Tidur Regeneratif Rahsia Awet Muda Saranan Amlife Sempena Sambutan Hari Tidur Sedunia 2023


“Tidur Regeneratif – Rahsia Awet Muda” Saranan AmLife Sempena Sambutan Hari Tidur Sedunia 2023 | Assalamualaikum semua.. Siapa sini ada masalah tidur?? Masalah tidur ni bukan hanya yang susah nak tidur je tau. Kalau jenis yang banyak tidur tapi bila bangun, badan terasa lesu pun sebenarnya salah satu masalah tidur juga tau. Amat penting untuk mendapatkan tidur yang berkualiti kerana ia bukan sekadar membantu untuk kesihatan malah menjadi salah satu Rahsia Awet Muda tau


Ha, tahu tak selepas kita mengharungi pendemik, zaman pasca Covid membuka lembaran dan cabaran baharu kepada kehidupan manusia, terutamanya berkaitan kualiti tidur. Perpustakaan Maklumat Ubat & Bioteknologi Kebangsaan mendapati bahawa COVID-19 telah menimbulkan kesan sampingan jangka pendek dan juga panjang dengan 40% daripada individu melaporkan kesukaran tidur semasa pandemik dan 31% menderita akibat gangguan tidur selepas COVID. 
Menurut laporan dalam Jurnal Perubatan dan Sains Kesihatan Asia, perangkaan menunjukkan bahawa 9 daripada 10 rakyat Malaysia mengalami satu bentuk insomnia (kesukaran tidur) dan menghadapi satu atau lebih masalah tidur. Seramai 35% rakyat Malaysia dibelenggu gangguan tidur, dengan lebih daripada 53% tenaga kerja Malaysia mendapat kurang daripada jumlah tidur minimum 7 jam sehari manakala sekurang-kurangnya 51% mengalami tekanan berkaitan kerja. 

Sementara itu, satu tinjau selidik keratan rentas dalam talian mengenai kesihatan kerja yang dijalankan oleh Pusat Perkhidmatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Sains Kesihatan dan beberapa universiti tempatan utama seperti UKM & UM melaporkan bahawa pada 2021, 54% daripada 11,356 dewasa yang bekerja tidak mendapat tidur yang secukupnya. Faktor yang menyebabkan waktu tidur kurang daripada 7 jam sehari termasuk menjaga anak, gaya hidup, keadaan tidur kurang baik dan isu kesihatan mental.

Hari Tidur Sedunia (WSD)
Jadi sehubungan itu, AmLife International Sdn. Bhd. sekali lagi kembali untuk menganjurkan inisiatif Hari Tidur Sedunia (WSD) bagi menangani isu-isu tidur yang semakin berleluasa menerusi acara kesihatan tidur serantau. Malah baru-baru ini AmLife telah menganjurkan satu majlis untuk warga media di Berjaya Times Square Hotel bagi mewar-warkan mengenai Hari Tidur Sedunia yang akan jatuh pada 17 March 2023.

Berpegang kepada cogan kata, “Life, Redefined,” atau Mentakrifkan Semula Kehidupan, AmLife menerajui gerakan WSD untuk membantu rakyat Malaysia mendapat tidur yang lebih lena, lantas menambah baik kesihatan dan membolehkan mereka menikmati sepenuhnya kehidupan. Tahun ini merupakan tahun ke-8 AmLife menganjurkan acara pameran kesihatan bersempena Hari Tidur Sedunia bersama Persatuan Tidur Sedunia, dan juga rakan kerjasamanya selama tiga tahun, Persatuan Penjagaan Tidur Taiwan (TSCA) di bawah tema “Tidur Amat Penting Demi Kesihatan”. Usaha ini merupakan sebuah inisiatif pendidikan serantau meliputi Malaysia, Hong Kong dan Taiwan. Manakala Selebriti & hos TV Hui Mei ialah duta Hari Tidur Sedunia untuk AmLife tahun ini.
Menurut En. Lew Mun Yee, Pengasas & Presiden AmLife, pendidikan tidur kini semakin penting memandangkan gangguan tidur boleh mencetus pelbagai masalah kronik termasuk diabetes jenis 2, sakit jantung, kegemukan, kemurungan dan penyakit berkaitan keimunan.  

“Dalam jangka panjang, kekurangan tidur boleh menyebabkan penyakit degeneratif. Kajian saintifik mendapati bahawa tidur ialah cara terbaik untuk menguatkan sistem imun dan mengurangkan risiko jangkitan virus! Tidur dan penuaan berhubung kait rapat kerana gangguan tidur menjejaskan kesihatan, keimunan dan fungsi keseluruhan badan dan mempercepatkan penuaan,”~ En. Lew Mun Yee, Pengasas & Presiden AmLife ~
AmLife juga membincangkan “Rahsia Awet Muda” menerusi tidur regeneratif hari ini. Menurut laporan akhbar, Malaysia akan menjadi sebuah negara warga emas menjelang 2030. Ini bermakna dalam masa hanya lapan tahun, jumlah penduduk 60 tahun dan lebih akan mencecah 15.3%, iaitu seorang daripada setiap enam orang akan berusia lebih 60 tahun. 
Penuaan populasi Malaysia menimbulkan risiko besar kepada industri penjagaan kesihatan negara dan merupakan cabaran utama masyarakat kita. Penyakit Alzheimer ialah masalah kesihatan serius dalam sesebuah negara yang mempunyai ramai warga emas. Kira-kira 50 juta orang di seluruh dunia disahkan menghidap penyakit Alzheimer. Malah di Jepun sahaja terdapat kira-kira 7 juta pesakit Alzheimer. 
Beberapa orang pakar tidur telah berkongsi hasil penemuan mereka di acara media tersebut. Dr. Ariel B. Neikrug, PhD, Pakar Psikologi Kesihatan Klinikal dan Pakar Perubatan Tidur dan juga Penolong Profesor Klinikal Berdaftar, Psikiatri & Tingkah Laku Manusia, Fakulti Perubatan, University of California, Irvine berkongsi fakta tentang pemulihan berkaitan usia & antipenuaan. Di samping itu, beliau berucap membincangkan isu kesihatan mental yang dialami oleh orang ramai selepas Covid. 

“Tidur memainkan peranan sangat penting dalam proses penuaan, kesihatan mental dan kesejahteraan umum kita. Tidur memainkan peranan terutamanya dalam proses baik pulih badan dan otak kita,”~ Dr. Ariel B. Neikrug, PhD, Pakar Psikologi Kesihatan Klinikal dan Pakar Perubatan Tidur ~
Dr. Lim Geng Yan, Usahawan Bidang Penjagaan Warga Emas, Pelopor Inovasi dan Doktor Perubatan, berkongsi tentang degenerasi atau kemerosotan sel dan bagaimana tahap keimunan dipertingkatkan menerusi tidur berkualiti dan terapi sel stem.

“Walaupun strategi rawatan Covid semasa tidak boleh membantu sel-sel organ yang rosak untuk dihasilkan semula, banyak kajian perubatan mendapati bahawa sel stem mesenkima (MSC) mempunyai keupayaan untuk memulihkan organ yang rosak akibat Covid, dan MSC berpotensi membalikkan kesan sampingan Covid jangka panjang,” ~ Dr. Lim Geng Yan, Usahawan Bidang Penjagaan Warga Emas, Pelopor Inovasi dan Doktor Perubatan ~
Makanan dan senaman sesungguhnya penting untuk memastikan tidur lebih lena. En. KS Chan, Pakar Pemakanan Bertauliah dan Dr. Choo Hao Jian, seorang doktor yang mengkhusus dalam bidang geriatrik dan perubatan regeneratif telah berkongsi hasil penemuan mereka tentang cara mendapatkan tidur yang berkualiti menerusi pemakanan yang sewajarnya dan aktiviti penjagaan di rumah untuk membantu menenangkan badan dan minda bagi mendapatkan tidur yang nyenyak. 

"Tidur yang berkualiti boleh dicapai dengan mengamalkan kitaran sirkadian, di mana kita melatih badan kita untuk membiasakan diri dengan rutin yang mengawal kitaran tidur-bangun. Satu cara untuk mengamalkan ini adalah dengan menutup lampu apabila kita pulang ke rumah selepas bekerja, dan meletakkan semua peranti elektronik supaya badan kita secara automatik akan tahu bahawa sudah tiba masanya untuk berehat," ~ Dr. Choo Hao Jian, Doktor Geriatrik dan Perubatan Regeneratif ~

"Salah satu cara untuk memperbaiki diet anda adalah dengan meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, sambil makan lebih banyak daging tanpa lemak. Orang ramai juga harus mengelakkan makanan yang diproses,"~ En. KS Chan, Pakar Pemakanan Bertauliah ~
Di acara tersebut, AmLife melancarkan kempen tanggungjawab sosial korporat “Tidur Lebih Lena Dengan AmLife” yang bertujuan untuk meninjau masalah tidur paling umum yang dialami oleh rakyat Malaysia. Beberapa pempengaruh gaya hidup akan mengajak pembaca menceritakan “kisah tidur” mereka dan penyertaan yang paling menarik layak untuk menjalani ujian epigenetik dan mendapatkan rundingan perubatan profesional. 

AmLife DeepZleep – AmSonic
AmLife turut melancarkan AmLife DeepZleep – AmSonic serba baharu dan maju, hasil teknologi tidur regeneratif unik dari Jepun. Peranti ini menyediakan tiga jenis konsep terapi revolusioner termasuk Terapi Potensi Elektrik, Terapi Frekuensi AmSonic dan Terapi Haba. Kombinasi terapi ini menghasilkan kesan yang menggalakkan tidur regeneratif pertama dunia demi kesejahteraan rohani dan jasmani keseluruhan, membolehkan anda memulihkan semula kesihatan sambil anda tidur. 

AmLife telah mendidik dan membantu orang ramai mendapatkan tidur dan kesihatan lebih baik menerusi terapi potensi elektrik dari Jepun untuk tempoh 20 tahun lepas. Selepas bertapak kukuh dalam industri tidur, AmLife kini mempelopori perubatan regeneratif menerusi terapi sel stem. 
“Rawatan serba maju ini membantu lebih ramai orang melengahkan penuaan dan mengurangkan penyakit untuk membolehkan semua orang menikmati hidup berkualiti. Dengan terapi sel stem, seseorang mungkin meningkat usia tetapi masih kuat kerana badan manusia sebahagian besarnya terdiri daripada sel; maka penghasilan semula sel-sel baharu secara konsisten membantu dalam proses antipenuaan. Misi kami ialah untuk mempopularkan terapi sel stem untuk semua dan membolehkan lebih ramai orang menjalani terapi sel stem dan membuka lembaran baharu dalam hidup yang lebih bahagia buat mereka,“ ~ En. Lew Mun Yee, Pengasas & Presiden AmLife ~
Menyedari hakikat ini, AmLife telah mempelopori usaha terbaharunya –AlphaCelle – yang merupakan klinik pertama untuk menyepadukan sel stem, potensi elektrik tinggi dan eksosom untuk rawatan regeneratif menyeluruh yang membantu lebih ramai orang melengahkan penuaan, mengurangkan penyakit dan menikmati kehidupan berkualiti pada usia emas.  

Wah, bagus betul kan inisiatif yang dibuat oleh AmLife sempena Hari Tidur Sedunia. Sis sendiri berpeluang untuk hadir pada majlis bersama media. Sis juga dapat merasai sendiri AmLife DeepZleep – AmSonic ni. Memang selesa ye, rasa macam nak tidur je tapi ghisau pulak nanti overnite dalam dewan ni.. hehe.
So, bagi yang berminat dan untuk maklumat lanjut mengenai AmLife DeepZleep – AmSonic ataupun Hari Tidur Sedunia, sila layari www.amlife.com.my





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.dikbee.com/2023/03/tidur-regeneratif-rahsia-awet-muda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Roche Anjur Webinar Memimpin Kesaksamaan Dan Keadilan Bersempena Hari Wanita Sedunia 2023

Roche Anjur Webinar Memimpin Kesaksamaan Dan Keadilan Bersempena Hari Wanita Sedunia 2023

papar berkaitan - pada 10/3/2023 - jumlah : 426 hits
ROCHE ANJUR WEBINAR MEMIMPIN KESAKSAMAAN DAN KEADILAN BERSEMPENA HARI WANITA SEDUNIA 2023 Assalammualaikum semua Pada 8 Mac bersempena Hari Wanita Sedunia 2023 Ruby berbesar hati dapat memanfaatkan hari tersebut dengan menyertai Sesi Perbin...
Hari Wanita Sedunia 2023 Tarikh Sejarah Tema Logo

Hari Wanita Sedunia 2023 Tarikh Sejarah Tema Logo

papar berkaitan - pada 10/3/2023 - jumlah : 601 hits
Sambutan Hari Wanita Sedunia disambut 8 Mac setiap tahun termasuklah di Malaysia Jika kita renungi kembali ibu kakak adik wanita guru wanita dan sesiapa sahaja wanita dalam perjalanan hidup kita telah memainkan peranan penting dalam hidup k...
Senarai Koleksi Ucapan Selamat Hari Wanita Sedunia Antarabangsa 2023 Kasihwanita

Senarai Koleksi Ucapan Selamat Hari Wanita Sedunia Antarabangsa 2023 Kasihwanita

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 384 hits
8 Mac 2023 Selamat Hari Wanita Sedunia Antarabangsa 2023 untuk semua wanita terhebat didunia Ibarat kata pepatah Tangan yang mengayun buaian dapat menggoncang dunia Maksud Walaupun bersifat lemah lembut dan keibuan wanita mampu menyumbangka...
Breaking News Menag Putuskan 1 Ramadhan 1444 H Jatuh Hari Kamis 23 Maret 2023

Breaking News Menag Putuskan 1 Ramadhan 1444 H Jatuh Hari Kamis 23 Maret 2023

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 333 hits
Menteri Agama Yaqut Cholil Qoumas mengumumkan hasil sidang Isbat jatuh pada 23 Kamis 2023 Hal itu diputuskan usai tim menggelar sidang isbat sore hari ini Rabu
Hari Raya 2023

Hari Raya 2023

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 277 hits
HARI RAYA 2023 Tidak lama lagi kepada umat Islam Umat akan menjalani ibadah Puasa Ramadan Setelah berakhirnya bulan Ramadhan akan menandakan bulan Syawal berkunjung tiba Semestinya anda ingin mengetahi tarikh hari raya aidilfitri bagi tahun...
Selamat Hari Wanita 2023

Selamat Hari Wanita 2023

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 203 hits
SELAMAT HARI WANITA 2023 Tanggal 8 Mac setiap tahun kita meraikan hari wanita sedunia Raikan mereka yang sentiasa ada dibelakang kita khususnya mereka yang bergelar wanita ibu kakak adik atau kawan Islam sangat menghargai kaum wanita serta ...
Nampak Awet Muda Salamiah Hassan Sah Berhijab Di Usia 72 Tahun

Nampak Awet Muda Salamiah Hassan Sah Berhijab Di Usia 72 Tahun

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 138 hits
Jika anda mengikuti media sosial penyanyi veteran Salamiah Hassan pasti mengetahui bahawa dia kini sering berkongsi foto berhijab di laman Instagram miliknya sejak kebelakangan ini Beberapa perkongsian yang dibuat oleh penyanyi berusia 72 t...
Itinerari Trip Bercuti Ke Korea Selama 6 Hari Tahun 2023

Itinerari Trip Bercuti Ke Korea Selama 6 Hari Tahun 2023

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 254 hits
Cuba cari tempat bercuti naik flight tak jauh sangat Cuba cari tempat sejuk sesuai untuk jalan jalan Cuba cari tempat sesuai untuk trip sesuai semua family Lepas beberapa hari terus decide untuk bercuti di Seoul Korea untuk tahun 2023 Semua...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih