Sampai Mahu Ambil Nyawa Sendiri Mina Dedah 10 Tahun Dibuli Jimin Semasa Aktif Dengan Kumpulan Aoa


Meskipun kumpulan idola nampak gah dan rapat seperti keluarga di hadapan kamera, tiada siapa yang tahu apa yang berlaku sebenarnya di belakang tabir. Mina bekas ahli kumpulan AOA mendedahkan bahawa dia membuat keputusan untuk meninggalkan kumpulan tersebut kerana dibuli selama 10 tahun semasa bersama mereka.

Luahan panjang ini bermula apabila ada individu durjana yang menghantar mesej “Pergi mati perempuan jal***” ke laman Instagram miliknya.
Saya pun mahu berambus juga tetapi saya perlu menjaga ibu saya. Ah, pasti saya akan mendapat banyak DM mengatakan yang saya ini ‘tak ada otak’. Benar, saya memang tak ada otak dan saya tak pernah belajar apa-apa dalam kehidupan ini secara baik. Saya perlu mencari rezeki sejak muda lagi kerana situasi keluarga yang tidak mengizinkan.
Selepas ayah saya meninggal, ada seorang ‘kakak’ yang tarik saya ke dalam almari dalam bilik menunggu lantas mengatakan bahawa saya merosakkan mood semua orang dan saya cuba memberitahunya bahawa saya takut apabila mendengarkan ayah saya akan mati. Saya tak boleh lupa apa yang yang dikatakan pada saya ketika itu. Kes buli lain? Kata-kata kasar lain? Semuanya saya boleh terima. Ia meninggalkan luka yang mendalam pada saya sehingga saya berpura-pura tidur selepas mengambil ubat penenang dan pil tidur semasa kami masuk ke kereta bersama-sama. Saya perlu melakukan yang terbaik ketika bekerja tetapi saya berasa seperti mahu hancur. Saya juga pernah cuba ambil nyawa sendiri kerana ‘kakak’ itu.
Sejujurnya saya tak kisah kalau tiada siapa yang hormat saya sebagaie idola atau pun pelakon. Saya tahu saya teruk, saya sedar saya tak pandai buat apa pun. Tetapi saya sangat gembira dan telah berusaha segigihnya. Saya masih lagi suka bekerja dalam bidang ini. Saya tak pernah tertekan ketika bergelar sebagai idola dan sebenarnya saya tak mahu pun tinggalkan AOA, tetapi disebabkan seseorang yang bencikan saya, saya putus asa selepas 10 tahun menahan diri daripada dibuli olehnya. Dan kesudahannya, saya mahu berpatah balik dan mencaci dia.
Akhirnya, saya lepaskan AOA. Saya seronok melakukan promosi dengan ahli AOA yang lain. Tetapi selepas ayah kepada ‘kakak’ tersebut meninggal, saya berasa sangat sedih dan janggal. Saya tahu apa yang dirasainya. Apabila saya ke majlis pengebumian ayahnya, dia datang kepada saya dan menangis, memohon maaf kepada saya. Saya berasa sangat tak puas dan hati saya betul-betul hancur.
Kesemuanya tinggal kosong selepas itu. Saya berasa okay. Saya lupakan rasa bersalah itu tetapi pada ketika itu, saya dah terlalu hancur. Saya takut. Saya banyak masa kini dan saya mahu belajar beberapa perkara baru, mungkin dapatkan rawatan kepada masalah kemurungan dan kerisauan. Tetapi siapa sangka, sepanjang berehat, banyak perkara lain yang berlaku.
Saya sangat penat. Awak tahu apa yang dikatakan netizen di atas talian? Mereka tanya saya ingat saya siapa? Tiada siapa mahu dengar apa yang saya mahu lakukan, tiada siapa yang mahu berjumpa dengan saya. Pun begitu, bukannya saya meminta untuk lahir dan saya ada mulut, tangan tetapi saya tak boleh kawal apa-apa pun tetapi saya mahu hidup kerana ibu saya.
Saya tak kisah kalau anda tak sukakan saya dan saya okay kalau awak tak nak beri perhatian pun kepada saya. Tolong tinggalkan saya sendirian? Sebab saya tahu semua salah saya.

Mina kemudiannya memuat naik satu lagi entri mengenai kes buli yang dikatakannya dalam entri sebelum ini.
Kenapa saya tulis mengenai ‘kakak’ itu dalam AOA? Saya tahu ayah saya akan meninggal dunia selepas mereka menyampaikan bahawa dia sudah berada pada peringkat terminal kanser pankreatik.
Tetapi pada ketika itu, saya risau dia akan memarahi saya lagi. Saya juga sedang berlakon pada ketika itu dan dalam masa yang sama kami juga bakal kembali dengan album baru, saya tidak mahu menyusahkan ahli yang lain disebabkan oleh jadual yang padat. Saya perlu menghafal skrip dan terus tersenyum, jadi saya rasakan saya tak mahu fikirkan mengenai ayah saya sebab banyak kerja yang perlu diselesaikan. Saya tak dapat masuk ke dalam biliknya pun, sebab kalau saya masuk dan lihat tubuh badannya yang hanya tinggal tulang dan kulit sahaja memandangkan kansernya sudah berada pada peringkat terakhir. Sudah pasti saya akan menangis. Kakak saya telah menelefon dan memberitahu yang ayah sudah tidak mampu bercakap dengan baik namun dia mahu berjumpa dengan saya.
Tapi dalam kepala saya, saya berfikir bagaimana sekiranya saya menangis ketika sedang menjalankan penggambaran. Bagaimana kalau ‘kakak’ tersebut memarahi saya lagi? Saya terlalu muda dan saya merasakan yang saya patut bertindak sebegitu. Saya sangat tak suka sekiranya dimarahi. Walaupun mempunyai peluang untuk melawatnya selalu tetapi saya tak pergi. Apabila ayah saya menghembuskan nafasnya buat kali terakhir, saya hanya melepaskan dia pergi. Di sebelahnya terdapat buku lukisan yang ditulis ‘Mana anak perempuan saya?’ untuk ditunjukkan kepada jururawat, namun saya tidak datang kerana perlu bekerja.
Tetapi saya asyik terdengar cerita bahawa mereka benarkan keluarga ‘kakak’ untuk tinggal di wad VIP dan batalkan semua jadual seninya. Saya harap ia bukan perkara yang benar. ‘Kakak’ juga patut boleh menahannya seperti seorang profesional. Jangan menangis, okay? Nanti rosak mood. Awak juga yang cakap kenapa semua orang perlu risau disebabkan saya seorang. Saya berharap agar ‘kakak’ dapat melaluinya juga. Saya tak akan lupa apa yang awak katakan pada saya, apa yang awak buat, saya ingat semuanya, walaupun sedikit samar.
Apabila saya teringatkan semua itu, saya terpaksa menelan ubat dan bertahan. Tetapi saya rasa hal mengenai ayah saya akan kekal buat selamanya. Buat ‘kakak’, ia adalah perkataan yang dilontarkan tanpa berfikir tetapi bagi saya, ia adalah luka yang sangat mendalam.
Pada akhirnya, kita ada bersembang 5 minit sebelum saya pergi, saya ada ceritakan pada awak mengenai hal tersebut. Awak boleh merenung saya dan kata ‘Saya tak rasa saya jahat sangat sampai akan keluarkan kata-kata seperti itu?’ Tetapi ada seorang ahli lain yang menguatkan semangat saya dan mengatakan bahawa memang benar ‘kakak’ ada bercakap sedemikian. Saya sangat terkejut sampai tak terkata, cuma terfikir, ‘Adakah dia seorang manusia?’.
Sejujurnya, saya tidak bijak jadi ingatan saya juga teruk tetapi banyak perkara yang saya ingat mengenai ‘kakak’. Tapi saya hanya akan sentuh mengenai satu perkara. Saya telah menulis atu perjanjian membatalkan kontrak dengan agensi – bagaimana kalau mereka meminta ganti rugi? Saya langsung tak beritahu satu hal pun – jadi pasti okay kan? Terima kasih kepada ‘kakak’, saya kini terpaksa menelan beberapa pil sehari dan pergelangan tangan saya dah terlalu teruk sehingga sarafnya sudah tak berfungsi dengan baik lagi. Tapi melihatkan mak saya, saya perlu terus hidup dan buat duit. Jadi saya rajin pergi mendapatkan rawatan penyembuhan dan walaupun masih trauma. Yang paling kelakar ialah sebelum saya keluar kumpulan, kami semua (AOA) keluar minum tanpa ‘kakak’ hampir setiap hari. Sampai ke sudah kami tidak tahu kenapa ‘kakak’ ak sukakan saya?
Tak lama selepas pendedahan ini, Jimin iaitu ketua kumpulan AOA telah memuat naik Instagram Strory yang bertulis “Kisah novel” namun memadam entri tersebut selepas itu.

Rata-rata netizen yang membaca pendedahan ini meluahkan rasa kasihan kepada Mina kerana terpaksa melalui masa yang sukar selama 10 tahun lamanya. Bahkan ramai yang menebak ‘kakak’ yang disebut dalam kisah ini adalah Ji-min kerana ayahnya juga telah meninggal dunia pada tahun 2019.

Mungkin dengan balasan Ji-min tersebut, Mina telah memuat naik gambar tangannya yang dikelar semasa cubaan membunuh diri yang dilakukan dahulu.
Novel? Sangat menakutkan kalau ia benar adalah novel. Saya sudah lakukannya rawatan parut sebanyak 3 ke 4 kali dan ianya semakin pudar. Tetapi ‘kakak’, ingatan saya tidak pudar. Saya semakin gila hari demi hari. Ji-min – undang-undang? Saya tak ada duit untuk terlibat dengan perkara sebegitu. Saya tak boleh. Bayaran kepada kesihatan mental yang terjejas? Saya tak mahukan semua itu dan saya juga tak harapkannya. Saya cuma berasa sangat tidak adil kerana saya dihancurkan kerana awak. Ianya sangat sakit dan sangat sukar bagi saya. Saya cuma berharap agar awak mengaku kesalahan dan memohon maaf di hadapan saya. Satu permohonan maaf yang ikhlas.. itu sahaja. Awak yang menyeksa saya hidup dengan aman walhal saya merana hampir setiap hari. Tapi saya adalah tonggak utama keluarga. Mengaku kesalahan dan mohon maaf. Biar saya puas pula, hmm?

Nantikan kemas kini mengenai pendedahan panas ini!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kimchidaily.my/sampai-mahu-ambil-nyawa-sendiri-mina-dedah-10-tahun-dibuli-semasa-aktif-dengan-kumpulan-aoa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buli Mina Selama 10 Tahun Jimin Diumum Keluar Aoa Hentikan Semua Aktiviti Seni

Buli Mina Selama 10 Tahun Jimin Diumum Keluar Aoa Hentikan Semua Aktiviti Seni

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 671 hits
Angin tak ada ribut tak ada Walaupun tidak menyatakan nama kepada ahli yang membulinya itu tetapi Ji min iaitu ketua AOA telah secara tersirat mengakui bahawa dialah orangnya apabila memuat naik Instagram Story sepertinya menyatakan bahawa ...
Semua Bersubahat Netizen Persoal Ahli Aoa Lain Biarkan Sahaja Jimin Buli Mina Selama 10 Tahun

Semua Bersubahat Netizen Persoal Ahli Aoa Lain Biarkan Sahaja Jimin Buli Mina Selama 10 Tahun

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 784 hits
Beberapa hari lepas dunia K Pop dikejutkan dengan pengakuan berani bekas ahli AOA iaitu Mi na mengenai Bukan sahaja dipukul malahan gadis itu sering dilemparkan dengan kata kata yang kurang enak oleh Ji min Selepas meluahkan segalanya di la...
Hadir Marah Marah Ke Rumah Mina Tolak Maaf Jimin Dedah Dia Bawa Balik Lelaki Ke Dorm Untuk Bersama

Hadir Marah Marah Ke Rumah Mina Tolak Maaf Jimin Dedah Dia Bawa Balik Lelaki Ke Dorm Untuk Bersama

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 613 hits
Masih lagi panas dengan Selepas ketua kumpulan itu dikatakan telah datang ke rumahnya dengan staf syarikat dan juga ahli AOA yang lain bagi menyelesaikan masalah tersebut secara berdepan Pertama sekali saya mahu memohon maaf kerana tidak da...
Dedah Sudah 3 Tahun Bercinta Ok Taecyeon Muat Naik Surat Mohon Maaf Buat Peminat

Dedah Sudah 3 Tahun Bercinta Ok Taecyeon Muat Naik Surat Mohon Maaf Buat Peminat

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 492 hits
Selepas khabar angin berterbangan mengatakan bahawa dia dan teman wanitanya kelihatan sedang bertemu janji dengan gembiranya di sebuah ladang di Pyeongchang akhirnya Menurut sumber lain kekasih Ok Taec yeon itu merupakan seorang staf pejaba...
Dituduh Lakukan Gangguan Seksual Datuk Bandar Seoul Ambil Nyawa Sendiri Selepas Menghilangkan Diri

Dituduh Lakukan Gangguan Seksual Datuk Bandar Seoul Ambil Nyawa Sendiri Selepas Menghilangkan Diri

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 369 hits
Semalam kecoh apabila dilaporkan Park Won soon iaitu Datuk Bandar Seoul tiba tiba menghilangkan diri tanpa khabar berita Perkara itu dilaporkan oleh anak perempuannya sekitar 5 17 petang dan menjelaskan bahawa ayahnya itu keluar rumah dan m...
Pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020 Bagi Sekolah Kumpulan A Kumpulan B

Pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020 Bagi Sekolah Kumpulan A Kumpulan B

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 1299 hits
Pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020 Bagi Sekolah Kumpulan A Kumpulan B Sesi persekolahan akan dibuka mulai esok Pembukaan hanya melibatkan sekolah peperiksaan sahaja iaitu tingkatan 5 dan tingkatan 6 sahaja Bagi tingkatan 1 tingk...
Saya Disihir 6 Jin Berusia 175 Tahun Dihantar Untuk Mencabut Nyawa Saya Bonda Rozita

Saya Disihir 6 Jin Berusia 175 Tahun Dihantar Untuk Mencabut Nyawa Saya Bonda Rozita

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 479 hits
Menurut Bonda ahad lepas mereka test mualij bonda dan stafnya juga turut terkena gang guan tersebut Bonda dan staf tersebut masih tidak dapat bangun dan mun tah keluar da rah Bonda telah kongsikan vdeo dan gambar di ruangan instagram milikn...
Berkenalan Sejak 15 Tahun Lalu Akhirnya Joe Flizzow Sah Suami Kepada Marini

Berkenalan Sejak 15 Tahun Lalu Akhirnya Joe Flizzow Sah Suami Kepada Marini

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 2112 hits
Akhirnya penyanyi rap terkenal tanah air Joe Flizzow selamat disatukan dengan pasangan pilihan hati iaitu Marini Ramlan hari ini Majlis yang diadakan cukup sederhana itu dikongsikan oleh Joe Flizzow sendiri dan diadakan mengikut SOP yang di...
Tolak Tepi Jawatan Pengurus Syarikat Wanita Ini Tak Pernah Mengeluh Jaga Bapa Hidap Strok Selama 15 Tahun

Tolak Tepi Jawatan Pengurus Syarikat Wanita Ini Tak Pernah Mengeluh Jaga Bapa Hidap Strok Selama 15 Tahun

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 395 hits
Kisah seorang perempuan dari China bernama Li Qin mempunyai sifat penyayang telah menyentuh hati berjuta juta orang setelah dia menjaga ayahnya yang terbaring kerana sakit selama 15 tahun dengan sepenuh hati Dia yang dahulunya pernah bekerj...
New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun

Selesai Majlis Tahlil Untuk Arwah Mak Pah

Menginap Satu Malam Di Muar Traders Hotel

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment