Sarapan Nasi Lemak Kambing Bakar Di Dapur Tokma


 Assalamualaikum WBT
SEJAK semalam, dah berjanji dengan Fidah, pagi ni nak sarapan di Dapur Tokma. Ialah, dah lama tak makan sama. Siapa yang lama follow Sk, tahulah kan, yang Sk tak bersarapan di luar pada hari kerja. Tengahari pun tapau makanan di kantin sahaja. Dalam sebulan tu, belum tentu ya Sk keluar makan dengan kawan-kawan, memang macam tu la hari-hari kecuali bila hujung-hujung tahun atau macam ni, tak lama lagi kita nak puasa, kan. Sk pulak, dah lama teringin nak repeat Kambing Bakar di Dapur Tokma. Awal tahun tuari nak pergi tapi masa tu Dapur Tokma tutup sebab proses perpindahan lokasi. Alaa.. tak jauh pun pindahnya, sebelah aje.. hehehehe.
Tapi pagi ni, hujan turun mencurah-curah. Aaaaa.. macam tak ada harapan nak makan Kambing Bakar Tokma. Masing-masing duduk ngadap pintu kaca tenung hujan, sambil hati berkata, bilalah nak berhenti. Bila hujan seakan reda dan kurang lebatnya, nekad keluar dan berlari ke kereta, hahaha. Hujan mula teduh bagaikan merestui, namun sebaik masuk ke bawah bumbung Dapur Tokma yang baru, hujan turun semula namun tidak selebat tadi. Sk cakap dengan Fidah, mintak-mintaklah lepas makan hujan berhenti, hihi.

Masih mempraktikkan sistem layan diri, kami terus beratur di kaunter pesanan sementara Naza dan Kak Imah menunggu meja. Sebenarnya banyak lagi pun meja kosong tapi takkan nak beratur ramai-ramai pulak, kan. Tetiba, Kak Imah datang, Kak Imah kata, dia nak belanja. Yabedabedoooooo. Kak Imah kata, dia memang berhajat nak 'open table'. Kali ini, Sk bertukar menu dengan Kak Imah. Kalau sebelum ni, Kak Imah makan Nasi Lemak, kali ni Kak Imah nak makan Lontong Kering pulak, tapi Kak Imah nak makan dengan Sambal Paru. Sk pulak, teringin nak rasa Nasi Lemak Tokma, betul-betul ke sedap??


Nasi Lemak Kambing Bakar... memang terbaiklah! Sedap sangat, daripada nasi hingga ke sambal. Cukup aksesori wajibnya, timun, kacang tanah, ikan bilis dan telur goreng. Nasi lemak panas-panas bila diletak atas daun pisang, menerbitkan aroma harum dan menyentuh deria penglihatan. Ditambah pula cuaca sejuk di Tanah Jauhar ni, kan.. sambil hirup nescafe o panas, sambil kunyah daging kambing, sambil borak hal pejabat.. hihihi. Cuma, sambalnya tu sikit beno. Nak minta tambah, malas malu pulak nak bangun pergi kaunter. Mungkin lain kali, boleh minta sambal lebih masa buat pesanan. Siapa yang hantu sambal tu, matilanakkk, mungkin kena bayar lebih kot sambalnya, hahaha. Macam Fidah, jenis makan sambal sikit ya, suku pun tak luak sambal dia, Sk pun mintaklah sambal Fidah jer

 
Nampak tak keterujaan masing-masing bila nampak makanan sedap depan mata. Dah tu, hari-hari lain pun memang setakat sarapan roti dengan shake aje masing-masing, kan. Sekali-sekala kita mengembek pulak pepagi. Gedebak-gedebuk, campur kuih dan tapau jugak untuk Ina, semua sekali tak silap dengar tadi, RM75 gitu. Alaa.. 75 tu, celah gigi Kak Imah aje.. hahahaha. Ngam-ngam habis makan, hujan pun dah teduh, syukurrrrr

Terima kasih, Kak Imah. Semoga Allah swt menambah lagi rezeki wang dan kesihatan serta berbahagia dan sejahtera selalu, insyaAllah... Amiiinnnn Ya Robbal Alamiiiinnn

Dapur Tokma
Buka setiap hari kecuali Isnin 7.30pagi - 11.30 pagi
📍65, JALAN ORKID UTAMA, TAMAN ORKID, 81200 JOHOR BAHRU

📞0196610716

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/02/sarapan-nasi-lemak-kambing-bakar-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keenakan Nasi Kerabu Lemak Bakar Di Melor Kelantan

Keenakan Nasi Kerabu Lemak Bakar Di Melor Kelantan

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 274 hits
Nasi Kerabu Lemak Lembu Bakar Nasi Kerabu merupakan satu hidangan tradisi di negeri Kelantan yang mempunyai banyak bahan bahan di dalamnya Selain dari kepelbagaian ulam ulaman di dalam menu itu sendiri ia juga lebih enak dimakan dengan gand...
Nasi Lemak Rm1 Vs Nasi Lemak Rm3

Nasi Lemak Rm1 Vs Nasi Lemak Rm3

papar berkaitan - pada 19/2/2023 - jumlah : 345 hits
Seorang lelaki dipercayai pengusaha kantin memarahi seorang wanita yang merupakan peniaga nasi lemak RM1 kerana didakwa menutup periuk nasinya Menerusi video yang tular di laman TikTok lelaki itu mendakwa mendakwa wanita itu menutup jalan u...
Akak Jual Nasi Lemak Seringgit Matilah Kami Peniaga Nasi Lemak Rm1 Dakwa Diserang Pengusaha Kantin

Akak Jual Nasi Lemak Seringgit Matilah Kami Peniaga Nasi Lemak Rm1 Dakwa Diserang Pengusaha Kantin

papar berkaitan - pada 17/2/2023 - jumlah : 129 hits
Seorang peniaga nasi lemak RM1 berdekatan dengan Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam mengakui dirinya terkilan selepas ditegur oleh pengusaha kantin berdekatan yang datang meluahkan rasa tidak puas hati dengannya Dalam penjelasan Aina mela...
Dapur Fiezasani Resipi Roti Bakar Telur Goyang

Dapur Fiezasani Resipi Roti Bakar Telur Goyang

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 230 hits
Meh nak share resipi diet roti wholemeal Ternampak resipi ni lalu kat Tik Tok macam senang je nak buat Apa lagi jom lah cuba Lagi pun resipi ni sesuai untuk orang yang tengah diet macam mr hubby sis tu Mr hubby dalam proses nak control maka...
Nasi Lemak Krabster Bukan Nasi Lemak Biasa Biasa

Nasi Lemak Krabster Bukan Nasi Lemak Biasa Biasa

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 247 hits
Sebelum check in hotel di Kota Damansara perut nak kena di isi dulu Waktu makan malam dah terlajak jauh perut pun dah meminta minta Mana taknya dah pukul 9 lebih kot Kesana kesini layan jem jalan raya lagi Wajib makan nasi risau lapar nanti...
Sambal Nasi Lemak

Sambal Nasi Lemak

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 244 hits
Begitulah konten seorang surirumah ya masak masak makan makan anak anak Pokok pokok Itu ajelah yang Mama Yan mampu tulis Nak selalu tulis pasal masak masak pun Mama Yan masak benda yang sama aje pun bukannya reti masak sangat pun hahaha Oka...
Hari Hari Makan Sedap Badan Pun Sado Anjing Jadi Bodyguard Gerai Nasi Lemak Tauke Tukar Tapak Doggo Sibuk Ikut Sekali

Hari Hari Makan Sedap Badan Pun Sado Anjing Jadi Bodyguard Gerai Nasi Lemak Tauke Tukar Tapak Doggo Sibuk Ikut Sekali

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 325 hits
KEBANYAKAN gerai atau restoran mempunyai keunikan tersendiri untuk menarik pelanggan Ada yang keistimewaannya terletak pada menu dan ada juga yang menggunakan suasana meriah di sekitar gerai sebagai tarikan Bagaimanapun sebuah gerai nasi le...
Lemak Di Pipi Dah Tiada Sebab Ramai Bertanya Moon Chaewon Ulas Sebab Kian Kurus

Lemak Di Pipi Dah Tiada Sebab Ramai Bertanya Moon Chaewon Ulas Sebab Kian Kurus

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 148 hits
Apa apa sahaja drama lakonan Moon Chae won pastinya tak akan menghampkan kerana kebolehan wanita itu memilih naskhah yang baik ARTIKEL BERKAITAN Terbaru dalam Payback dia telah membawa watak Park Joon young iaitu seorang mejar tentera yang ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan