Sarapan Di Oh My Bunda Warung Bunda


 Assalamualaikum WBT 


HARI Ahad terakhir bekerja hari ini setelah 10 tahun bercuti rehat setiap Jumaat dan Sabtu. Johor akan mengembalikan cuti mingguannya pada setiap Sabtu dan Ahad, mulai 1 Januari 2025, insyaAllah. Ramai yang gembira dengan keputusan ini termasuklah Sk walaupun tiada lagi me time hari Jumaat, hurmm.. macamlah tak biasa 'me time' kalau ada Pak Inche pun, hahaha. 




Hasil perbincangan 'ad-hoc' malam tadi, hari ini Sk, Angah, Cikwa dan Cik Ani sepakat untuk bersarapan di Warung Bunda yang dulu dikenali sebagai Oh My Bunda (OMB). Warung Bunda ni terletak di Taman Dahlia, dekat jer dengan office Sk dan Angah, tapi tak pernah lagi Sk ke sini. Sk kan jarang sarapan di luar pada hari bekerja, kebanyakannya Sk sama ada tapau di kantin kolej atau bawa bekal telur dan roti dari rumah. OMB ni dulu kedainya di Taman Perling, tak silap




WB atau OMB ni menampilkan tema klasik dengan hiasan kain batik sebagai tirai dan alas meja serta atap nipah. Nak kata kedai makan dulu-dulu hiasannya macam ni, rasa Sk zaman dulu-dulu, manalah ada kedai makan sangat pun, kan apalagi restoran




Sampai tu, kita pilih-pilih kuihlah dulu, pelanggan pun belum ramai sangat masa ni. Pelbagai jenis pilihan kuuih-muih tradisional dan moden, rambang mata dan anak tekak nak pilih, hahaha




Sk pilih Cara Berlauk dan Risoles. Risoles ni kategori kuih moden la, Sk dah tua-tua ni baru kenal risoles ni, nak sebut pun tataw macam mana sebutan yang betul, hahaha




Lepas pilih-pilih kuih, boleh terus ke kaunter makanan berat. Sistem dekat sini layan diri tapi ada staf yang akan cedukkan. Ada nasi ambeng, nasi lemak, lontong dan lomtong kering. Ada juga mee rebus tapi tu di kaunter tambahan (lain). Nasi lemak kat sini warna kuning yang dikenali juga sabagai Nasi Lemak DiRaja. Minuman kena pesan di kaunter lain juga layan diri ya. Penat juga sebenarnya ada banyak-banyak kaunter ni, bagi Sk, lebih baik jika minuman dipesan dari meja dan ada staf hantar. 



Mengikut putaran jam, Lontong untuk Cikwa, kuih, Lontong Kering untuk Sk dan Nasi Lemak untuk Angah




Lontong Kering Paru Berlado (RM9.00), Rendang Ayam (RM5.00)



Nasi Lemak Ayam Goreng (RM10.00), Sambal Sotong (RM4.00), Telur Mata (RM1.00)



Lontong Basah Paru Berlado (RM11.00)



Sambil makan, dihiburkan dengan suara merdu sis ni yang menyanyikan lagu-lagu moden, retro dan irama tradisional




Pedas ke tu, sis




Cik Ani dan Che Li belum sampai lagi masa ni. Sk dah habis makan, baru Cik Ani sampai, sebab mereka ada urusan lain sebelum tu




Masa ni pinggan klasik untuk kuih dah habis, kena guna pinggan plastik, hehehe. Pinggan bunga kangkung ni memnag dah dikilangkan semula, kan sekarang




Che Li makan nasi lemak juga




Cik Ani pun sama la makan sik mak.  



Bulan ni Cikwa rajin, dua kali balik Johor




Mihun Goreng ni ambil dari bahagian kuih-muih, agaknya Che Li ingatkan kuih apa, rupanya mihun goreng. Terus bungkus balik bawa balik masuk bekas. Bekas-bekas tapau semua diaorang dah letak kat kaunter, jadi makanan-makanan tak habis tu pandai-pandailah tapau sendiri




Salah satu sistem yang bagus di sini, ada staf yang akan datang ke meja untuk masukkan kod nombor makanan dan kuih yang kita ambil. Kalau rasa nak tambah lagi tu, ambil jer, nanti panggil staf untuk kira dan masukkan dalam bil. Sk rasa bab minuman tu ajelah lebih baik agar pesan di meja dan ada staf hantar. 



Yang bongsu ambil tugas untuk bayar di kaunter, hehehehe. Tenkiu, Cik Ani, semoga Allah swt tambahkan rezeki yang banyak lagi halal untuk kita semua, Aminnnn Ya Robbal Alamiiinnnn






Bergambarlah dekat sini dengan orang Kay El, hehehehe. Terima kasih abang busker tolong ambilkan gambar kami. 



Alhamdulillah, Allah swt bagi rasa sedap di tekak kami untuk semua makanannya. Harga pun berpadanan la dengan suasana yang ditampilkan. InsyaAllah, nanti nak datang lagi!

p/s SIla abaikan alamat pada resit tu ya. Nak ke sini, masukkan dalam waze Warung Bunda by OMB


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/12/sarapan-di-oh-my-bunda-warung-bunda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ubi Kayu Rebus Tumis Cili Sedap Jadi Sarapan Buat Lauk Pun Boleh

Ubi Kayu Rebus Tumis Cili Sedap Jadi Sarapan Buat Lauk Pun Boleh

papar berkaitan - pada 18/12/2024 - jumlah : 248 hits
Ubi kayu boleh diolah jadi pelbagai hidangan yang menyelerakan Salah satunya adalah ubi rebus tumis cili Boleh dijadikan lauk dan boleh juga dimakan begitu saja untuk sarapan Ini juga mungkin menu nostalgia buat sebahagian daripada kita yan...
Sarapan Pagi Di Kampung

Sarapan Pagi Di Kampung

papar berkaitan - pada 21/12/2024 - jumlah : 191 hits
Assalamualaikum Lambatnya SA bersiaran kan Pagi tadi balik kampung jap PZ nak urut satu badan lama kami x balik kampung sesekali sarapan kat kampung seronok sebab ramai kan SA siap bawak nasi goreng dan popia goreng mak lang buat cekodok da...
Sarapan Dengan Anak Bujangku

Sarapan Dengan Anak Bujangku

papar berkaitan - pada 21/12/2024 - jumlah : 221 hits
Sarapan Dengan Anak Bujangku Pagi pagi dah keluar rumah sebab nak hantar kereta untuk servis kemudian sementara tunggu kereta siap kita pergi breakfast dulu Hari sabtu keadaan restoran agak lengang ketika kami sampai Sebaik kami nak mula ma...
Macam Biasa Sarapan Di Mohsin Bangsar Dengan Suami

Macam Biasa Sarapan Di Mohsin Bangsar Dengan Suami

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 114 hits
Assalamualaikum Hi korang Sarapan SA pagi tadi dengan En Suami SA teringin nak makan roti sardin lepas tu suami x nak makan dia order telur setengah masak je sekali x kenyang hahaha order roti kosong sekeping tu la orang suruh order makan x...
Warong Che Limah Meru Klang Konsep Warung Klasik

Warong Che Limah Meru Klang Konsep Warung Klasik

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 189 hits
Warong Che Limah Meru Klang Konsep Warung Klasik Warung ni dah lama viral tapi nad baru nak pergi Biasalah selalu kalau area kampung sendiri memnag lambat sampai Selalunya kalau balik kampung suami tak tidur sana jadi susah nak pergi ke san...
Makan Nasi Beriani Di Warung Pak Akob

Makan Nasi Beriani Di Warung Pak Akob

papar berkaitan - pada 18/12/2024 - jumlah : 182 hits
Assalamualaikum WBT HUJUNG minggu lepas Cikwa balik Tanah Jauhar Rasanya dah dua tiga bulan jugak Cikwa tak balik sebab sibuk dengan kerja dan banyak kali jugak kena out station ke Melaka la PD la dan yang terkini ke Butterworth Sk Angah da...
Makan Malam Di Warung Tokyah Empire Wak Lan

Makan Malam Di Warung Tokyah Empire Wak Lan

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 243 hits
Assalamualaikum WBT WARUNG TOKYAH sekarang dah buka sampai jam 12 malam Sebelum ni operasi nya sampai jam 5 petang aje dan lebih popular waktu pagi Tak pasti sama ada ia dibuka terus menerus hingga malam atau ada waktu rehat sebelum masuk s...
Sarapan Bubur Nasi Berlauk Kak Sab

Sarapan Bubur Nasi Berlauk Kak Sab

papar berkaitan - pada 22/12/2024 - jumlah : 187 hits
Assalamualaikum WBT SEJAK balik dari utara hari tu perut ni dah diajar sarapan berat pulak Padahal elok sebelum tu makan telur rebus dua biji tiap pagi pun dah kenyang Ni pagi pagi berasa nak makan nasi lemaklah nasi daganglah nasi goreng m...
Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 167 hits
Resipi kuetiau goreng basah seafood ini sesuai untuk hidangan sarapan atau pun makan malam kerana cukup mudah Sebelum pergi kerja atau pulang dari kerja pun tiada masalah untuk menyediakannya jika bahan sudah tersedia Paling penting hidanga...
Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat

The Evolution Of The Internet From Arpanet To The Digital Age

Ura Pas Ancam Turun Ke Jalanan Anwar Ikrar Akan Lawan Dengan Himpunan Lebih Besar

Punca Punca Kerosakan Buah Pinggang Jika Tdiak Di Jaga

Count Me In Nurul Izzah To Go For Pkr Veep S Post

Rompak Cari Duit Raya

Are Self Cleaning Fish Tanks Still Fiction Practical Fishkeeping

Menu Berbuka 14 Ramadan Sotong Goreng Kunyit Sayur Pak Choy Sos Tiram Sotong Goreng Tepung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doa Doa Dalam Bulan Ramadan

Di Mana Keberkatan Sahur

Dapur Goodday Misi Sarimah Tuyah Vs Che Ton

Farisha Iris Feat Dahlia Rizal Tradisi Raya Chord

Perbezaan Antara Beras Perang Dan Beras Merah Manakah Lebih Baik Antara 2

Bab 3 Mac 2025