Sate Dhuha Muar Terunggul Legend Since 1940


Bandar Muo memang sudah terkenal dengan sate sebagai menu bersarapan pagi sejak negara kita belum merdeka lagi. Bersarapan pagi dengan sate begitu sinonim di kalangan warga tempatan dan juga penggemar-pengemar sate dari negeri lain, sanggup datang dari jauh hanya kerana merindukan sate Muo.

 

Banyak produk sate di daerah Muo sebenarnya dengan rasa yang bermacam-macam.  Sejak zaman 40-an, pengusaha dan peniaga sate sering bertukar ganti dari masa ke semasa,  sehingga kini sate Muo tetap menjadi pilihan popular sebagai pembuka selera waktu pagi.  Banyak kedai menjual sate, namun tidak semuanya dapat memberikan kepuasan citarasa pelanggan kerana rasanya yang berbeza-beza.



Lain pula kisahnya dengan sate legend yang satu ini, dikenali dengan nama sate Dhuha, diusahakan oleh Pak Khir, anak tempatan Muo. Sate Dhuha merupakan antara jenama sate yang paling legend di daerah Muar (Muo).  Menurut Pak Khir, 50, beliau mewarisi perniagaan sate daripada datuk dan bapanya yang memulakan perniagaan sate di bandar Muo sejak tahun 1940-an lagi.  

Setelah datuknya meninggal dunia, perniagaan ini di warisi dan diteruskan oleh bapa Pak Khir di Jalan Sulaiman, bersebelahan dengan kedai apam balik.  

Konsep 1 Malaysia atau Keluarga Malaysia sebenarnya telah wujud sejak dulu lagi di mana terdapat banyak kedai makan di daerah Muo menjalankan perniagaan dengan rakan kongsi pelbagai kaum.  Begitu juga dengan bapa Pak Khir berkongsi kedai yang sama menjalankan perniagaannya bersama seorang rakan berbangsa Cina yang menjual minuman sementara Pak Khir menjual sate dan pelbagai menu lain.


Pada tahun 1990-an bapanya bersara daripada berniaga, Pak Khir pula mengambil alih dan meneruskan perniagaan bapanya itu di kedai yang sama sehingga tahun 2019.  Kemudian Pak Khir berpindah ke Laman Ole-Ole Maharani. Sehingga kini Pak Khir telah meneraju kedai sate Dhuha selama 33 tahun


Perniagaan sate Dhuha terus bertambah maju dan mendapat sambutan sangat menggalakkan daripada warga tempatan dan juga para pelancong yang berkunjung ke Muo.  Makanan yang berkualiti, enak dan lazat sudah tentu menjadi pilihan pelanggan sama ada penduduk tempatan mahupun para pelancong.  
Sate Dhuha legend Pak Khir ternyata memenuhi kriteria di atas, keenakan satenya amat lengkap dengan semua rasa, lemak, manis, masin, sedikit pedas dan masam secukup rasa.  Tekstur daging satenya lembut, segar, dan berbau harum apabila dibakar dengan api arang.  Sos kacang buatan sendiri juga rasanya sangat sedap, lengkap dengan semua rasa.

Tidak hairanlah jika pelanggan kedai Sate Dhuha sentiasa penuh dikunjungi pelanggan setiap hari, tambahan pula pada hari cuti, Jumaat, Sabtu dan Ahad.  Orang ramai terpaksa menunggu giliran untuk mendapatkan tempat duduk. 




Selain sate ayam dan daging, kedai makan Dhuha legend Pak Khir juga menyediakan sate paru dan sate perut. Kesemua sate Dhuha sentiasa mendapat sambutan hangat. 
Menurut Pak Khir, setiap hari beliau menyediakan lebih 1500 cucuk sate, manakala pada hari minggu (Jumaat, Sabtu, Ahad) atau hari cuti sebanyak 2000 cucuk sate disediakan bagi memenuhi permintaan pelanggan yang sentiasa ramai setiap hari.

Selain sate sebagai menu utama untuk bersarapan pagi, Kedai makan Dhuha juga menyajikan menu sarapan lain yang menjadi kegemaran ramai antaranya, nasi lemak, lontong, soto, mi kari, mi rebus dan roti bakar, dengan pelbagai jenis minuman panas dan sejuk juga disediakan


Menu sarapan pagi yang tersedia ternyata memberi kepuasan kepada setiap pelanggan yang datang berkunjung di kedai ini, cukup rasa, enak dan lazat


Layanan yang diberi juga amat memuaskan, servis cepat, sentiasa menjaga kebersihan tempat makan dan kawasan sekitar.  Lokasi kedai yang terletak di tepi sungai Muar menambahkan lagi suasana nyaman dengan pemandangan yang sangat menarik, memberikan rasa kepuasan dan kegembiraan kepada pelanggan-pelanggan yang sedang menikmati sarapan pagi.  Selamat menjamu selera.

Urusniaga Sate Dhuha Legend
Lokasi: Laman Ole-Ole Maharani  bersebelahan hotel Muar Traders dan Pejabat Daerah Muar
Buka : Setiap hari kecuali Selasa (tutup)
Masa : 7.30 pagi - 12.00 tengah hari 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.orangmuo.my/2022/08/sate-dhuha-muar-terunggul-legend-since.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Komik Legend Masih Relevan

Komik Legend Masih Relevan

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 270 hits
Assalamualaikum semua sebut sahaja majalah atau komik memang tidak di nafikan masyarakat Malaysia mutakhir masih minati komik dan majalah humor Jika dahulu kita kerap membaca Majalah Ujang dan Majalah Apo dari MOY Pubshing Kini banyak menin...
5 Tokoh Hantu Perempuan Di Film Horor Indonesia Yang Jadi Urban Legend Mana Yang Paling Seram

5 Tokoh Hantu Perempuan Di Film Horor Indonesia Yang Jadi Urban Legend Mana Yang Paling Seram

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 319 hits
Dari sosok penunggu tempat angker hingga hantu hantu yang ingin balas dendam seramnya sampai kehidupan nyata
Homes Of 263 Poor Families In Batu Kawah Repaired Since 2018

Homes Of 263 Poor Families In Batu Kawah Repaired Since 2018

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 218 hits
Dr Sim and Lim visit one of the repaired houses in Batu Kawah KUCHING Batu Kawah assemblyman Dato Sri Dr Sim Kui Hian has helped a total of 263 poor families in his constituency to have their houses repaired since 201
Nasi Goreng Cili Padi Legend Sambal Tumbuk Simple Tapi Confirm Bertambah

Nasi Goreng Cili Padi Legend Sambal Tumbuk Simple Tapi Confirm Bertambah

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 313 hits
Berbanding nasi goreng bewarna lain nasi goreng cili padi antara kesukaan ramai Bukan sahaja sedap bahkan bahannya juga mudah Namun hendak menjadikan nasi goreng jadi lebih mantap dan sedap tak perlu dikisar atau dipotong halus Cukup hanya ...
Jjcm Muar Pontian Dan Johor Bahru Part 1

Jjcm Muar Pontian Dan Johor Bahru Part 1

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 224 hits
Setelah menamatkan catatan percutian kami ke United Kingdom iaitu England dan Scotland di saya ingin memulakan perjalanan JJCM kami ke Muar Pontian dan Johor Bahru yang sangat menarik Tujuan asal adalah untuk ke Johor Bahru bagi menghadiri ...
Allah Sangat Sayang Padanya Bila Amal Solat Dhuha Dengan Kaifiat Ini

Allah Sangat Sayang Padanya Bila Amal Solat Dhuha Dengan Kaifiat Ini

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 196 hits
Ramai tak tahu lagi kan Jadi saya nak kongsikan kaedah ini Allah Sangat Sayang Padanya Bila Amal Solat Dhuha Dengan Kaifiat Ini Rakaat Pertama Bacaan lepas Al Fatihah baca Ayatul Kursi 11 kali Rakaat Kedua Bacaan lepas Al Fatihah baca Surah...
Musim Durian Muar 2022 Ogos September Oktober

Musim Durian Muar 2022 Ogos September Oktober

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 322 hits
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera Senarai Harga Durian Muar 2022 Ogos September Oktober Berikut harga durian terkini Warna ungu ada stok Ahad 21 08 22 23 Muharam 1444 Kampung rm16 kg Kahwin rm25 kg Reject rosak sepangsa dua rm7 kg Tem...
Muar Dinobat Sebagai Bandar Memiliki Paling Banyak Lukisan Mural Di Malaysia

Muar Dinobat Sebagai Bandar Memiliki Paling Banyak Lukisan Mural Di Malaysia

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 269 hits
Lukisan Mural Elemen Sejarah Naik Imej Bandar Maharani Selepas dinobatkan sebagai Bandar Pelancongan Terbersih ASEAN bandar Muar sekali lagi mencatat rekod apabila muncul bandar pertama di negara ini memiliki lukisan mural paling banyak Usa...
Pernahkah Anda Melihat Rama Rama Hinggap Pada Bangkai Haiwan

Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis

Huawei S Most Durable Foldable Smartphone Now Available Nationwide

Mural By The One Academy

Abu Lubabah Sahabat Teladan Tobat

Re Mashalat Business Collaboration Funding For Reezqeenos Babi Blogger Com

Lelaki Itu Bukan Kiriman Tuhan

Pulanglah Wahai Sahabat


echo '';
Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Explore The Advantages Unlimited Postpaid Plans Offer

Desak Kawal Harga Tambang Bas Sekolah Sinar Harian 11 01 2025

Filem Limbungan Tragedi Hitam 1975

Emakan Awaran Emasukan E Ingkatan An Ahun

Januari 11 2025 01

Bantuan Ketua Isi Rumah Sarawak Syarat Cara Permohonan