Sarapan Pagi Dengan Lempeng Di D Santai Nyonya Muslim Telok Panglima Garang
" Sarapan Pagi Dengan Lempeng "
Kebiasaan apabila bersarapan pagi semestinya makanan seperti roti canai, karipap, nasi lemak adalah makanan kebiasaan di waktu pagi.
Sarapan dengan Lempeng
Di pantai timur pula nasi kerabu, nasi berlauk menjadi pilihan untuk bersarapan pagi.
Menu Sarapan 'Rare'
Namun, bersarapan dengan lempeng amat jarang walaupun kacang pool adalah antara sarapan pagi yang agak jarang di makan ketika makan pagi.
Lempeng merupakan makanan pagi yang cukup ringkas. Tidak memerlukan kepakaran Gordon Ramsay atau risau dikritik Uncle Rogers untuk menyediakannya.
Apa Itu Lempeng ?
Lempeng adalah berasaskan tepung gandum dan air yang diadun sebati sebelum di panaskan dalam kuali yang panas minyaknya. Mudah tetapi banyak kenangan sebenarnya makanan pagi ini.
Bagi yang inginkan mencuba lempeng yang betul-betul dibuat oleh penyedia makanan iaitu tukang masak ada satu kedai yang penulis temui.
D' Santai Nyonya Muslim Cafe Banting
Kedai yang terletak di Rimbayu Telok Panglima Garang, iaitu D' Santai Nyonya Cafe yang berada dalam deretan rumah kedai di Sinaria.
D'Santai Nyonya Muslim Cafe
Sebuah kedai makan yang bercirikan baba dan nyonya serta cina muslim. Jelas terpampang di dinding kedai kenangan gambar lama cina peranakan dari Melaka.
Cafe Nyonya Muslim Melaka
Dengan hiasan siling dengan lampu yang menarik apalagi pengcahayaan yang menyamai 'show house' yang ada di sekitar Rimbayu
Bagi yang mencari sarapan pagi dengan lempeng boleh datang singgah mencuba makanan tersebut di sini. Cukup unik sarapan yang jarang ditemui di kebanyakan kedai makan pagi.
Dekorasi Kedai
Banyak sebenarnya jenis lempeng yang ada, kali ini penulis mampu mencuba dua jenis sahaja iaitu lempeng biasa dan lempeng pisang.
Lempeng
Lempeng yang cukup lembut ini lain rasanya. Inginkan makanan pagi yang lembut dimakan inilah makanannya. Bukan sekadar lembut, namun, dimasak dengan begitu seimbang. Tiada sebarang kesan terbakar kelihatan iaitu hangus.
Lempeng yang Gebu
Memang mulus rupanya.
Apa lagi kelembutan yan ada pada lempeng ini. Semestinya ada resepi tertentu dari tukang masak kedai ini.
Lempeng Biasa
Lempeng Biasa dan Sambal
Dari rasa lempeng biasa kita akan merasai kelembutan dan kekenyalan adunan tepung yang terbina dari cara masakan dari tukang masak, tiada sebarang kelainan melainkan dua benda tersebut.
Lempeng Pisang
Sebagaimana yang penulis dapat bayangkan dari roti pisang. Pisang telah menghadirkan rasa manis pada lempeng ini. Inilah fungsi pisang yang terdapat pada lempeng.
Lempeng Pisang
Cukup banyak juga, sekitar 5 keping hirisan pisang pada sekeping lempeng.Selain pisang, terdapat lempeng milo, lempeng oreo dan beberapa jenis lempeng lagi.
Kuah Sambal
Lempeng jika di makan begitu sahaja tiada kurang keistimewaannya. Penyeri pada makanan yang membabitkan aksi cicah mencicah ini adalah sambal.
Sambal Lempeng Sardin
Lebih kepada sambal sardin sebenarnya.
Aroma bawang merah dengan bau kuah sardin terus menusuk apabila didekatkan pada hidung. Pada awalnya, penulis membayangkan kuahnya adalah versi asam pedas oleh kerana 'base' masakan di sini adalah dari Melaka.
Tidak jauh salahnya, walaupun bukan kuah asam pedas. Kepedasan sambal sardin ini cukup membayangkan kita akan asam pedas, cuma tiada rasa asam.
Makanan Lain
Bilaslah kelembutan. kekenyalan dan kepedasan serta manis makanan tadi dengan teh halia yang cukup rasa halianya.
Teh Halia
Mahukan hidangan lain seperti nasi lemak dan pelbagai kuih muih termasuk roti pau dan dim sum ? Ada juga dalam menu sarapan pagi di kedai ini.
Air oren Ala Ala Lejen
Bagi yang ingin mencuba sarapan pagi dengan lempeng boleh rujuk lokasi di bawah;
Lokasi Kedai
D' Santai Nyonya Muslim CafeNo. 2G & 2-1, Jalan Aman Sinaria 3, Bandar Tropicana Aman, 42500Telok Panglima Garang, Selangor
Waktu Operasi Restoran
Isnin : 10am–12amSelasa : 10am–12amRabu : 10am–12amKhamis : 10am–12amJumaat : 4pm–12amSabtu : 7:30am–12amAhad :7:30am–12am
Anda fikir anda tahu Sarapan Pagi Dengan Lempeng Di D'Santai Nyonya Telok Panglima Garang ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.belangtarung.com/2020/12/sarapan-pagi-dengan-lempeng-di-dsantai.html