Sampai Sekarang Suami Tak Mahu Merujuk Saya Suami Ceraikan Isteri Kerana Ibunya Kerap Bertanya Kemana Mereka Pergi
Hendak dipilih ibu, rumahtangganya pula runtuh. Hendak dipilih suami, mungkin ibunya pula yang akan berkecil hati. Itulah dilema seorang wanita yang dilanda masalah suami tidak menggemari sikap ibunya yang suka bertanya ke mana mereka mahu pergi dan bila nak pulang ke rumah. Ada yang kata, mungkin si ibu masih belum bersedia 'melepaskan' anak perempuannya yang juga merupakan anak bongsu, kepada menantunya. Si suami pula sepatutnya bertimbang rasa dan belajar menerima perkara itu sebagai rutin.
Dalam situasi tersepit seperti ini, banyak hati yang perlu dijaga. Jika anda mengalami situasi ini, apa yang akan anda lakukan?
ASSALAMUALAIKUM min. Saya dan suami duduk bersama ibu saya. Kami baru sahaja bernikah.
Ibu saya sering bertanya setiap kali kami keluar. Bila nak balik, pergi mana, berapa lama. Pertanyaan itu menimbulkan rasa kurang selesa suami. Suami anggap ibu saya macam menyibuk hal rumahtangga kami.
Kami pernah berbincang mengenai hal itu dengan ibu. Tetapi ibu saya tidak dapat menerima kerana mungkin pada dia pertanyaan itu tidak salah dan dia mengatakan dia yang melahirkan saya dan bukan saya bukan hak suami 100%. Lagi pula, saya anak bongsu selama 28 tahun kami bersama. Jadi, sudah menjadi kebiasaan untuk dia bertanya.
Kadang-kadang saya ada juga bercakap sendirian dengan ibu supaya jangan tanya atau chat bertalu-talu semasa kami suami isteri keluar. Cukuplah hanya sekadar tahu ke mana dan bila. Tetapi ibu macam rasa saya mempertahankan suami saya.
Ada satu hari itu, saya keluar dengan suami dan keluarga suami. Ibu saya asyik bertanya bila nak balik. Suami saya marah dan kami bergaduh. Dia panggil ibu saya meroyan sebab tak boleh berpisah dengan saya.
Saya jadi marah dan mula berlaku pertengkaran kerana saya tidak pernah kurang ajar dengan ibu suami dan kenapa pula suami sampai ke tahap itu memanggil ibu saya gila?
Bergaduh punya gaduh, akhirnya dia menceraikan saya secara taklik dan saya melanggar lafaz taklik itu. Mahkamah pula kata, kami sah bercerai, cuma iddah selama saya melahirkan anak ini.
Sampai sekarang suami tak mahu merujuk saya. Dia kata saya tidak taat kepada dia dan membelakangi dia.
Saya tiada niat apa pun. Saya sayangkan rumahtangga ini. Saya tersepit antara suami dan ibu. Saya tak dapat memilih antara dua ini. Saya perlukan kedua-duanya.
Apa yang saya perlu lakukan? Adakah suami sudah tidak sayang kepada saya dan anak?
Disebabkan perceraian ini, keluarga saya sudahpun meminta maaf pada dia. Tetapi sudah tiga hari dia tidak mencari saya. Doakan saya kuat untuk menerima semua ini.
Sumber: Kisah Rumah Tangga
source https://www.thereporter.my/2020/09/sampai-sekarang-suami-tak-mahu-merujuk.html
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kongsibro.blogspot.com/2020/09/sampai-sekarang-suami-tak-mahu-merujuk.html