Sampai Masa Mahathir Perlu Tubuh Parti Sendiri




Setelah terpecat daripada Bersatu, Tun Mahathir Mohamad ketika ini adalah pemimpin yang tidak mempunyai parti.Kedudukan beliau di Parlimen ialah sebagai Ahli Parlimen Bebas bersama empat lagi pemimpin Bersatu yang turut terpecat bersamanya.Salah satu tujuan Tun Mahathir mahu menjadi Perdana Menteri semula adalah untuk mendapatkan balik Bersatu yang mana parti itu telah diasaskan penubuhan olehnya bersama beberapa yang lain, termasuk Muhyiddin Yassin.Namun, melihat usahanya untuk kembali berkuasa ketika ini masih tidak menentu, bermakna selagi Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, laluan tetap sukar bagi Tun Mahathir untuk mendapatkan balik Bersatu.Tambahan lagi, Setiausaha Agung Bersatu lantikan Muhyiddin adalah juga Menteri Dalam Negeri yang mana Jabatan Pendaftar Pertubuhan atau RoS adalah dibawah pengawasannya.Ini menjadikan, apa pun usaha Tun Mahathir untuk mengambil balik Bersatu kembali ke dalam pangkuannya, kalau pun tidak mustahil, tetapi laluannya penuh liku dan dipenuhi duri-duri tajam sebagai penghalangnya.Lalu, apa pilihan Tun Mahathir, terutama kiranya Muhyiddin mungkin mengadakan pilihanraya awal secara mengejut?Berjuang dalam dunia politik tanpa parti dan tanpa jawatan adalah suatu perjuangan yang tidak nampak ada kejayaan di hadapan.Parti dan jawatan adalah dua aspek yang tidak boleh diabaikan jika seseorang mahu memburu kuasa, tak kisah sama ada untuk kali yang pertama atau ketiga.Tun Mahathir sendirinya tentunya sedar hakikat itu, sebab itu selepas keluar UMNO, beliau mengambil langkah menubuhkan Bersatu bersama Muhyiddin sebagai jalan untuk menumbangkan UMMO dan BN.Untuk itu, demi mengharungi cabaran mendatangnya, amatlah sukar untuk Tun Mahathir bergerak lebih jauh jika beliau kekal seperti sekarang tanpa ada parti menaunginya.Buat sementara ini, dalam kedudukan dirinya sudah terpecat dan untuk mendapatkan balik Bersatu bukan suatu perkara yang mudah, kecuali jika dirinya dapat jadi Perdana Menteri semula, adalah lebih baik beliau lupakan Bersatu dahulu.Tun Mahathir perlu segera menubuhkan sebuah parti baru untuk beliau meneruskan perjuangan sama ada untuk menjatuhkan Muhyiddin atau mengejar impian menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga dan dalam waktu yang sama bagi tujuan menghimpunkan para penyokongnya.Sekarang ini para penyokong beliau masih berada dalam Bersatu dan sebahagian mereka juga mungkin jenis yang bermuka-muka – siang menyokongnya tapi sebelah malam menyokong Muhyiddin pula.Tanpa parti, bukan saja menyulitkan Tun Mahathir untuk meneruskan langkah perjuangannya, malah juga menimbulkan kesulitan untuknya bertanding semula dalam pilihanraya jika Muhyiddin mengambil keputusan membubarkan Parlimen dalam waktu terdekat ini.Oleh kerana beliau bukan lagi ahli Bersatu, Tun Mahathir tidak berhak lagi bertanding atas nama parti itu atau menggunakan logo Bersatu.Kuasa menandatangani watikah calon untuk bertanding dalam pilihanraya berada di tangan Muhyiddin selaku Presiden Bersatu.Muhyiddin bukan saja mustahil akan menandatangani watikah calon untuk Tun Mahathir dan mereka yang sudah terpecat daripada Bersatu, tetapi juga pasti tidak memilih mereka yang dikenali sebagai penyokongnya sebagai calon pilihanraya.Di waktu yang sama, untuk Tun Mahathir bertanding atas tiket PH turut tidak nampak jalan jika perbalahannya dengan Anwar dalam soal menentukan calon Perdana Menteri bagi gabungan itu terus menemui jalan buntu dan gagal diselesaikan.Sifirnya mudah, kalau Anwar tetap enggan bersetuju memberi laluan kepada Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri, sudah tentu beliau selaku Pengerusi PH juga keberatan untuk menandatangani watikah calon buat Ahli Parlimen Langkawi untuk bertanding dalam pilihanraya.Maka, Tun Mahathir mahu bertanding atas tiket dan logo apa dalam pilihanraya secara mengejut nanti?Hanya dengan menubuhkan sebuah parti baru saja merupakan jalan penyelesaiannya, lagi pun dengan rekod selama hampir 24 tahun sebagai Perdana Menteri dan anak-anaknya kaya raya belaka, menubuh, membiayai dan menggerakkan sebuah parti baru tentulah bukan masalah besar untuk Tun Mahathir.Kalau ingin meniru Azmin Ali yang disebut-sebut telah mendaftar Parti Keadilan Negara, Tun Mahathir mungkin boleh memilih nama Parti Bersatu Negara sebagai parti barunya atau susah-susah daftar saja atas nama Parti Berdua sebagai tanda ia serpihan kepada Bersatu.Kadang-kadang kesian juga melihat penyokong Tun Mahathir bersepah-sepah dan berterabur di sana sini tanpa sebarang naungan parti memayungi perjuangan mereka.Kalau parti pun tiada, nak berjuang apa? ( Shahbudindotcom 23/06/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/sampai-masa-mahathir-perlu-tubuh-parti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir Nak Tubuh Parti Baru Lagi Parti Aad

Mahathir Nak Tubuh Parti Baru Lagi Parti Aad

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 411 hits
Saya bercadang untuk tubuh sebuah parti politik Banyak orang Melayu suka tubuh parti politik Dahulu saya tubuh parti Pribumi Bersatu Malaysia Sekarang parti sudah berpecah dua Sebab itu saya ingin tubuh satu lagi parti politik Melayu Nama p...
Saya Cadang Nak Tubuh Parti Dr Mahathir

Saya Cadang Nak Tubuh Parti Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 390 hits
DR MAHATHIR MOHAMMAD 1 Saya bercadang untuk tubuh sebuah parti politik 2 Banyak orang Melayu suka tubuh parti politik Dahulu saya tubuh parti Pribumi Bersatu Malaysia Sekarang parti sudah berpecah dua 3 Sebab itu saya ingin tubuh satu lagi ...
Tun Mahathir Gelar Melayu Uneducated Tetapi Cucu Sendiri Tipu Sijil

Tun Mahathir Gelar Melayu Uneducated Tetapi Cucu Sendiri Tipu Sijil

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 335 hits
Saya percaya anda masih ingat Tun Mahathir menggelar Melayu sebagai uneducated Malays selepas PRU14 Kenyataan Tun Mahathir itu dibuat selepas beliau marah dengan kekalahan 39 dari 52 kerusi yang ditandingi BERSATU di PRU14 Baiklah itu hanya...
Tubuh Atletis Dikomentari Fauzi Baadila Peringatkan Warganet Yang Sering Dm Hargai Diri Anda Sendiri

Tubuh Atletis Dikomentari Fauzi Baadila Peringatkan Warganet Yang Sering Dm Hargai Diri Anda Sendiri

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 393 hits
Nggak hanya berlaku buat perempuan Fauzi ternyata juga merasa risih dan dilecehkan dengan pesan pesan genit dari para warganet
Adakah Orang Tua Yang Tiada Parti Boleh Tentukan Arah Tuju Ph Masa Untuk Kita Pertahankan Ph

Adakah Orang Tua Yang Tiada Parti Boleh Tentukan Arah Tuju Ph Masa Untuk Kita Pertahankan Ph

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 266 hits
Nampaknya kita di bawah yang masih sayangkan PH harus menggandakan usaha di dalam pertempuran dengan orang tua yang bernama Mahathir ini Tingkah lakunya semakin melampau dan meloyakan Tindakan beliau mengheret Dap dan Amanah untuk berpakat ...
Tun M Cadang Tubuh Parti Aad Kayakan Orang Melayu Belum Dapat

Tun M Cadang Tubuh Parti Aad Kayakan Orang Melayu Belum Dapat

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 324 hits
DR MAHATHIR MOHAMADBEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bercadang untuk menubuhkan sebuah parti baru bernama Apa Aku Dapat atau AAD Dr Mahathir yang pernah menjadi presiden parti UMNO Pengerusi Barisan Nasional dan Pengerusi Bersat...
Parti Apa Aku Dapat Sindiran Sinis Tun Mahathir Kepada Rasuah Halal Di Malaysia

Parti Apa Aku Dapat Sindiran Sinis Tun Mahathir Kepada Rasuah Halal Di Malaysia

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 514 hits
Di tengah perpecahan berterusan dalam BERSATU bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad secara sinis mencetuskan idea untuk membentuk sebuah lagi parti berasaskan Melayu yang akan dinamakan Parti Apa Aku Dapat dan terbuka kepada semua oran...
Penyokong Dap Kutuk Parti Kerana Sokong Mahathir

Penyokong Dap Kutuk Parti Kerana Sokong Mahathir

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 477 hits
MAN TOBADi FB Liew Chin Tong Penyokong DAP tengah rancak mengutuk kerana mengangkat Tun as PM9
Anwar Dakwa Ph Warisan Dan Pasukan Dr Mahathir Ada 107 Sokongan

Anwar Dakwa Ph Warisan Dan Pasukan Dr Mahathir Ada 107 Sokongan

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 311 hits
Astro Awani Jun 11 2020 Pada Selasa pemimpin PH bermesyuarat bersama Dr Mahathir dan Mohd Shafie Gambar failKUALA LUMPUR Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Pakatan Harapan bersama sekutunya kini mempunyai sokon...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2025 Park Inn Radisson Putrajaya

Cara Chill Tangani Anxiety Tanpa Ubat

Asal Usul Nama Berserah Kuantan Pahang

Merungkai Matematik Di Sebalik Doktrin Rukun Islam