Sambutan Syawal Kembali Berseri Selera Suami Sama Dengan Arwah Johan Nora



Sambutan Syawal Kembali Berseri, Selera Suami Sama Dengan Arwah Johan – Nora
SAMBUTAN Syawal bagi penyanyi, Datuk Nora Ariffin pada tahun ini kembali berseri selepas empat tahun meraikan lebaran sebagai seorang ibu tunggal.
Kekosongan posisi yang menjadi tempat seorang lelaki bergelar suami kembali terisi sejak Disember tahun lalu selepas hati penyanyi itu berjaya ditambat oleh ‘syurga’ baharunya, Rushdi Ramli
Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Wan Ariffin, 49, bersyukur apabila tahun ini sambutan hari rayanya kembali lengkap bukan sahaja bersama anak-anak, bahkan juga suami.
“Alhamdulillah syukur pada Allah tahun ini saya kembali menyambut raya sebagai seorang isteri. Sebenarnya tidak ada banyak perbezaan pun. Rutin hari raya saya tahun ini tetap sama seperti tahun-tahun sebelumnya.
“Cuma bezanya tahun ini ada suami sebagai pelengkap,” ujarnya.
Bimbang trafik sesak
Menyambut raya pertama di Kuala Lumpur terlebih dahulu, Nora tidak berani pulang ke kampung halaman, Kelantan pada minggu sebelum raya kerana bimbang terperangkap dalam kesesakan yang teruk
Kata Nora, dia serik apabila pernah menghabiskan masa selama 13 jam di dalam kereta sewaktu pulang beraya ke Kelantan beberapa tahun lalu.
PENYANYI berusia 49 tahun ini mengingatkan masyarakat supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) walaupun beberapa peraturan sudah dilonggarkan kerajaan. “Biarlah orang lain pulang dahulu. Saya serik selepas pernah terperangkap dalam kesesakan jalan yang teruk.
“Hari raya kedua barulah saya bersama keluarga termasuk cucu pulang beraya di kampung,” kata Nora yang menghabiskan masa selama tiga hari di kampung halamannya di Kota Bharu.

Untuk sambutan hari raya bersama suaminya pula, Nora berkata, keluarga sebelah suaminya kecil sahaja. Malah kedua-dua orang tuanya juga sudah meninggal dunia.
“Jadi waktu untuk suami menyambut Aidilfitri sangat fleksibel. Dia ikut saya menziarahi keluarga terdekat termasuk keluarga sebelah arwah suami (Johan Nawawi) selepas solat sunat hari raya.
“Walaupun abang Johan (panggilan arwah suaminya) sudah tiada, namun hubungan saya bersama keluarganya masih lagi terpelihara dan baik sehingga hari ini,” jelasnya.
Memori makaroni berkuah
Sekadar bertanya tentang nostalgia yang diingati setiap kali tibanya Syawal, pelantun lagu Naluri itu tidak boleh lupa dengan juadah raya yang menjadi kegemaran arwah suaminya iaitu makaroni berkuah.
Jelas Nora, juadah tersebut menjadi kegemaran arwah Johan dan wajib disediakan setiap kali menyambut hari raya.
“Pagi raya mungkin orang akan makan rendang dan ketupat. Tetapi arwah mahu makan makaroni berkuah terlebih dahulu sebelum menikmati makanan-makanan lain. Makaroni berkuah memang menjadi menu kegemaran dia,” kata Nora.
Sekadar kebetulan pula, suami terkini penyanyi itu, Rushdi juga mempunyai selera yang tidak jauh bezanya dengan Johan.
Bersyukur dikurniakan jodoh yang tidak cerewet, Nora berkata, dia tidak ada masalah menghidangkan apa sahaja jenis makanan di atas meja.
NORA memanjatkan rasa syukur apabila diberi peluang sekali lagi menyambut Aidilfitri sebagai seorang isteri selepas empat tahun bergelar ibu tunggal. “Alhamdulillah suami tidak cerewet, malah seleranya juga sama dengan arwah abang Johan. Itu yang membuatkan saya berasa cukup senang,” kata Nora.
Bercakap mengenai busana raya pula, penyanyi itu menyiapkan sebanyak lima helai jubah untuk hari raya.
“Alhamdulillah, baju pun ada antaranya ditaja dan diberi sebagai hadiah oleh peminat. Jadi dapatlah saya berjimat dan pakai ketika hari raya,” katanya sambil ketawa.
Memanjatkan kesyukuran apabila negara kini dalam fasa peralihan endemik, Nora mengingatkan masyarakat supaya terus kekal berhati-hati dan menjaga diri dengan baik.
Ujarnya, walaupun kerajaan sudah melonggarkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19, namun orang ramai masih perlu berjaga-jaga demi keselamatan diri.
“Jangan terlalu sedap hati. Walaupun kerajaan sudah melonggarkan kepatuhan SOP untuk pulang ke kampung, masyarakat masih perlu mengamalkan norma baharu.
“Sentiasalah memakai pelitup muka dan memakai cecair pembasmi kuman setiap masa,” jelasnya sebelum menutup perbualan.-KO
Sambutan Syawal Kembali Berseri, Selera Suami Sama Dengan Arwah Johan – Nora
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Jangan beli durian melalui aplikasi D4 Durian Wanita berusia 121 tahun dipercayai tertua di dunia Alibaba rugi RM113 bilion akibat khabar angin penahanan Jack Ma Osama, Zaki Cuba Nak Satukan Keluarga Penyanyi Legenda Jamal Abdillah Gaduh di Restoren Nasi Kandar, polis mulakan siasatan PRU15: Tiada Ruang Untuk Bersatu, GPS Tanding Semua 31 Kerusi Parlimen – Abang Jo Ibarat bom jangka, saya boleh mati bila-bila masa – Azizulhasni Tambang ECRL mahal, Azan pakai formula siapa – Najib Pemandu e-hailing tinggal pelanggan di lebuh raya Pekerja bengkel langgar lari guna MPV pelanggan Kondom berisi air mani atas cermin kereta buat ramai jijik Puasa 6 Syawal Dan Hukum Gabung Puasa Ganti Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

The post Sambutan Syawal Kembali Berseri, Selera Suami Sama Dengan Arwah Johan – Nora appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/05/07/sambutan-syawal-kembali-berseri-selera-suami-sama-dengan-arwah-johan-nora/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Emosi Isteri Yang Berjauhan Dengan Suami Tak Sama Dengan Emosi Isteri Duduk Sebumbung Dengan Suami

Emosi Isteri Yang Berjauhan Dengan Suami Tak Sama Dengan Emosi Isteri Duduk Sebumbung Dengan Suami

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 272 hits
Emosi seorang isteri yang berjauhan dari seorang suami tidak sama dengan emosi seorang isteri yang tinggal sebumbung dengan suaminya Psikologi isteri yang berjauhan dari suaminya tidak sama psikologi dengan isteri yang tinggal sebumbung den...
Suami Sebak Penuhi Hasrat Terakhir Arwah Isteri Bergambar Sedondon Raya

Suami Sebak Penuhi Hasrat Terakhir Arwah Isteri Bergambar Sedondon Raya

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 186 hits
Rindu yang tiada penghujung Berat ujian ditanggung Mohd Mizi Abu Hasan apabila terpaksa menyambut Aidilfitri beberapa hari lagi tanpa isteri tercinta Nur Hanis Abd Rahman yang dijemput Ilahi pada 28 Mac lalu Nur Hanis meninggal dunia pada u...
2 Tahun Tertangguh Aktiviti Baraan Kembali Meriahkan Sambutan Aidilfitri

2 Tahun Tertangguh Aktiviti Baraan Kembali Meriahkan Sambutan Aidilfitri

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 248 hits
Baraan disertai penduduk kampung daripada pelbagai peringkat umur Biasanya anak muda akan memeriahkan aktiviti baraan dengan membawa motosikal beramai ramai PETALING JAYA Buat pertama kali dalam tempoh dua tahun sambutan Aidilfitri menjadi ...
Kembali Bergelar Isteri Syura Beralah Balik Raya Kampung Suami Bimbang Tak Dapat Tandingi Air Tangan Ibu Mentua

Kembali Bergelar Isteri Syura Beralah Balik Raya Kampung Suami Bimbang Tak Dapat Tandingi Air Tangan Ibu Mentua

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 398 hits
SAMBUTAN Aidilfitri kali ini sedikit berbeza buat penyanyi Syura apabila dia kembali kembali bergelar isteri Walaupun pernah melalui momen itu pada perkahwinan terdahulu Syura 36 mengakui bimbang juadah dan masakannya tidak menepati citaras...
Sekuat Mana Pun Isteri Dia Anggap Suami Bff Terbaik Cuba Fahami Emosinya

Sekuat Mana Pun Isteri Dia Anggap Suami Bff Terbaik Cuba Fahami Emosinya

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 160 hits
Setiap pasangan berkahwin pasti inginkan kebahagiaan yang berpanjangan dalam rumah tangga Sikap tolenrasi dan menerima segala perubahan kelebihan serta kelemahan kunci utama memastikan perhubungan terus kekal Bagi suami dan isteri perkahwin...
Kerana Drama Korea Seorang Doktor Bersemangat Untuk Kembali Berkhidmat

Kerana Drama Korea Seorang Doktor Bersemangat Untuk Kembali Berkhidmat

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 393 hits
Assalamualaikum Jam dah hampir menunjukkan pukul 3 pagi Dan aku masih di depan laptop menghabiskan saki baki episod drama Korea yang bertajuk Emergency Couple Sebuah kisah cinta romantik komedi yang berlatar belakangkan para doktor di Jabat...
Hiburan Update Kecurangan Suami Di Media Sosial Wanita Dipukul Hingga Meninggal Dunia

Hiburan Update Kecurangan Suami Di Media Sosial Wanita Dipukul Hingga Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 267 hits
Lapor seorang wanita dilaporkan meninggal dunia sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri akibat dipukul oleh suaminya sendiri gara gara mendedahkan kecurangan pasangannya itu di media sosial Insiden tragis itu dilaporkan berlaku di sebu...
Baru Je Kehilangan Suami Kini Anita Baharom Pulak Kehilangan Ibu Tercinta

Baru Je Kehilangan Suami Kini Anita Baharom Pulak Kehilangan Ibu Tercinta

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 168 hits
Selepas empat bulan kehilangan suami yang pergi buat selamanya dalam tidur pada 1 Januari lalu kehidupan pelakon Anita Baharom sekali lagi diuji apabila ibu tercintanya pula pergi menghadap Ilahi semalam
Pukvl Isteri Yang Dedah Kecur4ngan Hingga M4ti Suami Berdepan Hukvm4n G4ntung

Pukvl Isteri Yang Dedah Kecur4ngan Hingga M4ti Suami Berdepan Hukvm4n G4ntung

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 233 hits
Gara gara memukul isteri hingga meninggal dunia seorang lelaki Mohd Syawalludin Ismail dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang hari ini atas pertuduhan membunuh
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp