Teruk Tunggang Islam Realitinya Judi Dan Arak Meriah Semasa Pas Jadi Kerajaan








 
HarapandailyJanuary 2, 2025Oleh NORMAN RADZUAN




Sejak saya mengikuti politik 1987, tahun 2024 adalah sejarah hitam negara apabila sebuah parti Islam yang saban minggu tidak putus-putus memainkan sentimen agama dan bangsa sehingga orang Melayu percaya bahawa Islam di negara ini terancam.
Politik identiti timbul daripada retorik yang digerakkan secara aktif oleh parti ektremis bahawa Islam dan Melayu diancam di bawah kerajaan Perpaduan ini.
Tahun 2024 yang lalu mereka mengalihkan strategi dengan saban hari memainkan naratif ‘ Islam Terancam’.
Ia satu corak politik yang sangat jahat hingga perpecahan kaum terutama orang Melayu dan Cina semakin meningkat.
Sayangnya di pihak kerajaan sama ada media dan Jakim tidak bertindak dengan sebaiknya untuk memberi penerangan isu-isu pokok seperti ini.


Media kita terlalu fokus kepada isu ekonomi yang terlalu akademik yang akhirnya membuatkan orang Melayu lebih terpengaruh ke arah sentimen agama.
Sepatutnya di pentas mimbar masjid dijadikan pentas terbaik setiap minggu menjawab tohmahan secara ilmiah isu-isu semasa dan tidak berpihak tetapi lebih kepada penjelasan bahaya fitnah menjadi mainan ahli-ahli agama.
Di corong-corong radio agama mesti ada slot menangani fitnah, dan perbanyakkan perbahasan agama untuk isu-isu semasa yang dimainkan oleh Pas. Kadang-kadang saya hairan kenapa orang agama ini lembab dalam menangani isu fitnah sebagai contoh.
Ia bukan soal kepartian tetapi ia isu agama yang dilacurkan begitu teruk sekali. Akhirnya muncullah ‘Ustaz Tokers’ mengambil tanggungjawab tersebut kerana kelewatan orang agama bertindak.








Kita mesti sedar bahawa politik identiti menjadi pilihan utama dalam politik negara. Identiti yang saya maksudkan adalah identiti Melayu Islam.. ya jika sebut Melayu biasa identitinya Islam.
Identiti bangsa dan agama ini memainkan peranan yang signifikan dalam strategi parti pembangkang atau Pas.
Ia terbukti berkesan sehingga berjaya menarik ramai orang Melayu mempercayai mereka apatah lagi dengan imej jubah serban dengan strategi identiti.


Jika Sarawak dilihat semakin luntur semangat semangat federalisme dgn memainkan sentimen kenegerian, di Semenanjung Pas adalah parti yang sangat tidak bertanggungjawab kepada semangat Malaysia itu sendiri.
Akhirnya, politik negara tidak stabil bukan kerana tidak bagus ekonomi negara di bawah pentadbiran PMX tetapi masalah dalaman negara – satu dengan semangat kenegerian dan satu lagi dgn memainkan politik indentiti.
Semangat Malaysia adalah seperti dihasratkan oleh PMX, seluruh rakyat perlu ada rasa cinta yang mendalam terhadap negara, sikap ihsan dan kasih sayang serta perteguh perpaduan antara kaum.
Hingga indeks perkauman kita sangat teruk di mata dunia. Media sosial menjadi alat atau pentas untuk kebencian kaum dimainkan.
Sesiapapun jika mendengar fitnah saban hari pasti, kalau sekali mungkin ditolak tetapi hari-hari, termakan juga hasutan tersebut.
Sebagai contoh, fitnah terbaru dari barisan pimpinan yang sama, Dr Zamri Mantop memfitnah Perdana Menteri kononnya PMX mengajak rakyat bersolidariti ke atas Iswardy Morni.
Isu bersalah atau tidak ia isu mahkamah tetapi fitnah hanya tujuan untuk menghasut orang Melayu. Sebenarnya siapa yang derhaka kepada Raja… mereka sendiri yang menolak permintaan Agong untuk menubuhkan kerajaan Perpaduan ini.
Jika tindakan mahu diambil, Zamri Mantop boleh memohon maaf atau delete tulisannya tetapi anda lihat sendiri berapa ramai orang Melayu sudah tertipu dan termakan hasutan itu? Sebagai contoh komen netizen:
Mohd Nazri
Kepala bapak dia. Orang yang hina raja kau sibuk nak belaPok Jue
Kena kat anak buah dia siap nak bersolidariti bagai, kena kat pembangkang tangkap masuk lokap.ketimbang betol la.Ratusan komen menghina PMX kerana termakan fitnah ini. Jika anda tanya saya pelik atau tidak orang Melayu mencari Islam dengan mencari pemimpin yang kaki fitnah.
Orang Melayu cari pemimpin Islam yang sering memfitnah dan dikena saman. Adakah mereka faham apa itu Islam dan ajarannya?
Adakah cukup hanya laungan di bibir sahaja tetapi ciri-ciri pemimpin Islam itu tidak wujud kepada individu-individu yang mengaku perjuangkan Islam?
Sebab itu, saya katakan politik identiti itu telah merosakkan pemikiran orang Melayu. Sedangkan bukti yang nyata JUDI semakin hebat di zaman Pas menjadi kerajaan.
Malah, minuman arak jenama Timah telah diluluskan ketika Pas menjadi kerajaan.
Tidakkah orang Melayu melihat bahawa hudud dan RUU355 adalah provokatif sentimen untuk menaikkan semangat orang Melayu yang akhirnya dibohongi selepas 33 bulan menjadi kerajaan Pas membisu untuk membawa hukum-hukum ini.
Kita sudah 67 tahun merdeka tetapi masih tidak boleh menerima kaum-kaum lain sebagai rakyat Malaysia.
Sedangkan kemerdekaan itu wujud hasil persepakatan antara kaum yang ada. Orang Melayu umumnya sudah tahu hak-hak keistimewaan yang ada pada mereka.
Sekiranya, isu ancaman terhadap Islam dan Melayu dilihat secara terperinci, kita boleh menilai setiap isu tersebut secara adil.
Tapi bila ditanya apa yang terancam? 100% mereka hanya menyebut DAP tetapi bentuk ancaman apa mereka sendiri tidak tahu.
Tindakan ektremis yang dibawa Pas hingga membuat kebebasan bangsa lain beragama turut diancam hanya utk sekadar persepsi politik.
Contoh kes Hanna Yeoh baru-baru ini. Salahkah jika dia berkata sebagai Duta Tuhan agamanya untuk dirinya? Seperti kita mengaku sebagai sebagai Khalifah Allah.
Sedagkan di negara-negara Barat, Islam bebas diamalkan walaupun di sana umat Islam mengaku sebagai duta atau khalifah Allah.
Ada ahli Pas nampak Hannah Yeoh mengkafirkan orang Islam? Betullah kata Jebat, 400 tahun kita dijajah bangsa Kristian elok sahaja Islam berkembang di Malaya.
Di Sabah, jalan ke Kundansang setiap 5 km ada sahaja gereja, tapi Islam terus menjadi agama yang paling pesat berkembang di negeri tersebut.
Sebab itu saya katakan politik identiti ini sangat tidak bertanggungjawab dan bahaya untuk masa depan negara.
Ia hanya berbentuk persepsi untuk terus menaikkan api kebencian antara kaum.
Jika di pihak kerajaan tidak mengambil pendekatan serius, parti kerajaan tidak mampu mengharungi cabaran dan arus politik yg deras ini.
Yang tidak tangkas berpencak silat pasti akan tersingkir dalam persilatan politik ini.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/01/teruk-tunggang-islam-realitinya-judi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pas Bersatu Lepaskan Musa Aman Apa Sudah Jadi Dengan Rakyat

Kerajaan Pas Bersatu Lepaskan Musa Aman Apa Sudah Jadi Dengan Rakyat

papar berkaitan - pada 21/12/2024 - jumlah : 220 hits
Pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang di Pertua Negeri Sabah ke 11 berkuat kuasa 1 Januari 2025 mencetuskan semula perdebatan mengenai tuduhan rasuah lampau dan pembebasannya pada 2020 Pembangkang menyalahkan Perdana Menteri kerana dahulu b...
Pas Scammer Islam

Pas Scammer Islam

papar berkaitan - pada 29/12/2024 - jumlah : 101 hits
Zuwairi Md YusofApa yang PAS nak bangga sangat dengan hukum sebat tu sedangkan mereka meraikan MP Kepala Batas Pulau Pinang Mastura mereka yang kalah saman fitnah dengan kutip derma kononnya derma jihad Adakah ini semata mata untuk meraih s...
Pemuda Amanah Menyelar Sikap Pas Ketika Menjadi Kerajaan

Pemuda Amanah Menyelar Sikap Pas Ketika Menjadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 3/1/2025 - jumlah : 99 hits
Masa jadi kerajaan Pas senyap tentang isu IslamHarapandailyJanuary 3 2025Pemuda AMANAH Nasional menyelar Pemuda Pas yang akan mengadakan demonstrasi kebangkitan umat yang kononnya untuk menzahirkan kemarahan orang Islam dan Melayu terhadap ...
Masa Pas Jadi Kerajaan Dan Sekoq Jadi Tim Menteri

Masa Pas Jadi Kerajaan Dan Sekoq Jadi Tim Menteri

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 92 hits
RMS Cerita ni mengenai peningkatan harga barang Tengok budak walaun nak bahan kerajaan kononnya sangat susah kerana harga barang naik dan kos sara hidup meningkat mereka ni lupa masa PAS jadi kerajaan kenyataan pemimpin PAS Pasal tu walaun ...
Sandiwara Semasa Pas

Sandiwara Semasa Pas

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 110 hits
Mat SabuSaya bersama Parti Islam SeMalaysia lebih 37 tahun iaitu dari tahun 1978 hinggalah tahun 2015 Kemudian saya memilih untuk bersama Parti Amanah Negara yang kita semua tahu AMANAH lahir dari pergolakan yang berlaku dalam PAS Selama be...
Perencah Nasi Ayam Hainan Yang Mudah Dan Sedap Digunakan

A Proper System To Manage E Waste Is Both Profitable And Sustainable

Biaya Pembangunan Masjid Raya Al Jabbar 207 M Dari Dana Pinjaman 3 4 T

What Are The Benefits Of Steamed Fish

Bagaimana Stres Mempengaruhi Otak Dan Tubuh Kita

Malaysia Asean Chairmanship Off To A Disappointing Start

6 Aroma Terbaik Untuk Hilangkan Stres Dan Buat Rasa Tenang

Pv 6 000 000 Sudah Berlalu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Struktur Sos Dalam Masakan Panduan Lengkap

Young Strong And Diagnosed Redefining Resilience In Pancreatic Cancer Patients

Pasangan Kahwin Di Balai Polis Kerana Bimbang Keluarga Bergaduh

Rania Healing Tepi Sawah Padi

Tarif Elektrik Naik Julai Ini Pmx Dikritik Netizen

Kisah Pinjam Duit Tapi Tak Nak Bayar