Menarik Baca Artikel Dari Bagasi My Tentang Hotel Di Cherating



MENARIK! BACA ARTIKEL DARI BAGASI.MY TENTANG HOTEL DI CHERATING | Sebut saja tentang hotel mesti ramai yang tak sabar-sabar nak pergi bercuti bersama tersayang. Cherating salah satu tempat menarik untuk percutian bersama pasangan mahupun keluarga. Part yang busyra concern bila nak holiday adalah hotel! Pastinya nak yang terbaik kan? Lepas baca artikel dari bagasi.my, ada 5 hotel menarik di Cherating yang busyra nak kongsikan bersama korang! So let's

Dalam banyak-banyak tempat percutian kenapa busyra pilih untuk baca artikel mengenai Cherating? Seperti yang korang tahu, Cherating merupakan tempat peranginan yang sangat popular kerana mempunyai pantai yang cantik dan kemudahan penginapan menarik yang disediakan. Sesuai sangat bagi yang sukakan pantai dan perlukan ketenangan.. Busyra sendiri pernah ke Cherating semasa site visit time study di uitm dulu.. Kenangan bbq, jalan-jalan tepi pantai tu best sangat!  Terus mengimbau kembali memori zaman dulu-dulu! That's why busyra suggestkan dekat korang..

Apa itu bagasi.my?
Busyra seorang yang suka baca artikel berkaitan percutian. Ia jadi mudah dengan adanya bagasi.my kerana sememangnya semua artikel di dalam website ini khusus tentang percutian sahaja. Tak perlu lagi nak buka website lain untuk mengetahui info terkini. Bagasi adalah satu laman web yang memberi ulasan dan cadangan serta menyiarkan kandungan mengenai perjalanan, percutian dan tempat penginapan di seluruh Malaysia. Tujuan utama website ini adalah untuk menggalakkan pelancongan tempatan di Malaysia dan meraikan keindahan destinasi pelancongan tempatan

Dalam artikel bagasi.my menerangkan 17 Hotel Terbaik di Cherating dengan lokasi startegik yang hampir dengan tempat menarik, ada 5 hotel yang busyra suka sangat! Bila baca tentang hotel ni, terus rasa macam kita ada di sekitar hotel.. I need a vacation, pleaseeee. 
========================================================================Ulasan dibawah adalah dari website bagasi.my:
Antara 5 Hotel Terbaik di Cherating
1. The Kasturi

Kadangkala, selepas penat bekerja, kita ingin mencari destinasi percutian yang menenangkan dan jauh dari kesibukan kota. Jom bercuti di Cherating dan menginap di hotel mewah lima bintang The Kasturi. Anda boleh memilih sama ada untuk bermalam di bilik Studio, Suite atau Villa

Harga yang dibayar sangat berbaloi dengan tahap layanan yang diberikan (anda akan dilayan bagaikan VIP!), kemudahan eksklusif (pool peribadi bagi villa & tab mandi moden dalam bilik air!), dan keindahan pemandangan laut dan hutan yang sangat mengasyikkan

Setiap bilik di sini amat luas dan mempunyai katil, tempat duduk, meja, serta bilik air yang bersih dan moden. Ia juga dilengkapi dengan Wi-Fi percuma dan TV skrin rata dengan saluran kabel. Jika anda datang ke The Kasturi sekitar bulan 8 atau 9, anda juga boleh menyaksikan pelepasan penyu ke pantai – syoknya


Harga - Dari RM660 Semalaman
Alamat - Km 32.5 Jalan Kuantan/Kemaman, 26080 Cherating, Malaysia

2. Residence Inn Cherating

Pemandangan hutan yang serba menghijau dan menenangkan, udara kabus pagi yang sejuk dan nyaman dan keindahan pantai yang serba memutih dan laut yang membiru – itu semua dapat anda nikmati ketika bercuti di Residence Inn Cherating

Ia merupakan salah satu hotel best-seller di dalam talian, makanya anda harus cuba menginap di sini sekurang-kurangnya sekali untuk menikmati layanan dan pengalaman penginapan yang menyeronokkan! Di sini, bilik-biliknya cantik dan kemas dengan rekaan warna lembut dan kelengkapan bilik yang tampak baru

Katilnya besar dan empuk serta bilik airnya moden dan bersih. Anda boleh memilih sama ada untuk mempunyai pemandangan hutan/taman atau kolam renang. Nikmati juga akses Internet di dalam bilik dan sarapan pagi untuk dua atau tiga orang ketika bermalam di sini. Dengar khabar, menu hidangannya pelbagai dan rasanya pun sedap


Harga - Dari RM175 Semalaman
Alamat - Lot 826, Mukim Sg. Karang, Kampung Baharu Cherating, Cherating, 26080, Malaysia

3. Royale Chulan Cherating

Kalau anda mencari lokasi percutian di Kuantan yang sesuai untuk honeymoon atau ulang tahun perkahwinan yang romantis, jom laburkan sedikit bajet dan masa dengan bercuti di Royale Chulan Cherating. Ini adalah antara hotel mewah lima bintang yang ada di Cherating yang menjanjikan pengalaman penginapan yang eksklusif dan tidak dapat dilupakan

Ramai tetamu di sini telah memberikan ulasan yang terbaik tentang resort ini. Ia terletak di kawasan yang berbukit dan betul-betul menghadap pantai dan laut. Kawasan di sekeliling hotel sememangnya cantik dan penuh privasi. Harganya berbaloi dengan kemudahan berkualiti tinggi yang disediakan

Yang menariknya, harga bilik turut termasuk sarapan pagi dan makan malam! Di sini, anda sekeluarga boleh berehat di tepi pantai, bermandi-manda di laut atau kolam renang outdoor, serta pergi ke tempat menarik seperti Limbong Art yang berada hanya 300 meter sahaja dari Royale Chulan


Harga - Dari RM950 Semalaman
Alamat - Kampung Cherating Lama, 26100 Cherating, Malaysia

4. LaVilla By Holiday Villa Cherating

LaVilla By Holiday Villa, atau turut dikenali sebagai Eastern Pavilion Boutique Resort & Spa Cherating, menjadi salah satu hotel di Kuantan yang sesuai untuk anda yang inginkan penginapan yang eksklusif dan mendamaikan

Resort ini terletak dalam kawasan yang serba menghijau dan banyak pepohon kelapa dan lanskap yang cantik. Dari bilik hotel ini, anda dapat menikmati pemandangan Laut China Selatan yang indah. Setiap bilik di sini dilengkapi dengan perabot kayu berkualiti, katil yang empuk dan selesa, serta dekorasi warna tema yang lembut

Bilik airnya juga moden dan disertakan dengan jubah mandi, tab mandi, dan pancuran air panas. Malah, setiap villa di sini turut mempunyai kolam renang peribadi. Wah, seronoklah anda dan anak-anak bermandi-manda di luar bilik! Tempat menarik di sekitar Cherating juga hanya berada kira-kira 3 km dari hotel ini.


Harga - Dari RM500 Semalaman
Alamat - Lot 1303, Mukim Sungai Karang, 26080 Cherating, Malaysia

5. Club Med Cherating

Antara hotel terkemuka di Cherating yang sering ditempah ramai pelancong adalah Hotel Club Med Cherating. Dengan menginap di Club Med, anda berpeluang menginap di biliknya yang cukup bergaya serta eksklusif dan melakukan pelbagai aktiviti menarik di sini seperti bermandi-manda di Zen Pool atau bermain papan luncur air di laut

Sudah pasti, dengan statusnya sebagai hotel empat bintang, anda akan dilayan dengan baik oleh para pekerja yang terlatih, profesional dan mesra. Bilik hotel di Club Med cukup besar dan selesa untuk anda sekeluarga. Ia dihiasi dengan lengkapan kayu ala Bali dan kemasan berkualiti tinggi

Malah, anak anda juga pasti berasa seronok dapat membuat istana pasir di pantai peribadi, melihat penyu, bermain sukan air dan menyertai aktiviti Kid’s Club. Anda turut boleh memanjakan diri di spa. Sarapan pagi turut disediakan di restoran hotel dan ia cukup lazat


Harga - Dari RM1,170 Semalaman
Alamat - Km 29, Jalan Kuantan-Kemaman, Cherating, 26080, Pahang, Malaysia

========================================================================

Itulah 5 Hotel yang busyra suka nawww nak pergi. Cantik sangat pemandangan hotel ni! Dari 17 hotel di Cherating yang busyra dah pun baca di artikel Bagasi's Cherating, busyra sort kan kepada 5 yang paling meletops.. itu pilihan busyra lah. Korang kena baca sendiri entri dari mereka. Pastinya korang ada pilihan hotel tersendiri..

Semoga entri busyra kali ini bermanfaat buat korang semua yang ingin berkunjung ke Cherating, Pahang.. Tak perlu untuk kita ke luar negara, terjah tempat menarik di Malaysia terlebih dulu.. Jom teroka negara tercinta!

Maklumat Lanjut:
Website: https://bagasi.myFacebook: https://www.facebook.com/bagasi.my


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.busyratakiyudin.com/2019/07/menarik-baca-artikel-dari-bagasimy.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fakta Menarik Tentang Anak Yang Mempunyai 2 Pusar Di Rambut Kepala

Fakta Menarik Tentang Anak Yang Mempunyai 2 Pusar Di Rambut Kepala

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 1096 hits
Seperti yang kita tahu ada antara kita yang mempunya satu pusar di rambut dan ada juga yang mempunyai dua atau lebih pusar di rambut Menurut Dato Fadzilah Kamsah lagi sifat Individu yang mempunyai dua pusar sebenarnya sangat banyak akal ban...
5 Tempat Menarik Di Shah Alam Dan Pilihan Hotel Yang Selesa Sekitar Shah Alam

5 Tempat Menarik Di Shah Alam Dan Pilihan Hotel Yang Selesa Sekitar Shah Alam

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 635 hits
5 Tempat Menarik Di Shah Alam Dan Pilihan Hotel Yang Selesa Sekitar Shah Alam Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera semua Teringat dulu ketika Sha bersama suami dan Abang Zaryth ke Shah Alam atas urusan kerja dan perlu bermalam untuk berehat ...
10 Info Menarik Tentang Bubble Tea Asal Usul Nama Jenis Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

10 Info Menarik Tentang Bubble Tea Asal Usul Nama Jenis Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 447 hits
Bubble Tea lagi Bubble Tea lagi dimana mana pon orang masih lagi bercakap pasal minuman viral kegemaran ramai ni Kedai kedai minuman ini dari pelbagai jenama tumbuh bak cendawan selepas hujan Hebat betul fenomena minuman ini Tapi ramai sebe...
Top 5 Yang Menarik Di Muji Hotel Ginza Tokyo

Top 5 Yang Menarik Di Muji Hotel Ginza Tokyo

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 285 hits
Hits 2Ada hotel baru di Ginza Tokyo Ramai tetamu hotel bagi feedback yang hampir sama Ini Top 5 Yang Menarik Di Muji Hotel Ginza Tokyo Mungkin apa yang telah dikongsikan dengan tetamu hotel sebelum ini boleh memberikan panduan kepada pelanc...
Mencari Hotel Mesra Keluarga Di Johor Bahru Mujur Ada Bagasi My

Mencari Hotel Mesra Keluarga Di Johor Bahru Mujur Ada Bagasi My

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 737 hits
hai assalammualaikumMencari Hotel Mesra Keluarga Di Johor Bahru Mujur Ada Bagasi my Sekarang kalau pergi bercuti nad mesti fikirkan tempat yang sesuai untuk seisi keluarga terutama untuk anak anak Yela kalau tempat tu membosankan anak anak ...
Munchkin Cat Fakta Menarik Tentang Kucing Kontot Pendek Yang Comel Ini

Munchkin Cat Fakta Menarik Tentang Kucing Kontot Pendek Yang Comel Ini

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 637 hits
Dengan kaki yang lebih pendek berbanding kucing biasa badan yang panjang kucing Munchkin selalu jugak disamakan dengan baka anjing Dachshund
Abg 18 Tahun Kepergok Berduaan Bareng Emak Emak Di Hotel Ini Ibu Saya

Abg 18 Tahun Kepergok Berduaan Bareng Emak Emak Di Hotel Ini Ibu Saya

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 547 hits
Seorang emak emak atau ibu ibu berinisial MM terjaring razia penyakit masyarakat yang digelar aparat Polsek Pasar Kota Jambi MM yang merupakan emak emak asal Jakarta Selatan itu terjaring razia saat sedang berduaan bersama pria muda alias b...
Pengalaman Menginap Di Hotel Riverine Garden Chukai Kemaman

Pengalaman Menginap Di Hotel Riverine Garden Chukai Kemaman

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 1129 hits
Semasa kami bercuti di Kemaman tempohari kami menginap di Hotel Riverine Garden yang terletak di bandar Chukai Hotel ini terletak mengadap sungai Kemaman Kami sampai di hotel lebih kurang pukul 6 Kami parking di bahu jalan bersebelahan hote...
Thai Wok Dan Bbq Di Aroi Dee Thai Restaurant Palm Garden Hotel

Thai Wok Dan Bbq Di Aroi Dee Thai Restaurant Palm Garden Hotel

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 623 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Lama tak makan masakan Thai yang asli Kali ini Maha nak bawa korang untuk nikmati hidangan bufet makanan Thai dan juga BBQ di sebuah hotel terkemuk...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah