Satu Malam Di Moty Hotel Melaka


Assalamualaikum…
KALAU kita google atau buat carian, hotel apa yang paling famous di Melaka, Hotel Moty adalah antara nama hotel yang tersenarai. Ini mungkin gara-gara satu post dari seorang tetamu yang pernah menginap di hotel ini, yang katanya luar setinggan, dalamnya lima bintang. Sebagai seorang yang selalu ke Melaka, Sk beberapa kali mencuba untuk menembusi bilik hotel ini dengan harga diskaun sayangnya tidak kesampaian. Sehinggalah percubaan Pak Inche yang berjaya mendapat harga di bawah RM150 untuk satu malam, terima kasihlah Pak Inche yang sudi menunaikan impian Mak Inche,  hahahaha..  Lalu jomlah kita ke Moty Hotel


Ramai yang kata,  lepas ni honeymoon la selalu Mak Inche dan Pak Inche,  hahaha.  Kiranya Moty Hotel ni destinasi pertamalah kunun-kunun..  Jadi,  sebaik sampai ke Melaka,  kami terus check-in di sini dan merancang untuk keluar malam-malam jer memandangkan perut masih kenyang mentekedarah makan-makan di Tanjung Malim. Lobi hotel memang cantik dengan tema keemasan,  tak sabar nak tengok bilik. Oh ya, sebelum tu kena bagi deposit RM200 dan seperti biasa akan dikembalikan semasa check-out. Terkejut jugak ui dengar RM200, hahahaha. 

Kolam renang indoor yang dibuka sehingga 9 malam.  Jadi,  tak ada masalah nak berendam berenang di dalam apa jua cuaca.  Takyah risau panas,  takyah naik kalau hujan. Teringat Iman yang suka sangat berenang, pantang nampak kolam tak sabar nak terjun.  Ehhhhh..  Siapa kata orang badan besar tak reti berenang,  jangan pandang sebelah mata tauuu. Dah..  Jom tengok bilik! 

Sebaik pintu dibuka dan kad dimasukkan ke dalam slot kunci untuk mengaktifkan fungsi elektrik,  hanya wow wow dan wow sajalah yang keluar dari bibir. Memang cantik sangat biliknya dengan latarbelakang coklat keemasan. Semua permukaan berkilat-kilat memantulkan cahaya.  

 Ruang mandi dan bilik hanya dipisahkan dengan sekeping kaca lutsinar. Tapi jangan risau,  kalau anda inginkan privacy, ada bidai yang boleh diturunkan. 

Maaf,  lupa nak turunkan penutup mangkuk tandas,  hahaha. Ruang bilik airnya mewah dan kalau suka bolehlah berendam di bath tub sambil tengok tv. Antara hotel yang Sk pernah tinggal dengan konsep ini ialah Hilton Hotel PJ,  Weil Hotel Ipoh dan Novotel Hotel Melaka. Tu jerlah seingat Sk. Tapi kalau tengok dari segi kemewahan,  rasanya Moty ni yang paling mewah sekali kelengkapannya. 

Ini macam tak perlu lagi nak mengintai dari tirai kamar,  hahahaha.  Putih berkilat tab mandinya jadi memang tak was was la kalau nak berendam dalam tu. 

Kalau rajin bolehlah mandi susu atau mandi bunga,  barulah aura seri naik ke muka..  Teringat Iman dulu kecik-kecik suka sangat berendam air sabun dalam bath tub.  Haishh!  Lagi-lagi teringat Iman,  huhu. 

Kit mandian hotel memang berlambak-lambak kat rumah tapi setiap kali ke hotel tetap pungut jugak sebab rasa rugi jer kalau tak ambil bawa balik. 

Ruang kerja.  Nak jadikan ruang mekap macam tak sesuai sebab tak ada cermin.  Tapi tak apa,  banyak jer cermin disediakan  dalam bilik sekurang-kurangnya empat cermin besar dalam bilik dan satu cermin dalam bilik air tapi...  semua cermin tu gelappp.. Ialah,  dengan latar belakang coklat gelap keemasan,  lampu kuning,  cermin tona hitam,  apa yang nampak.  Nak sapu bedak pun tak rata,  hahaha. Nasib baik cermin dalam bilik air teranggg


Lupa nak tunjuk almari. Ada jubah mandi disediakan tapi Sk selalu musykil jubah mandi ni dia ganti hari-hari ke?  Hahahaha. Seterika juga disediakan ya,  taklah tudung kita ronyok, bolehlah gosok sekejap tapi Sk memang dah gosok tudung siap-siap dari Ipoh,  ada bekas lipat peduli apa,  pakai jer.. hahaha


Tv saiz sederhana.  Rasanya mana-mana hotel pergi tak boleh lawan tv Hilton Hotel PJ.  Begini oiii besarnya (sila baca sambil depa tangan luas-luas)

Ruang mengopi. Pilihan teh dan kopi yang biasa.  Tapi cerek elektrik bukan jenis yang biasa-biasa. Macam hotel lain,  ada peti sejuk mini disediakan


Malam tu kami jalan kaki jer ke pasar karat yang berdekatan. Pasar karat pun biasa-biasa aje, tak banyak barang menarik pun. 

Sarapan.. Punyalah kecik pinggan makan dia bagi,  hahahaha.  Kedekut ke apa tatawlah tapi seriuslah,  pinggan kuih dijadikan pinggan makan,  ni tak bagi orang ambil makanan banyak-banyak ke apa,  hahaha.  Pilihan makanan okey jerlah,  ada nasi lemak,  American breakfast,  kuih muih,  jus dan minuman panas. Takoyaki macam tak nampak pulak


Jadi, kesimpulannya, adakah kami akan repeat lagi Moty Hotel kalau ke Melaka
 Jawapannya TIDAK.. hahaha.  Sebab apa?  Pertama sebab breakfast dia tak best,  kedua sebab bosan. Bosan giler tau tak duduk terperuk dalam bilik macam ni. Lebih baik cari bilik yang bila kau selak tirai kau nampak laut, sawah padi atau nampak hutan batu pun tak apa. 

Dari kau nampak ni...  Huwa huwa huwaaaaa!! 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2019/07/satu-malam-di-moty-hotel-melaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malam Raya Di Crystal Crown Hotel Kepong

Malam Raya Di Crystal Crown Hotel Kepong

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 800 hits
Malam Raya di Crystal Crown Hotel Kepong l Assalamualaikum Malam raya tahun ni berbeza sikit sebab instead bermalam di rumah mak mertua Ana sekeluarga berMalam Raya di Crystal Crown Hotel Kepong Hotel bersebelahan dengan Brem Mall Kepong tu...
Travel The Settlement Hotel Melaka

Travel The Settlement Hotel Melaka

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 417 hits
BismillahHujung minggu lepas kami curi masa untuk bercuti Lama sangat oiii kami tak ada short escape akibat terlalu sibuk bekerja Kesian kami kesian Nuha Again kami memilih untuk ke Melaka Tapi kan aku ni memang tak pernah bosan dengan Mela...
Mencari Hotel Mesra Keluarga Di Johor Bahru Mujur Ada Bagasi My

Mencari Hotel Mesra Keluarga Di Johor Bahru Mujur Ada Bagasi My

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 738 hits
hai assalammualaikumMencari Hotel Mesra Keluarga Di Johor Bahru Mujur Ada Bagasi my Sekarang kalau pergi bercuti nad mesti fikirkan tempat yang sesuai untuk seisi keluarga terutama untuk anak anak Yela kalau tempat tu membosankan anak anak ...
Hotel Tenera Penuhi Citarasa Pelanggan

Hotel Tenera Penuhi Citarasa Pelanggan

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 609 hits
Biarpun baru beroperasi Hotel Tenera menjanjikan fasiliti yang terbaik buat tetamunya Hotel Tenera yang diurus oleh KPF Hotel Management Sdn Bhd merupakan 100 dimiliki sepenuhnya oleh Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad Turut diberi p...
Cara Tempah Hotel Online Mudah Dan Murah

Cara Tempah Hotel Online Mudah Dan Murah

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 333 hits
Cara Tempah Hotel Online Mudah dan Murah Sejak sebelum raya sibuk dengan kerja Suami sibuk isteri terlebih sibuk Sibuk hal di rumah sibuk pula dengan hal di tempat kerja Lepas raya bertambah lagi sibuknya Dengan program sekolah program marh...
4 Chef Hotel Royale Chulan Kl Dedah Rahsia Jadi Chef Hebat Jom Ambil Aura Mereka

4 Chef Hotel Royale Chulan Kl Dedah Rahsia Jadi Chef Hebat Jom Ambil Aura Mereka

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 497 hits
Tiada yang lebih menggembirakan buat seorang chef apabila makanan yang dihidangkan mendapat pujian Terasa berbaloi keringat yang menitik itu Setiap detik berlalu adalah pelajaran yang baharu buat mereka yang bergelar chef Ini lah antara lua...
Menarik Baca Artikel Dari Bagasi My Tentang Hotel Di Cherating

Menarik Baca Artikel Dari Bagasi My Tentang Hotel Di Cherating

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 697 hits
MENARIK BACA ARTIKEL DARI BAGASI MY TENTANG HOTEL DI CHERATING Sebut saja tentang hotel mesti ramai yang tak sabar sabar nak pergi bercuti bersama tersayang Cherating salah satu tempat menarik untuk percutian bersama pasangan mahupun keluar...
Misteri Warong Tepi Jalan Malam Ada Siang Hilang

Misteri Warong Tepi Jalan Malam Ada Siang Hilang

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 344 hits
Misteri Warong Tepi Jalan Malam Ada Siang Hilang JIKA anda orang luar dan melalui lebuh raya Kulim Baling pada lewat malam berhati hati terutamanya jika nampak ada gerai makan di tepi jalan
Malam Ada Siangnya Hilang Jangan Berhenti Jika Nampak Warung Di Kuala Pegang

Malam Ada Siangnya Hilang Jangan Berhenti Jika Nampak Warung Di Kuala Pegang

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 936 hits
JIKA anda orang luar dan melalui lebuh raya Kulim Baling pada lewat malam berhati hati terutamanya jika nampak ada gerai makan di tepi jalan Jika lapar sekalipun tahanlah dahulu Kalau berhenti mungkin anda sedang mengisi perut di warung yan...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner