Sandiwara Semasa Pas




Mat Sabu


Saya bersama Parti Islam SeMalaysia (PAS) lebih 37 tahun, iaitu dari tahun 1978 hinggalah tahun 2015.
 


Kemudian saya memilih untuk bersama Parti Amanah Negara (AMANAH) yang kita semua tahu, AMANAH lahir dari pergolakan yang berlaku dalam PAS.
 
Selama berada dalam PAS, saya diajar oleh ulama PAS bahawa perbezaan antara PAS dan UMNO bukan setakat perbezaan politik tetapi ianya telah sampai ke peringkat perbezaan akidah.
 
Saya yang begitu cetek dalam pengajian agama telah mempercayai bulat-bulat hujah yang digunakan oleh ulama PAS ketika mengkafirkan UMNO. Pada waktu itu saya merasakan tiada hujah lain yang boleh mengatasi hujah ulama PAS sehingga hubungan saya dengan ahli keluarga saya yang pro-UMNO menjadi renggang.
 
Saya masih ingat, ketika ke Terengganu untuk berceramah atau menghadiri program PAS, saya hanya bersembahyang di Masjid Rusila atau Masjid Batu Enam sahaja kerana bersembahyang di belakang imam yang pro UMNO adalah tidak sah dan haram hukumnya.
 
Penglibatan saya dalam politik bermula dari era Pemuda, kemudian ke Jawatankuasa PAS Pusat sebagai Naib Presiden dan Timbalan Presiden PAS. Dahulu, dalam pemilihan PAS, selalunya yang akan mendapatkan 10 undi tertinggi adalah dari kalangan aktivis PAS yang paling kuat menentang UMNO, samada yang berlatar belakang professional ataupun golongan ustaz-ustaz. Yang selalu dapat undian tertinggi adalah seperti Dr Hatta Ramli, Arwah Salahudin Ayob, Ustaz Idris Ahmad, Mazlan Aliman, Khalid Samad, Dr Dzul dan lain-lain lagi.
 
Tetapi pada tahun 2013 – 2014, kita sudah dapat mengesan pertemuan sulit beberapa Ustaz PAS dengan pihak UMNO sehinggalah ada yang mengaku telah menerima wang daripada UMNO.
 
Maka selepas itu berlakulah pertembungan fikrah dalam PAS, yang dipanggil kumpulan ustaz dengan kumpulan aktivis/professional PAS. Dalam Muktamar ke 15 PAS, berlaku ‘swing vote’ di mana sekumpulan aktivis dan professional dikalahkan ‘setandan’ oleh ustaz-ustaz PAS yang pro-UMNO.
 
Kalah menang dalam pemilihan adalah perkara biasa tetapi belum pernah berlaku penolakan secara berkumpulan seperti Muktamar di Kuala Selangor itu. Pada hari yang sama juga PAS telah memutuskan hubungan dengan DAP.
 
Saya nak sebut di sini, ahli-ahli AMANAH atau umat Islam jangan gusar dan jangan rasa gelisah di atas tuduhan PAS sebab tuduhan atau gelaran yang dikeluarkan oleh PAS hanyalah bersifat semasa dan untuk kepentingan politiknya saja. Kami yang telah tertipu, kononnya perbezaan dengan UMNO itu adalah perbezaan akidah tetapi ternyata ia adalah permainan untuk mengekalkan sokongan orang Melayu kepada PAS.
 
Kita dapat lihat selepas DAP diceraikan dan PAS keluar dari Pakatan Rakyat, pada waktu itu, PAS terus kekal dengan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor walaupun DAP berada di dalamnya. Ada pula hujah lain digunakan untuk menghalalkan tindakan mereka supaya terus berada dalam pemerintahan di Negeri Selangor.
 
Tak lama kemudian, PAS berpisah pula dengan Keadilan, dengan alasan yang begitu rapuh dan tidak langsung memberi hujah, kenapa perlu berpisah dengan Keadilan.


Paling mengejutkan, selepas PAS berpisah dengan DAP dan Keadilan, PAS bersama pula dengan UMNO di dalam Muafakat Nasional. Pemimpin PAS mengatakan hubungan baru PAS-UMNO ini adalah anugerah Allah.


Ertinya selama ini, istilah UMNO itu kafir, sembahyang 2 imam dan sebagainya sehingga ada kes di bawa ke mahkamah hanyalah istilah semasa untuk mengaut sokongan politik, bukannya pegangan akidah.


Justeru ahli AMANAH dan umat Islam di negara ini, janganlah terpedaya lagi dengan permainan PAS – kerana semua hujah mereka hanya sandiwara dan boleh berubah pada bila-bila masa.


Misalnya, bila nak bekerjasama dengan DAP, PAS gunakan formula ‘agree to disagree’. Tetapi bila dah berpisah dengan DAP, timbullah semula dakwaan bahawa DAP itu komunis, DAP nak tubuh negara Kristian dan sebagainya. Inilah propaganda yang dimainkan PAS, terutamanya pada waktu ini.


Sedangkan dahulu waktu bersama DAP, Presiden PAS sanggup turun berkempen di Teluk Intan untuk memenangkan wakil DAP. Tetapi bila Presiden PAS bersama MCA, beliau turun pula berkempen untuk calon bukan Islam di Tanjung Piai, Johor dengan pantunnya yang agak terkenal, yang berbunyi,


“Mari kita pergi ke Dumai,
pergi ke Dumai dengan kereta,
Keluarlah mengundi beramai ramai,
Undi MCA, kawan kita.


Banyak sudah bukti bahawa fatwa PAS boleh diubah sesuka hati demi untuk menghalalkan sesuatu tindakannya. Misalnya bila nak larang ahli PAS turun berdemontrasi, mereka guna dalil - jangan campakkan dirimu ke dalam kebinasaan. Tetapi bila nak kerah ahli PAS untuk turun berdemontrasi, mereka guna pula dalil - berjuanglah ke jalan Allah dengan harta dan nyawamu. Amalan mengeluarkan fatwa sesuka hati inilah yang akan merosakkan negara sepertimana yang Tan Sri P Ramlee pertontonkan dalam filem Musang Berjanggut dulu. 


Berdasarkan semua insiden ini, maka bolehlah kita simpulkan bahawa; segala tuduhan dan persepsi yang cuba dimainkan oleh PAS hanyalah suatu sandiwara politik. Fatwa politik mereka boleh berubah bila-bila masa yang mereka suka.


Begitulah juga bila hari ini PAS menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak, ini hanyalah sandiwara untuk menarik sokongan Melayu. Tidak mustahil suatu hari nanti, PAS akan membuang Datuk Seri Najib jika beliau tidak lagi menguntungkan politik PAS.


Akhir kata saya ingin menyeru kepada ahli AMANAH dan seluruh umat Islam di negara ini untuk terus berpadu tenaga memperjuangkan Islam sebagai agama yang membawa rahmat kepada semua, bersatu hati membela golongan yang tertindas serta bersama menolak politik kebencian.
 
Usahlah terpedaya dan termakan dengan sandiwara semasa PAS.
 
Mohamad bin Sabu,
Presiden Parti Amanah Negara.
Rabu, 8 Januari 2025






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/01/sandiwara-semasa-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teruk Tunggang Islam Realitinya Judi Dan Arak Meriah Semasa Pas Jadi Kerajaan

Teruk Tunggang Islam Realitinya Judi Dan Arak Meriah Semasa Pas Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 110 hits
HarapandailyJanuary 2 2025Oleh NORMAN RADZUANSejak saya mengikuti politik 1987 tahun 2024 adalah sejarah hitam negara apabila sebuah parti Islam yang saban minggu tidak putus putus memainkan sentimen agama dan bangsa sehingga orang Melayu p...
Take A Leaf Out Of Indonesia S Book Pas Told After Christmas Brouhaha

Take A Leaf Out Of Indonesia S Book Pas Told After Christmas Brouhaha

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 186 hits
Last week PAS Youth vice chief Hanif Jamaluddin took issue with a Christmas function organised by the housing and local government ministry as it allegedly involved Muslim staff PETALING JAYA A human rights group has encouraged PAS to emula...
Solidariti Najib Razak Penyatuan Kembali Umno X Pas Ker

Solidariti Najib Razak Penyatuan Kembali Umno X Pas Ker

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 169 hits
katanya semboyan dah dibunyikan UMNO x PAS kan kali ni Bersatu macam berat hati nak join
Malaysia Menuju Kehadapan Pas Akan Mundurkan Malaysia

Malaysia Menuju Kehadapan Pas Akan Mundurkan Malaysia

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 131 hits
Malaysia kini rakan strategik dihormati diiktiraf kuasa besar dunia PMMalaysia kini dilihat sebagai rakan strategik yang dihormati serta menerima pengiktirafan daripada pemimpin negara kuasa besar atas peranan negara dalam memperjuangkan is...
Hannah Yeoh Dan Hipokrasi Pas Memahami Kepercayaan Beragama Dan Toleransi

Hannah Yeoh Dan Hipokrasi Pas Memahami Kepercayaan Beragama Dan Toleransi

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 204 hits
Baru baru ini buku yang ditulis oleh Hannah Yeoh diterbitkan pada tahun 2014 menjadi isu hangat dalam kalangan penyokong PAS dan golongan tertentu yang cuba mempersoalkan kandungannya Buku tersebut adalah sebuah catatan peribadi perjalanan ...
Perangai Bangsa Pas

Perangai Bangsa Pas

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 96 hits
KALAU IKUT DEFINISI FAHAMAN BANGSA PAS HANYA MELAYU PAS SAJA ALLAH BUAT DENGAN PENUH ISTIMEWA BANGSA2 LAIN DI DUNIA TERMASUK BANGSA ARAB PUN LOW CLASS SEOLAH2 ALLAH JADIKAN MCM SAMPAH ITU IKUT ACUAN ANUTAN AGAMA LEBAI MASUK PAS MASUK SYURGA...
Semoga Terus Sukses Untuk Rakyat Dan Negara Hindari Pas Kerana Hanya Pentingkan Jawatan Dan Pangkat

Semoga Terus Sukses Untuk Rakyat Dan Negara Hindari Pas Kerana Hanya Pentingkan Jawatan Dan Pangkat

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 138 hits
CnP Infografik 2024 bakal melabuhkan tirainya memberi laluan 2025 yang akan mencipta sejarahnya tersendiri Sepanjang 2024 beberapa pencapaian telah diraih yang bakal mendorong banyak lagi kejayaan negara
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi