Sambutan Hari Lahir Dh Ke 57 Di Me Nate Setapak
Sambutan Hari Lahir DH Ke 57 Di Me'nate Setapak | Alhamdulillah, sekali lagi kami sambut birthday DH ke 57 dan syukur ke hadrat Illahi, DH sihat dan semakin dimurahkan rezeki. Lawak sungguh DH ni lupa bila umur dia kan pencen dan cukup kurang rajin nak ke bahagian HR untuk check, samada umur 58 atau 60. Haish la en suami ku!
Bagi DH, kalau dapat kek Tiramisu untuk birthday dia pun dah memadai jadi, kali ni umi dah book kek Tiramisu lebih awal dengan adik (Chef Ross) dan remind lagi sebab masing-masing sibuk dengan rutin apatah lagi kesihatan bonda pun tidak berapa sihat. Malahan, sehari sebelum birthday DH ni, ada check-up bonda di Hospital Tunku Mizan.
Jadinya agak kelam-kabut sebab adik kena drive kereta untuk bawa bonda, dengan Kak Ndak jadi pengiring dan umi sendiri bersama Kak Ndak untuk bantu bonda untuk buat pemeriksaan mata.
Sambutan Hari Lahir DH Ke 57 Di Me'nate Setapak
The many faces of DH bila dapat kek Tiramisu
Seperti biasa, kalau nak belikan kek untuk DH mestilah kek Tiramisu, air tangan Chef Ross yang memang cukup membuka selera DH. Chef Ross hantar kek Tiramisu ni jam 3 petang, jadi sempat la sorok, simpan dalam peti sejuk sebelum kek mencair
Bila DH balik dari kerja jam 5 petang, birthday boy ni disambut dengan kek. Punya la lebar senyuman DH, sebab dah lama tak makan kek. Eh! bulan Januari hari tu birthday Kak Yang, lupa pula umi nak buat entri. Nanti-nanti ler kot
Teringat dulu kalau umi beli kek tiramisu ni, jam 2 pagi pun DH boleh bangun untuk makan kek ni, tapi sekarang ni usia dah makin meningkat kan, kena agak-agaklah bila makan manis walau kek Tiramisu Cheff Ross ni tak berapa manis dan tersedap in town!
Alhamdulillah, dapat kami berkumpul untuk meriahkan birthday DH tapi seperti tahun 2022, kami berlima sambut birthday DH di Restoran Serai
Booking di Me'nate ni pun tak dikhabarkan pada DH, cuma bila dia nak dinner (dinner kami jam 5 petang), dah bagitau walau dia kurang rajin nak keluar tapi untuk anak-anak dia turutkan jer.
Jenuhlah juga nak cari nak dinner kat mana walau kat KL ni memang banyak kedai makan tapi kena ikut selera DH, jadinya booking kat satu restoran tu umi batal sebab Kak Yang kata nak bawa sambut birthday si ayah di Me'nate Setapak
NAK TAHU APA MAKANAN YANG KAMI ORDER?
1. Grain Fed S Premium Striploin (RM76.84) untuk DH ni memang DH puashati dengan daging yang lembut ni. Sedap dan sos black pepper dan sos cendawan dia memang sedap
2. Lamb Syabu (RM39.90) ni pilihan cikapplepie ni memang sedap. Memang berbaloi dan recommended
3. Lamb Loin (RM47.88) pilihan Kak Cik Iman ni pun sedap dengan 2 sos iaitu sos cendawan dan sos blackpepper
4. Chiecken Pesto Penne (RM22.90) untuk umi, sedap
5. Softshell Crab Salted Egg Pasta (RM35.90) pilihan cik Meya ni tak berapa sedap sebab softcraba tu terlalu banyak tepung dan tak berapa rasa salted egg
6. Beef Cabonara (RM22.90) pilihan Kak Yang ni not bad juga
7. Beef Bolognese (RM19.90) untuk Kak Yang juga tapi semua orang rasa
8. Fries (RM7.00)
Agak ralat sebab Ayong order piza tapi waiter datang bagi tahu piza tu nanti siap lambat. Ok la juga, tunggu punya tunggu, kami tanya kat waiter kalau piza dah siap ke belu, rupanya tak siap lagi.
Jadinya kami cancel jer la, mujur Ayong dah kenyang sebab jadi habit kami anak-beranak akan kongsi makanan, pelawa sesama kami untuk merasa makanan yang kami makan kecuali kami order makanan yang sama
Untuk minuman, Flav Latte Cool Hazelnut (RM16.90), Hazelnut Kitkat Chocolate Frape (RM17.80), Vanilla Caramel (RM16.90), Honey Lemon x 2 (RM17.80) dan Ayong sendiri bawa brew coffee dia
Selain kes piza, kisah tempat duduk pun dah kurang menarik bila kami diiring untuk duduk di meja dengan dekorasi sambutan birthday. Agak segan sampai Ayong kat dah rasa macam duduk kat zoo ni, sebab ramai mata memandang.
Rupanya tu bukan meja untuk kami, maka, bangunlah kami ke meja sebelah. Fuhh! nasib tak berpanjangan rasa malu kami walau bangun ke meja lain pun buat rasa malu jugak.
Apa pun, Alhamdulillah, semua kenyang dan puashati la juga.
Buat suamiku yang dicintai dan dihormati, SELAMAT HARI LAHIR MY DARLING HALF, semoga terus diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dilimpahi rezeki yang murah dan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang NYA. Aamiin
Restoran Menate ni terletak berdekatan Setapak Sentral yang dekat dengan rumah, jadinya tak jadi masalah untuk ke sini dan parking pun tidak berapa sesak.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.iamfuzy.com/2023/03/sambutan-hari-lahir-dh-ke-57-di-menate.html