Sanah Helwah Adik Sayang
Assalamualaikum, hai semua. Macam biasa setiap tahun, sehari selepas tarikh hari lahir Ibu, esoknya giliran hari lahir Ustaz Kecik Ibu si Adik pula. Sanah Helwah Adik Sayang. Tup-tup tahun nie dah nak ambik SPM dah haa Ustaz Kecik Ibu.. dah tak kecik sangat dah.. hehehe. Doa Ibu semoga Adik sentiasa dalam rahmat dan jagaan Allah, menjadi anak yang baik dan soleh dan semoga dikurniakan semua yang terpaling baik untuk Adik, dunia dan akhirat hokay..
Sanah Helwah Adik Sayang
Sanah Helwah Adik SayangDan macam biasa Kak Sue harus nak letak entri hari-hari istimewa Kak Sue sekeluarga kat blog kesayangan Kak Sue nie. Nanti kalau rasa rindu bila Kak Sue dah tak ada boleh anak-anak atau suami datang baca tulisan Kak Sue kat sini
Sanah Helwah Adik Sayang
Macam biasa juga setiap tahun, sikit sebanyak nak juga buat surprised untuk Ustaz Kecik Kak Sue nie. Dah jadi kemestian dah, bila tiba tarikh hari lahir ahli keluarga sekurang-kurangnya, mesti kena ada kek dan hadiah tanda ingatan dan kasih sayang. Bil tak buat rasa macam lain pulak sebab dah terbiasa dari mereka kecil lagi.
Tahun nie pun plan juga nak makan-makan, tapi Abang Man, Abang dan Kakak busy dengan kerja. Pulak tu masa tengok kalender hari tu tarikh hari lahir Adik jatuh hari Isnin. Tak tau pula jatuh harì cuti umun. Cuma Alhamdullilah, Adik boleh balik bermalam dirumah masa hari lahir Adik tu. Tak apa lah nanti kita plan hari cuti yang lain pula.
Sanah Helwah Adik Sayang
Apapun, sebelum menutup entri selagi lagi Ibu nak ucapkan Sanah Helwah Ustaz Kecik Anje Ibu. Walapun dah besar tapi masih manjah tau.. hehehe.. Semoga semua yang Adik inginkan dimakbulkan Allah dan semoga Allah kurniakan semua yang terbaik untuk Adik dunia dan akhirat ya nak.. Aamiin Ya Rabb.. Ya Mujib.. Doa dan redha Ibu akan sentiasa bersama Adik.. Ibu love you sampai syurga Allah Anje Ibu.. 🤍
Baca juga Sanah Helwah Adik Sayang 2022
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.shuhaidakabdy.com/2023/11/sanah-helwah-adik-sayang.html