Saya Ada Senarai Nama Mereka Abdul Hamid


Kumara Sabapatty Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bercakap kepada media berkaitan Op Ekzos Bising di Dewan Theathrette, Menara 1, Bukit Aman. Foto MOHD ADZLAN KUALA LUMPUR – “Saya mempunyai senarai nama para pegawai dan anggota yang terlibat kartel Polis Diraja Malaysia tetapi tidak akan mendedahkannya”.
Itu pendedahan terbaharu Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador apabila ditanya mengenai tindakan ke atas mereka yang terlibat.
Beliau bagaimanapun tidak memilih untuk mendedahkan identiti pegawai terlibat kartel PDRM itu kerana situasi masih terkawal dan masih boleh ditangani.
“Saya ada maklumat sahih mengenai identiti kesemua pegawai yang berkomplot mencemarkan imj saya dalam PDRM.
“Saya mendedahkan isu ini sekarang kerana saya mahu mereka tahu bahawa saya sedia maklum segala yang sedang berlaku (komplot jahat kartel PDRM),” katanya dalam sidang media Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman di sini.
Abdul Hamid mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak ada masalah dengan pegawai yang mempunyai cita-cita untuk maju ke tahap tinggi dalam PDRM seperti menjadi Ketua Polis Negara atau Pengarah Jabatan di Bukit Aman.
Namun katanya, masalahnya itu tercetus apabila cita-cita mereka (kartel PDRM) ini dipengaruhi unsur atau amalan tidak sihat.
Malah, mereka sentiasa dinasihati untuk menghentikan segera perbuatan itu.
“Kalau cita-cita dia untuk memajukan dan mendisiplinkan PDRM supaya disegani ramai, itu saya gembira dan sokong sepenuhnya.
“Jika nak jadi KPN itu tak ada masalah tapi buatlah dengan cara yang sihat dan ikhlas tetapi bukan demi kepentingan peribadi anda.
“Semua kena faham, saya bukan mendedahkan perkara ini sekarang untuk melobi penyambungan kontrak saya sebagai KPN.
“Selepas menggantung baju biru ini, saya akan jadi pekebun kerana itu impian lama saya. Ini bukan untuk menguji kedudukan pasaran bagi melanjutkan kontrak saya (tamat Mei ini), saya hanya manusia biasa yang ada maruah diri.
“Saya manusia biasa yang diberi tanggungjawab untuk mengemudi PDRM ke arah kecemerlangan di mata dunia, jadi saya berdiri di sini untuk menjelaskan kebenaran,” ujarnya.
Beliau juga melahirkan rasa terkilan kerana sewaktu kepimpinan bekas-bekas ketua polis negara yang lalu, permasalahan kartel yang lama bermaharajalela dalam PDRM ini tidak dibangkitkan kepada media.
Beliau tidak menolak kemungkinan mereka takut atau ditakutkan.
Tambah beliau, sepanjang kepimpinannya lebih 100 pegawai telah diambil tindakan dan memakai baju jingga (didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).
Abdul Hamid berkata, mereka yang didakwa tidak guna menyesal sekarang kerana mereka sudah lama lagi diberi amaran dan peringatan tegas supaya menghentikan segala perbuatan tidak sihat,”katanya. -MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/saya-ada-senarai-nama-mereka-abdul-hamid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penduduk Gelisah Air Sungai Lipis Jadi Punca Minuman Mereka Kini Keruh Macam Teh Tarik

Penduduk Gelisah Air Sungai Lipis Jadi Punca Minuman Mereka Kini Keruh Macam Teh Tarik

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 569 hits
LIPIS Penduduk di sini hari menyuarakan kebimbangan terhadap kualiti air Sungai Lipis yang semakin kotor dan tercemar Beberapa keping gambar telah dihantar ke dalam group facebook Komuniti Anak Anak Lipis semalam Sungai Lipis Hari ini apa t...
5 Orang Yang Menjual Start Up Mereka Lalu Jadi Kaya Sebuah Ide Bisa Mahal Banget Harganya

5 Orang Yang Menjual Start Up Mereka Lalu Jadi Kaya Sebuah Ide Bisa Mahal Banget Harganya

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 221 hits
Meskipun sekarang laris belum tentu start up tersebut akan sesukses sekarang kalau dulunya nggak dijual lo
Anak Buat Perangai Jangan Terus Marah Marah Beri Mereka Peluang Guna Kaedah Time Out

Anak Buat Perangai Jangan Terus Marah Marah Beri Mereka Peluang Guna Kaedah Time Out

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 392 hits
Anak anak juga mempunyai perasaan untuk memberontak dan mengamuk jika ada yang tak kena Perubahan emosi juga mempengaruhi anak untuk bertindak di luar kawalan Biarpun anak mungkin mengamuk sehingga menimbulkan rasa marah dalam diri ibu ayah...
9 Kelebihan Luar Biasa Pada Mereka Yang Mengerjakannya Solat Tahajjud

9 Kelebihan Luar Biasa Pada Mereka Yang Mengerjakannya Solat Tahajjud

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 346 hits
9 kelebihan luar biasa pada mereka yang mengerjakannya Solat Tahajjud Assalamualaikum dan salam sejahtera Solat tahajjud adalah solat ringkas yang dikerjakan pada awal pagi Solat ini dikenali sebagai solat hajat yang sangat baik buat semua ...
Tidak Beradap Kita Sokong Kerajaan Lawan Covid Mereka Beli Ahli Parlimen Keadilan Johari

Tidak Beradap Kita Sokong Kerajaan Lawan Covid Mereka Beli Ahli Parlimen Keadilan Johari

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 209 hits
Tindakan kerajaan Perikatan Nasional yang terus menerus cuba memujuk Ahli Parlimen KEADILAN menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin disifatkan sebagai tidak beradap oleh Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul Apatah lagi katanya ...
Anak Bukan Beban Dapat Kereta Gaji Naik Sebenarnya Kita Tumpang Rezeki Mereka

Anak Bukan Beban Dapat Kereta Gaji Naik Sebenarnya Kita Tumpang Rezeki Mereka

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 442 hits
Kadang kadang terluah juga yang penatlah jaga anak penatlah kerja dan bila dapat gaji duit semua pergi kepada keperluan anak Jangan salah ya mak ayah Sebenarnya setiap apa yang kita dapat dari Allah adalah rezeki anak anak Cuma kadang kadan...
Masih Ada Anggota Pdrm Yang Enggan Terima Vaksin Covid19 Akhirnya Ketua Polis Negara Jelaskan Punca Mereka Enggan Ambil

Masih Ada Anggota Pdrm Yang Enggan Terima Vaksin Covid19 Akhirnya Ketua Polis Negara Jelaskan Punca Mereka Enggan Ambil

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 333 hits
Tan Sri Abdul Hamid Bador memaklumkan bahawa hampir 95 peratus anggota serta pegawai Polis Diraja Malaysia di seluruh negara bersedia terima suntikan vaksin Covid19
Kalau Orang Ramai Datang Boleh Mereka Melawat Ayah Sekali Bapa Bergurau Minta Orang Datang Ziarah

Kalau Orang Ramai Datang Boleh Mereka Melawat Ayah Sekali Bapa Bergurau Minta Orang Datang Ziarah

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 373 hits
MERSING Kalau orang ramai datang boleh mereka melawat ayah sekali Itu gurauan Rosnan Aris 64 kepada anaknya ketika menziarahi adiknya yang meninggal dunia di kediaman keluarga di Kluang sekat sini Menurut anaknya Izuan Rosnan 40 dia tidak m...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas

Acara Harith Iskander Di Dewan Filharmonik Petronas Dibatal

Cara Untuk Bersangka Baik Dalam Kehidupan

Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya