Norma Filem Indonesia Paling Viral 2025 Sanggup Ke Tengok
Assalamualaikum...
Kalau kita tengok drama keluarga kat TV tu biasa dah kan? Tapi filem Indonesia terbaru ni lain macam — sebab kisahnya diangkat daripada kejadian benar yang pernah jadi viral. Serius, bila tengok filem ni memang bercampur baur rasa marah, sedih, geram… semua ada!
Filem ini bukan sekadar cerita skandal, tapi lebih kepada perjalanan emosi seorang wanita yang cuba bangkit selepas dikhianati orang yang paling dia percaya.
Menyirap weyh tengok citer ni ..SA x nak bagi spoiler banyak...korang kena tengok sendiri. SA bagi sinopsis aje la dulu..

Sinopsis
Filem ni mengisahkan Norma Risma (Tissa Biani), seorang wanita yang nampak bahagia dengan perkahwinannya bersama Irfan (Yusuf Mahardika). Suaminya nampak penyayang, malah jadi menantu kesayangan mertua
Tapi siapa sangka, di sebalik semua itu ada rahsia besar Irfan sebenarnya curang… dan yang paling tak masuk akal, dengan ibu mertua sendiri, Rina (lakonan mantap Wulan Guritno!).
Bila rahsia tu terbongkar, hidup Norma terus musnah. Dia bukan saja kehilangan kepercayaan pada suami, tapi juga rasa dikhianati oleh ibunya sendiri
Pelakon UtamaTissa Biani Azzahra sebagai Norma RismaYusuf Mahardika sebagai Irfan / RoziWulan Guritno sebagai Rina (ibu Norma)Rukman Rosadi sebagai Abdul (ayah Norma)Nunung sebagai Bude FitriErick Estrada sebagai YahyaNaura Hakim sebagai EtniAdila Fitri sebagai RibkaNeysa Chandria sebagai FirzaTomy Babap sebagai Fajri
Apa Yang Menarik
👉 Lakonan mantap – Tissa Biani berjaya buat penonton betul-betul rasa simpati dengan watak Norma. Wulan Guritno pula memang jadi “watak yang buat kita sakit hati” gila-gila
👉 Emosi sampai ke hati – Jalan ceritanya bikin kita fikir, “apa jadi kalau kita kat tempat Norma?” Memang susah nak hadap
👉 Kisah benar – Sebab ia diangkat dari kejadian sebenar, feel dia tu lebih ‘menusuk’ dan realistik
Kalau korang suka filem drama keluarga penuh konflik dan sarat emosi, Norma: Antara Mertua dan Menantu memang wajib masuk dalam list tontonan. Tapi hati-hati ya, jangan tengok seorang diri kalau jenis cepat emosi nanti habis tisu sekotak
Ditayangkan bermula 31 Mac 2025 di pawagam, dan sekarang dah masuk Netflix
Soalan untuk korang, kalau korang berada di tempat Norma, apa tindakan pertama yang akan korang buat? Terus fail cerai, bersemuka dengan suami & ibu, atau serah je pada takdir?
Share pandangan kat ruangan komen 👇
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2025/08/norma-filem-indonesia-paling-viral-2025.html