Sambutan Hkhm 2025 Peringkat Kpdn Dilancarkan


Sambutan HKHM 2025 Peringkat KPDN Dilancarkan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini melancarkan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM 2025) peringkat Kementerian dengan memaknai tema Sambutan Bulan Kebangsaan 2025 iaitu “Malaysia Madani: Rakyat Disantuni.”
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata selain membawa mesej patriotisme, perpaduan dan kecintaan kepada tanah air, tema ini menekankan komitmen untuk menjadikan kepentingan rakyat sebagai teras kepada dasar, program dan inisiatif Kerajaan.
Antara pengisian HKHM KPDN 2025 ialah Pertandingan Kuiz 5763, Pertandingan Kolaj@Merdeka, Pertandingan Merdeka Explorace dan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) Bulan Kebangsaan.
Selain itu, bersempena Bulan Kebangsaan 2025 ini, KPDN melalui agensi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia melaksanakan inisiatif berikut:
1. MyIPO Tawar Diskaun Bagi Pendaftaran Cap Dagangan MyIPO menawarkan Pakej Pengurangan Fi Cap Dagangan di bawah kempen “Lindungi Jenama Lokal, Tembusi Pasaran Global” selama 4 bulan bermula 1 September 2025 sehingga 31 Disember 2025. Pakej ini memberikan pengurangan fi cap dagangan sebanyak RM300.
Melalui pakej ini, pemohon hanya perlu membayar RM650 daripada fi asal iaitu RM950 bagi setiap permohonan cap dagangan yang dikemukakan oleh individu atau entiti perniagaan termasuk persatuan dan pertubuhan. Setiap permohonan bagi jenama atau logo perniagaan yang diluluskan pendaftarannya pula akan dilindungi selama 10 tahun di bawah undang- undang harta intelek.
Objektif inisiatif ini adalah untuk menggalakkan pendaftaran harta intelek sekali gus meningkatkan daya saing perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan jenama tempatan. Menurut data SME Corp, sebanyak 96.1% daripada keseluruhan entiti perniagaan di Malaysia adalah PMKS dan lebih 70% daripadanya merupakan perusahaan mikro.
2. SSM Sedia Perkhidmatan Bas Ezbiz On-The-Go 2.0 SSM melancarkan Bas Ezbiz On-The-Go 2.0 sebagai perkhidmatan bergerak untuk memudahkan orang ramai mengakses perkhidmatan SSM dengan lebih cepat, mudah dan selesa. Bas Ezbiz On-The-Go 2.0 yang menggantikan bas Ezbiz On-The-Go menampilkan reka bentuk lebih kontemporari dan mesra pelanggan termasuk penggunaan teknologi terkini.
Antara kemudahan yang dipertingkatkan untuk bas Ezbiz On-The-Go 2.0 ini ialah saiz bas yang lebih besar, perkhidmatan kaunter moden, terminal layan diri dengan kiosk skrin sesentuh mudah alih serta ruang taklimat yang selesa. Bas ini turut didaftarkan dengan nombor pendaftaran khas 1604, sebagai simbolik kepada tarikh penubuhan SSM pada 16 April 2002.
Kempen Shopee Payung RM100 Selain agensi KPDN, rakan strategik KPDN juga turut membuat tawaran istimewa kepada rakyat bersempena HKHM 2025. Bermula semalam, 27 Ogos 2025, Shopee telah melancarkan “Kempen Shopee Payung RM100” bermula 31 Ogos sehingga 16 September 2025.
Melalui kempen ini, para pelanggan Shopee boleh mendapatkan baucer Shopee bernilai RM100 dengan hanya RM1. Melalui kempen ini, Shopee akan memperuntukkan sebanyak RM10 juta yang akan memberi manfaat kepada 100,000 pelanggan atau pengguna Shopee.
Dengan bayaran serendah RM1, para pengguna akan diberikan baucer bernilai RM100 untuk digunakan bagi membeli barangan dalam platform Shopee seperti ShopeeFood, Shopee Live dan ShopeePay. Selain itu, Shopee turut menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma bagi pembelian yang dilakukan antara 31 Ogos sehingga 16 September 2025.
Inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh agensi-agensi KPDN dan rakan strategik dalam sektor e-dagang iaitu Shopee ini adalah manifestasi komitmen untuk menyantuni rakyat dan tanda penghargaan atas kebersamaan seluruh bangsa Malaysia dalam membina negara yang lebih aman dan makmur.
The post Sambutan HKHM 2025 Peringkat KPDN Dilancarkan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/28/sambutan-hkhm-2025-peringkat-kpdn-dilancarkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambutan Ambang Merdeka 2025 Bunga Api Setiap Negeri

Sambutan Ambang Merdeka 2025 Bunga Api Setiap Negeri

papar berkaitan - pada 30/8/2025 - jumlah : 5083 hits
Bunga api malam merdeka diadakan sebagai simbol kegembiraan rakyat menyambut Hari Kebangsaan Letupan cahaya berwarna warni di langit tepat jam 12 tengah malam menandakan masuknya tarikh 31 Ogos iaitu hari kemerdekaan negara Selain mencipta ...
Metmalaysia Kongsi Ramalan Cuaca Raptai Sambutan Hari Kebangsaan 2025

Metmalaysia Kongsi Ramalan Cuaca Raptai Sambutan Hari Kebangsaan 2025

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 2175 hits
METMalaysia Kongsi Ramalan Cuaca Raptai Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan ramalan cuaca sempena raptai Sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang akan berlangsung dari 27 hingga 29 Ogos 2025 bertempat di Datara...
Karnival Kpdn 2025 Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Sarawak 5 7 Sept

Karnival Kpdn 2025 Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Sarawak 5 7 Sept

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 4991 hits
Jelajah Karnival KPDN 2025 Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Sarawak Singgah di Kuching 5 7 September Orang Sarawak dah ready Siri Jelajah Karnival KPDN 2025 dan Kempen Beli Barangan Malaysia akan tiba di Waterfront Kuching dari 5 hingga 7 ...
Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Tema Raptai Atur Cara Kemudahan Aktiviti

Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Tema Raptai Atur Cara Kemudahan Aktiviti

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 2887 hits
Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Tema Raptai Atur Cara Kemudahan Aktiviti Sambutan Hari Kebangsaan merupakan acara tahunan yang diadakan bersempena memperingati sejarah kemerdekaan negara pembentukan dan pencapaian Malaysia Tahun ini Sambutan ...
Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Semarak Semangat Perpaduan Rakyat Malaysia

Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Semarak Semangat Perpaduan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 7004 hits
Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Semarak Semangat Perpaduan Rakyat Malaysia PUTRAJAYA 31 Ogos Sambutan Hari Kebangsaan ke 68 di Dataran Putrajaya membuka tirai secara rasminya pada pagi ini sekali gus menjadi medium untuk rakyat pelbagai kaum ...
Rif 2025 Hiburkan Lebih 8 000 Peminat Muzik Di Ibu Negara

Rif 2025 Hiburkan Lebih 8 000 Peminat Muzik Di Ibu Negara

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 1922 hits
KUALA LUMPUR 21 Ogos Lebih 8 000 peminat muzik bagi menyaksikan Ruang Inspirasi Festival 2025 yang menampilkan Tulus dan Juicy Luicy RIF mempersembahkan gabungan muzik dengan elemen inspirasi dan perkongsian kisah di sebalik karya karya pop...
Norma Filem Indonesia Paling Viral 2025 Sanggup Ke Tengok

Norma Filem Indonesia Paling Viral 2025 Sanggup Ke Tengok

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 1000 hits
Assalamualaikum Kalau kita tengok drama keluarga kat TV tu biasa dah kan Tapi filem Indonesia terbaru ni lain macam sebab kisahnya diangkat daripada kejadian benar yang pernah jadi viral Serius bila tengok filem ni memang bercampur baur ras...
Fresh Face 2025 Mengangkat 10 Wajah Inspirasi Stail My Umumkan Top 3

Fresh Face 2025 Mengangkat 10 Wajah Inspirasi Stail My Umumkan Top 3

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 1542 hits
Fresh Face 2025 Mengangkat 10 Wajah Inspirasi STAIL MY Umumkan Top 3 Kuala Lumpur 22 Ogos 2025 STAIL MY meraikan kemuncak Fresh Face 2025 di The RuMa Hotel Residences menampilkan Top 10 finalis dan mengumumkan Top 3 pemenang edisi kali ini ...
Tunjuk Parang Dalam Panggilan Video Minta Wang Pelajar Tingkatan Tiga Ditahan

Jasad Bayi Dijumpai Dalam Lori Sampah Di Bukit Jalil

Teo Nie Ching Says Banning Games Like Roblox Won T Keep Children Safe Calls For Stronger In Game Protections

Erra Fazira Nikah Dengan Ezwan Zain Dalam Majlis Tema Serba Putih

Rumah Menanti Cahaya

Johari Ghani Minta Jangan Politikkan Isu Uec Hormati Pilihan Pendidikan Rakyat

Attention

Skuad Harimau Malaya B 23 Sesi Pemanas Badan Menjelang Perlawanan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Smartphone Hotpicks On Lazada S 12 12 2025

Resepi Cucur Bilis Rangup

Sambung Belajar

Resepi Masak Cuka Ikan Tenggiri

Yufid Kids Ada Untuk Anak Anak Kita Ayo Dukung Tim Yufid Kids

Konvokesyen Universiti Malaya Ke 65