Sambutan Hari Raya Meriah Walaupun Mengejut


Sambutan Hari Raya Meriah Walaupun Mengejut | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sebelum ini Sha dah ceritakan macam mana Sha boleh balik raya di Terengganu sedangkan tahun ini giliran Perak dan ini merupakan kali pertama Sha balik raya dengan bas.
Memang agak pelik bila kita balik kampung berhari raya tanpa suami. Tapi Alhamdulillah tidak ada orang yang bagi soalan yang pelik-pelik pada Sha..ehehe.. maklumlah jawapannya adalah kerana suami bekerja dan suami bermurah hati bagi peluang balik kampung sendiri.
Bukan apa, tahun ini merupakan tahun pertama Sha sekeluarga berhari raya tanpa Mak. Dulu ayah pergi hilang seri, sekarang bila arwah Mak menyusul pergi hilang arah kami adik-beradik. Itu adalah salah satu sebab suami Sha bagi Sha dan anak-anak balik beraya dengan 2 adik Sha di rumah.
Terima kasih sekali lagi suami kerana memahami, tanpa dipinta terus disua.
 





Sambutan Hari Raya Meriah Walaupun MengejutWalaupun Sha sampai dikampung pada pagi raya, tetapi demi keberkatan hari raya pertama Sha dan anak-anak gagahkan jua menikmati hari raya bersama keluarga yang ada.
Masih bersyukur walaupun Mak dan Ayah sudah pergi meninggalkan kami, tetapi kami masih ada adik beradik sebelah ayah yang tinggal berdekatan untuk kami santuni. Pada merekalah kami menumpang kasih sayang keluarga kini.
Sha pula berjiran dengan kebanyakannya adalah saudara mara sendiri, jadi memang agak meriah. Jalan-jalan pun memang jalan kaki dari satu rumah ke satu rumah. Ini memang pengalaman baru untuk anak-anak Sha, jadi memang mereka sangat seronok jalan-jalan dengan rombongan.
 
Hari Raya PertamaDari turun bas hinggalah sampai rumah memang tak rehat dan tidak tidur. Selepas bersiap-siap, Sha bersama adik-adik dan anak-anak Sha terus ke rumah Pak Muda (adik arwah ayah Sha) untuk berhari-raya. Memang dari kecil rumah pertama yang akan Sha kunjungi adalah rumah Pak Muda. Pak Muda mempunyai 9 orang anak jadi memang rumah Pak Muda meriah.




Tambah pula tahun ini Pak Teh (Abang arwah ayah Sha) juga pulang ke kampung dari Felda Selancar. Keluarga Pak Teh juga berkumpul di rumah Pak Muda. Usai berhari raya dan bergambar kami mula berjalan kaki berkunjung ke rumah sekitar kawasan rumah kami yang berdekatan. 

Oleh kerana sedikit penat Sha balik rumah untuk berehat terlebih dahulu bersama anak-anak. Sha ingatkan Sha sorang je tidur, rupanya Sha tiga beranak semua pengsan. Lepas bangun balik kami bersiap untuk sambung raya. Petang raya pertama Sha sempat ke rumah kawan baik sejak tingkatan 6 iaitu Faziral

Terima kasih Dalim masak Laksa Sarawak yang sedap. Abang Zaryth siap menambah-nambah makan. Memandangkan hari sudah petang Sha ambil keputusan untuk sambung jalan keesokan harinya pula.

Hari Raya KeduaBila balik kampung naik bas, agak patah kakilah nak jalan-jalan sebabnya kena tengok jadual adik-adik. Faham-faham sahajalah bila remaja berhari raya, mestilah nak jalan ke rumah kawan-kawan dan cikgu-cikgu. Samalah macam Sha masa umur-umur macam mereka.
Hari raya kedua kami pulak yang sedia makan dan ajak Pak Muda sekeluarga dan kawan-kawan adik makan-makan. Kami awal pagi dah bangun masak. Adik bongsu masak rendang dan Sha masak nasi arab. Sempat juga adik bongsu buat Kek Marbel yang sedap.
Selepas adik Sha balik, Sha pulak bawa anak-anak dan adik bongsu ke rumah sahabat dari tingkata 1 iaitu Siti. Alhamdulillah lama tak jumpa selepas masing-masing sibuk dengan hidup masing-masing. Rezeki dapat makan mee kari yang sedap kat rumah Siti.


Bila tiba malam barulah keluarga Pak Muda dan Pak Teh datang makan malam kat rumah kampung Sha. Maka memang penuhlah rumah pusaka ayah dengan sepupu-sepupu dan keluarga masing-masing. Alhamdulillah walaupun risau nasi arab tak cukup, maklumlah tak biasa masak untuk ramai tapi semuanya dapat makan
 Raya Hari Keempat Raya keempat suami Sha sampai ke kampung lebih kurang tengah hari, jadi agak penatlah sebab memandu sorang-sorang. Oleh sebab itu Sha bagi suami tidur dan berehat secukupnya terlebih dahulu. Petang itu Sha berhari raya di rumah seorang lagi sahabat dari tingkatan enam iaitu Nadia. Nadia ni memang terer masak daripada sekolah, rezeki dapat makan lontong.

Habis Cuti Raya Di Kampung
Selepas 6 hari beraya di kampung, akhirnya Sha sekeluarga pulang ke Perak kembali. Disebabkan ini kali pertama Sha berhari raya bersama suami dan suami pun dah tahu apa perasaan berhari raya tanpa isteri dan anak-anak, suami Sha cakap lepas ini tak ada nak raya asing-asing dah. Bosan katanya raya tanpa isteri dan anak-anak. Tapi memang suami Sha tak ada gambar hari raya pun sepanjang dia beraya tanpa kami

Apa pun moga raya tahun lebih bermakna buat kami sekeluarga, Aminnnn


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2022/05/sambutan-hari-raya-meriah-walaupun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jamuan Hari Raya Sambutan Hari Guru Di Sekolah

Jamuan Hari Raya Sambutan Hari Guru Di Sekolah

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 278 hits
Jamuan Hari Raya Sambutan Hari Guru Di SekolahOrang sibuk dengan drama 7 Hari Mencintaimu tentang Pak Samad meninggal dunia dalam tidur aku pula sibuk dengan persiapan jamuan Hari Raya dan Sambutan Hari Guru di sekolah anak Memang tak tidur...
Bila Tiba Tiba Hari Raya Masing Masing Panik Raya

Bila Tiba Tiba Hari Raya Masing Masing Panik Raya

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 404 hits
Dah 10 Syawal baru nak up cerita raya Serba sibuk beraya tahun ni nampaknya Dimulakan cerita raya menjelang tiba tiba raya pada 30 April petang baru tu sampai kampung suami di Kuala Pilah Sebelum gerak balik kampung dah siap siap check waze...
Kisah Hari Raya Aidilfitri 2022

Kisah Hari Raya Aidilfitri 2022

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 237 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah Agak lama juga aku bercuti daripada menulis dalam blog ini Biasalah masih dalam mood raya Seperti biasa kali ini aku nak kongsikan kisah raya aidil...
Raya 2022 Mengejut Dengan Ahli Baru Mengejut

Raya 2022 Mengejut Dengan Ahli Baru Mengejut

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 251 hits
Raya 2022 Mengejut Dengan Ahli Baru Mengejut l Assalamualaikum Wah kejap je dah seminggu kita sambut hari raya kan Rasa masih tak terlambat untuk Ana ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua sahabat dan pembaca blog...
Kata Kata Atau Ucapan Selamat Hari Raya Galungan Dan Kuningan

Kata Kata Atau Ucapan Selamat Hari Raya Galungan Dan Kuningan

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 193 hits
Sebentar lagi umat hindu di Bali akan merayakan hari raya Galungan dan Kuningan yang dimana hari Raya Galungan jatuh pada Rabu 24 07 2019 Menurut penganut agama Hindu Hari Raya Galungan merupakan peringatan atas terciptanya alam semesta bes...
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1443 H Tahun 2022

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1443 H Tahun 2022

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 390 hits
Assalamualaikum Hai Pembaca semua Salam Aidilfitri Sudah tujuh hari kita semua menyambut This is a content summary only Visit my website for full links other content and more
Dadih Untuk Majlis Hari Raya

Dadih Untuk Majlis Hari Raya

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 239 hits
Assalamualaikum wbtESOK di kolej akan berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1443H 2022M Seingat Sk kali terakhir Sk dapat menyertai sambutan hari raya kolej pada tahun 2018 Tahun 2019 Sk tak dapat hadir kerana masa tu ...
Hari Raya Dan Keletihan

Hari Raya Dan Keletihan

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 338 hits
HARI RAYA DAN KELETIHAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt BUKAN hari hari lain tak letih Letih juga tapi entah kenapa biasanya hari raya rasa letihnya macam berganda ganda Lagi satu kalau boleh mala...
Sambutan Hari Lahir Abam Kie Yang Ke 49 Tahun

Sambutan Hari Lahir Abam Kie Yang Ke 49 Tahun

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 188 hits
Assalamualaikum Sedar tak sedar usia Abam Kie sudah hampir senja Cepatnya masa berlalu Tanggal 19 Mei 2022 hari Khamis Abam Kie genap 49 tahun Seperti biasa abam kie buat sambutan kecil2an je Selalunya sambut dengan keluarga di rumah Cuma t...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage