Sampai Bila Melayu Benci Ph



Via WhatsApp
Satu lagi tulisan yang sangat penting untuk dibaca oleh semua orang Melayu. Sahabat saya Manan Razali ini baru lagi aktif menulis di FB. Sila baca tulisan beliau yang tajam dan tuntas mengajak kita fikir masa depan negara kita.
BOLEHKAH PH BAWA PERUBAHAN BAIK KEPADA NEGARA INI?
Ada masalah besar dengan negara kita kerana orang baik susah nak menang. Sebaliknya, orang jahat dan samseng jugak yang akan menang akhirnya. Penyudahnya, negara kita akan hancur dan jadi macam Bangladesh pada suatu hari nanti. Rujuk kepada rencana ini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10222981920433781&id=1152227773
Cuba kita imbas balik apa berlaku waktu PH memerintah selama 22 bulan sebelum ini..
Hiruk pikuk seluruh negara dengan berbagai-bagai isu yang sengaja ditimbulkan oleh Umno, Pas dan cybertroopers mereka untuk buat rakyat marah dan benci kepada PH. Isu paling utama yang menjadi mainan mereka ialah isu perkauman dan agama. Untuk tumbangkan PH, pagi petang siang malam mereka cari pasal supaya orang Melayu akan benci kepada DAP. Mereka tidak henti2 berkata dan meratib bahawa bangsa Melayu dan Islam tidak selamat di bawah PH selagi DAP menganggotai kerajaan, hinggakan ada seorang Mufti pun tumpang semangkuk bantai PH sekali dalam isu ini. Orang Melayu pun telan semua ini semua bulat2 dan hidup2 lebih2 lagi bila Mufti pun turut serta buat kecaman.
Tapi sejak Muhyiddin dan PN rampas kuasa kerajaan ikut laluan pintu belakang, mana ada dengar suara2 lantang ini lagi? Padahal segala yang mereka kritik dan kecam dulu masih tidak berubah, bahkan masih kekal seperti biasa. Malah segala tindakan mereka memfaraidkan ghanimah (harta rampasan perang) dengan gelojoh dan rakus berlaku tanpa menjadi isu besar yg disensasikan.
Kalau benar DAP ada cybertrooper Red Bean Army (RBA) yang handal seperti yang dikatakan sebelum ini, sepatutnya arena media sosial akan berperang besar sekarang dengan berbagai-bagai isu yang ditimbulkan untuk mengkritik dan mengecam kerajaan PN dengan lantang dan lancang. Tapi ini tidak berlaku sedikit pun. Jelas ini menunjukkan bahawa hantu sebenar yang buat kecoh di negara kita adalah sebenarnya cybertroopers dari Umno dan Pas yang bekerja siang malam sebelum ini untuk menyebar fitnah dan pembohongan supaya orang Melayu betul2 benci kepada DAP dan PH.
Point saya ialah jika ditakdirkan PH menang sekali lagi pada PRU-15 nanti, masalah ini akan berulang kembali. Segala hantu dan jembalang akan keluar semula dari sarang mereka untuk mengganggu ketenteraman masyarakat hingga negara akan jadi kucar kacir sekali lagi. PH akan jadi “punching bag” untuk diterajang serta diasak bertubi-tubi.
Masalah PH bukan untuk memenangi PRU kerana sudah terbukti ini boleh dilakukan. Sebaliknya, masalah sebenar PH ialah bagaimana utk kekal berkuasa setelah menang dan dapat memerintah dengan berkesan tanpa gangguan yg boleh merosakkan kestabilan pemerintahannya.
Saya lihat punca utama masalah negara ini terletak dalam diri orang2 Melayu sendiri yang gagal menilai dan membezakan apa yang baik dan apa yang buruk. Disebabkan ini, Umno dan Pas jadi berani kerana mereka yakin boleh terus menghasut dan memperbodohkan orang Melayu sesuka hati mereka dengan segala fitnah yg ditimbulkan terhadap DAP dan PH.
Ini kerana mereka sangat yakin bahawa walau apa pun yang berlaku, mereka tetap akan berkuasa di negara ini kerana mendapat sokongan padu dari orang Melayu. Tempoh singkat PH memerintah selama 22 bulan dan kesunyian dari timbulnya isu2 panas dan provokatif mengenai bangsa dan agama sejak PN memerintah adalah bukti kebenaran ini.
Jika PH ingin memerintah dan buat perubahan2 positif pada negara ini dengan pentadibiran yang cekap, efisien dan berhemah yang bebas dari rasuah dan salah guna kuasa, tidak boleh tidak bahawa orang2 Melayu mesti berpaling dari Umno dan Pas. Selagi ini tidak berlaku, jangan haraplah PH akan dapat memerintah negara ini dengan berkesan.
Seperti yang saya kata tadi, kalau PH menang pun pilihanraya sekali lagi selepas ini, ia akan kecundang lagi dipertengahan jalan kerana gagal membendung rasa benci orang Melayu yg kuat terhadapnya akibat fitnah dan pembohongan yang akan ditimbulkan sepanjang masa.
Siapa saja yang bakal menjadi Perdana Menteri sekiranya PH menang mesti berani dan tegas untuk menangkap dan memenjara tanpa memilih bulu, sesiapa yang menimbulkan kenyataan2 hasutan dan provokatif yang boleh menimbulkan ketegangan kaum.
Jika ini tidak boleh dilakukan, kirim salam sajalah pada PH dan kirim salam jugalah pada Malaysia. Nantikanlah saja tiba masanya negara ini akan lingkup dan ranap seperti Bangladesh kerana pencuri dan samseng akan terus berkuasa memerintah Malaysia sehinggalah saat apabila majoriti orang2 Melayu berhenti menyokong Umno dan Pas. Malang sekali bagi kita jika kesedaran ini terlambat di mana negara sudah pun hancur pada waktu itu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/27772

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melayu Hanya Pilih Slogan Bukan Isi Perjuangan

Melayu Hanya Pilih Slogan Bukan Isi Perjuangan

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 249 hits
Kredit MSO Dua subjek sensitif bagi orang Melayu dalam politik di mana jika ia tidak disentuh atau diberi keutamaan parti itu tidak akan mendapat sokongan diharapkan Pertama ialah soal bangsa dan kedua ialah soal agama Parti yang menjadikan...
Siapa Melayu Bacul Seperti Kata Mahathir Rasanya Macam Kena Pada Muka Sendiri

Siapa Melayu Bacul Seperti Kata Mahathir Rasanya Macam Kena Pada Muka Sendiri

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 432 hits
Ini salah satu video banyak lagi Tapi in cukuplah Sebelum anda baca tulisan di bawah Sepanjang 22 tahun memrintah Mahathir rasa dia aje betul orang lain semuanya tak betul jahat bodoh bacul dll Tapi akhir dia terkenaAllah nak tunjukkan baga...
Dr Mahathir Malu Melayu Takut Dap Pilih 039 Penyangak 039 Jadi Pemimpin

Dr Mahathir Malu Melayu Takut Dap Pilih 039 Penyangak 039 Jadi Pemimpin

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 351 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik sikap pemimpin Melayu di sebalik kehangatan politik Kedah Foto oleh Miera ZulyanaKUALA LUMPUR 12 Mei Nasib orang Melayu akan terus malap selagi pemimpin tidak bermoral terus dijulang ...
Wahai Melayu Cukuplah Diperbodohkan

Wahai Melayu Cukuplah Diperbodohkan

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 276 hits
Kredit Norman Radzuan Saya tidak berparti tapi yakin PH terbaik Ramai kalangan profesional atau Profesor membuat penilaian pertarungan PH dan BN pada PRU lalu adalah pertarungan antara golongan intelektual berlawan dgn golongan taklid buta ...
Bpn Antara Melayu Tipu Melayu Dgn Cina Dap Tipu Melayu

Bpn Antara Melayu Tipu Melayu Dgn Cina Dap Tipu Melayu

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 478 hits
BPN Antara Melayu tipu Melayu dgn CIna DAP tipu Melayu 1 Cara bagaimana berpuluh malah beratus ribu rakyat Malaysia terutama orang Melayu tertipu dengan BPN adalah contoh klassik bahawa selama ini Bangsa Melayu sebenarnya ditipu oleh bangsa...
Kalau Bersatu Tak Keluar Ph Melayu Akan Dihancurkan Dap Tun M Dakwa Muhyiddin

Kalau Bersatu Tak Keluar Ph Melayu Akan Dihancurkan Dap Tun M Dakwa Muhyiddin

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 536 hits
DR MAHATHIR Saya tidak yakin bahawa DAP dengan begitu mudah boleh hancurkan orang Melayu Sebab itu saya berkata tunggulah Gambar failPUTRAJAYA Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beliau tidak boleh menerima alasan yang...
Tun Mahathir Berdamailah Demi Tanah Melayu Ini

Tun Mahathir Berdamailah Demi Tanah Melayu Ini

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 289 hits
Jangan disalai ciku kedondongSalailah ikan atas paraJangan disalahkan ibu mengandungSalahkan badan yang buruk pinta Banyak udang banyak garamBanyak orang banyak ragamBanyak tukang terbuang kayuBanyak politik negara hancur Pepatah Inggeris m...
Bangsa Lain Ketawa Sahaja Melihat Orang Melayu

Bangsa Lain Ketawa Sahaja Melihat Orang Melayu

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 606 hits
1 Umum ketahui bahawa baru baru ini Orang Melayu marah sungguh dengan Jakel apabila ada satu komen yang dimuatnaik oleh Muzaffar Jakel di media sosial mengguris hati dan perasaan orang Melayu 2 Menyedari perkara ini tidak sampai 48 jam Peng...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Nasi Ayam Pandan Yang Mudah Dan Sedap

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Tremendous Nadi Collaboration

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions