Kalau Orang Ramai Datang Boleh Mereka Melawat Ayah Sekali Bapa Bergurau Minta Orang Datang Ziarah



MERSING – “Kalau orang ramai datang boleh mereka melawat ayah sekali.”
Itu gurauan Rosnan Aris, 64, kepada anaknya ketika menziarahi adiknya yang meninggal dunia di kediaman keluarga di Kluang sekat sini.
Menurut anaknya, Izuan Rosnan, 40, dia tidak menyangka gurauan itu menjadi petanda bapa dan ibunya, Aminah Kodir, 70, pergi dijemput Ilahi buat selama-lamanya dalam kemalangan di Kilometer 54 Jalan Kluang – Mersing di sini petang kelmarin.
Jelas juruukur bahan itu, sebelum kejadian tersebut mereka sekeluarga berkumpul di rumah bapa saudaranya, Rosli Aris, 58, yang meninggal dunia pada sebelah pagi hari yang sama.
“Kami sekeluarga berkumpul menziarahi bapa saudara (Rosli) yang meninggal dunia semalam, orang ramai datang melawat jenazah pakcik saya dan ayah saya baring dekat ruang tamu jadi saya minta ayah beralih sebab tak manis, dia bergurau ‘tak apa nanti orang boleh melawat ayah sekali’.
“Pada saya itu hanya gurauan biasa, dalam hati saya cakap ayah sudah buang tabiat. Emak pula dia banyak diam, memerhatikan gelagat anak cucu, bila saya tanya dia kenapa dia cakap dia penat sahaja.
“Selepas selesai makan tengah hari, ayah dan emak saya bergerak pulang ke ke rumah di Felda Nitar 2 selepas waktu Zohor,”katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Anak kedua daripada tujuh beradik itu berkata, beberapa jam selepas itu mereka sekeluarga menerima panggilan telefon yang memaklumkan kejadian kemalangan melibatkan kedua ibu bapanya sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Jelas Izuan, menurut beberapa saksi kejadian dan pemandu treler memberitahu kemalangan disyaki berpunca apabila bapanya yang memandu kereta Proton Waja cuba mengelak haiwan yang melintas laluan tersebut sebelum hilang kawalan dan bertembung dengan sebuah treler membawa muatan pasir.
Jenazah pasangan suami isteri itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Nitar 2 di sini kira-kira pukul 10 pagi semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edrward Nuing berkata, dalam kejadian 2.30 petang itu pasangan warga emas terbabit ditemui maut apabila Proton Waja dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler jenis Volvo dalam kejadian di Kilometer 54 Jalan Kluang – Mersing di sini petang kelmarin.
Katanya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca apabila kereta Proton Waja yang dinaiki mangsa dalam perjalanan dari Kluang menuju ke Felda Nitar 2 hilang kawalan sebelum bertembung dengan kenderaan berat yang datang dari arah bertentang.-K! ONLINE

The post “Kalau Orang Ramai Datang Boleh Mereka Melawat Ayah Sekali”- Bapa Bergurau Minta Orang Datang Ziarah appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/03/13/kalau-orang-ramai-datang-boleh-mereka-melawat-ayah-sekali-bapa-bergurau-minta-orang-datang-ziarah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mula Mula Tak Boleh Bila Anak Menangis Terus Kata Boleh Itu Silapnya Ibu Ayah Sekarang

Mula Mula Tak Boleh Bila Anak Menangis Terus Kata Boleh Itu Silapnya Ibu Ayah Sekarang

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 327 hits
Semestinya ibu bapa pernah melalui fasa anak marah menjerit dan mengamuk kan Biasanya apa tindakan yang kita buat Bertegas marah pukul atau biarkan anak tenang dulu sebelum moodnya ok Menurut kajian mendidik anak anak ibu bapa kena lebih pr...
Oppo Dilaporkan Akan Melancarkan Telefon Skrin Boleh Lipat Pertama Mereka Tahun Ini

Oppo Dilaporkan Akan Melancarkan Telefon Skrin Boleh Lipat Pertama Mereka Tahun Ini

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 329 hits
Semalam telefon pertama dengan skrin 10 bit sebenar dilancarkan oleh Oppo Tetapi satu segmen yang masih belum mereka tawarkan di pasaran ialah peranti skrin boleh lipat Kini menurut Digital Chat Station Oppo akan akhirnya menawarkan peranti...
Tak Dapat Pulang Melawat Bapa Sakit Achey Trauma Hanya Mampu Titip Doa

Tak Dapat Pulang Melawat Bapa Sakit Achey Trauma Hanya Mampu Titip Doa

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 239 hits
Selalu selepas Subuh abah akan sambung tidur dan dalam pukul 10 pagi dia akan bangun untuk bersarapan tapi pagi ini adik yang ada di kampung beritahu dalam group Whatsapp keluarga abah tak sedarkan diri Badannya panas kaki sejuk adik beradi...
Tak Boleh Guna Tangan Kiri Ibu Bapa Kena Tahu Tangan Dominan Bukan Pilihan

Tak Boleh Guna Tangan Kiri Ibu Bapa Kena Tahu Tangan Dominan Bukan Pilihan

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 354 hits
Cikgu anak saya ini macam guna tangan kiri Boleh tak cikgu latih dia untuk tukar tangan kanan Tak berkatlah nanti belajar menulis guna tangan kiri Pening cikgu TANGAN DOMINAN Kanak kanak Secara asasnya tangan dominan merujuk kepada kecender...
Main Sekejap Fokus Entah Kemana Mak Ayah Boleh Bantu Anak Buat Aktiviti Ni Di Rumah Boleh Uji Tahap Fokus Anak

Main Sekejap Fokus Entah Kemana Mak Ayah Boleh Bantu Anak Buat Aktiviti Ni Di Rumah Boleh Uji Tahap Fokus Anak

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 541 hits
Membuat aktiviti aktiviti menarik di rumah bukan sahaja dapat mengeratkan lagi hubungan ibu bapa dan anak anak malah ia juga dapat membantu si kecil untuk belajar dan meneroka Namun pasti sukar untuk dapatkan fokus daripada mereka kan Ada y...
Pas Boleh Menang Lebih Banyak Kerusi Jika Bersama Umno Berbanding Ppbm Kata Penganalisis

Pas Boleh Menang Lebih Banyak Kerusi Jika Bersama Umno Berbanding Ppbm Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 385 hits
freemalaysiatoday com March 5 2021 7 00 AMPenganalisis berkata peluang PAS memenangni lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum akan datang lebih cerah jika parti itu bekerjasama dengan Umno berbanding PPBM PETALING JAYA Penganalisis poli...
9 Kelebihan Luar Biasa Pada Mereka Yang Mengerjakannya Solat Tahajjud

9 Kelebihan Luar Biasa Pada Mereka Yang Mengerjakannya Solat Tahajjud

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 450 hits
9 kelebihan luar biasa pada mereka yang mengerjakannya Solat Tahajjud Assalamualaikum dan salam sejahtera Solat tahajjud adalah solat ringkas yang dikerjakan pada awal pagi Solat ini dikenali sebagai solat hajat yang sangat baik buat semua ...
Anak Buat Perangai Jangan Terus Marah Marah Beri Mereka Peluang Guna Kaedah Time Out

Anak Buat Perangai Jangan Terus Marah Marah Beri Mereka Peluang Guna Kaedah Time Out

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 426 hits
Anak anak juga mempunyai perasaan untuk memberontak dan mengamuk jika ada yang tak kena Perubahan emosi juga mempengaruhi anak untuk bertindak di luar kawalan Biarpun anak mungkin mengamuk sehingga menimbulkan rasa marah dalam diri ibu ayah...
5 Orang Yang Menjual Start Up Mereka Lalu Jadi Kaya Sebuah Ide Bisa Mahal Banget Harganya

5 Orang Yang Menjual Start Up Mereka Lalu Jadi Kaya Sebuah Ide Bisa Mahal Banget Harganya

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 260 hits
Meskipun sekarang laris belum tentu start up tersebut akan sesukses sekarang kalau dulunya nggak dijual lo
Much Anticipated Pmx S Trust Deficit Pill Must Not Be Lobsided By Favouring Only Civil Servants

Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Anak Kak Km Nafi Gagal Latihan Pramugari Letak Jawatan Demi Keluarga Tercinta

User Generated Content For Marketing

15 September Hari Kelepasan Am Tambahan L 23 Julai 2025 Sinar Harian

Saat Dunia Bergelap Lebih Enam Minit

Resipi Orang Dulu Dulu Lempeng Pisang Nostalgia Yang Sedap Mudah

First Round Exit For Defending Champs Sze Fei Izzuddin At China Open


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lelaki Asal Tambunan Hilang Di Hutan Simpan Tekal Tembeling Jerantut Pahang

Ikan Baung Sebesar Budak Darjah Enam

Sanah Helwah Abang Sayang

How Being Shy Is Hurting You

Moments You Missed At G Dragon S Bermensch World Tour In Malaysia Without The Huawei Pura 80 Ultra

Netflix S Culinary Class Wars Athwart Allegations Of Format Theft In China No Licensing Agreement Secured