Singgah Minum Petang Di The Original Kluang Rail Coffee Ktm Johor Oldest Railway Kopitiam In Malaysia
assalamualaikum
selamat pagi 😊
pagi pertama bekerja di tahun 2023. alhamdulillah, spt biasa semua berjalan lancar pagi ni. mr.Asben sihat. anak-anak sihat. cuma saya mesti sedikit sendu dgn selsema & batuk yg hampir baik, in shaa Allah
mudah bila nak update blog, semua draf dalam folder dah siap bergambar. itu la kerjaan saya di rumah jika bosan. buka laptop dan edit gambar khas utk di upload dlm blog. ceritanya kemudian, bila ada masa, bila ada peluang
[ ini sambungan dari entri yg lepas 👉 Kopi Tenggek Tanjung Piai ]
throwback jalan-jalan kami ke Johor. selesai makan-makan di Kopi Tenggek, kami terus naik highway gerak balik Melaka. namun demikian, dipertengahan journey, kami masuk ke Ayer Itam. menuju ke Kluang 😄
orang Kluang, saya abadikan mahkota ni di blog ye
lama sungguh tak jejak Kluang. saya kerap ke Kluang dulu-dulu waktu masih bersekolah. saya ada mak angkat di sini. masih terkenangkan dok di kantin kem askar Kluang sebab mak angkat kerja di situ. lama dulu. kini dah terputus hubungan dgn mak angkat 😔.
hujan pulak petang tu. lencun bandar Kluang! kami terus ke kedai yang legend, The Original Kluang Rail Coffee KTM. kami tiba di situ selepas jam 4 petang. hati berbelah bahagi nak teruskan makan ataupun tidak di situ sebab ramai orang. line nak masuk makan, panjang! yg sedang makan di dalam, ramai juga. dok fikir sempat ke tak ni jejak masuk sebelum jam 5.30 petang. sebab cafe ni tutup jam 6 petang
namun, sebab da sampai, parking pun helok cantik depan cafe, mr.Asben dan saya bergilir beratur. sempatlah saya snap-snap gambar persekitaran. menarik. cafe di stesen keretapi lama. masih ada lagi kesan rel keretapi di situ
the oldest railway kopitiam in Malaysia
we were here
jam menunjukkan kul 5.15 petang sewaktu kami nak order. byk makanan best dah abis. agak kecewa juga. makanan yang ada semua limited dan seolah-olah itu je la wajib kami order hu hu hu... takpe la. nak buat camne
roti sambal
laksa johor
tapi dgn mee kuning ye
sebab spageti da abis 😒
nasib baik gravy nya sedap! dimaafkan
roti kaya mentega
soto
lupa pula nak snap gambar minuman kami. semua sedap. alhamdulillah. saya seperti biasa la, nescafe tarik. bila kami masuk di saat akhir, tak la kelam-kabut makan. jam 5.30 petang, tanda CLOSED dipamerkan di pintu masuk. so, takde la yg akan menunggu-nunggu meja lagi. kami makan dgn aman damai. menikmati makanan dan minuman yg disediakan
in shaa Allah lepas ni, kami turun ke Johor, pasti akan singgah lagi. signature dishes di sini byk yang tak dpt rasa. wajiblah merasa, kan. tak puas hati tak dpt
ia bukanlah kepada makanannya, tapi lebih kepada suasana dan kelainan tempat. makanan tu di mana pun sama je. but berada di kopitiam stesen keretapi yg senior di Malaysia. since 1930-an, adalah satu nikmat 😍.
selesai makan, tayar pun bergolek and kali ni terus ke rumah. takde lagi stop mana-mana. perjalanan balik pun elok saje. takde trafik jem. solat maghrib di rumah saje hari tu
😉
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adianiez.com/2023/01/singgah-minum-petang-di-original-kluang-rail-coffee-ktm.html