Sathiya Terharu Terima Kunjungan Kementerian Komunikasi Finas Di Hospital


Sathiya Terharu Terima Kunjungan Kementerian Komunikasi, FINAS Di Hospital
“Saya ucapkan terima kasih. Banyak orang datang, semua orang happy.”
Demikian reaksi pelakon dan pelawak veteran, Sathia Periasamy atau lebih dikenali sebagai Sathiya, apabila menerima kunjungan daripada Kementerian Komunikasi dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di Hospital Ampang baru-baru ini.

Walaupun baru sahaja menjalani pembedahan memotong ibu jari kaki kiri akibat jangkitan kuman, Sathiya tetap terlihat senang sewaktu menerima kunjungan berkenaan.
Difahamkan, Sathiya telah mengalami tiga serangan angin ahmar (stroke), iaitu dua kali pada tahun 2024 dan sekali lagi pada tahun ini.
Pada 28 Julai 2025 pula, beliau dimasukkan ke Hospital Ampang selepas mengalami jangkitan kuman yang serius di kaki kirinya.
Untuk info, kunjungan yang berlangsung pada 4 Ogos ini, merupakan sebahagian daripada program Ziarah Seni MADANI FINAS.
Ia bertujuan menyantuni dan memberi sokongan moral kepada para penggiat seni yang sedang berdepan cabaran kesihatan dan kewangan.
Dalam kunjungan itu, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, turut menyampaikan sumbangan tunai dan barangan keperluan asas kepada Sathiya sebagai tanda keprihatinan pihak kerajaan terhadap kebajikan penggiat seni.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib dan Pengerusi Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri FINAS, Rozaidi Abd Jamil.
Selain Sathiya, penyanyi dan anggota kumpulan Nico G, iaitu Mohd Shah Rosli atau Dino turut menerima kunjungan di kediamannya di Kampung Baru menerusi program yang sama.

FINAS telah bantu lebih 100 penggiat seni setakat Julai 2025 Menurut Teo Nie Ching, FINAS telah menyantuni seramai 112 penggiat seni setakat 31 Julai 2025, melepasi sasaran awal 100 orang yang ditetapkan bagi tahun ini.
“Sejak tahun lepas (2024), seramai 49 penggiat seni telah menerima bantuan melalui program Ziarah Seni MADANI.
“Dari Januari hingga Julai tahun ini pula, 12 orang lagi telah dibantu, menjadikan jumlah keseluruhan 112 penerima,” katanya.
Beliau menyifatkan kejayaan ini sebagai bukti kesungguhan kerajaan dan FINAS dalam menjaga kebajikan golongan seni yang pernah menyumbang besar kepada industri hiburan tanah air.
Untuk info, Ziarah Seni MADANI merupakan inisiatif kebajikan anjuran FINAS yang mula dilaksanakan pada tahun 2024 melalui Jawatankuasa Kebajikan FINAS.
Ia bertujuan menyantuni para penggiat seni yang sedang mengalami kesukaran hidup, khususnya mereka yang uzur, sakit, kurang berkemampuan atau telah meninggal dunia.
Menerusi program ini, FINAS menyalurkan sumbangan kebajikan dan memberi perhatian terhadap keperluan serta kesejahteraan golongan seni yang sering terpinggir.
Usaha ini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai ihsan, kasih sayang dan solidariti dalam masyarakat.
BACA: Cuba Kembalikan Lagu Rakyat, “Malaysia MADANI Rakyat Disantuni” Imbau Era Pak Ngah
Sumber: FINAS
The post Sathiya Terharu Terima Kunjungan Kementerian Komunikasi, FINAS Di Hospital appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/08/sathiya-terharu-terima-kunjungan-kementerian-komunikasi-finas-di-hospital/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kementerian Perpaduan Lancar Kempen Taat Setia Rukun Negara

Kementerian Perpaduan Lancar Kempen Taat Setia Rukun Negara

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 180 hits
Kempen dilaksana sempena ulang tahun ke 55 Rukun Negara tahun ini Rukun Negara ialah asas kepada usaha memperkukuh perpaduan menjamin kestabilan serta membina masa depan negara yang lebih mampan kata Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagan...
Tawau Hospital Set To Begin Cardiology Services

Tawau Hospital Set To Begin Cardiology Services

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 163 hits
The invasive cardiac laboratory there is expected to provide angiograms and angioplasties Health minister Dzulkefly Ahmad visiting Tawau Hospital today said the tender for setting up the invasive cardiac laboratory will be issued in a month...
Situasi Apa Yang Perlu Rujuk Ke Unit Kecemasan Hospital Ini Panduan Buat Anda

Situasi Apa Yang Perlu Rujuk Ke Unit Kecemasan Hospital Ini Panduan Buat Anda

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 257 hits
Jangan lupa follow channel TRPbm untuk ketahui updates semasa relevan Mungkin anda pernah dengar bahawa Jabatan Kecemasan dan Trauma di mana mana hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dibanjiri dengan pengunjung yang ramai Fungsi...
Menerima Kunjungan Hormat Menteri Dari Afrika

Menerima Kunjungan Hormat Menteri Dari Afrika

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 139 hits
Menerima kunjungan hormat Menteri Integrasi Afrika dan Hal Ehwal Luar Senegal Yassine Fall pagi tadi Perbincangan kami tertumpu kepada usaha memperkukuh kerjasama dua hala khususnya dalam bidang perdagangan pelaburan haji waqf dan industri ...
13 Bekas Kekasih Tapi Baru Kali Ini Qistina Raisah Sebak Pertama Kali Terima Kejutan Bunga

13 Bekas Kekasih Tapi Baru Kali Ini Qistina Raisah Sebak Pertama Kali Terima Kejutan Bunga

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 299 hits
Pelakon remaja Qistina Raisah mencuri perhatian netizen selepas berkongsi detik menyentuh hati menerima jambangan bunga mawar merah daripada teman lelakinya Afiq Rosli Dalam sebuah video yang dimuat naik di TikTok Qistina atau nama penuhnya...
Pm Anwar Terima Dokumen Rmk 13 Bentang Di Parlimen Esok

Pm Anwar Terima Dokumen Rmk 13 Bentang Di Parlimen Esok

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 156 hits
PM Anwar Terima Dokumen RMK 13 Bentang di Parlimen Esok KUALA LUMPUR 30 Julai Ibrahim hari ini menerima penyerahan rasmi dokumen Rancangan Malaysia Ke 13 yang akan dibentangkan beliau di Dewan Rakyat esok Perdana Menteri berkata penyerahan ...
Dua Anggota Polis Direman Disyaki Terima Rasuah Rm635 000 Elak Tindakan Kes Judi

Dua Anggota Polis Direman Disyaki Terima Rasuah Rm635 000 Elak Tindakan Kes Judi

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 299 hits
KUALA LUMPUR Dua anggota polis direman selama tujuh hari bermula hari ini selepas disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah kira kira RM635 000 daripada seorang individu yang terbabit dalam aktiviti perjudian Perintah reman sehingg...
Laporan Polis Fitnah Hasutan Syarikat Farhash Terima Lesen Carigali

Laporan Polis Fitnah Hasutan Syarikat Farhash Terima Lesen Carigali

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 253 hits
Laporan Polis Sidang Media mengenai fitnah dan hasutan terhadap portal susulan penyiaran artikel Syarikat Farhash Terima Lesen Carigali Mineral di Sabah bertarikh 21 Julai 2025 oleh Datuk Zulkarnain Mahdar Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Mal...
Football Citizenship Scandal Puts Malaysia S Political Past Back In Play

Sekolah Tutup Kkm Kpm Bincang Keperluan Jika Kes Influenza Meningkat Dr Dzulkefly

Ex Mp Presses Wisma Putra On Claims Of Backing Myanmar Elections

Rafizi Tak Setuju Kerajaan Libatkan Glc Glic Dalam Belanjawan

Cuepacs Hails Madani Budget 2026 As A True Show Of Appreciation For Civil Servants

Flavorful Healthy Recipes For Dinner Low Carb

Beyond Luxury The Mileo Mykonos Story And Yasam Ayavefe S Philosophy Of Hospitality

Cara Mulakan Bisnes Sabun Handmade Dari Rumah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepsi Fattah Amin Amira Othman Bertemakan Tradisional Melayu

Micro Papillary Thyroid Carcinoma

Naim Kembali

Heliza Helmi Sembang Kacip Di Media Sosial Peminat Terhibur Yang Saya Tahu Hanyalah Kicap

Mcmc Memperluaskan Perhubungam Dalam Dunia Digital Dalam Belanjawan 2026

Kenapalah Degil Sangat Nak Ikut Arahan