Hamzah Tercabar Pemimpin Bersatu Canang Samsuri Calon Pm Kata Penganalisis


 
Hamzah Zainudin sebelum ini diuar-uarkan calon utama menggantikan Muhyiddin Yassin sebagai presiden Bersatu.PETALING JAYA: Ketua pembangkang Hamzah Zainudin berdepan satu lagi cabaran menerajui Putrajaya apabila ada pemimpin Bersatu mencanangkan Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon perdana menteri masa depan dari Perikatan Nasional (PN), kata penganalisis politik.
Mazlan Ali daripada Universiti Teknologi Malaysia berkata sebelum ini Hamzah diuar-uarkan bakal menggantikan Muhyiddin Yassin jika beliau melepaskan jawatan presiden, disokong kenyataan ‘beliau dilatih’ untuk menjadi pemimpin masa depan.
Dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 24 Nov lalu, Muhyiddin mengumumkan hasrat enggan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti tahun depan, namun membuat pusingan U keesokan harinya selepas mengambil kira pandangan ahli serta keluarganya.
“Hamzah yang sebelum ini dilihat bakal mewarisi kepimpinan akan ada sedikit cabaran, kali ini perlu bersaing dengan Samsuri yang dilihat sangat menonjol dan dicanang bakal calon PM daripada PN.
Mazlan Ali.“Malah diulas sendiri oleh Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris yang menyatakan Dr Sam adalah bakal calon PM masa depan sekiranya menang (PRK Kemaman),” kata Mazlan kepada FMT.
Dalam siri kempen PRK Kemaman termasuk di media sosial, Razali berkata pengundi kawasan itu “bertuah” kerana Samsuri yang juga menteri besar Terengganu bakal menjadi perdana menteri masa depan PN jika menang pilihan raya esok.
“Sudah tentu rakyat Kemaman untung, pembangunan Kemaman untung dan ekonomi Kemaman untung andainya Dr Sam diangkat menjadi perdana menteri,” kata Razali yang juga exco Terengganu di Facebook.
Muhyiddin yang juga pengerusi PN pula menyifatkan pencalonan Samsuri untuk menunjukkan mereka mempunyai ramai tokoh, sambil tidak menolak naib presiden PAS berkenaan sebagai calon perdana menteri gabungan itu.
Mazlan berkata walaupun berdepan situasi itu Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut tidak akan mengambil tindakan luar biasa bertanding jawatan presiden Bersatu, mungkin mengambil sikap tunggu dan lihat bergantung selama mana Muhyiddin mahu menjadi ketua.
“Saya tidak nampak (Hamzah cabar Muhyiddin) sekurang-kurangnya sehingga PRU16.
“(Jika) tiada ruang (selepas itu) ada kemungkinan beliau akan mencabar dan ini bergantung kepada perkembangan masa depan,” katanya yang bagaimanapun menjangkakan Hamzah akan mewarisi kepimpinan Bersatu melalui tradisi mudah.
Azmi Hassan.Sementara itu, Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berpandangan pencalonan Samsuri di PRK Kemaman bukan strategi menjadikannya calon perdana menteri sebaliknya bimbang gagal menang besar selepas Barisan Nasional (BN) meletakkan bekas panglima tentera Jen (B) Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.
“Tak pasti bagaimana boleh timbul Samsuri sebagai calon PM tetapi (ada pemimpin) Bersatu telah menjawab yang mereka setuju. Ini menunjukkan mereka sebenarnya telah terperangkap dalam percaturan politik PAS.
“PAS ingin menggambarkan persepsi bahawa dalam PN, PAS lebih berkuasa walaupun ketua pembangkangnya Hamzah,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/12/hamzah-tercabar-pemimpin-bersatu-canang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Fokus Ambil Alih Kerajaan Anwar Bukan Calon Pm Kata Pemimpin Bersatu

Pn Fokus Ambil Alih Kerajaan Anwar Bukan Calon Pm Kata Pemimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 184 hits
Razali Idris berkata PN kini fokus menguatkan gabungan itu untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan ditadbir Anwar Ibrahim PETALING JAYA Seorang pemimpin Bersatu berkata gabungan Perikatan Nasional mahu memfokuskan kepada usaha menumbangka...
Gempak Pas Angkat Sumpah Pm11 Pemimpin Bersatu Tercabar Penyokong Pas Tertipu Lagi

Gempak Pas Angkat Sumpah Pm11 Pemimpin Bersatu Tercabar Penyokong Pas Tertipu Lagi

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 332 hits
Ketua pembangkang Hamzah Zainudin berdepan satu lagi cabaran menerajui Putrajaya apabila ada pemimpin Bersatu mencanangkan Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon perdana menteri masa depan dari Perikatan Nasional kata penganalisis politik Mazl...
Samsuri S Win Will Put Pressure On Hamzah Says Analyst

Samsuri S Win Will Put Pressure On Hamzah Says Analyst

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 356 hits
Mazlan Ali says the PAS vice president is in the ascendancy and could provide a legitimate challenge to Hamzah as opposition leader PAS s victory in the recent Kemaman by election will likely put pressure on Bersatu leaders who officially l...
Puad Bidas Pemimpin Bersatu Berhubung Dakwaan Ahli Parlimen Sokong Perikatan

Puad Bidas Pemimpin Bersatu Berhubung Dakwaan Ahli Parlimen Sokong Perikatan

papar berkaitan - pada 3/12/2023 - jumlah : 354 hits
Puad bidas pemimpin Bersatu nbsp berhubung dakwaan ahli Parlimen sokong Perikatan Dikemas kini 53 minit yang lalu Diterbitkan
Bersatu Tercabar Gelombang Hijau Kebangkitan Pas

Bersatu Tercabar Gelombang Hijau Kebangkitan Pas

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 154 hits
Nora MahparPETALING JAYA Naratif gelombang hijau bagi menggambarkan pengaruh PAS tidak disenangi rakannya Bersatu sehingga pemimpin kanannya membangkitkan sudut negatif slogan itu kata penganalisis Bila guna gelombang hijau itu orang nampak...
Samsuri Mungkin Calon Pm Masa Depan Pas

Samsuri Mungkin Calon Pm Masa Depan Pas

papar berkaitan - pada 18/11/2023 - jumlah : 222 hits
Nora MahparPETALING JAYA Pencalonan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar pada PRK Kemaman mungkin strategi PAS menampilkan calon perdana menteri dari golongan profesional pada masa depan kata penganalisis politik Mereka berpendapa...
Tidak Bincang Dasar Perhimpunan Bersatu Lebih Fokus Drama Muhyiddin Kata Shahril

Tidak Bincang Dasar Perhimpunan Bersatu Lebih Fokus Drama Muhyiddin Kata Shahril

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 167 hits
Shahril Hamdan berkata Bersatu sepatutnya membincangkan tawaran mereka untuk menyelesaikan isu membabitkan rakyat PETALING JAYA Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu pada minggu lalu dilihat gagal menjadi platform membincangkan dasar kerajaan d...
Dr Ahmad Samsuri Calon Pm Jangan Gundah Tapi Jangan Ambil Mudah

Dr Ahmad Samsuri Calon Pm Jangan Gundah Tapi Jangan Ambil Mudah

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 344 hits
Berikutan kemenangan besar Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam PRK Kemaman Sabtu lalu lebih ramai yang ghairah bercakap mengenai dirinya sebagai bakal Perdana Menteri Bagaimanapun dua perkara harus difahami terlebih dahu...
Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Hari Lautan Sedunia Antara Manfaat Dan Risiko Kerang Kerangan Dalam Diet Rakyat Malaysia

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Nahas Bas Bawa Pelajar Upsi Bomba Potong Bahagian Belakang Bas Persiaran Keluarkan Mangsa Yang Terperangkap

Daqmie Korbankanlah Chord

Wedding Favors On A Budget Custom Keepsakes That Look Luxe

Filem Martabat Misi Berdarah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sogigiri Slanted Slice Cutting Technique

Hiburan Mangsa Dalam Perjalanan Menuntut Ilmu Mereka Tergolong Dalam Kategori Syahid Akhirat Mufti

Merayap 3 Beranak Pusing Bandar

Rm V Bts Selesai Berkhidmat Ramai Peminat Berkumpul Depan Bangunan Hybe

Faiz Ahmad Terima Cabaran Berdebat Dgn Isham Jalil

Owhhhh Kaya Raya Keliling Mereka Sahaja