Dr Ahmad Samsuri Calon Pm Jangan Gundah Tapi Jangan Ambil Mudah






 Berikutan kemenangan besar Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam PRK Kemaman Sabtu lalu, lebih ramai yang ghairah bercakap mengenai dirinya sebagai bakal Perdana Menteri.
Bagaimanapun, dua perkara harus difahami terlebih dahulu sebelum perkara itu dibicarakan dengan lebih lanjut.
Pertama, penonjolan Dr Ahmad Samsuri sebagai calon Perdana Menteri bukanlah kerana majoriti sebesar 37,220 yang diperolehinya.
Jumlah majoriti itu tiada kaitan sama sekali dengan kelayakan untuk menjadi Perdana Menteri, bahkan mana-mana Ahli Parlimen yang menang dengan satu undi sekali pun, jika mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen, adalah layak memegang jawatan tersebut.
Sebab utama Pas meletakkan namanya tentulah kerana kewibawannya sebagai pemimpin, kemampuan serta kelayakan akademik yang dimilikinya yang dirasakan paling baik daripada semua Ahli Parlimen yang dalam PN sekarang ini.
Ditambah dengan beliau tiada isu peribadi, masih muda, berwajah manis serta sentiasa tersenyum, maka tentulah Pas merasakan ia suatu kelebihan jika “dipasarkan” sebagai calon Perdana Menteri.
Yang kedua, meskipun Dr Ahmad Samsuri dinamakan sebagai calon Perdana Menteri, beliau tidak mungkin boleh menduduki kerusi tersebut dalam waktu terdekat ini.
Dengan PN hanya tinggal ada 69 Ahli Parlimen saja lagi ketika ini, daripada mana mereka nak cekau angka tambahan untuk mencukupkan jumlah sekurang-kurangnya menjadi 112?


Paling awal Dr Ahmad Samsuri boleh dipertaruhkan untuk menjadi Perdana Menteri hanyalah pada PRU16 akan datang, iaitu kira-kira empat tahun daripada sekarang.
Dalam hal ini, keghairahan beberapa pemimpin Bersatu yang mahu UMNO mengkaji semula kedudukannya dalam kerajaan berikutan keputusan PRK Kemaman, jika diteliti itu sebenarnya bukanlah untuk menobatkan Dr Ahmad Samsuri sebagai Perdana Menteri.
Sebaliknya, seruan dan desakan itu lebih bertujuan untuk menaikkan semula Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri.
Takkanlah UMNO sedia berbuat demikian, sedangkan sebelum ini parti itu juga yang menjatuhkan Mahiaddin daripada kerusi Perdana Menteri.
Untuk itu, lebih baiklah Bersatu berhenti daripada terus menggesa UMNO meninggalkan kerajaan perpaduan kerana tiada sebab untuk parti itu mengkaji semula keberadaannya dalam kerajaan perpaduan.
Malah, jika dengan menarik sokongan itu akhirnya Mahiaddin yang ada kes mahkamah dan menantunya lari ke luar negara yang akhirnya jadi Perdana Menteri, lagi taubat lahum tidak mungkin UMNO berbuat demikian.
Dengan demikian, kepada PH dan UMNO, janganlah gundah gulana dengan isu Dr Ahmad Samsuri sebagai calon Perdana Menteri itu.
Ia lambat lagi untuk dihadapi detik pertarungannya.
Tetapi, meski masih lambat, jangan sesekali pandang mudah, goyang kaki dan tidak mula bekerja keras daripada sekarang.
Ini kerana, secara mata kasar, Dr Ahmad Samsuri ada kelebihan tertentu serta ada daya tarikan yang lebih baik berbanding Mahiaddin dan Hamzah, bahkan lebih mudah membuatkan orang tersentuh dengan kelembutan wataknya kalau dibandingkan dengan Hadi Awang atau Sanusi Mohd Nor.
Maka, PN khususnya Pas sudah pasti akan lebih memperhebatkan usaha menjaja nama beliau selepas ini sehinggalah PRU16 akan datang.
Di sinilah perlunya PH dan BN tidak berdiam diri, malah segala jentera parti, menteri-menteri, media, komunikasi dan sebagainya, mesti lebih cekap dan ligat mulai sekarang dalam peranan mempertahankan kerajaan sedia ada.
Jangan biarkan hanya Perdana Menteri seorang yang bekerja dan menangani semua perkara.
Kalau ambil mudah, memang tidak mustahil kerusi Perdana Menteri selepas ini akan jadi milik Dr Ahmad Samsuri akhirnya. – ShahbudinHusin 04/12/2023.












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/12/dr-ahmad-samsuri-calon-pm-jangan-gundah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Samsuri Bukan Satu Satunya Calon Perdana Menteri

Samsuri Bukan Satu Satunya Calon Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 263 hits
ULASAN LEWAT IGAUAN Perikatan Nasional Pas dan Bersatu untuk mengambil alih kerajaan sekaligus menjatuhkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri menghijau kembali ekoran kemenangan besar Ahmad Samsuri Mokhtar di pilihan raya kecil Kemaman 2...
Megawati Jangan Berlagak Di Sini Tapi Mata Mata Di Sana

Megawati Jangan Berlagak Di Sini Tapi Mata Mata Di Sana

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 189 hits
Megawati menyinggung pihak yang seolah olah ada di pihaknya namun ternyata hanya menjadi mata mata untuk kubu sebelah
Samsuri Calon Pm Dari Pn Muhyiddin Tak Nafikan

Samsuri Calon Pm Dari Pn Muhyiddin Tak Nafikan

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 132 hits
N Faizal GhazaliPengerusi PN Muhyiddin Yassin tidak menafikan pencalonan Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon mereka dalam PRK ini adalah langkah mengetengahkan menteri besar terbabit sebagai calon perdana menteri masa depan Katanya ia merup...
Anak Sulung Kuat Sentap Ibu Bapa Jangan Mudah Marah Marah

Anak Sulung Kuat Sentap Ibu Bapa Jangan Mudah Marah Marah

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 157 hits
Lahirnya anak kedua di dalam suatu keluarga kadang kala membuatkan terasa seperti dipinggirkan Padanya adik itu seakan akan mengambil tempat dirinya Anak sulung biasanya dilihat menjadi subjek eksperimen yang pertama kali membesarkan anak s...
Ahmad Samsuri Thanks Voters Hadi Attributes Win To People S Rejection Of Unity Govt

Ahmad Samsuri Thanks Voters Hadi Attributes Win To People S Rejection Of Unity Govt

papar berkaitan - pada 3/12/2023 - jumlah : 135 hits
The newly emerged winner of the Kemaman parliamentary seat by election Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar has thanked those who were involved in the by election NSTP ROHANIS SHUKRIKUALA LUMPUR The newly emerged winner of the Kemaman parlia...
Hamzah Tercabar Pemimpin Bersatu Canang Samsuri Calon Pm Kata Penganalisis

Hamzah Tercabar Pemimpin Bersatu Canang Samsuri Calon Pm Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 2/12/2023 - jumlah : 146 hits
Hamzah Zainudin sebelum ini diuar uarkan calon utama menggantikan Muhyiddin Yassin sebagai presiden Bersatu PETALING JAYA Ketua pembangkang Hamzah Zainudin berdepan satu lagi cabaran menerajui Putrajaya apabila ada pemimpin Bersatu mencanan...
Jalan Berliku Ahmad Samsuri Nak Jadi Pm

Jalan Berliku Ahmad Samsuri Nak Jadi Pm

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 282 hits
NARATIF Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai bakal Perdana Menteri Perikatan Nasional dilihat berjaya mempengaruhi pengundi Parlimen Kemaman Ini terbukti apabila Pas dengan cemerlang mengekalkan status quo de...
Ahmad Samsuri Belum Tentu Pm Anak Hadi Hampir Pasti Dapat Kerusi Mb

Ahmad Samsuri Belum Tentu Pm Anak Hadi Hampir Pasti Dapat Kerusi Mb

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 136 hits
HarapanDaily comShahbudin Husin nbsp Sepertimana yang saya tulis sebelum ini usaha menonjolkan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon Perdana Menteri tidak mungkin boleh menjadikannya sebagai Perdana Menteri dalam waktu terdekat ini Tiada k...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco