Situasi Apa Yang Perlu Rujuk Ke Unit Kecemasan Hospital Ini Panduan Buat Anda




Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Mungkin anda pernah dengar bahawa Jabatan Kecemasan dan Trauma di mana-mana hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dibanjiri dengan pengunjung yang ramai.

Fungsi utama unit yang beroperasi sepanjang 24 jam itu adalah untuk memberi rawatan segera kepada pesakit yang berada dalam keadaan kritikal atau berpotensi menjadi kritikal.
Pun begitu, masih ada segelintir individu yang belum cakna tentang peranan sebenar jabatan berkenaan.
Hal ini menyebabkan ramai pesakit mengunjungi unit tersebut setiap kali mempunyai masalah atau mengalami kecederaan ringan yang sepatutnya boleh dirawat di klinik biasa.
Baca Artikel Berkaitan: “Seorang Doktor, 75 Pesakit” – Notis Di Hospital Sungai Buloh Raih Perhatian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: KJRI Cadang Jururawat Indonesia Berkhidmat Di Malaysia, Atasi Masalah Tenaga Kerja
Kes Yang Tidak Perlu Dirujuk Di Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Baru-baru ini, seorang wanita dikenali sebagai Ina telah berkongsi beberapa foto papan tanda mengenai kes di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban.
Untuk info, pada setiap hari separuh daripada pengunjung HTJ di unit kecemasan tersebut tidak sepatutnya berada di situ. Dalam erti kata mudah, tidak kritikal.
Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Malay Mail “Berilah peluang kepada mereka yang benar-benar memerlukan rawatan kecemasan,” dalam satu kenyataan terpapar pada papan tanda itu.
Berikut adalah kes-kes yang tidak memerlukan anda mengunjungi Jabatan Kecemasan dan Trauma.
Bisul Batuk dan selsema Sakit-sakit badan Sakit kepala yang biasa Mata merah yang tidak berkait dengan kecederaan atau terkena bahan kimia Ruam kulit yang biasa atau kronik Sakit perut yang tidak teruk atau gastrik Demam biasa Muntah Luka kecil dan kesan lebam Gigitan serangga atau dari haiwan yang tidak serius Pendarahan hidung yang tidak serius Penyakit berjangkit seperti campak, beguk dan cacar air Cucian luka harian Najis berdarah sekali-sekala Sakit ketika buang air kecil Rawatan penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi Pemeriksaan perubatan atau kesihatan Terlepas temu janji klinik pakar Rujukan daripada doktor swasta untuk penyakit yang tidak kritikal Ambil cuti sakit (MC) Sumber: Pexels/Freepik Bila Perlu Terus Ke Jabatan Kecemasan & Trauma? Di bawah ini pula kami kongsikan kes-kes yang memerlukan anda bergegas ke unit kecemasan dengan kadar segera. Perlu diingatkan bahawa jabatan tersebut adalah untuk tujuan kecemasan sahaja.
Strok atau angin ahmar Pengsan Keracunan Serangan jantung Sawan Pendarahan tidak henti Tidak sedarkan diri atau koma Dehidrasi yang serius Sakit dada secara berterusan Kesukaran untuk bernafas Tulang badan patah Melecur atau kecederaan disebabkan kebakaran Kecederaan serius akibat kemalangan atau terjatuh Sakit bahagian abdomen Pendarahan ketika hamil Kecederaan kepala yang menyebabkan muntah atau pendarahan di bahagian hidung, telinga dan mulut Sumber: Pexels/Freepik
Keutamaan Pesakit Diberikan Berlandaskan Tahap Kecemasan Sekiranya terlibat dalam kes selain yang dinyatakan, anda diminta untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Pesakit Luar (Outpatient) yang berdekatan.
Untuk info, ubat-ubatan yang terdapat di Jabatan Kecemasan bagi kes bukan kecemasan adalah sama dengan yang berada di Klinik Kesihatan (KK). Oleh itu, jangan susahkan diri menunggu dalam tempoh yang lama, dan terus ke KK untuk urusan mengambil ubat.
Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dalam satu hantaran sebelum ini turut mengingatkan bahawa Jabatan Kecemasan dan Trauma bukan berlandaskan ‘siapa datang dulu’ atau giliran, tetapi keutamaan diberikan berdasarkan tahap kecemasan pesakit.

Wanita Bergegas Ke Unit Kecemasan Hospital Ketika Alami Tanda Serangan Jantung Contoh situasi sebenar yang pernah berlaku sebelum ini adalah apabila seorang wanita dikenali sebagai Alya bergegas ke Jabatan Kecemasan dan Trauma sebuah hospital selepas mengalami tanda serangan jantung iaitu sakit pada bahagian dada.
Dalam video itu, kelihatan Alya sedang memandu untuk ke hopsital sambil diiringi Unit Kereta Peronda (MPV) polis. Difahamkan, wanita itu telah meminta bantuan polis untuk membuka laluannya bagi mendapatkan rawatan dengan pantas.
Menurut pesakit itu, anggota PDRM pada awalnya telah menawar untuk menghantarnya ke hospital tetapi Alya menolaknya kerana beranggapan dia mampu memandu secara bersendirian.
“Terima kasih kepada anggota polis bernama Deshan dan rakan kerana membantu mengiringi saya ke hospital secepat yang mungkin. Allah SWT hadirkan mereka di saat saya sangat memerlukan bantuan,” ujar Alya.
Baca Artikel Berkaitan: “Allah Beri Peluang Bernafas” – Wanita Syukur Ada Polis Bantu Escort Ke Hospital Ketika Kena Serangan Jantung
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 





Source link


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://edisiviral.com/2025/08/12/situasi-apa-yang-perlu-rujuk-ke-unit-kecemasan-hospital-ini-panduan-buat-anda/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Email Delima 2 0 Panduan Login Untuk Guru Dan Pelajar

Email Delima 2 0 Panduan Login Untuk Guru Dan Pelajar

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 146 hits
Email DELIMa 2 0 Panduan Login untuk Guru dan Pelajar DELIMa 2 0 adalah platform pembelajaran digital yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan boleh diakses melalui Ia merupakan platform pembelajaran digital yang disediak...
Travel Bajet Ke Pulau Pinang Panduan Lengkap Untuk Percutian Solo Keluarga

Travel Bajet Ke Pulau Pinang Panduan Lengkap Untuk Percutian Solo Keluarga

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 1737 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraPulau Pinang bukan sahaja terkenal dengan keindahan pantainya dan kekayaan sejarah George Town tetapi juga menjadi destinasi ideal untuk pelancong bajet yang inginkan pengalaman bercuti yang lengkap tanpa ...
Panduan Lengkap Design Printing Flyers Cara Tarik Perhatian Pelanggan

Panduan Lengkap Design Printing Flyers Cara Tarik Perhatian Pelanggan

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 667 hits
Flyers adalah salah satu alat pemasaran yang paling efektif dan kos rendah untuk mempromosikan produk servis atau acara Walaupun media digital semakin popular flyers masih relevan kerana ia mampu memberi impak visual secara terus kepada sas...
Cara Menilai Harga Blog Panduan Lengkap Blogger Malaysia 2025

Cara Menilai Harga Blog Panduan Lengkap Blogger Malaysia 2025

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 934 hits
Cara Menilai Harga Blog Kadar Caj Artikel TajaanMenentukan harga blog adalah salah satu kemahiran penting bagi setiap blogger yang ingin menjana pendapatan secara konsisten Sama ada korang baru bermula atau sudah lama aktif menulis mengetah...
Melawat Anak Buah Di Hospital

Melawat Anak Buah Di Hospital

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 167 hits
Melawat Anak Buah Di Hospital Hari sabtu selepas selesai majlis bertandang nieyl ambil peluang untuk pergi ziarah anak buah nieyl dekat hospital yang baru selesai operation masuk besi di kaki kiri pada 24 Julai 2025 Kisahnya anak buah nieyl...
Printing Business Card Panduan Lengkap Dari Design Hingga Hasil Cetakan

Printing Business Card Panduan Lengkap Dari Design Hingga Hasil Cetakan

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 1163 hits
Business card atau kad perniagaan adalah alat pemasaran penting yang membantu anda membina hubungan profesional dan memberi kesan pertama yang berkualiti kepada pelanggan atau rakan bisnes Walaupun dunia semakin digital kad perniagaan fizik...
Nak Anak Masuk Mrsm Ini Panduan Pilihan Program Yang Wajib Ibu Bapa Tahu

Nak Anak Masuk Mrsm Ini Panduan Pilihan Program Yang Wajib Ibu Bapa Tahu

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 345 hits
Nak Anak Masuk MRSM Ini Panduan Pilihan Program Yang Wajib Ibu Bapa Tahu Setiap ibu bapa pastinya mengimpikan anak yang berjaya dalam pelajaran dan mampu membina masa depan yang cemerlang Sama ada dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat le...
Nak Ambil Epidural Ke Tak Masa Bersalin Panduan Untuk Mama Buat Keputusan

Nak Ambil Epidural Ke Tak Masa Bersalin Panduan Untuk Mama Buat Keputusan

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 154 hits
Nak ambil epidural ke tak Ini persoalan yang sering bermain di fikiran bakal ibu apabila menghampiri waktu bersalin Ada yang kata ia sangat membantu kurangkan sakit ada juga yang risau tentang kesan sampingan Sebenarnya keputusan ambil atau...
Nama Syarikat Panduan Proses Cadangan Nama

Nama Syarikat Panduan Proses Cadangan Nama

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 296 hits
Pemilihan nama syarikat merupakan perkara penting yang perlu difikirkan oleh semua pemilik perniagaan Tanpa nama yang bagus syarikat atau perniagaan anda akan sukar untuk dikenali orang lain Berikut kami kongsikan beberapa cadangan nama yan...
How To Start Amazon Fba With Low Investment And High Potential

Tujuh Suspek Ditahan Kes Kekecohan Di Kampung Sungai Baru

Bukti Anak Selamat

Buat Demonstrasi Di Kampung Sg Baru Menteri Tegur Tindakan Rafidah Nak Negara Kita Ini Tidak Aman

Cerita 2 Penduduk Kampung Sg Baru Kl Diusir

Mursyidul Am Pas Setakat Macam Anwar Pas Boleh Cari Tiga Empat Lori Calon Pm

Kes Zara Qairina Peguam Ibu Arwah Mohon Tangguh Perhimpunan Aman Justice For Zara Hingga Inkues Selesai

Senarai Pemenang Aim24


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dragon Char Koay Teow Sedap Boleh Tahan

Pretty Nina Minta Nuan Ngenang Baru Chord

Wanita Maut Rempuh Kerbau Di Kuala Terengganu

Pm Anwar Bersama Pengakap Semalaysia Di Johor

Tak Sangka Dari Muda Sampai Ke Tua Tak Ada Idea Bijak Dan Bernas

Akhirnya Menteri Wilayah Buat Pendedahan Lebai Pusing Fakta