Kerana Drama Korea Seorang Doktor Bersemangat Untuk Kembali Berkhidmat


 

Assalamualaikum.
Jam dah hampir menunjukkan pukul 3 pagi. Dan aku masih di depan laptop, menghabiskan saki baki episod drama Korea yang bertajuk Emergency Couple. Sebuah kisah cinta, romantik komedi, yang berlatar belakangkan para doktor di Jabatan Trauma Dan Kecemasan (ACCIDENT AND EMERGENCY @ A&E) di Woosu University Hospital. Drama ini bagi aku best dan aku cuma gunakan 2 hari untuk habiskan 21 episod. Haha.
Rating dia : 8 / 10
Pada mulanya aku agak berat ingin menonton drama yang bergenre medikal memandangkan aku bekerja dalam bidang yang sama, kalau balik rumah tengok cerita yang ada elemen sama, sedikit sebanyak terasa juga stress dari tempat kerja. Tapi sekarang, keadaan dah banyak berubah. Banyak dan besar.

Jujur aku kata, dan aku akui, aku sangat suka bila lihat diri aku memakai kot putih ini ketika mula bekerja dulu. Seakan terasa satu tanggungjawab besar yang perlu digalas. Awal bekerja dulu memang aku akui agak tertekan, kadang terasa "sesat dalam terang". Suasana bekerja, tanggungjawab terhadap pesakit, menghadap specialist dan konsultan yang ada dikalangannya baik dan ada juga yang suka menyinga. Memang mencabar hidup di awal bekerja dulu.
Sama macam yang dilalui Oh Jin Hee (Song Ji Hyo) dan Oh Chang Min (Choi Jin Hyuk) yang memulakan perjalanan mereka sebagai intern di sebuah hospital. Semua doktor yang baru masuk dunia pekerjaan akan lalui seperti apa yang mereka lalui. Ada yang bijak pandai hafal buku tapi bila bab praktikal dan berdepan dengan kes sebenar dan pesakit, stuck. Ada pula yang rajin bertanya dan sentiasa mahu belajar. Ada pula yang jenis berkira-kira tentang kerja. Sama macam dunia sebenar. Tak banyak beza.
Walaupun bos mereka garang tapi banyak mengajar. Dalam dunia sebenar pun ada specialist dan konsultan yang begini. Nampak saja garang, kadang suka menengking dan marah-marah, tapi hati mereka lembut dan baik. Malah suka mengajar. Masa aku bekerja, aku rasa seronok nak pergi kerja bila ditugaskan di bawah specialist yang suka mengajar. Sebaliknya bila berada di bawah bos yang garang, automatik nak masuk kerja hati berdebar-debar.
Satu benda yang aku seronok tengok, walaupun mereka berlakon, tapi mereka memang nampak macam doktor. Especially bos-bos besar. Pergh!! Buat kerja saling tak tumpah macam bos-bos aku bila bekerja. Cekap dan kompeten. Kadang aku tertanya, macam mana mereka belajar teknik, gaya dan kredibiliti yang mereka tunjukkan dalam drama. Sebab dah serupa doktor sebenar kalau dilihat. Hmm. Dah nama pun pelakon. Ya tak. Itu yang bezanya drama kedoktoran dalam dan negara. REAL dan FAKE!!!
Drama ini buatkan aku rindu nak berkhidmat. Buatkan aku teringat macam mana aku bangun pagi-pagi, matahari belum lagi terbit, round satu ward tengok pesakit. Tulis review, periksa pesakit dari katil ke katil. Sendiri tawaf wad sekali, tawaf bersama MO sekali, tawaf dengan specialist dan konsultan pula seterusnya. Sesi petang tawaf sekali lagi. Tak terkiralah berapa kali tawaf wad dalam sehari.
Penat? Memang penat. Tapi bila dah jadi kebiasaan, dah jadi darah daging, rasa seronok dan sense of duty akan automatik ada. Macam aku, aku selalu develop hubungan rapat dengan pesakit aku. Kalau aku ada masa lebih, aku suka berbual dengan mereka. Aku rasa tanggungjawab aku bukan saja merawat mereka. Tapi lebih dari itu. Jadi tak semena-mena perasaan sayang pada pesakit akan timbul. Yerp. Aku sayang pesakit-pesakit aku. Mereka ajar aku kenal manusia, mereka ajar aku tentang kehidupan, mereka adalah sebahagian dari hidup aku.
Drama ini bagi aku ringan. Tak banyak konflik besar dan tak banyak twist. Memang sangat ringan dan sesuai untuk tontonan santai. Tak perlu pecah kepala risaukan konflik itu ini. Just enjoy. Dari segi cintan cintun dalam drama ini memang tak dinafikan ada komedi ada sweet-sweet dan geli-gelinya. Dah nama pun drama Korea. Serious buat kau rasa nak berkahwin. Dan somehow cerita ini dah mula ubah sikit pandangan aku, tak adalah teruk mana berkahwin sesama doktor. Sebab dunianya sama. Hmm.
Dalam drama ini aku boleh nampak diri aku dalam setiap intern yang ada di situ. Kebluran aku ada pada Oh Jin Hee. Rasa ragu-ragu tentang masa depan pekerjaan aku ada pada Im Yong Gyu. Di pengakhiran cerita, Im Yong Gyu berhenti dari menjadi intern dan seorang doktor sebaliknya dia mulakan passion dia dalam bidang muzik. Dia mula dari bawah dengan apa yang dia suka. Dialog yang paling aku suka dengar bila rakan-rakannya semua memberi semangat pada dia, mereka kata, "IT'S NEVER TOO LATE! DO WHAT YOU LOVE INSTEAD."
Perasaan kena marah dengan bos memang tak best. Aku pun selalu kena marah. Tapi itu yang buat aku belajar dan makin hari makin sedar tentang tanggungjawab aku sebagai seorang doktor. Ini bukan kerja main-main. Dan ianya melibatkan nyawa. Tapi bila dah lama kelamaan, ianya dah lali. Apa pun, itu proses pembelajaran yang perlu kita lalui dalam kehidupan kita.
Bila aku ambil keputusan untuk sambung belajar, dalam masa beberapa hari yang aku ambil untuk buat keputusan dan berfikir, kerap juga aku menangis. Separuh dari aku, aku cintakan kerja aku sebenarnya. Cita-cita aku, seorang psikiatris. Aku nak kenal manusia dengan lebih dalam lagi. Separuh lagi diri aku kata, dengan keadaan kesihatan aku, aku tak akan ke mana. Jadi aku simpan jauh-jauh cita-cita aku. Aku nekad untuk sambung belajar.
Macam di awal episod drama ini, ibu Oh Jin Hee menasihatkan dia untuk tak berhenti dan terus bertahan. Sebab perjalanan untuk jadi seorang doktor bukan mudah. 5 - 6 tahun belajar berhempas pulas, nak lulus exam pun memang bukan mudah, kalau berhenti, maka rugi. Aku sedikit sebanyak terkesan dengan kata-kata itu. Kebanyakan orang di keliling aku semua berkata begitu, kenapa susah payah belajar lalu nak tinggalkan kerja sebagai seorang doktor. Memang aku tersepit, sampai sekarang. Aku sangat terasa keseorangan selepas aku buat keputusan besar dalam hidup aku. Kadang aku terasa seperti hidup seorang diri di pulau terpencil. Sampai aku tertanya kembali pada diri aku, salahkah keputusan yang aku buat.:'(
Aku banyak menangis juga bila menonton drama ini, sebab buatkan aku memikirkan tentang pekerjaan aku, buatkan aku terus berfikir tentang diri aku, buat aku banyak berfikir. Walaupun ianya drama tapi sebahagiannya adalah realiti hidup aku. Realiti yang aku cuba untuk atur semula demi masa depan aku dan kebahagiaan aku.
Terima kasih pada si kecil di atas, kehadirannya dalam drama ini buat aku tersenyum sekali sekala. Bos aku selalu pesan dulu, kerja kita adalah ibadat. Tanggungjawab kita besar. Kalau nak jadi doktor kerana gaji besar dan nak jadi kaya, fikir semula niat itu, fikir kembali samada ini jalan yang kamu inginkan. Fikir dan fikir lagi.
Saat-saat sekarang bila mana aku terasa seperti berseorangan dengan keputusan yang dibuat, aku rindu kerja aku. Aku rindu pesakit aku. Aku rindu bau ubatan. Aku rindu untuk sarungkan semula kot putih dan menapak kaki ke dalam wad. Jujur aku rindu. Sekarang aku nak sihat kembali. Berubat sampai sihat. Aku akan sambung belajar, dan jika diizinkan, selesai aku sambung belajar, aku ingin kembali dalam dunia ini dan kejar balik cita-cita aku. 
InsyaALLAH.
Kredit :  nurfarhanaabdullah
Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2022/04/kerana-drama-korea-seorang-doktor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wajah Song Jihyo Sempurna Ulas Abang Kim Jongkook Seorang Doktor Pembedahan Plastik

Wajah Song Jihyo Sempurna Ulas Abang Kim Jongkook Seorang Doktor Pembedahan Plastik

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 172 hits
Kecantikan Song Ji hyo memang sentiasa mendapat pujian ramai kan ARTIKEL BERKAITAN Dalam episod terbaru Problematic Child In House baru baru ini Kim Jong kook telah menyertai program itu sebagai hos barunya dan Song Ji hyo pula hadir sebaga...
Drama Viu Original Pretty Little Liars Kembali Dengan Musim Kedua

Drama Viu Original Pretty Little Liars Kembali Dengan Musim Kedua

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 331 hits
Siaran Media Viu perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau terkemuka PCCW mengumumkan musim kedua siri Viu Original Pretty Little Liars mula ditayangkan bermula 14 April 2022 di semua 16 pasaran Viu Drama bersiri yang memenangi Anugera...
Hampiri 30 Ini Top 10 K Drama Dengan Rating Tertinggi Di Saluran Kabel Korea Selatan

Hampiri 30 Ini Top 10 K Drama Dengan Rating Tertinggi Di Saluran Kabel Korea Selatan

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 206 hits
Dengan pelbagai drama Korea yang dikeluarkan pada setiap tahun pasti ada drama yang paling dekat di hati penonton kan Dari genre romantik ke misteri setiap penonton mempunyai citarasa yang tersendiri tentang jalan cerita drama yang akan men...
Selepas Atasi Kanser Kim Woo Bin Kembali Dengan Drama Baharu Bertajuk Our Blues

Selepas Atasi Kanser Kim Woo Bin Kembali Dengan Drama Baharu Bertajuk Our Blues

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 213 hits
Drama pertama Kim Woo Bin dalam tempoh 6 tahun selepas pulih dari kanser nasofaring telah ditayangkan pada 9 April yang lalu Kim Woo Bin bergandingan dengan barisan pelakon ternama seperti Lee Byung Hun dan Shin The post appeared first on
Bondaku Telah Kembali Kerahmatullah

Bondaku Telah Kembali Kerahmatullah

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 177 hits
Bismillahirrahmanirrahim selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW Hari ini 2 Muharam 1443 hijriah bersamaan 11 Ogos 2021 bonda saya Hjh Tumut Binti Ikhsan telah kembali kerahmatullah pada jam 10 25 pagi kerana sakit tua Saya ba...
Siapa Kata Umno Kembali Berkuasa Selepas Pru15 Soal Chin Tong

Siapa Kata Umno Kembali Berkuasa Selepas Pru15 Soal Chin Tong

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 148 hits
Di sebalik keyakinan Barisan Nasional terutama UMNO bahawa parti itu akan kembali menguasai Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke 15 pembangkang bagaimanapun meraguinya berdasarkan trend sokongan pengundi kepada parti itu Ketua ...
Robert Pattison Bakal Kembali Dalam The Batman 2 Matt Reeves Kembali Sebagai Pengarah

Robert Pattison Bakal Kembali Dalam The Batman 2 Matt Reeves Kembali Sebagai Pengarah

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 177 hits
Filem The Batman lakonan Robert Pattison yang diarahkan oleh Matt Reeves nampaknya akan kembali dengan sekuel Filem yang menampilkan Batman wajah baru ini berjaya mengutip USD758 juta di seluruh dunia dan menjadi antara filem Batman yang me...
Jiwa Bersemangat Tegar

Jiwa Bersemangat Tegar

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 129 hits
JIWA BERSEMANGAT TEGAR Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt Selaat pagi semua sahabat sahabat blogger PC Syukur Allah masih izin PC untuk menaip diblog ini Alhamdulillah kita masih diizin oleh Allah me...
Elaun Parking Menteri Lebih Tinggi Dari Gaji Doktor Sebulan Ini Luahan Hati Doktor Kontrak

Elaun Parking Menteri Lebih Tinggi Dari Gaji Doktor Sebulan Ini Luahan Hati Doktor Kontrak

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 193 hits
DANIAL HAKIMElaun parking menteri lebih tinggi dari gaji doktor sebulan Itu antara luahan hati seorang doktor lantikan kontrak yang berdepan dengan kesukaran untuk diserap tetap Pegawai perubatan kontrak Dr Prabakaran Karuppiah antara lebih...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket