Majlis Fatwa Negeri Sabah Mulai Benarkan Solat Berjemaah Aktiviti Masjid Surau Mengikut Ketetapan Mulai Jumaat Ini


Majlis Fatwa Negeri Sabah bersetuju membenarkan pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardu secara berjemaah serta aktiviti masjid dan surau di seluruh negeri. - Gambar BERNAMA Sabah benarkan solat berjemaah, aktiviti masjid, surau mengikut ketetapan mulai Jumaat ini

Majlis Fatwa Negeri Sabah bersetuju membenarkan pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardu secara berjemaah serta aktiviti masjid dan surau di seluruh negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mengikut ketetapan, berkuat kuasa Jumaat ini. Mufti Sabah, Datuk Bungsu Aziz Jaafar berkata, kebenaran solat Jumaat dan solat fardu secara berjemaah adalah berdasarkan kapasiti sebenar keluasan masjid atau surau serta kemampuan ahli jawatankuasanya, dengan mengambil kira pematuhan prosedur operasi standard menetapkan jarak satu meter antara jemaah.

Beliau berkata, jemaah bergejala seperti demam, batuk, selsema, sesak nafas dan sakit tekak termasuk yang menghidap penyakit kronik, kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah dan warganegara asing tidak dibenarkan hadir ke masjid atau surau dalam tempoh itu.

"Setiap jemaah hendaklah membuat pengesanan suhu badan, memakai pelitup muka, menggunakan pensanitasi tangan serta merekodkan kehadiran di dalam buku disediakan. Selain mengamalkan penjarakan sosial termasuk semasa solat, para jemaah juga diingatkan untuk mengelak bersalaman.
"Solat Jumaat perlu dilaksanakan di masjid atau surau yang dibenarkan walaupun bilangan jemaahnya kurang 40 orang dalam tempoh PKPP," menurutnya dalam kenyataan di sini.

Bungsu berkata, kewajipan solat Jumaat gugur ke atas mereka yang tidak terpilih untuk hadir menunaikannya di mana-mana masjid atau surau pada hari itu dan mereka diwajibkan menunaikan solat Zuhur di rumah masing-masing.

Katanya, ruangan terhad dibuka di luar masjid atau surau yang dibenarkan pihak berwajib bagi memudahkan golongan musafir dan seumpamanya yang ingin singgah untuk menunaikan solat .

Beliau juga berkata aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan yang dibenarkan di masjid dan surau merangkumi majlis ilmu, kuliah Maghrib dan Subuh sahaja selain majlis akad nikah dengan mematuhi garis panduan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.

Ibadah korban turut dibenar dilaksanakan di pekarangan masjid atau surau namun perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa agama negeri, pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, katanya.

"Pengurusan jenazah dibenar dilaksanakan di masjid atau surau dengan mematuhi garis panduan pihak berwajib," kata beliau sambil menambah bahawa pembesar suara dibenarkan ketika melaksanakan akiviti di masjid atau surau.


Bungsu berkata semua pihak yang berkenaan hendaklah sentiasa mengambil langkah keselamatan mengikut saranan dan garis panduan Kementerian Kesihatan serta pihak berwajib agama di Sabah. - BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2020/06/majlis-fatwa-negeri-sabah-mulai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selangor Benarkan Solat Jumaat Solat Fardhu Berjemaah Mulai Esok Di Masjid Masjid Terpilih

Selangor Benarkan Solat Jumaat Solat Fardhu Berjemaah Mulai Esok Di Masjid Masjid Terpilih

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 402 hits
Solat Jumaat dan solat fardhu berjemaah sudah mula boleh didirikan di 39 masjid terpilih di Selangor mulai esok Menurut kenyataan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Baginda telah berkenan agar masjid dan surau di negeri itu dibuka secara ...
Panduan Solat Jumaat Dan Solat Berjemaah Bagi Pihak Berkuasa Negeri Negeri Pkpp

Panduan Solat Jumaat Dan Solat Berjemaah Bagi Pihak Berkuasa Negeri Negeri Pkpp

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 1040 hits
PANDUAN SOLAT JUMAAT DAN SOLAT BERJEMAAH Bagi Pihak Berkuasa Negeri negeri PKPP Panduan 1 Mewujudkan kaunter di pintu masuk bagi memeriksa suhu badan sanitasi tangan serta rekod kehadiran Panduan 2
Satu Pertiga Jemaah Dibenar Solat Jumaat Di Masjid Surau Di Zon Hijau Wp

Satu Pertiga Jemaah Dibenar Solat Jumaat Di Masjid Surau Di Zon Hijau Wp

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 395 hits
Kerajaan membenarkan semua masjid surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan berstatus zon hijau menunaikan solat Jumaat dan berjemaah ketika tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan dengan kapasiti jemaah diluaskan kepada satu perti...
Solat Berjemaah Jumaat Hanya Rakyat Malaysia Dibenarkan Ismail Sabri

Solat Berjemaah Jumaat Hanya Rakyat Malaysia Dibenarkan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 479 hits
PUTRAJAYA Hanya rakyat Malaysia dibenarkan untuk mendirikan solat berjemaah dan Jumaat di masjid masjid yang diberi kebenaran untuk dibuka semula Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu setakat ini warga asing masih belum d...
Sarawak Benar Solat Jemaah Di Masjid Surau Bersyarat Bermula Esok

Sarawak Benar Solat Jemaah Di Masjid Surau Bersyarat Bermula Esok

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 518 hits
Mulai 12 Jun Sarawak membenarkan solat Jumaat seramai 100 jemaah dan 40 bagi solat 5 waktu di masjid negeri KUCHING Solat 5 waktu berjemaah di masjid dan surau dibenarkan dengan syarat di Sarawak mulai esok sementara solat Jumaat pula bermu...
Muhyiddin Pkpp Rentas Negeri Di Benarkan Mulai Hari Rabu Ini

Muhyiddin Pkpp Rentas Negeri Di Benarkan Mulai Hari Rabu Ini

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 631 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan mulai 10 Jun hingga 31 Ogos ini PKPP antara lain membenarkan pergeraka...
Covid 19 Thailand Benar Solat Berjemaah Di Masjid

Covid 19 Thailand Benar Solat Berjemaah Di Masjid

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 418 hits
Bangkok Pejabat Sheikhul Islam Thailand membenarkan solat berjemaah dilakukan di masjid masjid mulai hari ini dengan syarat langkah pencegahan membendung wabak COVID 19 perlu dilaksanakan Dalam satu kenyataan Sheikhul Islam Thailand Aziz Ph...
Perlis Benar Warga Emas Solat Berjemaah Mulai Sabtu

Perlis Benar Warga Emas Solat Berjemaah Mulai Sabtu

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 383 hits
Raja Muda perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra berkata kebenaran itu terhad kepada masjid di seluruh negeri itu dan tidak melibatkan surau KANGAR Perlis memberi kelonggaran jemaah berumur 60 tahun ke atas menunaikan solat Jumaat dan solat 5 w...
From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies

Ketua Pengarah Akps Beri Amaran Keras Isu Rasuah Imigresen

Singgah Pasar Malam Sekolah

Little Black Number A Honda Cb350 Caf Racer From Austria

Kemalangan 15 Motosikal Seorang Lagi Meninggal Dunia

Wanita Cuci Kereta Guna Alat Cuci Cermin Cetus Rasa Marah Netizen

Tri Suaka Feat Dodhy Kangen Andai Waktu Bisa Kembali Chord

Akaun X Kena Hacked Setel Dalam Masa 8 Jam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bergema Laungan Takbir Dan Doa Perang Mahu Anwar Turun Untuk Naikkan Hamzah Sebagai Pm Ke

Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

More Than Rm2 Million Raised For Tiger Conservation Since 2021

Kpdn Cadang Benar Bantuan Sara Diguna Di Jualan Rahmah Madani

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu