Samsuri Bukan Satu Satunya Calon Perdana Menteri



ULASAN LEWAT
 IGAUAN Perikatan Nasional (PN) - Pas dan Bersatu untuk mengambil alih kerajaan sekaligus
menjatuhkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri menghijau kembali ekoran kemenangan besar Ahmad Samsuri Mokhtar di pilihan raya kecil Kemaman, 2 Disember lalu.Ahmad Samsuri Mokhtar
Kemenangan itu dijadikan modal untuk terus menyambung mimpi dan igauan PN akan cukup jumlah dan akan membentuk kerajaan dalam kadar segera. Beberapa tarikh atau tempoh mula dijaja untuk membelenggu kepala rakyat.

Walaupun perkara itu jauh dari logikal, tetapi itulah yang sedang digendang palukan oleh puak-puak PN sehari dua ini. Ada yang percaya dan yakin kerajaan Perpaduan akan tumbang. Samsuri juga terhibur sama dengan angan-angan itu, apabila beliau kini sudah dipacang akan jadi PM ke-11. 



Amiruddin ShariSemuanya bermula semasa kempen di Pirake Kemaman apabila bekas PM Mahathir Mohamad memberi penilaian Samsuri juga layak jadi PM. Kata-kata Mahathir dianggap sebagai keramat kini walaupun selama ini penuh dengan pengkhianatan terhadap Pas.
Ada betul dan logiknya apa yang dinyatakan Mahathir itu. Mungkin dia telah menilai dan membuat ukuran mendalam dengan para pemimpin lain termasuk Tok Dor Hadi sendiri dalam Pas tidak layak untuk memegang jawatan itu. Abdul hadi tidak memenuhi rukun-rukun dan syarat untuk jadi perdana menteri.
Malahan beliau sendiri mengakui akan kekurangan untuk dia berada disitu. Tetapi kalau ia diberi laluan, pasti beliau tidak akan menolaknya, kerana jadi perdana menteri sesuatu yang menyeronokkan.
Tok Dor sendiri dalam suatu ucapan dasar di Muktamar Pas pernah mengaku seronok juga kalau jadi PM, dalam nada bercanda tetapi penuh  mengharap, dia berkata "seronok kalau jadi PM". 
Tetapi kerana dia tahu kapasiti dan ukuran tubuhnya maka "baju" atau "jubah" perdana menteri tidak sepadan dengan tubuhnya, kerana jika dia dipakaikan baju atau jubah itu ia kelonggaran atau "gobeh". Akan nampak macam badut rayalah kalau Abdul Hadi jadi perdana menteri. 
Kemampuan dan kebolehannya boleh dilihat apabila beliau diberikan kepercayaan dilantik menjadi Duta Khas ke Timur Tengah semasa Mahiaddin jadi perdana menteri. Apa yang Tok Dor lakukan dengan jawatan berprestaj itu, tiada apa-apa melainkan mengutip baksis gaji puluhan ribu daripadanya. 
Seperti dikatakan tadi apa yang dinyatakan Mahathir itu tentu menyeronokkan Samsuri. Ia menambahkan semangat politik Menteri Besar Terengganu itu. Lambongan Mahathir itu menjadikan dia sedar bahawa dia mempunyai wajah atau nilai sebagai perdana menteri. Apa lagi kini keluar bermacam-macam poster dan banner dalam medsos yang meletakkan Samsuri sebagai perdana menteri ke 11, selepas Anwar. 
Namun kalau dia tahu ucapan Mahathir itu ucapan politik dia tidak perlu teruja dengan bayangan itu, kerana kalau pilihan raya diadakan di Kedah dan Sanusi Mohamad Noor bertanding, Mahathir juga akan mengatakan Sanusi lebih baik daripada Anwar. 

Nurul Izzah AnwarDari sisi lain secara tidak langsung juga prediction dibuat Mahathir itu menyebabkan tokoh-tokoh
pembangkang lain terasa kecil dan terhina. Orang-orang lain yang juga lebih merasakan berhak untuk menjadi perdana menteri tentu tidak senang dengan bayangan Mahathir itu. Mereka juga dirasakan didiskreditkan oleh Mahathir Mohamad. Azmin Ali, Hamzah Zainuddin adalah mereka yang tidak pernah memadam mimpi untuk menjadi perdana menteri. Mereka juga sedang mengarai malam untuk bermimpi jadi PM. Begitu juga dengan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang merasakan dia lebih hampir ketika menjadi menantu Abdullah Ahmad Badawi juga tidak senang dengan penanaman tebu di bibir mulut dibuat Mahathir itu. Khairy juga merasakan dia lebih berhak untuk jadi PM berbanding Samsuri.  
Sebenarnya Mahathir tidak ikhlas menyebut nama Samsuri itu melainkan untuk mempengaruhi pengundi di Kemaman sahaja. Tentu dalam hati kecil dia lebih mengharapkan anaknya Mukhriz untuk menduduki jawatan itu sebagai legasinya. Apa yang dia tidak usahakan untuk memancukan anaknya, tetapi sayang tidak menjadi. Jadi bagi saya pandangan Mahathir itu hanya bahan kempen sahaja, dan ia berjaya bila Samsuri menang dengan majoriti melebihi 10,000 undi majoriti daripada diperolehi calon Pas sebelum ini Che Alias sebanyak, 37, 220 undi.
Bagi penyokong Pas dan PN kemenangan besar itu menjadi asas dan modal untuk Samsuri dilantik jadi perdana menteri. Orang kata boleh dijadikan cerita penglipur lara. Setidak-tidaknya mereka ada calon untuk dibandingkan dengan Anwar setelah Mahiaddian dan Ismail Sabri Yaakob kantoi. Itulah ukuran mudah mereka. 
Sebenarnya jalan untuk Samsuri untuk ke Putrajaya bukan semudah itu, masih ada banyak rintangan dan halangan. Kemenangan Samsuri juga bukan pembuka pintu ke Putrajaya seperti dijangkakan. Mungkin bagi Pas yang melihat Tuan Ibrahim bukan sosok calon perdana menteri, adalah tepat dengan menjadikan Samsuri sebagai calon PM. 
Memanglah Tuan Ibrahim bukan orangnya untuk diangkat jadi PM. Saiz dimiliki Tuan Ibrahim bukan saiz seorang perdana menteri. Idea dan argumen politiknya cetek dan dangkal jika dibandingkan dengan Samsuri. Politik Tuan Ibrahim ada kalanya macam politik kartun. Tahap keberanian dalam membuat keputusan dalam parti juga tidak ada.  
Walaupun Samsuri mempunyai ukuran dan ada sense politik yang sesuai dengan situasi politik negara ini, tetapi menamakannya sebagai PM bukan satu penamaan yang konsensus dari kalangan PN. Bersatu juga mempunyai calon dan sosok sendiri. Semua mengejar jawatan itu sebagai pencapaian tertinggi dalam politik. Yang mengisytiharkan Samsuri sebagai bakal PM bukan Mahiaddin atau Haji Hadi, tetapi Mahathir. Perjuangan PN untuk merebut jawatan PM bukan berlumba untuk membantu rakyat. 
Masih ramai dalam PN bercita-cita untuk jadi perdana menteri dan mereka layak berpandukan pengalaman, track record dan sejarah. Selain Azmin Ali, Hamzah Zainuddin, Mahiaddin Yassin juga ingin jadi perdana menteri sekali lagi. Faizal Azumu juga mungkin ikut dibaham mimpi untuk memegang jawatan itu. 
Begitu juga saingan bagi Samsuri bukan dari kalangan PN, Bersatu dan Pas, tetapi diluar sana juga, mereka dari parti PH, Keadilan, Amanah dan DAP juga mahu jawatan itu. Begitu juga dari BN, Umno. Samsuri harus memperagakan dirinya membandingkan dengan sosok atau tokoh-tokoh dalam PH.  
Dari Umno, nama-nama seperti Mohamad Hassan, Asyraf Wajdi Dusuki, Azlina Othman Said adalah mereka yang berkelayakan atau setanding dengan kelulusan profesyen dimiliki Samsuri untuk menjadi perdana menteri. Mereka ini ada potensi dan kelebihan tersendiri. Mereka ini sedang digilap dan dipersiapkan tanpa riuh randah. Sekiranya Zahid berundur suatu hari nanti, nama-nama mereka itulah akan diletak di bahagian paling atas. 

Asyraf Wajdi DusukiBegitu juga dengan Keadilan yang mempunyai ramai calon berpotensi dan telah lulus melalui ujian perjuangan bagi menggantikan Anwar suatu masa kelak. Mereka ini tolak tidak rebah, dibanding tidak kalah dengan calonan disebut Mahathir itu. Nurul Izzah Anwar, Amiruddin Shaari, Saifuddin Nasution Ismail dan Rafizi Ramli adalah mereka ditanda akan jadi perdana menteri selepas Anwar Ibrahim untuk lima atau 10 tahun akan datang. Mereka itu pula kebetulan berkedudukan dihiraki ke dua dalam Keadilan, sama dengan Samsuri dalam Pas. 
Jadi Samsuri dan orang-orang Pas jangan melihat MB Terengganu itu mempunyai kelayakan mutlak untuk menjadi perdana menteri ke-11. Saingannya cukup kuat dan nama-nama itu semua berada dalam pantau rakyat. Dalam dinamika politik hari ini juga jangan rasa mustahil kalau Najib Razak akan buat come back dalam politik dan memegang jawatan untuk kedua kali bagi menyamai rekod dipegang Mahathir Mohamad. Kerencaman politik kita digerakkan berbagai kaum juga menjadi halangan buat Samsuri. 
Kesimpulan di sini, Samsuri jangan terhimbau sangat dengan jolokan yang diberikan hari ini, beliau bukan calon mutlak sebagai perdana menteri, selepas Anwar Ibrahim. Tetapi kalau ia sebagai pengganti Abdul hadi Awang sebagai presiden Pas selepas ini adalah sesuatu yang kena pada tempatnya dan pemilihan beliau ke jawatan itu adalah sesuai. Mungkin para ahli Pas boleh mempercepatkan proses tindakan meletakkan Samsuri dikerusi presiden untuk melihat dinamika politik Pas lebih mampan lagi. 
Mungkin pembawaan dan pendekatan serta siasah Pas juga akan berubah sekiranya ia dipimpin oleh profesionalis seperti Samsuri Mokhtar. Sesuai dengan bidalan kata "sekali bah, sekali pantau berubah" akan berlaku. Pendekatan politik terbuka, profesional ditunjukkan Samsuri juga boleh membawa kesejahteraan politik negara.
Abdul Hadi sudah mempunyai penggantinya yang jelas apabila Samsuri menang, dan kemenangan itu menyebabkan saham peribadi Menteri Besar Terengganu itu naik mendadak sekaligus menimbuskan saham Tok Dor Hadi. Dalam permainan politik di Terengganu dengan menguar-guarkan Samsuri sebagai perdana menteri, apapun yang meraih keuntungan ialah Abdul Hadi Awang kerana selepas ini puteranya Abdul Khalil akan mengambil alih jawatan menteri besar Terengganu. Pilihan raya di Kemaman memberi kelabaan kepada dua peribadi Tok Dor Hadi dan Samsuri. 
Pertukar gantian jawatan MB itu juga boleh meredakan politik dalaman kerajaan Pas Terengganu yang dikatakan berbunga keduduk sejak beberapa tahun kalu. Peletakkan Samsuri di kerusi parlimen Kemaman dan gelar sebagai calon perdana menteri adalah permainan politik Hadi untuk kepentingannya di Terengganu serta mahu mendamaikan politik dalaman kerajaan di Terengganu. Maka jangan syok sangat. [wm.kl.10:42 05/12/2023]
Glossori:
gobeh = seronyeh, serebah, huduh.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2023/12/ulasan-lewat-perikatan-nasional-pn-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hamzah Tercabar Pemimpin Bersatu Canang Samsuri Calon Pm Kata Penganalisis

Hamzah Tercabar Pemimpin Bersatu Canang Samsuri Calon Pm Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 2/12/2023 - jumlah : 146 hits
Hamzah Zainudin sebelum ini diuar uarkan calon utama menggantikan Muhyiddin Yassin sebagai presiden Bersatu PETALING JAYA Ketua pembangkang Hamzah Zainudin berdepan satu lagi cabaran menerajui Putrajaya apabila ada pemimpin Bersatu mencanan...
Samsuri Calon Pm Dari Pn Muhyiddin Tak Nafikan

Samsuri Calon Pm Dari Pn Muhyiddin Tak Nafikan

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 132 hits
N Faizal GhazaliPengerusi PN Muhyiddin Yassin tidak menafikan pencalonan Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon mereka dalam PRK ini adalah langkah mengetengahkan menteri besar terbabit sebagai calon perdana menteri masa depan Katanya ia merup...
Perlembagaan Malaysia Tidak Menyekat Orang Bukan Melayu Menjadi Perdana Menteri

Perlembagaan Malaysia Tidak Menyekat Orang Bukan Melayu Menjadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 3/12/2023 - jumlah : 288 hits
Perlembagaan Malaysia menjanjikan Impian Malaysia dan bukannya impian etnik tunggal memandangkan perlembagaan ini tidak menghalang seorang bukan Melayu dari menjadi seorang Perdana Menteri Perlembagaan Malaysia pada tahun 1957 mahupun selep...
Jawatan Perdana Menteri Ditentukan Ahli Parlimen

Jawatan Perdana Menteri Ditentukan Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 2/12/2023 - jumlah : 174 hits
Sistem pilihan raya di Malaysia dalam memilih pemimpin di peringkat Pusat dan Negeri mengguna pakai sistem pilihan raya berasas acuan British dan ia diakui semua parti bertanding sejak pilihan raya umum pertama lagi Berasaskan acuan tersebu...
Perdana Menteri Bukan Melayu

Perdana Menteri Bukan Melayu

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 244 hits
DAH NAK IKUT SINGAPURA KEW SIAPA BUAT PERLEMBAGAAN HU HU HUKESIAN MELAYU HU HU HUPM bukan Melayu Lim ulang propaganda beracun kata PASNAK DENGAU APA LAK KATA ORANG AMENO BUKAN MELAYU JADI PM Hassan Lim tak salah bukan Melayu memang boleh ja...
Dr Ahmad Samsuri Calon Pm Jangan Gundah Tapi Jangan Ambil Mudah

Dr Ahmad Samsuri Calon Pm Jangan Gundah Tapi Jangan Ambil Mudah

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 249 hits
Berikutan kemenangan besar Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam PRK Kemaman Sabtu lalu lebih ramai yang ghairah bercakap mengenai dirinya sebagai bakal Perdana Menteri Bagaimanapun dua perkara harus difahami terlebih dahu...
Pm Sahkan Jemaah Menteri Akan Bertambah

Pm Sahkan Jemaah Menteri Akan Bertambah

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 116 hits
MalaysiakiniPerdana Menteri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau akan mengumumkan rombakan kabinet pada jam 11 pagi ini Katanya jemaah menteri akan bertambah tetapi lebih kecil berbanding kerajaan sebelum ini Ada sikit pertambahan tapi saiznya ...
Rombakan Kabinet 2023 Dan Senarai Menteri Malaysia

Rombakan Kabinet 2023 Dan Senarai Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 265 hits
Terkini Perdana Menteri umum rombakan kabinet 2023 yang mana melibatkan senarai jemaah menteri baru dan menteri yang dikekalkan untuk tahun 2023 2024 dalam rombakan kabinet yang berlangsung pada hari ini pukul 11 00 pagi Anwar juga menjelas...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran