Sarapan Pagi Di Warung Kopi Peng Bersama Anak Buah And The Gang


Hari Sabtu hujung bulan September, anak buah and the gang ada join run di Seremban (Seremban Half 2025). Lepas run, dia ajak jumpa. Mohlah kita! Kemain jauh dari Sabak Bernam, join run kat Seremban. Hmmm...

Saya tak ada idea nak makan di mana waktu pagi. Kami bukan biasa sarapan di luar. Membeli sarapan pun biasanya di gerai dekat-dekat dengan rumah je. Itupun bungkus. Jarang benar makan pagi di luar. 

Cari punya cari di TikTok, ajak makan di Warung Kopi Peng je lah. Harapnya tak ramai lah sebab sebelum ni nampak kedai ni macam sentiasa ramai je. Warung Kopi Peng ni salah satu kedai kopitiam yang saya nak pergi tapi tak pergi-pergi lagi

Ini kalilah baru saya sampai. Saya dan Encik Suami sampai dulu sebelum mereka sampai


Menarik ye kedai kopitiam yang diberi nama Warung Kopi Peng ni. Vibes kopitiam dulu-dulu. Klasik dan old skool. Saya sukakan konsep kopitiam begini


Disebelahnya ada 31 Kafe ke The Maneh entah. Rasanya sebelum ni kedai The Soya kalau tak silaplah. Kafe ni tak buka lagi. Mungkin buka lewat sikit. Jadi, Warung Kopi Peng gunakan dulu ruang koridor ni kot. 

Cantik ye corak moroccan tiles dia. Dengan perabot dan dekorasinya sepadan. Bangku dan kerusi rotan tu mengingatkan kita dengan perabot rumah lama-lama. Ala-ala rumah baba nyonya pun ada


Bahagian dapurnya dapat dilihat dari pintu masuk kedai. Cantik kan design seni bina kayu dengan cat putih ni. Warnanya naik seri


Kami terus masuk dalam je lah, cari tempat yang sesuai untuk kami berlima. Anak buah bersama kawannya dua orang. 
Di luar tu tak ada meja dan kerusi untuk berlima. Mujurlah didalam ada bench macam ni. Dapatlah kami berlima duduk semeja

Di dalam pun ada penghawa dingin. Lagi selesa


POV dari meja kami. Beginilah interior design Warung Kopi Peng. Cantik bukan? Masa kami berdua sampai, tak ada pelanggan lain lagi. Itu yang gigih tu ambil gambar di setiap sudut yang menarik


Berkenan betul dengan cermin di dinding ni. Ada gaya, easthetic! Di sebelah tu ada rak yang diletakkan makanan. Ada kuih muih, makanan utama dan juga minuman dalam botol. 

Kami terus buat pesanan menggunakan QR disediakan di meja. Sementara menunggu Encik Suami pilih makanan, saya ambil gambar duluan. 
Tak sah kalau tak ambil gambar lampu


Lampu ni cantik, ada vibes rumah kampung. Lampu gasolin atau kerosene lamp. Tapi ni versi moden lah guna mentol. Kalau lampu lama dulu guna minyak gas dan sumbu


Sedang sibuk ambil gambar, minuman yang dipesan pun sampai ke meja. Anak buah saya tak sampai-sampai lagi. Padahal dia dekat padang MPS tu je. Entah apa yang buat lambat tak tahu lah

Saya pesan Kopi C, kopi campuran susu cair yang ringan dan tak manis. Sedap juga. Menariknya dihidangkan dengan cawan dan piring ala kopitiam. Sepadanlah dengan tema warungnya


Encik Suami pula pilih Teh C. Sama juga rasa dia, ringan dan tak manis sangat. 

Saya pesan nasi lemak biasa kot. Tiba-tiba tengok ada ayam goreng dan sayur kacang bersama bawang. Telur sebiji dibelah dua, segerombolan ikan bilis goreng yang rangup, seekor ikan masin elok terletak atas nasi lemak

Nampak macam gaya nasi lemak istimewa lah pula. Hidangan nasi lemak ni agak kurang sedap menurut tekak saya. Nasi kurang berlemak, sambal dia macam tak ada rasa. Ayam goreng macam dah lama goreng. Macam ayam dah digoreng siap-siap gitu macam di kantin sekolah

Yang okay saya rasa ikan bilis, telur dan timun. Tapi makan habiskan lah juga sambil menyembang, sambil menyudu masuk mulut. Lama-lama habislah dengan bantuan Encik Suami juga tolong habiskan


Mi kari pilihan Encik Suami ni nampak macam sedap je kan. Kuahnya okaylah sedap. Saya rasa sikit je. Rasa dia boleh diterima


Tengah makan, anak buah and the gang pun sampai. Buat pesanan lagi. Mereka pesan minuman air dan juga kuetiau goreng. Kuetiau pun macam kuetiau kantin sekolah rasa dia. Tak ada rencah sangat setara dengan harganya


Sambil sembang sambil makan, habis licin jugalah makanan tu. Daripada membazir kan. Lainlah kalau masin sangat. Itu paling tak boleh diterima. Kurang rasa ni masih boleh lagi ditelan. 
Warung Kopi Peng ni vibes kopitiam tu memang win dan pemiliknya adalah orang Islam seperti yang diletak pada bio instagram Warung Kopi Peng. Dari segi rasa agak kurang bagi kami. Mungkin bagi orang lain okay sedap. Sedap tu subjektif, ikut selera masing-masing. Begitulah..

Lokasi Warung Kopi PengJalan Singapura, 33G, Jalan Siow Loong Hin, Bandar Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2025/10/warung-kopi-peng.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sarapan Pagi Sabtu Bersama Anak Anak

Sarapan Pagi Sabtu Bersama Anak Anak

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 954 hits
Kadang kadang tak tau nak buat sarapan apa pagi pagi Lepas Subuh dah tanya anak anak nak sarap apa Tapi jawapan standard Entahhh Apa apa pun boleh Jadinya pagi Sabtu lepas suami ajak sarapan kat luar sebagai penutup cuti Sarah dengan abang ...
Jjcm Sarapan Pagi Di Warung Ngarai

Jjcm Sarapan Pagi Di Warung Ngarai

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 1098 hits
JJCM Sarapan Pagi Di Warung Ngarai Semasa kami pergi ke rumah keluarga di Tiak aku nampak satu penginapan baru bernama Bin Daud Boutique Chalet Gempak uii desain penginapan baru ni siap ada swimming pool Lokasinye sebelah SK Tiak Kupang Bal...
Cucur Udang Untuk Sarapan Pagi

Cucur Udang Untuk Sarapan Pagi

papar berkaitan - pada 28/9/2025 - jumlah : 1055 hits
Assalamualaikum Selamat pagi selamat berhari minggu semalam masa adik beradik ada cadang nak buat cucur udang tanya diorang semua x nak sebab ada yang dh makan cucur masa sarapan pagi then xde la SA buat diorang petang dh gerak balik So pag...
Sarapan Di Warung Jumahat

Sarapan Di Warung Jumahat

papar berkaitan - pada 28/9/2025 - jumlah : 527 hits
Assalamualaikum WBT INNALILLAHIWAINNA ILAIHIROJIUUUNNN TERSAYAT hati membaca berita kemalangan yang melibatkan sebuah lori muatan barangan lusuh dengan beberapa kenderaan ringan di Plaza Tol Bukit Kajang semalam Seorang bayi berusia setahun...
Sarapan Di Warung Nasi Lemak Berlauk Jay Dee Tee Pontian

Sarapan Di Warung Nasi Lemak Berlauk Jay Dee Tee Pontian

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 694 hits
Assalamualaikum WBT GARA GARA terpengaruh baca blog semalam pagi ni Sk dan PI bersarapan di Nasi Lemak Berlauk Jay Dee Tee di Jalan Parit Mesjid Pontian Rumah Sk terletak di sempadan daerah Johor Bahru dan Pontian jadi tak jauhlah sangat ka...
Melawat Kebun Dan Sarapan Di Pagi Ahad

Melawat Kebun Dan Sarapan Di Pagi Ahad

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1041 hits
Hari Ahad lepas Mama Yan dan suami melawat kebun yang telah lama kami tinggalkan dek kesibukan harian Patutnya anak anak mengaji Hari Ahda pagi Tapi entah macam mana boleh terlupa Terus aje ke kebun semak betul kebun dah lama suami tak mera...
Bring Back The Cane Says Akmal After Gang Rape Case

Bring Back The Cane Says Akmal After Gang Rape Case

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 191 hits
The Umno Youth chief says if there is no fear of teachers it would be difficult for respect to be earned and in the end we produce insolent individuals Umno Youth chief Dr Akmal Saleh said caning would serve as an invaluable lesson that wou...
The Prophet By Kahlil Gibran

The Prophet By Kahlil Gibran

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 448 hits
Norsanina blogspot comOf course Here s a blog ready summary of The Prophet by Kahlil Gibran written in a reflective human tone that suits a thoughtful or spiritual blog like yours The Prophet by Kahlil Gibran A Journey of the Soul Kahlil Gi...
4 Teen Students In The Dock For Alleged Gang Rape In Classroom

4 Teen Students In The Dock For Alleged Gang Rape In Classroom

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 192 hits
Four teenage students sitting for the SPM examination next month have been remanded for six days for police investigations after allegedly raping a female student in school last week Malacca police chief Dzulkhairi Mukhtar said the remand o...
Kitingan Pandikar S Ma63 Remarks Show Grs Willing To Compromise

Ringkasan Jasa Empat Perdana Menteri Malaysia

Speed Read Pre Eicma News From Ducati Honda Ktm Kawasaki And Stark

Brazil Sokong Hasrat Malaysia Jadi Anggota Penuh Brics Lula

Soboro Udon

Resipi Viral Egg Tart Mixue Pencuci Mulut Premium Dengan 4 Bahan Mudah

Coelacanth Ikan Hidup Yang Menjadi Saksi Penciptaan

7 Aktiviti Harian Bakar Kalori Tanpa Sedar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Timor Leste Rasmi Sertai Asean Simbol Harapan Solidariti Dan Semangat Asia Tenggara

Warung Wak Paad Rantau Panjang Klang

Riadah Pagi Di Jejak Sisiran 1

Pelajar Lihat Individu Berbaju Hanafi Dalam Tandas Sebelum Kematian Zara Inkues

Saifuddin Digugur Ketua Pn Pahang

5 Aksesori Wajib Ada Untuk Newbie Influencer Yang Terakhir Paling Penting Ramai Guna