Selamat Hari Lahir Ke 67 Ayah
Selamat Hari Lahir Ke 67 Ayah
Assalamualaikum, Hi korang. Bersua lagi kita di pagi Jumaat penuh barakah ini. Pagini KakYa nak citer tentang Ayah kesayangan KakYa aka Tokki Perfect 10 untuk anak anak KakYa. Al maklum lah hari ni hari lahir ayah KakYa jadi kenalah buat intro sikit hahaha. Anak dia ni kan blogger rajin menulis jadi pagini sempena hari lahir dia, kita rajinkan tangan menulis untuk dia yang bernama Encik Johari bin Ngah.
Alhamdulillah harini hari lahir ayah KakYa yang ke 67. 3 Mac 2023 Selamat Hari Lahir, Ayah! Tiada ucapan yang paling indah melainkan doa dari Angah yang sentiasa mengiringi perjalanan hidup Ayah. Syukur pada Allah Yang Maha Kuasa, bertambah setahun lagi usia Ayah. Genap 67 tahun pada hari ini. MasyaAllah Tabarakallah. Alhamdulillah dah 67 dah Ayah!
Sanah Helwah Ayah! Gambar ihsan adik adik kat kampung..
Semoga Ayah Sentiasa Dalam Redha Dan Rahmat Allah
Ayah! Angah doakan Allah sentiasa merahmati dan memberkati perjalanan hidup Ayah dunia dan juga akhirat. Semoga Ayah di panjangkan umur dalam keberkatan, diberikan kesihatan yang baik untuk terus beribadah, dikurniakan rezeki berkat melimpah ruah, sentiasa tenang, bahagia dan gembira menjalani hidup pada hari hari yang akan datang. Semoga Ayah sentiasa dalam redha dan payung rahmat Allah SWT. InsyaAllah. Aamin aamin Ya Mujib.
Angah Sayang Ayah!
Untuk sambutan tahun ini, Angah tak dapat balik harini untuk sama sama meraikan hari lahir Ayah. Dua tiga hari lepas Mak telefon Angah, tanya dapat balik ke tak untuk sambut hari lahir Ayah kalini. Angah tak dapat balik. Tapi takpe masih ada adik beradik yang lain untuk sama sama meraikan hari lahir Ayah pada hari ini. Angah doakan majlis pada hari ini berjalan lancar, diberkati dan dipermudahkan Allah.
InsyaAllah lain kali jika diberi kelapangan kita semua pasti dapat berkumpul ramai ramai seperti selalu pada hari Ayah. Angah sayang Ayah dunia akhirat.
Encik Johari bin Ngah .... Dia ayah saya, lelaki pertama dalam hidup saya, peneman masa kecil saya, pembantu masa kecil saya, pelindung saya, sahabat saya, kawan baik saya, suami terbaik mak saya, pak mertua terbaik suami saya dan semestinya atuk perfect 10 untuk anak anak saya.
SELAMAT HARI LAHIR KE - 67 AYAH. SAYANG AYAH HINGGA KE SYURGA. SANAH HELWAH YA ENCIK JOHARI.
Ayah! Dia Lelaki Luar Biasa
Terima kasih Ayah kerana membesarkan kami 9 beradik dengan sempurna. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan Ayah tak dapat kami, anak anak Ayah untuk membalasnya. Hanya doa yang mampu kami hadiahkan buat Ayah. Semoga Ayah sentiasa tenang dan gembira menjalani hari hari mendatang.
Terima kasih Ayah atas segala pengorbanan membesarkan kami dengan baik sehingga bergelar seorang insan. Love you so much Ayah, so proud to be your daughter.
Terima kasih Ya Allah, KAU mempermudahkan urusan Ayah untuk hari ini dan hari hari mendatang. Aamin aamin Ya Mujib
Tanda Sayang,KakYa ⚘www.akifimtiyaz.com03.03.2023
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2023/03/selamat-hari-lahir-ke-67-ayah.html