Sarapan Pagi Di Lesung Padi Village Kulim Kedah


Sarapan pagi di Lesung Padi Village. Sekarang ni banyak betul tempat-tempat makan viral. Sejujurnya tidak semua tempat viral menyajikan makanan yang kena dengan selera kami.   Kalau okay dengan kami, baru akak share kat sini.  Lesung Padi Village atau korang boleh juga cari Lesung Padi Catering ni salah satu lokasi viral yang boleh korang singgah untuk cuba.  Terletak dalam daerah Kulim, Kedah.  Kalau datang Kulim, korang kena cuba pelbagai menu sarapan yang disediakan.  Beroperasi bermula seawal jam 7 pagi dan tamat pada jam 2 petang.  Kiranya boleh makan untuk tengahari sekali la.
Dah lama dengar tentang lokasi ni, tak jauh pun daripada rumah, kalau tak ada traffic light dalam 5 minit boleh sampai.  Tapi disebabkan kena meredah beberapa lokasi traffic light adalah lebih kurang 10 ke 15 minit jaraknya daripada rumah. 
Biasalah kan kalau tempat tu dekat, memang lambat nak sampai.  Dek kerana dah beberapa hari dok nampak kawan-kawan psot review di fb, maka tergerak hati kami nak mencuba.  Ramai yang pesan, datang awal, kalau tak jenuh nak cari parking. Maka kami seawal 7 pagi dah bersiap.  Sampai terlepas simpang juga lah dek kerana ralit bersembang dengan en suami.  



Lesung Padi Village ni lokasinya antara taman perumahan dan rumah lot tanah kampung.  Pemisahnya padang kecil ini.  Waktu kami sampai pun dah ramai pengunjung tapi masih boleh dapat tempat parking yang dekat.  Komen pertama en suami - suka dengan suasana di sini.  Aman, damai, sejuk mata memandang.  Mungkin berdekatan dengan kawasan perumahan,  anggota Rela disediakan untuk menjaga dan membantu pengunjung mencari tempat parking kenderaan. 
Jom akak share menu yang kami cuba pada kunjungan yang pertama ni


Nasi lemak.  Ada pelbagai pilihan lauk.  Favorite akak, nasi lemak dengan rendang daging. Jarang jumpa rasa yang ngam dengan tekak.  Ada juga sambal bilis, sambal kerang,ayam goreng dan juga bahan tambahan lain seperti kacang goreng, bilis goreng dan timun.  


Lontong.  Ada beberapa jenis lontong yang korang boleh pilih.  Akak pilih lontong biasa saja. Sepinggan RM5.00 sahaja.  Kuahnya sedap.   Kat rumah jarang nak buat sebab tak ramai peminat.  So kalau nak makan lontong, kami beli sahaja.  Kat sini dah jumpa yang kena dengan selera



Kalau tak nak makan yang berat-berat, boleh order roti bakar, roti canai, roti sarang burung dan beberapa pilihan lain lagi.  Yang ini namanya Roti Bakar Railway.  Tak pasti kenapa namanya ada railway di hujung. Tapi sedap



Senarai menu lengkap kalau korang nak order.  Ada set English breakfast juga untuk yang tak nak makan nasi atau roti.  Harga makanan pada kami berbaloilah dengan saiz hidangan dan rasanya



Signature dish kat sini rasanya inilah - Nasi  Goreng Ikan Tumbuk.  Pun sedap. Dihidang dengan telur mata dan beberapa keping keropok.  Sepinggan ni kenyang sampai tengahari.  Teringat dulu-dulu di kampung, kalau ada ikan goreng tak habis, simpan, esoknya hancurkan untuk digoreng dengan nasi buat sarapan pagi. 
Kesimpulannya,  Lesung Padi Village ni kita boleh repeat lagi.  Harap lepas dah viral, rasa dan layanan tetap kekal dan bertambah baik

Pada yang nak mencuba, akak share lokasinya




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azirahman.com/2024/02/sarapan-pagi-di-lesung-padi-village-kulim-kedah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Padi Farmers In Kedah On Red Alert

Padi Farmers In Kedah On Red Alert

papar berkaitan - pada 7/2/2024 - jumlah : 270 hits
Worrying sight A padi field in Balik Pulau Penang is seen dry and cracked due to the extreme hot weather BernamaALOR SETAR Padi farmers in Pokok Sena Kedah are racing against the clock to save their crops which are suffering in both quality...
Sarapan Pagi Tepi Sungai Jeti Perikanan Pematang Lumut Perak

Sarapan Pagi Tepi Sungai Jeti Perikanan Pematang Lumut Perak

papar berkaitan - pada 9/2/2024 - jumlah : 264 hits
nbsp Sambungan dari kisah cuti cuti kak ana sekeluarga di rumah adik di Lumut Perak Selepas adik kak ana belanja makan malam di Bako Bako Resto Marina Island Lumut pagi esoknya depa ajak pii sarapan pagi kat tepi sungai pula nbsp Ini port k...
Sarapan Pagi Ni

Sarapan Pagi Ni

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 144 hits
Assalamualaikum Hari ni SA sampai KL pukul 7 10pagi Suami dh balik JB ye pukul 3am pagi tadi so xde la suami hantar pi keja dh hahaha Sarapan pagi ni SA beli kat tempat biasa malas nak makan nasi lemak ingat nak amik nasi kerabu tapi macam ...
Makan Di Nasi Kukus Ayam Penyet Berempah Mak Lang Mat Lie Baling Kedah

Makan Di Nasi Kukus Ayam Penyet Berempah Mak Lang Mat Lie Baling Kedah

papar berkaitan - pada 4/2/2024 - jumlah : 198 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah kita bertemu lagi dalam artikel terbaru Bagaimana dengan hari hari anda Semoga semuanya dalam keadaan baik baik sahaja Baiklah seperti mana yang an...
Harapan Bn To Discuss Selangor Village Committee Posts Source Says

Harapan Bn To Discuss Selangor Village Committee Posts Source Says

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 234 hits
Selangor Umno s demand for 373 positions in the Village Development and Security Committee throughout the state will be discussed by the top leadership of the two coalitions According to a source close to the state government the Selangor a...
Lawatan Ke Galeri Rundingan Baling Baling Kedah

Lawatan Ke Galeri Rundingan Baling Baling Kedah

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 194 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah kali ini aku nak berkongsi tentang satu lokasi yang aku kira ramai yang pernah dengar tentang terma Rundingan Baling Sebuah galeri telah dibina men...
Akmal Slams Kedah Govt Over Delay In Water Treatment Plant Upgrade

Akmal Slams Kedah Govt Over Delay In Water Treatment Plant Upgrade

papar berkaitan - pada 7/2/2024 - jumlah : 171 hits
Deputy Energy Transition and Public Utilities Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir has lambasted the Kedah state government over delays in upgrading the Bukit Selambau water treatment plant In a video posted to social media yesterday Akmal c...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket