Hiburan Adik Harap Tiada Lagi Pertelagahan Tentang Arwah Benjy
Meskipun sudah pergi, namun kisah tersebut terpalit cerita tidak baik apabila ada rakan selebriti yang mempersoalkan keluarga mengenai kebajikan Allahyarham Benjy sepanjang hayatnya.
BACA: “Jika Tak Benar Kenapa Takut Nak Balas?” – Norish Karman Akui Hantar Mesej Kepada Adik Arwah Benjy
AdvertisementDalam pada itu, adik Benjy, Inessa menyatakan bahawa terdapat beberapa rakan seperjuangan Allahyarham yang turut menanyakan hal yang sama.
“Saya menyedari ramai lagi rakan artis yang berbuat perkara sama (mempersoalkan) kerana saya juga pernah aktif dalam bidang seni dan mempunyai kenalan di arena sama.”
Inessa menjelaskan bahawa dia menerima komen sedemikian menerusi ruangan komen di Facebook dan juga laman sosial lain.
“Ada pengikut atau kenalan maya yang memberikan nama pelakon terbabit. Tetapi macam saya cakap, sudah-sudahlah. Hentikan perbuatan ini, biar arwah pergi dengan tenang.”
Disebabkan ramai yang meninggalkan kata-kata positif buat Benjy, wanita itu memilih untuk tidak menutup ruangan komen walaupun hal tersebut boleh meredakan keadaan.
“Dari dulu saya sentiasa terbuka, begitu juga dengan sebarang komen. Situasi ini tidak akan membuatkan saya menutup ruangan interaksi kerana masih ramai yang mendoakan arwah.
View this post on Instagram
A post shared by Inessa Irdayanty (@inessukamakan)
Tambahnya lagi, tiada apa yang perlu disembunyikan malah mereka sekeluarga menerima semangat daripada orang ramai yang mendoakan kesejahteraan Benjy.
Walaubagaimanapun, Inessa memilih untuk tidak berkongsi mengenai reaksi ayah mereka, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi buat masa ini mengenai apa yang berlaku.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Adik Harap Tiada Lagi Pertelagahan Tentang Arwah Benjy first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/07/hiburan-adik-harap-tiada-lagi.html