Sarawak Bentang Belanjawan Terbesar Rm11 9 Bilion Untuk 2019


Bernama Ketua Menteri, Abang Johari berkata, RM9.073 bilion adalah untuk membiayai program di bawah RMK 11, termasuk inisiatif sosio-ekonomi dan transformasi luar bandar serta inisiatif ekonomi digital. (Gambar Bernama)
KUCHING: Sarawak akan meneruskan belanjawan yang tertumpu kepada pembangunan imbal dan luar bandar bagi merancakkan perkembangan ekonomi daripada jumlah peruntukan belanjawan sebanyak RM11.914 bilion bagi 2019, yang terbesar dalam sejarah negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, daripada keseluruhan peruntukan belanjawan berjumlah RM9.073 bilion, termasuk dana Persekutuan berjumlah RM0.260 bilion, dicadangkan untuk perbelanjaan pembangunan dan RM2.841 juta untuk perbelanjaan operasi.

Abang Johari, yang juga Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi negeri berkata, dengan mengambil kira anggaran hasil berjumlah RM10.513 bilion dan jumlah cadangan perbelanjaan biasa RM10.391 bilion, peruntukan belanjawan 2019 dijangka mengalami lebihan RM122 juta.

“Negeri ini akan meneruskan dasar perluasan fiskal dengan 6 strategi utama dan melihat kepada aliran hasil utama yang baru, termasuk 5% cukai jualan produk petroleum mulai 1 Jan,” katanya semasa membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan (2019) pada sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Beliau berkata, perbelanjaan pembangunan tahun hadapan dijangka mengambil kira projek mempunyai kesan tinggi dan kepentingan rakyat, terutama di kawasan luar bandar, komitmen untuk menyiapkan projek yang sedang berjalan dan keutamaan kepada perbelanjaan yang dikendalikan oleh kerajaan Persekutuan bagi rasionalkan kedudukan fiskalnya.

“Bagi 2019, sejumlah RM9.073 bilion dicadangkan untuk membiayai pelbagai program dan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, termasuk inisiatif sosio-ekonomi dan transformasi luar bandar, projek dan inisiatif di bawah ekonomi digital,” kata Abang Johari.

Daripada jumlah peruntukan bagi perbelanjaan pembangunan, beliau berkata, RM8.813 bilion akan dibiayai oleh kerajaan Negeri, manakala RM260 juta oleh kerajaan Persekutuan menerusi pengembalian pinjaman dan bantuan.

Beliau mengulangi bahawa levi cukai jualan ke atas produk petroleum – minyak mentah, gas asli, gas cecair asli, baja kimia dan produk gas hingga cecair – adalah hak kerajaan Negeri seperti termaktub dalam perlembagaan Persekutuan.

Mengenai Belanjawan Persekutuan 2019, beliau berkata peruntukan bagi Sarawak berjumlah RM4.346 bilion hanyalah 7.94% daripada jumlah keseluruhan belanjawan pembangunan berbanding RM4.336 pada 2018.

“Belanjawan Persekutuan 2019, tidak mencerminkan peruntukan yang adil dan saksama kepada Sarawak, meskipun janji oleh Pakatan Harapan negeri ini bagi memastikan Sarawak dan Sabah akan mendapat 30% daripada peruntukan Persekutuan,” tambah beliau.

Bagi 2018, peruntukan berjumlah RM8.2 bilion diumumkan bagi belanjawan negeri ini, merangkumi RM5.745 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan RM2.4816 untuk perbelanjaan operasi.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/11/sarawak-bentang-belanjawan-terbesar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Peruntukkan Rm314 5 Bilion Untuk Belanjawan 2019

Kerajaan Peruntukkan Rm314 5 Bilion Untuk Belanjawan 2019

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 406 hits
KUALA LUMPUR Belanjawan 2019 belanjawan pertama di bawah pentadbiran Pakatan Harapan akan memperuntukkan sejumlah RM314 5 bilion dalam perbelanjaan berbanding peruntukan kira kira RM290 4 bilion pada 2018 Ketika membentangkan Belanjawan 201...
Sarawak Umum Bajet Rm11 91 Bilion Tertinggi Dalam Sejarah

Sarawak Umum Bajet Rm11 91 Bilion Tertinggi Dalam Sejarah

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 328 hits
PETRA JAYA Rakyat Sarawak akhirnya mampu menikmati pembangunan lebih agresif selepas era Barisan Nasional apabila kerajaan negeri memperuntukkan RM9 07 bilion khusus untuk perbelanjaan pembangunan dalam Belanjawan Sarawak 2019 Keseluruhanny...
Sarawak Rekod Belanjawan Terbesar Kenapa Tidak Kelantan Terengganu

Sarawak Rekod Belanjawan Terbesar Kenapa Tidak Kelantan Terengganu

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 849 hits
Hari ini Sarawak mencipta sejarah apabila mencatat rekod belanjawan terbesar dalam sejarah negeri Sarawak Untuk Bajet 2019 kali ini sejumlah RM11 914 Billion dikeluarkan oleh Kerajaan Sarawak menggunakan dana sendiri Sebagai rakyat Sarawak ...
Belanjawan 2019 Sektor Kerajaan Catat Rm51 9 Bilion Defisit Keseluruhan Pada 2018

Belanjawan 2019 Sektor Kerajaan Catat Rm51 9 Bilion Defisit Keseluruhan Pada 2018

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 500 hits
KUALA LUMPUR Sektor kerajaan dianggarkan mencatat defisit keseluruhan lebih tinggi sebanyak RM51 9 bilion iaitu 3 6 peratus daripada keluaran dalam negara kasar pada 2018 setelah mengambil kira semua pindahan dan pinjaman bersih di antara s...
Belanjawan 2019 Objektif Polisi Dan Dasar Fiskal Yang Bercelaru

Belanjawan 2019 Objektif Polisi Dan Dasar Fiskal Yang Bercelaru

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 458 hits
Oleh Mohamad Hasan 1 Polisi fiskal melalui perancangan belanjawan tahunan seharusnya berperanan sebagai penstabil otomatik kitaran ekonomi negara menyediakan jaringan keselamatan sosial kepada golongan tersasar dan dalam masa yang sama mamp...
Intipati Belanjawan 2019

Intipati Belanjawan 2019

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 867 hits
Intipati Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng Belanjawan 2019 bertemakan Malaysia Wibawa Ekonomi Dinamik Rakyat Sejahtera Hutang dan liabiliti sebenar Kerajaan This is a content summary only Visit my website ...
Intipati Belanjawan 2019 Malaysia Sektor Pelancongan

Intipati Belanjawan 2019 Malaysia Sektor Pelancongan

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 907 hits
Malaysia tengah panas dengan berita pembentangan Belanjawan 2018 oleh Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng pada Jumaat jam 3 00 petang di Parlimen yang mana ia adalah Pembentangan Belanjawan Pertama Kerajaan Pakatan Harapan Antara Intipat...
Belanjawan 2019 Inisiatif Berkaitan Kementerian Pendidikan Malaysia

Belanjawan 2019 Inisiatif Berkaitan Kementerian Pendidikan Malaysia

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 1582 hits
Belanjawan 2019 Inisiatif berkaitan Kementerian Pendidikan Malaysia INISIATIF PERTAMA Dana bantuan pendidikan RM2 9 bilion untuk golongan yang miskin melalui bekalan makanan buku teks dan bantuan tunaiINISIATIF KEDUA Menaikkan taraf dan men...
Kesimpulan Dari Belanjawan Bajet 2019 Malaysia Buat Keluarga Kami

Kesimpulan Dari Belanjawan Bajet 2019 Malaysia Buat Keluarga Kami

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 827 hits
KESIMPULAN DARI BELANJAWAN BAJET 2019 MALAYSIA BUAT KELUARGA KAMI Semalam merupakan tarikh keramat untuk negara kita Malaysia Iaitu tarikh di mana pengumuman Belanjawan Bajet 2019 Pertama kali dalam sejarah parti pembangkang menjadi kerajaa...
Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

2 Maut Selepas Suv Langgar Pintu Masuk Terminal Lapangan Terbang

Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Bukan Pendirian Parti Cadangan Bubar Mca Sertai Dap Hanya Pandangan Peribadi Chong Anthony Loke

Pakai Sheet Mask Bird Nest Dari Watsons

Self Care Checklist Masa Flare Buat Pesakit Sle

Tragic Test Drive Salesman S Negligence And Substance Use Lead To Fatal Crash


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tabung Emosi Aku Penuh

Kad Kahwin Eksklusif Cipta Kenangan Bermakna Dengan Rekaan Tersendiri

Saya Cuba Diet Viral Tiktok Tapi Guna Makanan Malaysia Je Hasilnya Menangis Dalam Toilet

Jalan Jalan Santai Di Harajuku Shinjuku Ginza Dan Ueno

Villa Kaizen By Ark Architects A Refined Balance Between Architecture And Nature In La Zagaleta

Ex Armed Forces Chief To Oversee National Service Training