Sarapan Di Old Town White Coffee
Pagi kelmarin MY naik pejabat kejap sebab ada dokumen yang nak ditandatangani.Lepas selesai urusan dokumen,Kami keluar pejabat.MY minta suami bawa ke kedai alat tulis.Nak top up pensel dan plastisin.
Hari tu, kelas Sarah,Esok nak pakai plastisin,Hari ni baru bagitahu.Mujurlah ada lagi sekotak dalam simpanan.Jadi kena la top up lagi plastisin untuk kegunaan pembelajaran anak-anak.
Lepas tu, minta hantar ke Watson yang baru dibuka di Taman Universiti pula.Cari Panadol dan handyplast.Tapi panadol belum ada stok.Baru buka kann...
Perut dah lapar sebab belum makan apa-apa,Singgah la Old Town White Coffee di Taman Universiti.Sebenarnya teringin nak makan nasi lemak kat Pasar Awam Taman U.. tapi, orang terlalu ramai.Malas la nak bersesak-sesak.Tu yang kami menuju ke Old Town White Coffee.Aman sikit.Tak ramai orang,Nak berbual pun lebih selesa.
Mama Yan memilih untuk makan bihun kari dan kopi o beng je.Mama Yan memang suka makan mi kari.Kedai kedai Melayu,Susah betul nak jumpa mi kari. Memang kalau teringjn mi kari tu, kena cari kat OTWC.
Ni pula pilihan suami.Bihun goreng dan teh o lemon panas.Suruh makan nasi taknak,Dia nak makan bihun goreng aje.
Habis semangkuk mi kari Mama Yan. Lapar weh..Dah pukul 11 lebih dah masa tu.Memang laju aje la makan..Dengan belum sarapannya.Suami MY kata sign document aje..Sekali..Ehh... banyak pula menda dia nak usik.Nak scan BQ lah,Nak email orang QS dulu,Nak cari harga...Tu yang lajak tu.Kita ni dah menggeletat je nak balik sebab anak nak pereksa esok.
Lepas makan,Kami terus la balik rumah.Anak anak kat rumah pun baru siap makan juga.Lepastu,Barulah teman anak anak ulangkaji sebab penilaian tahunan minggu ni...Semoga brjaya anak anak
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2023/01/sarapan-di-old-town-white-coffee.html