka menghembuskan nafas terakhir.
Setiap kali memikirkannya, air mata Nazurah tetap berlinang, namun diserahkannya kepada takdir untuk menentukan, sementara usaha dan doa dipanjangkan kepada Yang Maha Kuasa agar muncul sesuatu yang lebih baik sebagai pengganti.
Merenung masa depan yang tidak pasti, dia tetap ingat pesan ibu bapanya.
“Ayah dan ibu pesan kepada saya untuk jaga adik-adik dengan baik walau apa pun yang terjadi, kami jangan berpisah. Saya akan jaga semua adik sebaiknya, akan ingat pesanan ayah dan ibu,” katanya sebak, mengekang air mata agar tidak tumpah.
Mengetahui hakikat yang hidup pasti mati, dia dan adik-adiknya reda dengan pemergian insan tersayang walaupun rasa sedih sangat menebal dalam diri kerana tidak lagi dapat bermanja, apa lagi bagi adik yang baharu empat tahun bermanja dengan kedua orang tua.
Lapan beradik ini menjadi yatim piatu dalam sekelip mata, namun begitu Nabilah tetap tekad menggalas tugas meneruskan kehidupan biarpun terpaksa melalui kesusahan.
Dia juga berharap agar adik-adiknya yang lain dapat menerima ketentuan itu dan bangkit daripada segala kesedihan yang mereka lalui, sambil berharap mereka dapat meneruskan pembelajaran demi memastikan masa depan yang lebih cerah.
“Saya mahu semua adik ke sekolah dan berjaya dalam pelajaran. Walaupun dugaan kami besar, saya tidak mahu masa depan mereka tidak menentu dan tercicir dalam pelajaran,” tegasnya.
Menceritakan saat pemergian kedua ibu bapanya, ayahnya, Benyajeed Bernie, 45 tahun meninggal dunia pada 16 Julai lalu diikuti ibunya, Noraini Ibrahim, 43, dua hari kemudian.
Nazurah memberitahu bahawa arwah bapanya mempunyai sejarah penyakit angin ahmar sejak 10 tahun lalu manakala ibunya pula ada penyakit kencing manis, jantung dan darah tinggi.
“Ibu dan bapa saya belum disuntik vaksin Covid-19 ketika mereka disahkan positif. Ibu positif terlebih dahulu dan ayah menjadi kontak rapat,” katanya sambil menambah dia dan adik-adiknya turut disahkan positif dan kini sudah tamat menjalani kuarantin diri.
Kisah sedih lapan beradik itu yang kini tinggal bersama ibu saudara mereka di Rawang, Selangor mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan negeri Pahang, syarikat swasta, jiran serta orang ramai.
Selain dari bantuan wang tunai, bakul makanan dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i), Nazurah juga turut ditawarkan pertukaran tempat pengajian ke Politeknik di Behrang, Selangor bagi membolehkan dia tinggal bersama semua adiknya.
Selain itu, kerajaan Pahang pula menawarkan Rumah Rakyat Pahang (RRP) bernilai RM65,000 secara percuma kepada mereka. Rumah RRP yang dicadangkan itu akan dibina di kampung asal ibu mereka di Rancangan Tanah Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut.
Sebelum rumah itu siap, rumah sewa sementara akan disediakan dan turut dibiayai kerajaan Pahang.
Kisah lapan beradik itu sebelum ini tular di Facebook pada Selasa lalu dan mendapat perhatian pengamal media, badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil rakyat.
Nazurah berkata dia akan tinggal bersama adik-adiknya di Rawang untuk menamatkan pengajiannya di Politeknik Sultan Azlan Shah dan dia belum merancang untuk tinggal bersama neneknya di Pahang.
“Memang kami ada buat keputusan untuk tinggal bersama nenek selepas ini, tetapi buat masa ini belum lagi sebab makcik mahu jaga kami di sini,” katanya.
Nazurah turut juga berterima kasih kepada kerajaan, terutama Ismail Sabri, membantu mereka dan berjanji dengan segala bantuan yang disalurkan oleh pelbagai pihak akan digunakan sebaiknya untuk meneruskan kelangsungan hidup.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/saya-akan-jaga-adik-adik-akan-ingat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Ingat Semua Tentang Awak Bekas Suami Jaga Kaunter Vaksin Wanita Ini Dedah Sisi Baik Sebagai Ayah

Saya Ingat Semua Tentang Awak Bekas Suami Jaga Kaunter Vaksin Wanita Ini Dedah Sisi Baik Sebagai Ayah

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 639 hits
Siapa sangka pada awalnya wanita ini ke Pusat Pemberian Vaksin untuk menerima vaksin akhirnya membawa kepada satu pertemuan yang tidak disangka sangka Ibu kepada seorang anak ini yang bernama Alya terkejut apabila nombornya dipanggil dan me...
Hiburan Adik Harap Tiada Lagi Pertelagahan Tentang Arwah Benjy

Hiburan Adik Harap Tiada Lagi Pertelagahan Tentang Arwah Benjy

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 279 hits
Meskipun sudah pergi namun kisah tersebut terpalit cerita tidak baik apabila ada rakan selebriti yang mempersoalkan keluarga mengenai kebajikan Allahyarham Benjy sepanjang hayatnya BACA AdvertisementDalam pada itu adik Benjy Inessa menyatak...
Arwah Merangkak Ke Bilik Saya Minta Tolong Ayah

Arwah Merangkak Ke Bilik Saya Minta Tolong Ayah

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 199 hits
BERNAMAMOHD Rizaini menunjukkan gambar anaknya Muhammad Adham Hazim mahasiswa UiTM Jengka Pahang yang meninggal dunia akibat pendarah dalam kepala FOTO BernamaKuala Nerus Penuntut Universiti Teknologi Mara Jengka Muhammad Adham Hazim Mohd R...
Pernah Tak Anak Tunjuk 5 Sikap Ini Bahaya Kalau Ibu Ayah Biarkan

Pernah Tak Anak Tunjuk 5 Sikap Ini Bahaya Kalau Ibu Ayah Biarkan

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 345 hits
Siapa yang tidak sayangkan zuriat sendiri kan Namun adakalanya sikap anak boleh menguji kesabaran ibu bapa Jom kenal pasti 5 perangai anak yang boleh mendatangkan kebimbangan Kebimbangan mengenai sikap anak Sebagai ibu bapa pastinya tertany...
Hiburan Jika Tak Benar Kenapa Takut Nak Balas Norish Karman Akui Hantar Mesej Kepada Adik Arwah Benjy

Hiburan Jika Tak Benar Kenapa Takut Nak Balas Norish Karman Akui Hantar Mesej Kepada Adik Arwah Benjy

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 348 hits
Tidak berselindungan atau berdolak dalih pelakon Norish Karman akui dia merupakan individu yang menghantar mesej peribadi kepada adik arwah Benjy Inessa Irdayanty bagi mendapatkan kepastian mengenai kebajikan arwah ketika hayatnya Advertise...
Potret Ibu Ayu Ting Ting Sambangi Rumah Haters Ditemani Ayah Rozak Ke Bojonegoro

Potret Ibu Ayu Ting Ting Sambangi Rumah Haters Ditemani Ayah Rozak Ke Bojonegoro

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 237 hits
Sebuah tindakan tegas dilakukan oleh orangtua Ayu Ting Ting Umi Kalsum dan Abdul Rozak Mereka jauh jauh ke Bojonegoro Jawa Timur untuk mendatangi rumah haters keluarganya Mereka sudah benar benar tak bisa hanya diam kala mengetahui anak dan...
Hiburan Dituduh Pentingkan Diri Dan Tak Berhati Perut Inessa Adik Arwah Benjy Tak Diamkan Diri

Hiburan Dituduh Pentingkan Diri Dan Tak Berhati Perut Inessa Adik Arwah Benjy Tak Diamkan Diri

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 195 hits
Adik kepada arwah Benjy Ibrahim Inessa Irdayanty terkilan apabila menerima beberapa kiriman mesej yang dibuat oleh seorang pelakon wanita yang menuduh perkara yang tidak sepatutnya terhadap keluarganya AdvertisementMenurut Inessa pelakon wa...
Sebelum Meninggal Dunia Ibu Dijangkiti Covid Pesan Pada Anak Pergi Rumah Anak Yatim

Sebelum Meninggal Dunia Ibu Dijangkiti Covid Pesan Pada Anak Pergi Rumah Anak Yatim

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 321 hits
Seorang ibu tunggal yang dijangkiti Covid 19 sempat berpesan kepada dua anak perempuannya berusia tujuh dan sembilan tahun supaya pergi ke rumah anak yatim sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pada Isnin Pemeriksaan awal menggunakan kit ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


My K Drama Pilgrimage

Hiburan Kisah Jawab Exam Online Atas Pokok Pernah Tular Gadis Dari Sabah Ini Kini Bergelar Pelajar Perubatan

Sixth Sense Kembali Dengan Spin Off Yoo Jaesuk Disertai Ahli Baru Seperti Go Kyungpyo Mimi

Tak Cerdik Jangan Sokong La Parti Ni

Cerdik Pusing

Rakyat Cerdik Harus Berfikir